Pages

Surat Dari Setiausaha Gerakan al-Ikhwan al-Muslimun di Mesir


Selamatkan Palestin wahai sekalian ikhwah!



Berikut Adalah Surat daripada Setiausaha Gerakan al-Ikhwan al-Muslimun di Mesir untuk umat Islam di seluruh dunia. Surat ini telah dikirimkan kepada pertubuhan-pertubuh an Islam dan kemanusiaan di seluruh dunia untuk menterjemahkannya kepada seluruh rakyat Malaysia yang peduli terhadap isu Palestin. Beberapa perubahan kecil dari teks asalnya sewaktu proses penterjemahan demi menyesuaikannya dengan budaya, mentaliti dan realiti rakyat Malaysia.Diharapkan agar para pembaca dapat menyebarkan surat ini kepada para pembaca bahasa Melayu yang lain demi menyemarakkan usaha menyelamatkan rakyat Gaza yang sedang menderita akibat kepungan Rejim Zionis yang zalim dengan bantuan Amerika Syarikat.



“Dan Janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman” (Ali-Imran 139).



Seruan daripada Allah s.w.t kepada sekelian orang yang beriman…. Kamu sekali-kali tidak akan ditimpa ketakutan, tidak akan diselubungi kesedihan dan hati kamu sekali-kali tidak akan dirundungi kekecewaan. Kekecewaan sekali-kali akan dapat diharmonikan dengan keimanan. Kamu berada pada darjat yang paling tinggi selagi mana kamu beriman dan sentiasa mempunyai talian yang kuat dengan Allah yang Maha Mulia lagi Berkuasa.



Keadaan di Gaza memerlukan sikap pro-aktif umat Islam sedunia. Adalah menjadi satu kezaliman bagi kaum Muslimin membiarkan saudara mereka di Palestin berterusan dizalimi oleh rejim Zionis Israel dan sekutunya. Kita boleh melakukan banyak perkara demi untuk saudara-saudara kita di Gaza…..



Seruan

Dengan ini, saya menyeru setiap pihak agar:

1- Qunut Nazilah – Membaca qunut nazilah pada setiap kali solat dan ajarkan makna qunut dan cara melakukannya kepada orang-orang yang masih belum mengetahui hakikat qunut.

2- Tinggalkan makanan, minuman dan kerehatan yang berlebihan dan salurkannya kepada saudara-saudara kita di Palestin. Salurkan wang anda kepada pertubuhan-pertubuh an kebajikan tempatan yang terlibat menguruskan sumbangan untuk membantu rakyat Palestin.

3- Mendermalah untuk pembelian ubat-ubatan yang diperlukan. Menyumbang secara terus sama ada sumbangan yang berbentuk material ataupun kewangan. Hospital-hospital dan klinik-klinik di Gaza sedang kehabisan ubat-ubatan untuk merawat para pesakit.

4- Bagi sesiapa yang mempunyai kemampuan dan kesempatan, sertailah misi-misi kemanusiaan untuk membantu rakyat Gaza (untuk menyalurkan kelengkapan pakaian, makanan dan bahan api)

5- Mobilisasi rakyat untuk bangkit melahirkan solidariti bersama rakyat Gaza yang dizalimi dan sedang menghadapi krisis kemanusiaan yang semakin meruncing. Demo, bantahan, memorandum dan juga segala wasilah yang sesuai mestilah digunakan untuk tujuan tersebut.

6- Sebarkan maklumat kesengsaraan rakyat Gaza kepada seluruh rakyat dan penduduk dunia melalui teknologi yang ada seperti poster, banner, penulisan artikel di akhbar-akhbar, majalah-majalah, e-mail, laman web, sms, Ym dan lain-lain lagi.

7- Wujudkan Tabung Palestin di setiap rumah (Didiklah anak-anak agar mula menabung dari duit perbelanjaan mereka untuk rakyat Palestin). Sikap ini akan mewujudkan perasaan kebersamaan mereka dengan rakyat Palestin yang ditindas.

