Pages

U2

bismillah...
alhamdulillah,setinggi2 kesyukuran pada Tuan Empunya dunia kerana masih membenarkan kita tuk melakukan sesuatu skrg..doa2kn semoga sesuatu yg kita sdg buat itu adalah sesuatu yg baik...peringatan bg diri ana jgk
kali ini tidak bercadang utk mengulas ttg jemaah lagi sbb kesuntukan masa(i'Allah next time jk ade pluang)
Umara' dan Ulama' (U2)...
perlukan umara' di samping ulama' atau sebaliknya? atau hnya ulama' shj diperlukan tatkala dunia ini penuh dgn umara'2?benarkah dunia skrg penuh dgn umara'2?

PENGERTIAN ULAMA YANG SEBENAR
Hadis ada menyebut:Maksudnya: "Bila ulama dan umara (pemimpin) baik, umat Islam pun akan baik."Dalam hadis ini, ulama didahulukan kemudian barulah umara. Ulama memberi ilmu dan memberi contoh. Kalau hendak dilaksanakan secara global, ulama tidak mampu sebab dia tidak ada kuasa dan kekuatan. Umara ada kekuatan ekonomi, politik dan negara. Umara boleh menggerakkan rakyat. Oleh itu, umara mesti bergantung kepada ulama. Ke-mudian dia apply dan dipraktikkan nasihat dan ajaran ulama kepada masyarakat.
(sumber : http://jasindaily.blogspot.com/2007/06/ulama-dan-umara.html )

"Di dalam rumah Allah kita menjadi imam dan makmum, manakala di luar rumah Allah kita disebut pemimpin kepada rakyat." (sumber TGNA)

Dari kedua2 sumber yg ana petik itu, jelas menunjukkan semua org berhak menjadi umara’ (pemimpin). Samada pemimpin diperingkat diri,keluarga mahupun ke atas badan2 atau rakyat scara umunya. Dari sini kita nmpk umara’ ini amat berkuasa, seorg umara’ mempunyai kuasa mutlak untuk mengubah sesuatu. Tetapi umara’ memerlukan ulama’. Walaubagaimanapun kuatnya seorang umara’ , tanpu disisinya ada ulama’ sudah pasti keputusannya akan berlaku kepincangan. Hal ini ana menyatakan sedemikian kerana atas kata kunci ‘insan management’.

Insan management merupakan sesuatu yg amat kompleks. Apabila seorg umara’ terpaksa menghandle seseorg yg dinamakan insane, tidak kira smada dirinya sendiri mahupun org lain, sudah pasti nasihat yg bertunjangkan syariat islam diperlukan. Dalam hal ini, yg menjadi pakar rujuknya sudah pasti al-ulama’2.

Umara’ tanpa ulama’ umpama air teh tanpa gula. Apabila air the tanpa gula akan menghasilakan air teh yg tawar dan sudah pasti tidak sedap utk diminum.
Sama goes tu umara’. Umara’ tanpa ilmu memerlukan gula (ulama’) untuk menambah kesedapan atau mengelakkan kepincangan terhadap apa2 perkara yg diputuskan.

Tetapi hal ini berbeza pada air teh yg pada nya sudah manis, jd ia tidak memerlukan gula. Analogi ini ana suka menganugerahkannya pada PROTAZ = professional ustaz = ulama’ + umara’ (seorg yg professional). Cth yg terbaik seorg PROTAZ adalah TGNA sendiri.
Jadi macam mana pun kita ingin mengklasifikasikan diri kita, smada kita ni as a umara’, ulama’ @ protaz, yg penting adalah jika tidak boleh buat semua, jgn tinggal semua. Buat la yg termampu yg akhirnya sdh pasti utk kita mencapai Mardhotillah.

waAllahua’lam.

