Pages

Salam Takziah Pada Keluarga Ustaz Ramadhan Fitri (anak ustaz Elyas Zakaria)

Assalamu’alaikum WBT,


Pada jam 7.54 pagi tadi, ana telah mendapat Khidmat Pesanan Ringkas
(KPR) di bawah (kiriman sahabat) :


“Salam. Putri kami, Nur Fatimah tlh kembali ke rahmatullah kira2 pkl
620pg td – ramadhan fitri & khadijah”


Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah kepada arwah, dan mendoakan agar
Ustaz Ramadhan tabah menghadapi dugaan yang sangat berat ini, dan
terus istiqamah dalam melaksanakan kerja2 jemaah. Ustaz Ramadhan boleh
dihubungi di 0122357441. JZKK.

P9210153

Almarhumah anakanda Nur Fatimah bersama ibu dan bapanya, Ukhti Khadijah dan Ustaz Mohd. Ramadhan Fitri [kredit sumber]

Link lain, lebih detail tentang Almarhumah Nur Fatimah di blog sahabat baik Ustazah Khadijah : KLIK

Mari memahami dengan lebih mendalam pendekatan Ikhwanul Muslimin (Politik dalam kerangka Islam Syumul)


Assalamualaikum
kebanyakan dari kita (termasuk diri yang dhoif ini) masih tercari2 apa sebenarnya politik dan islam?
dan masih ramai dariipada kita, penyokong2 Parti Islam Semalaysia juga masih kurang memahami apa yang diperjuangkan melalui parti islam ini...
Maka di sini terdapat sedikit artikel yang menjelas gerakan/halatuju dan matlamat asal sebuah gerakan yang disinonimkan dengan PAS di kawasan timur tengah, iaitu Ikhawanul Muslimin...
Di sini pengasasnya, As-Syahid Imam Hasan Al-Banna telah menggariskan mengapa kita memperjuangkan politik dan negara Islam...
Apakah sebenarnya politik yang disandarkan pada Islam sebenarnya?
Apakah pula ciri2 negara Islam yang sebenarnya?Adakah negara pimpinan UMNO ini negara Islam?
Kita ikuti penjelasannya dari petikan2 sebuah buku seperti di bawah:


PEMIKIRAN POLITIK IMAM HASSAN AL BANNA PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH :
Dr Abdul Hamid al Ghazali
Bab 3: Pembentukan Negara Contoh


MUKADIMAH

Terlebih dahulu sebelum saya menjelaskan pemikiran politik yang akan menentukan halatuju agenda kebangkitan dan proses pembinaan sebuah negara berdasarkan pandangan Ustaz al-Banna, elok saya kemukakan di sini apa yang dimaksudkan dengan politik dan juga negara secara ringkas.


Takrif Politik


Politik mengandungi beberapa maksud antaranya, kaedah untuk memerintah dan mentadbir sebuah negara.

Politik juga ialah kuasa atau keupayaan untuk memperolehi apa yang dikehendaki.

Politik juga merujuk kepada kaedah berdiplomasi dan mencapai kata sepakat.

Dalam buku al-Siyasah al-Hakimah, Ibnu Qayyim mentakrifkan politik sebagai tindakan yang membawa manusia lebih hampir kepada kebaikan dan jauh daripada kebinasaan, walaupun tindakan tersebut tidak dinyatakan oleh rasul dan tidak disebut oleh wahyu. Apa sahaja cara yang boleh mewujudkan keadilan, ia termasuk dalam agama ini.


Takrif Negara


Negara adalah pihak yang memiliki kedaulatan untuk menggunakan kekerasan (tindakan/peraturan) atau kuasa. Negara juga ialah suatu badan politik yang bebas untuk mentadbir kehidupan manusia dalam sebuah kawasan tertentu melalui beberapa institusi yang kekal. Pemerintah pula ialah kuasa yang sah.

Seterusnya, dalam dua tajuk berikut saya akan kemukakan secara ringkas beberapa landasan dan konsep menurut pemikiran politik Ustaz al-Banna yang memberikan gambaran menyeluruh tentang agenda kebangkitan ummah dan pembinaan sebuah negara.