8- Bagi para pemudi dan wanita yang beriman, mereka hendaklah berderma dengan barang-barang perhiasan berharga yang mereka miliki.

9- Kepada seluruh warga yang bekerja, gunakanlah kedudukan kamu untuk menyelamatkan Palestin. Sebagai contoh :-

a. Para Pendakwah : Bangunkan Ummah untuk membantu Palestin dan serulah pihak-pihak berkuasa dengan kebenaran.

b. Ahli-ahli Parlimen : Gunakan segala jentera pemantauan supaya Kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya secepat mungkin.

c. Para aktivis Politik dan Parti : Himpunkan rakyat untuk isu ini, berlumba-lumbalah sekarang untuk menyelamatkan ummah.

d. Para Pengamal Undang-undang : Berusahalah di peringkat nasional dan antarabangsa untuk mengutuk perang dan penyembelihan secara beramai-ramai ini.

..::..:: BOIKOT YAHUDI LA'NATULLAH ::..
..::lets support!!! campaign BOYCOTT ISRAEL::..
..::ISRAEL IS NOT REAL::..::..

Pilihan Raya Awal Muharam

"Kami akn terus berjuang.Kami akn trus tetap dalam pjuangn shinggalah setiap drp kami akn gugur syahid. Kami akn terus memastikan prinsip ISLAM akn terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda. Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan shj, nantikan hari pembalasan. Kami akn tuntut dihadapn ALLAH di ats kelembapan anda semua. Kami tidak akn redha thdp kelesuan dan kebisuan anda semua.Kami tidak akn memaafknnya." -Khalil Ismail al-Haya (Ketua Whip HAMAS)

Aku di tahun 4?aduh, benar kah...ish, kan bagus kalau aku d tahun 2 skg...blh aku bertanding MPP sekarang dan lakukan something untuk Palestin, umat islam yg semakin menjadi2 tindasannya...
title kali ini suka tuk aku letak kan ia sebagai pilihan raya awal muharam, just ingin mengingatkan dlm kebizian kita dengan pilihan raya kecil 16 januari, jgn lupa tragedi tragis serangan Israel Laknatullah ke atas Palestin di Gaza pada 1 Muharram 1430 H...

Dalam kebizian ini, aku hanya mampu berkongsi satu lagu jihad..bila dengar balik lagu ini, mmg menggulumang jiwa rasenya...
selamat mendengar...




Sambil2 tu,
amalkan bacaan doa qunut nazilah...
banyak org x tau, x terpk pasal ape nk bace doa ni?
senang citer, this is doa...
korg bace maksudnya di bwh, insyaAllah phm ape tujuan die
skrang, doa adalah senjata utama kita tuk membantu sebanik mungkin umat islam di palestin..moga ia membantu sedikit sebnyak

ERTI DOA QUNUT NAZILAH

Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.

CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal, iaitu selepas membaca
سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ ، رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ.

Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.

2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran

3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .

Peringatan:
• Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.

• Imam hendaklah meberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.


















Ish,pening pula, mcm mane nk aplikasi doa nih!!!

Ish,mudah ja...jgn mengeluh2..

amik salinan, copy paste,print ja satu

pastu baca la dlm qunut subuh or slps solat

niatkn untuk doa

insyaAllah dengan keikhlasan korg secara istiqamah akan terangkat doa korg..amin...

Maksud Doa, lahirkan ruh gerun di hati:

“ Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

Lets Break It Out

bismillah...
alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran diucapkan pada Tuan Empunya Dunia atas kebenaran untuk kita mengenali diri kita lebih mendalam pada hari ini..
juga selawat dan salam pada nabi muhammad saw...


saja saya letak gambar hiasan 'debat' perdana antara DSAI dgn YB Shabery Chik..
jika kita lihat kedua-duanya mempunyai ciri-ciri kepiminan yang kita cari..
HEBAT!!mmg tidak disangkal lagi kedua-duanya mampu menjadi ikon pada pimpinan akan datang melalui pendekatan bercirikan kepimpinan mengikut nilain diri masing2.