Ikatan pertama

Alhamdulillah, segala puji bagi Tuan Empunya dunia yang tidak putus2 memberi harapan pada khalifahNYA
Coretan hari ini ana ingin menyentuh mengenai:
‘apa erti aku melalui usrah’ (copyright BB DN08).
Seorang insan yang dilahirkan di muka bumi ini, x kesah la samada beragama islam,majusi atau yahudi, semuanya mempunyai hala tuju masing2
As a muslim, hala tuju kita sudah pasti untuk menjadi khalifah Allah yg terbaik.
Sedikit perkongsian maksud dari ana (bercorak kefahaman sendiri), khalifah itu merupakan nadi sunnatullah. Perjalanan seorang khalifah merupakan ketentuan Allah swt. dan sudah pasti tiada enak dan kelazatan bahkan onak dan duri yang menanti.
Oleh kerana itu, sunnatullah menunjukkan seorang khalifah waktu rehatnya hanya la di alam akhirat dan akan memperolehi kelazatan hanya di akhirat sana (insyaAllah dengan rahmat Allah).
Di sini ingin diingatkan, khalifah = pendakwah = pejuang = hamba Allah (gelaran versi merendahkan diri)
Kuat ke khalifah itu sehinggakan ia mampu berjuang 24 jam dan hanya berehat di alam akhirat kelak?
Jawapannya,TIDAK.
Manusia tidak sekuat nabi Adam A.S yang mampu bangkit semula memperjuangkan arahan Allah setelah dicampakkn ke dunia, yang bergelar insan ini tidak sehebat nabi Ibrahim yang sanggup mengorbankan anaknya kerana Allah dan yang digelar hamba Allah ini tidak segah nabi besar kita,Muhammad saw yang mampu menahan segala keperitan demi ummahnya.
Benar,kita tidak sekuat itu. Biarpun kita berada dipuncak,sebagai seorang PM mahupun seorg presiden mane2 parti, mgkn di hadapan rakyat kita gah, namun sebenarnya kita sedang menderita(tertakluk pada keikhlasan dan ilmu masing2).
Tetapi bagi seorang yg ikhlas yakni pendakwah@khalifah, mereka amat bertuah. Mereka amat bertuah kerana di beri peluang untuk berjemaah. Bermula dengan solat berjemaah, ia sudah terbukti dapat menampung segala kekurangan kita dalam solat. Sabda Nabi Muhammad saw, umat akhir zaman amat payah untuk mencapai kekhusyukkan dalam solat.tetapi mereka bertuah kerana adenya solat2 jemaah yang membantu mereka untuk mencapai level khusyuk yang sudah pasti ia akan didamba oleh setiap mukmin yang berjaya seperti yang dijanjikan Allah dalam surah al-Mukminum (ayat 1-2) dan laungan azan melalui kalimah ‘marilah bersolat dan marilah menuju kejayaan’.
Dari anologi solat berjemaah, sama jge untuk kita implimentkan di dalam diri kita.
Sedang kita berjuang, kita tetap memerlukan usrah yakni satu ikatan jemaah yang di dalam itu kita akan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain samada dari segi ilmu agama, soal dakwah mahupun masalah peribadi.
w/out usrah, kita yang mahukan diri kita bergelar pejuang ini sudah pasti tidak akan kekal lama di dalam trak jln dakwah.
WaAllahua’lam
Time : 11/06/08 (1130:LI)
Ps: tajuk ape itu jemaah dan kepentingan dalam dakwah insyaAllah akan diungkap kemudian.

ahlan wasahlan

assalamualaikum wrt...
1stly, msti shbt2 yg mengenali diri ini terkejut, sejak bile la c 'mujahid4869' terjebak dalam kancah bloggers nie...
inilah cahaya rahmat Allah...
alhmdulillah, setinggi2 kesyukuran pada Tuan Empunya dunia kerana membuka hati ana pada ari ini (04jun dalam sejarah) ,memberi ana kebenaran tuk create this blog
semoga blog ini menjadi slh satu medan dakwah kita bersamaa.
ari ini dalam sejarah, sbb:
-ari ni la ana amk cuti LI smpai 3 ari stret
-dan ari ini juga ana berada d USM tatkala org len brade d tmpt LI masg2
-dan sdh pasti ari ni juga ana create this blog
-se lagi, dan ari ni juga ana jumpe shbt2 yg ana rindui d kampus

'bereh boh'...satu ungkapan dari shbt ana, ashraf (presiden PMI)
bkn word tu yg ana nk ungkap....cume rentetan dari perbualan kami bersama,
kami telah mngadakan satu pgrm,perjumpaan yg boleh d namakan ijtima amer2 kampus di kelantan baru2 ini...
alhmdulillah, dari ctu bnyk yg ana pelajari...bnyk yang ana dapat selami,ape itu kepentingn dan cara bergerak i'Allah secara lebih effisien dalam jemaah...
haa,kawe nok oyak buwi,len caro kito nk bersame bergerak dlm jemaah jiko nok bndg dlm persatuan2 adik kakok sekalian...
xpo2,bereh pasal tu,nnt ana coret ttg keputusan perjumpaan tu d len tjk (tjk nie baru muqaddimah bloq shj)

cahaya ikatan?cahaya ikatan ana plh tjk ini kerana :
-cahaya merupakan petunjuk pada kita, xdok cahaya maka black out la jiwa dan nurani
-ikatan merupakan characteristic pada hdp berjemaah yg berprinsipkan amar maaruf nahi mungkar 24 hours.
jdk dgn menggunakan formula math edisi ustz shukri(tibe2 terpromote,maaf na)
cahaya+ikatan=cahaya ikatan yg membawa maksud:
-berjemaah menuju mardhotillah...

waAllahua'lam
...copyright2008...
last but not least, mohon dperbaiki kesilapan blog ini,al maklum saya budak baru menaip...
tidak sehebat ustz konsesi dakwah, x semenarik ustz PMIUsmkkj (ade bau2 promote...http://pmi.eng.usm.my/ )
barakatillahufik