Bahagian I – LANDASAN

Ustaz al-Banna telah menggariskan beberapa landasan yang membentuk pemikiran politik dalam agenda kebangkitan ummah ini.

Contohnya beliau menegaskan bahawa seorang muslim mestilah berpolitik berlandaskan Islam yang menjadi anutannya. Menurut beliau: “Seorang muslim tidak akan memilih Islam yang sempurna kecuali apabila dia menjadi seorang ahli politik; apabila dia meninjau segala masalah umatnya; apabila dia mengambil berat tentang nasib mereka dan peka dengan segala masalah mereka. Saya juga ingin jelaskan di sini bahawa segala batasan dan pemisahan yang wujud ini adalah suatu yang tidak dapat diterima oleh Islam. Setiap pertubuhan Islam perlu meletakkan aspek politik umat Islam sebagai agenda utama mereka. Jika tidak mereka perlu menilai semula fahaman mereka tentang Islam.” (BUAT MAHASISWA)


1. Kesyumulan Islam Bererti Gerakerja Politik adalah Wajib.


Bagi menegaskan hakikat ini, beliau menekankan bahawa kesyumulan Islam yang merangkumi agama dan sistem hidup sudah tentu merangkumi aspek politik. Beliau menyebut: “Kesan daripada kefahaman yang lengkap dan menyeluruh tentang Islam ini menyebabkan gagasan Ikhwan al-Muslimin mencakupi seluruh sudut perubahan yang diperlukan oleh umat Islam. Segala elemen perubahan yang wujud pada yang lain juga wujud pada Ikhwan. Dengan ini setiap orang yang mahukan perubahan, ikhlas dan bersemangat tinggi pasti akan mendapat apa yang diharapkannya di sini. Bersama Ikhwan, semua pencinta perubahan yang mengenali dan memahami matlamat Ikhwan akan menemui apa yang diimpikan. Tidak salah jika anda katakan bahawa Ikhwan al-Muslimin ialah: “Parti politik, kerana mereka menuntut supaya wujudnya pengislahan kepada sistem pemerintahan negara. Mereka turut menuntut supaya dikaji semula hubungan antara umat Islam dengan bangsa-bangsa lain di luar negara Islam. Mereka menuntut supaya masyarakat Islam dididik agar memiliki harga diri dan memelihara semangat perkauman Islam semaksimum mungkin.” (UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)


2. Negara adalah Simbol Suatu Gagasan.


Beliau menegaskan bahawa melaksanakan Islam sebagai suatu cara hidup yang bersepadu akan hanya dapat dicapai melalui sebuah negara Islam. Beliau berkata: “Meletakkan negara sebagai wakil kepada gagasan (fikrah) ini dan bertindak sebagai penjaga gagasan ini. Negara ini juga bertanggungjawab mencapai matlamat gagasan ini dalam sebuah masyarakat dan kemudian menyampaikan gagasan ini ke seluruh manusia… “Menegakkan sebuah negara Islam yang bebas di bumi ini. Negara yang mampu melaksanakan hukum-hukum dan sistem sosial Islam. Sebuah negara yang dapat menampilkan ajaran Islam yang sebenar dan dapat menyebarkannya secara bijaksana kepada semua manusia… (ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)


3. Seseorang Muslim Tidak Boleh Mengabaikan Aspek Pelaksanaan. (* tidak berteori semata-mata)


Di bawah tajuk “Kami dan politik”, Ustaz al-Banna menegaskan politik harakah adalah seperti memahami Islam yang sahih, melaksanakan ajaran Islam, memulihkan aspek pelaksanaan dan membina negara Islam. Menurut beliau: “Jika kami dikatakan sebagai pertubuhan politik atas dasar kami mengambil berat soal umat Islam ini, atau kerana kami berfahaman bahawa kuasa eksekutif dan maruah bangsa adalah sebahagian rukun atau fardhu Islam, atau kerana kami bekerja dengan penuh gigih untuk memperolehi kemerdekaan mutlak dan memulihkan badan pentadbiran, maka memang benar itulah kami.” (UCAPAN DASAR MUKTAMAR KEENAM)