hari ini saya ingin berkongsi view mengenai pemimpin yang 'sesuai' dijadikan ikon pada bakal2 pimpinan...


lets break it out...
pemimpin yang baik di hatinya tidak mempunyai kepentingan apa-apa.
padanya hanya ingin melihat daulah islamiah tertegak di tempatnya.
padanya ia ingin melihat rakya-rakyat, student-student di bawahnya terjaga kebajikan, akademik mereka dan sebagainya.
bercakap tentang hidup mewah??
tidak sama sekali.
padanya biarlah rakyat yang merasai dahulu kesenangan itu..
jauh sekali nak merasai kehidupan dalam istana hatta kediaman2 rasmi 'menteri besar'.
biarlah 'aku' melakukan yang lebih aula(penting) demi menjaga keharmonian & kesejahteraan islam di tempatku...

Tapi, aku insan yang lemah...
aku tidak boleh nak memimpin orang kerana aku sendiri pun lemah
aku sendiri pun banyak melakukan dosa ya Allah...
maka layakkah aku untuk menjadi pemimpin??
CINTA???itu telah kulalui..
LEWATKAN SOLAT? perkara biasa bagi aku..
jika dikenang dosa2ku yang terlalu banyak itu, aku langsung tidak mempunyai harapan, dan tiada kekuatan untuk memimpin..
apatah lagi menjadi pemimpin ISLAM...


“Kepimpinan adalah sejenis hubungan perilaku manusia, pengaruh, daya tindakan serta penghalangnya ke arah matlamat yang tertentu dengan cara yang boleh menjamin kepatuhan, kepercayaan dan penghormatan.”


Dalam bahasa Melayu pemimpin bermakna: mengepalai atau mengetuai serta mengendalikan (badan, pertubuhan, pergerakan, negara dan lain-lain). (Kamus Dewan, edisi 3, hal.1037).



"To lead is to control (a group of people) to be the person who makes the decision or the most important person in the group". (Cambrigde Dictionary of English, hal. 803).

Islam memandang isu kepimpinan sebagai perkara yang besar. Sirah telah memaparkan kepada kita tindakan para sahabat r.a. berhimpun dan berbaiah memilih Abu Bakar r.a. sebagai khalifah di Saqifah Bani Sa’adah demi untuk tidak membiarkan masyarakat tanpa teraju, walaupun ketika itu jenazah baginda saw belum lagi disemadikan.

SETIAP INSAN ADALAH PEMIMPIN.
Sabda Nabi saw :

كلكم راع وكلكم مسئول عن رعيته , الامام راع ومسئول عن رعيته , والرجل راع فى أهله ومسئول عن رعيته , والمرأة راعية فى بيت زوجها ومسئولة عن رعيتها , والخادم راع فى مال سيده ومسئول عن رعيته , وكلكم راع ومسئول عن رعيته. متفق عليه
Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang rakyatnya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin, dia ditanya tentang rakyatnya. Seorang lelaki itu pemimpin kepada ahlinya dan dia ditanya tentang rakyatnya. Seorang perempuan itu pemimpin di dalam urusan rumah suaminya dan dia ditanya tentang rakyatnya dan seorang anak menjadi pemimpin menggunakan harta ayahnya dan dia ditanya tentang rakyatnya. Maka semua kamu adalah pemimpin dan ditanya tentang rakyatnya.
(diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim)

Dalam situasi kini, ramai orang islam tidak ingin memimpin walaupun mempunyai sifat2 kepimpinan, tetapi disebabkan diri sendiri rasa diri tidak layak untuk memimpin.
Dua persoalan saja ingin saya timbulkan untuk sahabat2 berfikir..
1. Yakinkah anda akan 'capai' status layak untuk memimpin sebelum sampai waktu ajal?
2. Pernahkah pemimpin-pemimpin terdahulu mengambil permit or lulus dengan cemerlang dlm final exam untuk memimpin sebelum mereka mula memimpin?


'Kalau boleh buat semua, janganlah tinggal semua'
kata-kata sangat cantik dari tok guru. Saya ingin highlightkan pada semua, kepimpinan islam tidak menunggu masa untuk layak memimpin baru boleh memimpin. bila-bila masa, di mana sahaja kita perlu menjadi pemimpin. Cuma yang membezakan adalah kecil atau besar peranan kita di situ. Kalau kita mempunyai bakat dalam memimpin, tapi kita mempunyai kelemahan dalam perhubungan dengan masyarakat, kita boleh teruskan untuk memimpin, tiada masalah. Segala kelemahan itu akan diubati secara tidak langsung apabila kita nampak, faham dan jelas bahawa pemimipin tidak boleh mementingkan diri sendiri. Walau di mana kita berada, kita mesti perlu memastikan kerja-kerja kita selesai dahulu, baru lah kita boleh tersenyum seperti tuk guru. Pastikan sebelum kita nak melakukan 'kelemahan2' kita pada waktu2 tertentu, kerja-lerja kita sudah selesai. Tapi boleh selesai kerja-kerja sebagai pemimpin islam ni?
Sudah pasti tidak. Jadi secara tidak langsung, pemimipin islam akan sentiasa terjaga dari melakukan perkara2 maksiat, jahat dan sebagainya...






Mohonlah. Pada pengakhiran nya, kita kena kembali pada Allah..
semua yang bergelar insan ini memang lemah, tidak ada yang kuat berbanding Allah swt.
jadi, adakah kita insan yang lemah ini hendak melakukan perkara2 yang telah jelas dilarang oleh Allah swt, tuan empunya dunia..
jauhi maksiat, berzina, bercouple, rasuah dll..adakah kita cukup kuat untuk melanggar perintah Al-Malik (terpromote nama malik la, huhu)

Lets Break It out
Semua adalah layak untuk memimpin..
Tidak ada yang perfect dalam dunia ini, hanya Allah yang sempurna.
Yang ingin dinilai oleh Allah bukan hanya kata2, tetapi yang lebih penting adalah usaha kita ke arah ingin membawa islam walau di mana kita berada
Last but not least,
Islam is for All, islam untuk semua orang bawa, bukan hanya pada pemimpin2 dalam organisasi islam sahaja..
Sekian


Chem-E-Car Competition 2009 Inter USM

assalamualaikum wrt...
alhamdulillah, bersyukur pade Tuan Empunya Dunia ini masih memberi kita kekuatan untuk menggerakkan jari2 ini dan memetik suis2 yg ade disekeliling kita..
selawat dan salam jua pada junjungan besar nabi muhammad saw..



Chem-E-Car Competition kembali lagi di USM Kampus Kejuruteraan
Kali ini akan diadakan sebanyak dua peringkat iaitu peringkat penapisan (Inter USM) dan peringkat Universiti yang berlangsung di Melaka pada bulan february 2009

Untuk program terdekat iaitu peringkat penapisan di adakan antara 4 kumpulan USM sahaja di mana hanya dua yang terbaik akan terpilih untuk ke Melaka mewakili USM..
Info pertandingan fasa 1 ini adalah seperti berikut:











Pertandingan Chem-E-Car 2009 Inter USM
Masa: 230 - 4 pm
Tempat: Dewan Utama
Jenis Pertandingan: Racing dan Speech

Jadi semua dijemput hadir terutamanya warga USM kampus kejuruteraan
Saya mewakili warga PMIUSMkkj dan Persatuan Pelajar Kejuruteraan Kimia mengucapkan selamat berjaya pada yang terlibat.

'All Da Best.......................................................Lead Team 08'
Fibarakatillah

Selamat Kembali ke Alam Kampus

Assalamualaikum wrt...
selamat pulang para sahabat
sudah bermula semester baru,
moga ketemu momentum yg jitu,
demi mengharungi ujian kehidupan yg berliku2,
kiniku hadiahkan satu lagu buatmu...