4. Ummah Bertanggungjawab Menuntut Pemerintah Memenuhi Hak-hak mereka yang Diberikan oleh Islam.


Ustaz al-Banna menggalakkan umat Islam supaya menuntut hak-hak mereka yang diberikan oleh Islam termasuklah hak berpolitik. Beliau berkata: “Suatu perkara yang perlu saya katakan di sini ialah Ikhwan al-Muslimin tidak pernah merasakan mana-mana kerajaan yang ada pada zaman ini baik kerajaan yang sedia ada atau kerajaan sebelumnya atau mana-mana kerajaan sekalipun, telah memikul tanggungjawab ini atau menunjukkan kesediaan yang sebenar untuk mendokong gagasan Islam. Semoga umat Islam menyedari hakikat ini. Semoga mereka menuntut supaya kerajaan mereka melaksanakan hak-hak Islam. Dalam pada itu Ikhwan akan terus berusaha dan bekerja.” (UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)


5. Memberi Kefahaman, Menyebarkan Dakwah dan Perjuangan Berlandaskan Perlembagaan adalah Cara yang Paling Selamat untuk Masyarakat.


Ustaz al-Banna telah menetapkan bahawa matlamat ini boleh dicapai dengan menyebarkan dakwah dengan cara yang terbaik dan nasihat yang berguna serta mengambil peranan yang proaktif dalam lapangan politik. Menurut beliau: “Wasilah atau wahana yang kita gunakan ialah, meyakinkan orang ramai, sebarkan dakwah dengan apa cara sekalipun… Seterusnya kita melangkah ke medan perjuangan mengikut lunas undang-undang dengan tujuan dakwah ini dapat diketengahkan ke institusi-institusi rasmi. Dengan ini dakwah akan dibantu dan didokong oleh kuasa yang efektif. Atas dasar ini, apabila tiba masa yang sesuai, calon-calon Ikhwan al-Muslimin akan tampil ke hadapan menjadi wakil kepada rakyat di badan-badan perwakilan rakyat. Kami amat yakin Allah akan membantu kami memperoleh kejayaan jika apa yang kami lakukan ini hanya demi keredhaan Allah. “…Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamanya (agama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa;” Al-Hajj: 40 (UCAPAN DASAR MUKTAMAR KEENAM)


6. Kerajaan adalah Salah Satu Rukun Islam.


Akhir sekali, Ustaz al-Banna secara tegas menyatakan pendirian Ikhwan tentang kerajaan. Menurut beliau kerajaan adalah salah satu rukun dalam struktur sistem Islam. Beliau berkata: “Islam yang diimani oleh Ikhwan al-Muslimin ini ialah Islam yang meletakkan kerajaan sebagai salah satu rukunnya. Islam yang bergantung kepada pelaksanaan sama seperti ia bergantung kepada pendidikan. Suatu ketika dahulu khalifah ketiga pernah berkata: “Allah akan menghalang dengan kuasa apa yang tidak boleh dihalang dengan al- Quran.” “Nabi s.a.w. meletakkan pemerintahan sebagai salah satu rangkaian Islam. Dalam buku-buku fikah kita, pemerintahan disenaraikan dalam masalah akidah dan asas, bukan dalam masalah fikah dan sampingan. Islam adalah pemerintahan dan pelaksanaan…” (UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)


Ustaz al-Banna menegaskan bahawa semua hakikat ini lahir dari prinsip iaitu politik tidak boleh dipisahkan dengan Islam dan sistem sosial dalam Islam. Hakikat ini dapat dilihat dengan jelas dalam tulisan-tulisan beliau. Contohnya seperti berikut: Islam telah meletakkan suasana politik yang dapat memberikan kebahagiaan di dunia dan keuntungan di akhirat.