Bingkai Kehidupan...

Mengarungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah
'kan menjadi saksi pengorbanan

Reff :
Allahu ghaayatunaa
Ar-Rasuulu qudwatunaa
Al-Qur'aanu dusturunaa
Al-Jihadu sabiiluna
Al-Mautu fii sabilillah
Asma amaanina

Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al Qur'an pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi

Phonex Rise

Alhamdulillah, setinggi2 kesyukuran pada tuan Empunya Dunia
Selawat dan syukur pada junjungan besar nabi Muhammad SAW...



Adakah kita lupa wahai hamba Allah,
Kita diturunkan ke dunia atas sebab2 yang tertentu,
Ah, tidak.. kami di sini hanya ingin hidup aman,
tidak inginkan sebarang pepecahan.

Adakah kita lupa wahai insan,
Kita dari salasilah Qabil yang pernah membunuh saudaranya,
Ah, tidak.. tu zaman dulu,
Sekarang kita dah moden, tiada lagi pertumpahan darah.

Adakah kita lupa wahai manusia,
Kita merupakan umat nabi Muhammad SAW yang bertungkus lumus berperang menegakkan islam pada suatu ketika dahulu,
Ah, tidak.. tu zaman perang dulu boleh la,
Sekarang kita tunjuk islam berTAMADUN da cukup orang len gerun.

Adakah kita lupa wahai para pemimpin,
Kita semua adalah khalifah/pemimpin yang bertanggungjawab untuk membawa nama islam dalam setiap erti perbuatan/ kerja kita,
Ah, tak ar.. biar geng2 ustaz la yang buat bende2 mcm tu,
Kami just 'support' dari belakang.... END ...



KUNCI!!!
kenapa selepas poem tersebut, aku meletakkan gmbar kunci..
sebenarnya majoriti dari pembaca2 blog ini tahu,
setiap 2 rangkap pertama poem itu adalah betul...
tapi disebabkan oleh KUNCI ini mcm2 alasan akan keluar...
KUNCI yang diwujudkan semata2 kerana apa??
tepuk dada tnya IMAN masing2..
BERHAK kah kita persoalkan balik kewajipan yang telah Allah tetapkn???

UNLOCK!!!
Sahabat2 yang dirahmati Allah,
buka lah minda anda,
kenapa perlu kita kalah dengan ALASAN2 yang hakikatnya kita yang cipta sendiri,
kenapa kita perlu cipta alasan2 sebegitu??
semata2 untuk lari dari tnggjwb?
kerana TAKUT???
oh, tidak..sudah pasti pembaca2 sekalian tidak takut,
kl takut x kan meneruskan bacaan artikel ringkas ini..

JAWAPANNYA???
sudah pasti anda sendiri tahu,
nilai lah diri sendiri,
kenapa kita menyekat nikmat2 yang tidak terhingga Allah kurniakan untuk kita,
ayuh tangan, mai kita sebarkan artikel2 dakwah agar aku dapat berkongsi ilmu2 pada mereka yang tidak tahu/tahu
ayUH!! ayuh kaki, jom kita pakat pergi ke masjid agar rumah Allah sentiasa diserikan,
dan AYUH la diri, sama2 kita tidak lekang memuji Allah yang sentiasa mengkehendakkan hambaNYA beribadah padaNYA di samping meneruskan jalan2 dakwah -->
AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR



PHONEX RISE
MAralah wahai sahabat,
jangan terlentur semangatmu atas sebab2 yang remeh,
tetapkan kewujudan diri 'demi islam'

beramallah bagai diri kan mati esok hari
bekerjalah bagai diri kan hidup selamanya

langit senja, warna jingga

langit senja, warna jingga..
subhanaAllah, indah kurnian NYA blh kita kecapi
dengan alunan dan desiran angin sepoi2 bahasa, warna ungu menusuk mata memberi kita ketenangan bermeditasi antara jiwa dan hati...


'insan berzikir menguatkan lagi pautan kasih bebola jiwa dengan tuan empunya dunia,Allah'

kali ini tidak ingin mencoret panjang ..sbb???ade sbb2nya...
just ingin mengingatkan hati2 yg sering terdetik untuk mengeluh dan kaitannya dengan mulut yg terkacip tutup x ingin menyumbang pape tuk islam...apatah lagi ingin mengharapkan tindakan yg mengikut kata2 hati dan mulut tanpa berfikir panjang dengan sakinah yg Allah kurniakan..hanya dikuasai emosi semata-mata..nauzubillah, mntk jauh dari sifat itu

wajah comel kanak2 ni merupakan antara kurniaan Allah yg terbesar bg bayi ini(ada bnyk lagi kurniaanNYA, x terkira)...masyaAllah, bayangkan kl kita mempunyai hati yg bersih seperti ini...
hati yang bersih adalah cabang2 kepada kata2 yg berhikmah, tindakan yang termanage dan kehebatannya terselah melalui corak pemikiran yang dibawanya...itulah yang di namakan orang mukmin...
Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
'Dari Nabi saw., beliau bersabda: Seorang mukmin tidak boleh dua kali jatuh dalam lubang yang sama'

qalbu management
ungkapan yang paling sesuai bagi pimpinan2 yang ingin menyelaraskan fungsi hati yang bersih untuk menggerakkan secara optimum anggota2 yang lain..
action management, time managemant, pape management yg len sume perlu berbalik pada fungsi hati masing2...
Di dalam kitab, Sahih al-Bukhari dan Muslim , Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

“Ketahuilah bahawa di dalam tubuh manusia ada seketul daging, apabila ianya baik, maka akan baiklah seluruh jasadnya : namun apabila ia rosak maka akan rosak binasalah seluruh jasadnya. Ketahuilah ketulan daging itu adalah hati.”
( H. Muttafaq Alayh drpd Numan Ibn al-Bashir r.a. )

“Sesungguhnya Allah tidak akan memandang kepada keelokan tubuh dan rupa kamu, tetapi Dia memandang kepada keelokan Hati kamu.”
(H.R.Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a. )

peranan hati pada sume insan terutama pada pimpinan2(khalifah2) amat penting...jgn citer ingin membawa aura islam dalam kepimpinan jika hati tidak bersih kerana ia bakal memberi effeck pada istiqamahnya gerak kerja kita dalam islam...kl hati ini menyatakan aku buat kerja ini bukan kerana Allah sudah pasti kerja islam itu akan ade kecacatannya, dan orang itu sudah pasti tidak istiqamah...
buat keje kerana Allah pula berkait dengan ikhlas..keikhlasan kita hanya Allah yang tahu dan sebab itu lah aku menyatakan bahawa penting nya bagi pimpinan untuk menguasai qalbu management dulu baru lah 'redah' dengan kerja islam anda..

islam inside adalah antara keyword penting dalam proses menguasai QM(qalbu management). letakkan islam dalam dirimu dalam ape jua gerak kje mu, insyaAllah QM kita pasti akan mengutamakan Allah dalam pape2 perkara yang kita lakukan. tidak dijanjikan perkara yang manis bg pembawa panji2 islam di dunia ini, tetapi Allah menjanji kemanisan yang tidak terhingga di akhirat kelak yakni syurga firdaus, janji Allah pada para syuhada' (maksud doa dalam doa rabitah)

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu



Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu
Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu
Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..