Ustaz al-Banna telah menjelaskan matlamat politik dalam Islam. Menurut beliau: “Wahai bangsa kami, janganlah istilah-istilah ini menutup mata kamu daripada menilai kenyataan. Janganlah nama-nama yang digunakan ini menutup semua kebenaran. Janganlah luaran itu menutup segala kebenaran. Islam sememangnya mempunyai dasar politik untuk membawa kebahagiaan di dunia dan kejayaan di akhirat. Inilah politik kami dan kami tidak ada pilihan lain. Oleh itu ketengahkanlah politik ini dan ajaklah orang lain berlandaskan politik ini nescaya kamu akan beroleh kemuliaan di akhirat. Kamu pasti akan memahaminya apabila sampai masanya.” (HALATUJU DAKWAH KITA)


Islam tidak memisahkan agama dengan politik. Ustaz al-Banna juga menegaskan salah satu nilai Islam yang tidak akan berubah ialah tidak memisahkan agama dengan politik. Beliau menyebut: “Jarang sekali anda bertemu dengan seseorang yang tidak memisahkan antara politik dan Islam apabila dia memperkatakannya. Kedua-dua perkara akan diletakkan di tempat yang berasingan. Bagi sesetengah masyarakat, kedua-dua perkara ini tidak boleh bersama. Oleh kerana itu dinamakan sesebuah pertubuhan sebagai pertubuhan Islam dan bukannya pertubuhan politik atau perhimpunan ini satu perhimpunan agama bukannya perhimpunan politik. Anda juga boleh lihat perlembagaan pertubuhan-pertubuhan Islam ada mencatatkan: “Pertubuhan ini tidak terlibat dengan soal politik.”

“Saudara, katakan kepada saya, jika Islam ini bukan politik, bukan sosial, bukan ekonomi dan bukan ilmu pengetahuan, jadi Islam ini apa? Adakah Islam ini hanya rakaat-rakaat yang dilakukan dengan hati yang kosong atau hanya sekadar lafaz umpama kata-kata Rabi’ah al-Adawiyah: “Istighfar yang memerlukan kepada istighfar.” Saudara adakah hanya kerana ini al-Quran perlu turun membawa suatu sistem yang lengkap. “…menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita Yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam.” An-Nahl: 89 (BUAT MAHASISWA)


Politik dan pemerintahan adalah di antara perkara khusus dalam syariat Islam dan tidak akan terpisah daripada asas yang lain. Ustaz al-Banna menjelaskan kedudukan politik sebagai sebahagian daripada perkara asas dalam syariat: “Islam yang suci ini meletakkan kerajaan sebagai salah satu elemen sistem sosial Islam kerana Islam tidak dapat menerima suasana yang tidak stabil. Islam juga tidak membenarkan masyarakat Islam hidup tanpa pemimpin… “Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu…” Al-Maidah: 49 “Sesiapa yang mendakwa agama ini (atau lebih tepat Islam) tidak menyentuh aspek politik atau politik tidak termasuk dalam bidang Islam, dia sebenarnya telah menzalimi diri sendiri atau menzalimi ilmunya. Saya tidak katakan dia menzalimi Islam kerana Islam adalah syariat Allah yang tiada sedikitpun salah silap dan cacat celanya. “Negara Islam mestilah dibina di atas asas dakwah supaya Negara ini mempunyai wawasan tersendiri, bukan sekadar sebuah jentera pentadbiran dan kerajaan yang beku dan kaku tanpa sebarang roh. Demikian juga dakwah mestilah diletakkan di bawah penjaga yang akan menjaga, menyebar, menyampai dan memantapkannya.” (KRISIS DALAMAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SISTEM POLITIK)


Mengabaikan aspek pemerintahan adalah jenayah sementara menuntut kewujudannya adalah wajib dalam Islam. Seterusnya Ustaz al-Banna mengingatkan tentang jenayah akibat mengabaikan pelaksanaan syariat Allah. Beliau menggesa para penggerak Islam agar berusaha mencapai matlamat ini: “Islam yang diimani oleh Ikwan al-Muslimin ini ialah Islam yang meletakkan kerajaan sebagai salah satu rukunnya. Islam yang bergantung kepada pelaksanaan sama seperti ia bergantung kepada pendidikan. Suatu ketika dahulu khalifah ketiga pernah berkata: “Allah akan menghalang dengan kuasa apa yang tidak boleh dihalang dengan al- Quran.” Nabi s.a.w. meletakkan pemerintahan sebagai salah satu rangkaian Islam. Dalam buku-buku fikah kita, pemerintahan disenaraikan dalam masalah akidah dan asas, bukan dalam masalah fikah dan sampingan. Islam adalah pemerintahan dan pelaksanaan… Mungkin kita boleh faham jika para reformis Islam merasa selesa dengan hanya berperanan sebagai penasihat dan pembimbing ketika mereka mendapati ada ahli politik dan pemerintah yang patuh kepada perintah Allah dan melaksanakan segala hukum-Nya, menyampaikan segala ayat-ayat dan hadis-hadis Nabi s.a.w. Namun hakikatnya seperti yang kita lihat, perlembagaan Islam berada di suatu tempat dan perlembagaan yang diguna pakai berada di tempat yang lain. Sikap para reformis Islam yang berpeluk tubuh tidak mahu menuntut supaya hukum Islam dijalankan merupakan suatu jenayah menurut Islam; Jenayah yang tidak akan dimaafkan kecuali dengan cara bangkit dan mengambil semula kuasa eksekutif daripada genggaman pihak yang tidak meyakini undang-undang Islam yang suci.” (UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)


Kesederhanaan dan rasional ketika berhadapan dengan masalah pemerintahan. Akhirnya, secara terbuka beliau menjelaskan bahawa matlamat Ikhwan al-Muslimin bukanlah untuk mendapat kuasa pemerintahan sebaliknya matlamat mereka ialah melaksanakan syariat Allah. Tegas beliau: “Atas dasar ini, Ikhwan al-Muslimin tidak pernah menuntut kuasa untuk kepentingan diri sendiri. Jika Ikhwan merasakan ada di kalangan umat ini yang bersedia memikul tanggungjawab dan amanah ini serta bersedia memimpin masyarakat berlandaskan ajaran Islam dan al-Quran maka Ikhwan akan menjadi jentera, pembantu dan pendokongnya. Jika tiada maka kuasa pemerintahan adalah sebahagian pendekatan Ikhwan. Mereka akan berusaha mengambil semula kuasa daripada genggaman setiap kerajaan yang tidak melaksanakan perintah Allah. “Atas dasar ini juga, Ikhwan amat waras dan amat berhati-hati untuk tidak menerima tanggungjawab kuasa ini dalam keadaan jiwa umat Islam di tahap sekarang ini. Perlu ada suatu tempoh yang diperuntukkan untuk menyebar dan mengetengahkan dasar-dasar Ikhwan. Dalam tempoh ini masyarakat dididik bagaimana untuk mengutamakan kepentingan umum daripada kepentingan peribadi.” (UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)


Dengan landasan yang jelas dan nyata ini Ustaz al-Banna telah mengemukakan suatu pemikiran politik yang berlandaskan fahaman yang tepat tentang Islam. Agama yang merupakan panduan hidup yang lengkap dan bersepadu. Ia sekaligus menggariskan dasar dalam gerakan Ikhwan al-Muslimin. Dasar ini seterusnya mencorak agenda kebangkitan ummah dan proses pembinaan sebuah negara Islam yang unggul.

Guru yang terbaik adalah pengalaman yang lepas

Assalamualaikum
setiap insan pasti akan merasai detik waktu manis dan pahit dalam kehidupannya
samada kita bersedia hendak merasainya, semua bergantung pada kita
tapi apa yang pasti, kehidupan tetap perlu ditempuh, mati tetap akan datang menjenguk bile tibe masanya, ntah esok,lusa atau hari ini...
walaubagaimana pun, detik2 yang berlalu itu makin jauh,
maka perlu kita sedari jgn terlalu dicari detik yang lepas tetapi jgn jgn pule dilupainya kerana ia guru terbaik buat kita,
detik2 mati pula adalah detik plg dekat,
maka perlulah sentiasa bersiap sedia untuk menempuhinya dengan segala2 amal2 islami yang betul dan diiktiraf quran dan hadis bkn diiktiraf Perlembagaan UMNO hatta PBB...

(kata2 tersebut dipertik dari nasihat Imam Al-Ghazali)


Buat adik seusrahku, Malik...
selamat meneruskan perjuangan di bumi ini khasnya di kmpus...
jemaah tidak memerlukan kita tetapi kita memerlukan jemaah (kate2 akhi mufiza)
semoga 21 tahun yg lepas menjadi guru teladan terbaik untuk diri
salam hari lahir
great 21,insyaAllah

Benarkah kita masih mmeperjuangkan islam yang sebenar atau bersembunyi dsebalik nafsu yang membuak2? Cerita Muhasabah

“Anakku, tahukah kamu, dengan apa kamu akan dimasukkan ke dalam syurga dan dengan apa kamu dijauhkan dari neraka?”.