Para mujahid/ah yang menuju syahid,
Para pemimpin2 kampus,negara,dunia hatta pemimpin diri dan keluarga,
ayuh lah btolkan niat kita,
make sure,ceklist balik QM kita,
manage betul2 agar everything kje yang kita buat,
hanya untuk Allah,
dan pastikan lah ia 24 jam (Fastaqim Kama Umirta)
tidak hanya bila rase nk wat, baru nk wat kje kerana Allah,
bila tang nafsu nk, Allah d ketepikan,
umpama memisahkan agama dlm diri (cm islam hadhari le plk)
sama2 doakan kita dikekalkan di jalanNYA..



langit senja, warna jingga...

indah ciptaanNYA menyambut para pemimpin untuk meneruskan perjalanan dakwah mereka
teruskan lah perjalanmu wahai pemimpin,
aku doakan istiqamah kita dijalan Allah..
'pengorbanan yang terkorban adalah kemanisan yang tertunda'

sakit itu penawar kekuatan

sakit itu kekuatan?
aku baru blk mtg, lame sgt x masuk mtg dlm keadaan lahirnya kekuatan
kekuatan baru dpt ka mujahid???
sdikit demi sdikit Allah mengatur cara untuk membantu hambaNYA membawa diri di dunia ini..




jika dulu aku sgt sukakan kehidupan berorganisasi..knp??born to be leader??nope..born 4 islam, to be muslim of cosz...
aku suka kn wat kje scare 'beramai2' sbb time tu aku tau kje dgn 1 minda kurg effisien berbanding dgn pelbagai minda...
ha, dari sini aku akan blaja, dptkn idea2 bernas dari kwn2 dan bergelak tawa same2, yela mane x seronok wat kje ramai2...
tp, nyata kemanisan wat kje ramai2 x trase sheikh, knp?
time seronok mmg bersama, sbb tu kl masuk mtg mesti pakat sheikh, ade PAKATAN tuk naikkn idea yg dh dibincang smata2 nk jage hati la, xnk gaduh2 dlm mtg n sbb nk cpt abes dll sbb la..
so, bile sesuatu mtg itu memerlukan perbahasan, penggunaan otak yg fully maximum, objektif akhir pasti x tercapai sbb dlm minda pk nk cpt, xnk latih minda mengkritik dan ade niat len dlm mtg, cth: msti backup idea kwn, kl x abes ar relationship kami..



tp sekarang, aku memahami slow2...
dari zaman jahiliah, skg aku phm bahasanya b4 masuk mtg benda yg paling penting kena semat mestilah:
1.berlapang dada
2.niat untuk membantu secara keseluruhan, bkn untuk tunjuk pandai @ sebb individu
3.fokus pada mtg dan percaya dgn keputusan akhir mtg

nape penting berlapang dada..
ha, 1st and forever kerana kl x berlapang dada pasti akan ade kecacatan..
cacat:
1.malas memberi pandangan
2.pandangn diri ja rasa betul
3.ckp2 belakang semasa meeting
4.emosi x terkawal dan idea tidak bernas
5.x tenang sheikh

yg kedua kl niat da slp, mmg ssh nk capai objektif scare keseluruhan sbb:
1.set minda pendapat org len msti x betul
2.pertahankan cdngn sendiri atas dasar individu
3.x tenang sheikh

lastly,fokus dan percaya pada keputusan akhir mtg..penting sbb:
1.idea ramai2 lbh bnyk dkonsider berbanding idea sorg
2.keberkatan Allah (sunnah nabi membuat keputusan scare syura)
3.grk kje fokus pada kptsn akhir mtg lbh cpt dan memenuhi kehendak keseluruhan ahli mtg..
4.tiada sakit dihati

sakit itu penawar kekuatan..
kwn2, sbenarnya dlm perkongsian rngkas aku ni,
aku nk tekankan semula sakit itu adalah penwar pada kekuatan
jgn lah jdkn sakit kita ini sbg satu halangn,
kita harus ingt, Allah sentiasa menguji iman kita smpai thp mane hanye melalui ujian2 NYA pada hambaNYA
ayuh la pelajari sesuatu dari sakit itu
moga ia menjadi penawar pada kekuatan kita...