Guru melemparkan persoalan sulungnya dalam munaqasyah hari itu. Ribuan ulama yang hadir di kala itu dan mereka sedang bermuhasabah sesama mereka. Guru mengambil kesempatan untuk melihat sejauh manakah ketajaman makrifat saya kini.

Saya menjawab, “Dengan erti taqwa yang saya sembahkan kepada Allah, saya akan dimasukkan ke dalam syurga. Dan dengan erti khauf saya dijauhkan dari sambaran api neraka, guru,” saya menjawab dengan penuh keyakinan.

Guru menepuk bahu saya sambil menggeleng kepala. Ia bererti, jawapan saya salah. Zun Nun al-Misri datang dari belakang seraya berkata, “Nampaknya, makrifat anak muda ini masih lemah. Ia menyangka ia memberi kepada Allah. Walhal ibadat yang ia lakukan bukanlah untuk Allah. Taqwanya bukanlah memberikan kebaikan kepada Allah,” saya tidak faham apa yang dimaksudkan.

Guru kelihatan menyalami tangan Zun Nun al-Misri sambil menciumnya. Saya menuruti perbuatan guru. « Anakku, ingat pesan aku. Ibadah yang kamu lakukan sebenarnya hanya untuk dirimu. Taqwa itu hanya untuk dirimu. Khauf dan raja’ itu juga untuk dirimu. Bukan untuk Allah, » ucapan al-Misri menggoncangkan jiwa saya.


Guru tersenyum. Al-Misri meneruskan bicaranya, « Ajarilah muridmu ini, bahawa dakwah juga tidak mampu mengubah manusia. Usrah dan tarbiah juga tidak mampu memberikan apa-apa untuk Islam. Yang menjaga hati manusia dan membersihkannya hanyalah Allah. Kita hanya alat, » ujar al-Misri kemudiannya meninggalkan kami.

Saya kekeliruan. « Guru, telusnya, saya tidak memahami ungkapan al-Misri. Guru menarik saya merapatinya. Sambil guru berbisik, « Anakku, apakah layak taqwa kita yang cetek ini untuk memasukkan kita ke dalam syurgaNya yang seluas langit dan bumi ? Apakah mampu ketakutan yang kita sembahkan kepada Allah memadamkan neraka ? »

Saya terkedu. Teringat satu kalam Allah yang berbentuk ancaman. “Hari yang mana Kami bertanya kepada Jahannam, masihkah ada ruang kosong? Jahannam bertanya balik, “Apakah masih ada manusia yang ingin dilemparkan ke dalamku.”

Neraka ini tempat kotoran. Guru membuat tamsilan. Seolah-olah engkau merapatkan hidungmu ke dalam mangkuk tandas dan menjilat serta menggigit najisnya. Aduh, loya saya mendengarnya.

Seolah-olah, ambil tahi yang kotor dan dilumurkan ke muka engkau. Sanggupkah?

Bahkan neraka jauh lebih teruk berbanding itu. Guru bertanya lagi, “Anakku, sudahkah kamu bersedia menghadapi kehidupan selepas kematian? Sudahkah kamu mendidik adik-adik usrahmu agar bersedia menghadapi saat-saat itu? Saat yang mana tiada guna kelantangan suara kamu menentang kezaliman sedangkan hati kamu kotor.

“Saat yang mana tiada guna perjuangan kamu jika jiwa kamu penuh dengan daki-daki maksiat. Saat itu adalah saat untuk orang yang berhati bersih.”

Sebagaimana firman Allah. Yang berhati bersih itu adalah yang takut kepada Allah ketika ia sendirian.

Guru bertanya lagi. “Apakah kamu pernah menitiskan air mata? Atau kamu hanya banyak ketawa. Anakku, sesungguhnya Allah menyeru agar sedikitkan ketawa dan banyakkan menangis. Hati yang gelap itu mudah menerima kotoran maksiat. Bermakna hati kamu jika tidak dibersihkan, adalah ibarat tandas yang penuh dengan limpahan tahi.”

Saya menangis mendengar kata-kata guru. Ia sangat menusuk hati. Saya tidak mampu lagi menahan esaknya.

“Anakku, Iman dan ilmu yang kamu miliki, tidak mampu memberikan kesan yang besar kepada Islam. Maafkan aku anakku. Aku melihat kamu kuat berjuang namun nafsumu sentiasa kecundang. Namun kamu menyangka kamu telah memberikan sumbangan yang besar kepada Islam. Kamu silap anakku.”

Saya terus memeluk guru sambil memohon ampun kepadanya. “Anakku, jangan mohon ampun dariku. Mohonlah kepada Allah. Bukan hanya dengan solat taubat dan istighfar lidah. Sebaliknya dengan penuh perasaan kesal dan keazaman untuk tidak mengulanginya.”

Pejuang Islam sekarang menurut guru, kuat daya juangnya namun lemah ketahanan imannya. Lantang suaranya menentang kezaliman namun perlahan bisikan hatinya di lembah keimanan. Jasadnya sanggup bersusah payah bersama perjuangan rakyat namun nafsunya sentiasa ingin bersenang lenang.

Solat taubat. Bukan solat taubat yang mendekatkan kita kepada Allah. Tetapi keinginan kita ingin meninggalkan kotoran maksiat dan melakukan taat.

Saya kemudiannya merapati al-Sakandari untuk memohon petunjuknya. Guru yang meminta saya berbuat demikian.

Al-Sakandari melihat saya. Lalu ia menangis. Teringatlah saya kata guru. Jika kamu ngin melihat kepada orang yang sentiasa berasa dirinya penuh dengan maksiat, jiwanya jauh dari taat, maka lihatlah kepada al-Sakandari. Ia sentiasa merasakan dirinya pelaku dosa yang besar.

“Guru, berikanku pesan.”

Al-Sakandari menangis. Ia meraung kuat. « Aduh, hari ini orang memohon nasihat dariku sedangkan diriku sendiri tenggelam dalam lautan kedurhakaan. Aduh, bagaimana hatiku ingin berkilau-kilauan dengan cahaya keimanan sedangkan bayangan duniawi selalu menyelimutiku, » ia pengsan dan saya tergamam.

coretan asal
dzulkhairi.blogspot.com

Video : Jom tengok ucapan KJ! - Nizar News



hadoi2
ingat tu latihan speech ka ,KJ...
no komen
kredit kt
http://loveperak.blogspot.com

Jika tidak mampu ke situ, sekurang2 kita ke arah itu!




Assalamualaikum wbt

Ya Allah ,Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Engkau telah mentakdirkan hari ini aku menulis setelah sekian lama tidak menulis ke blog ni.

Alhamdulillah, lepas mengedit kiri dan kanan blog, sawang-sawang di blog makin berkurangan.

Tapi sawang di kepala, siapa yang tau. Macam2 ada...

Pertama, pada mulanya saya tak mau menulis, tapi entah macam mana sebab petang tadi sudah berjanji dengan seseorang untuk followup satu artikel/perkongsian, relakan jugak la jari ini menari atas keyboard... Betul jugak kata2 mutiara ini:

“ Perjalanan yang jauh bermula dari langkah pertama”

~Terkena batang hidung sendiri, astaghfirullah~

Baik, tamat sesi coretan kosong...Maka bermulalah, coretan yang tidak kosong ini (ayat orang sudah lame tidak menceburkan diri dalam posting)

“Saya tidak mampu la akhi”

“PMI kosong, xde ekor..pandai bercakap antara mereka sahaja tapi x pandai bertindak dan berdebat”

“Orang lain kan ade, saya tolong bawah2 da la”

“PMI,huh...berdakwah apa, bnyk bermain dengan masalah dalaman ja..syok sendiri ler tu”

“Jemaah PMI tu pandai komen ja, tapi x bertindak dan x pandai bg alternatif”

dan banyak lagi...