Muhasabah CINta

Muhasabah CinTa??
kenapa ini dijadikn tajuk aku pada kali ini
besa aku tidak gemar meletakkn 'diari' aku di mana2 utk org baca..
biarlah rahsia aku dgn tuhan
tp kali ini aku tertarik utk menyingkap luahan hati aku...
kisah benar2 menggamit hati aku yg asalnya, aku bkn seorg yg suka 'layan' mslh hati kcuali dgnNYA
pernah diserang lagi dari belakang?
msti ade yg tertanye ape yg dimaksudkn dgn serangn itu
ade org cucuk dr belakang ka?
blatih silat lagi kot...
huhu

bkn2, ia seperti kita merasa cucukn yg amat dingin didalam tiduran kita
tidur ku didatangi tangisan hati pada insan kali ini
aku tertanya2, knp kita tidak melaksanakan suatu tggjawab seperti yg kita zahirkn melalui percakapan dan appearance kita?
wah, diri dah berjubah, ckp pun hbt, tapi kdg2 itu tidak menunjukkan hati kita yg sebenarnya

benar, ikhlas hanya Allah yg tahu
asal objektif aku dlm grkn islam adalah untuk membawa dakwah pada golongan2 sasaran aku spt depa2 yg tidak tahu (sdh semestinye, kl tahu dan wat2 x tahu len plk care nya tuk berdakwah)
tapi peristiwa smlm benar2 membuat aku terfikir, ade lagi 1 golongan aku terlupa
golongan yg memerlukan juga didikan
itulah golongan yg tggi egonya
baik,berbalik pada serangn tadi, aku pk2 balik x perlulah dicriterkan scare detail agar tidak mengaitkan kisah ni pada individu2 tertentu
keegoan sgt bahaya

ego hanya blh pada Allah, kita tak da ape
sbb tu syarat pertama ukhwah : mesti berlapang dada
bile ego menguasai diri, percakapan org len tidak benar, even bile dlm perbincangan nmpk die mengiakan, tp seperti ku katekn tadi, hatinya tidak selurus akan kate2nya
dibelakang suke berkate2 dan mengadu pada org
ya, aku x kesah tu sume sbb aku berpegang pada kate2 pemimpin kesayangan ku, TGNA
'pemimpin jgn lah mudah melatah bile dicucuk'
tp semalam aku melatah buat kali kedua (kesah pertama dah lame)
aduh berfikir balik, kl la aku ni seperti zmn muda2 dulu (time2 agak otai dan jahil) sudah pasti akan meletup n mcm2 blh berlaku, mgkn jua aku akan buruk2kn name si ego ni dimana2
tp, aku ditarbiyah oleh tarbyah islam sejak masuk ke kmpus ini
ya Allah, aku benar2 brubaah, mgo aku kekal d jalnMu
knp aku x slhkn die, aku slhkn diri??
ade sebab2nya

itulah islam, mngajar kita tidak mnyalahkan shbt
kl aku asyik pk ni slh die, pasti grk kje aku terbantut sbb hati x tenang sheikh
islam itu indah, tenangkn lah hati wahai diri
aku muhasabah, ini salah aku...
salah aku kerana pada asalnya aku meletakkan golongan dakwah aku hnnya pada yg x tau..
tp rupe2nya yg dah tau pun, msh perlu di dakwah
tazkirah, peringatan dlm islam diwujudkn dari dlu lagi
berobjektifkn untuk mengingatkan manusia yg x constant iman nya
inilah kesannya aku hadapi smlm, tatkala aku betul2 dalm kesibukan (dgn fypnya x sentuh2 lagi, maaf lectrerku yg slalu membantu, diri ini ade bnde lbh aula perlu dsetelkn), dlm keadaan mak aku telefon (menangis pggl aku blk), aku diserang...

Muhasabah CINta
cintaku padaMU ya Allah, constantkn aku djalanMU
jika dulu aku berlagak hero untuk membawa islam, tp skg aku lemah kerana dlm membwa islam aku diserang dari belakang...
nyata ya Allah, hanya Engkau yg tahu cara memahamkan ape2 yg kurang dlm diri insan yag bernama 'aku'
~redah demi islam~
maaf kl x menarik pape artikel ni,aku belum pandai letak paparan2 gmbar dan muzik