Jika melihat kenyataan2 di atas, pasti mereka2 yang pernah terlibat berkata ‘Aduh, pedihnya’..pasti ade yang merasa down...nk letak jawatan, nk lari, menangis, stress dan sebagainya...kerana apa?pasti sebab terkena batang hidung sendiri..

Ya, saya juga merasa begitu kerana aku juga tergolong dalam golongan2 ‘mereka2’ itu.tak tau la kalau anda tidak tergolong dalam golongan2 yang pernah dikeji,dihina dan dinasihat scara kasar...

Stress? Nk letak jawatan? Down ka?

Gejala biasa kerana fitrah manusia, bila smpai suatu tahap pasti akan tersentuh ke lubuk sanuri barinya... Biarkan, teruskn jika kau hendak rase down, stress dan rase nk letak jawatan..hatta rasa nk nangis pun gejala biasa, tiada orang boleh menafi menangis tu utk insane, bukan untuk robot kerana kita mempunyai satu ketul daging yang berharga yang tiada pada robot, kapal terbang dan kerete PM najib (xde kaitan)..itulah hati...

Tetapi biarlah ia sekadar hanya ‘rase’..rase nk down, rase nk letak jwtn, rase stress dll.

Hakikatnya, jiwa perjuangan masih berbuak2 di diri masing2...

Gejala itu hanya sementara jika masing2 memahami apa tujuan kita diciptakan di bumi ini.

Ayat 56 surah Adz Dzaariayaat ini cukup menjadi ‘power factor’ kepada semua pejuang2 agama Allah walau di mana skali pun die berada, tidak kire di bumi, marikh, rumah PM najib, hatta kalau pakai kasut jenis krokodile rm 50,000 pun engkau tidak dapat lari dari kenyataan ini, engkau aku dan dia adalah hamba Allah. Maka di sini perlu diingatkan, ‘the effectiveness of ibadah’ sangat dhaif bg diri kita yang bergelar hamba Allah.. sejauh mana sahaja kita mengingati Allah..ade 24 jam sehari? Mungkin yang membaca ya, tapi saya sesekali jauh..astaghfirullah...

Macam mane hendak meningkat ‘the effectiveness of ibadah’ adalah melalui mengaitkan setiap perbuatan kita atas dasar islam, kerana Allah... aku memancing kerana Allah, aku berucap di dpn rakyat kerana Allah hatta kalau nak bercouple pun kerana Allah tapi bersyarat, mesti da kawen la...

‘Ya Allah, jika aku beralih hati keranaMU, kau paling la semula hati aku ini ke jalanMU. Jgn biarkn aku melampaui batas dan lari dari jalan2MU Ya Allah.. amin ya rabbalalamin...’

Petang tadi saya berbual via ym dengan anak usrah sejemaah PMI di kmpus kejuteraan USM. Adikku meluahkan perasaan, terasa down dalam PMI, down kerana akademik, down kerana masalah dalaman, dan juga serangan2 dari luar (tohmahan2 dll)

Dalam perbincangan kami, saya mengingatkan dia kembali kepada hakikat pejuangan mahasiswa.

Perjuangan mahasiswa di kampus tidak menginginkan PMI dikenali dengan sebagai badan2 ‘masjid shj’, dikenali sebagai proxy ‘parti pembangkang’ yang mempunyai agenda tersendiri dan dikenali sebagai penakut, hanya berani berkata2 belakang tanpa bertindak. Tidak!PMIUSMKKj bukan begitu, dulu kini dan selamanya...

Mengapa saya berani menyatakan sedemikian? Kerana selagi PMI berpegang pada asas2 islam, memahami tujuan PMI sebenarnya ditubuhkan, memahami hakikat perjuangan islam melalui wadah ini, insyaAllah PMI akan teruskn usaha dakwahnya di kampus.

Berkisar tentang kata2 / tohmahan2 yang dilontarkan pada PMI (spt di atas), bagi saya dlm satu skop ia baik untuk PMI. PMI sepatut nya memandang ia positif dan jadikan ia sebagai ‘factor to the turning point’..bawakan ‘new wave’ kepada PMI selepas ini..jadikan PMI sebagai satu pusat rujukan untuk mahasiswa2 islam, kalau mampu lagi, rujukan pada semua mahasiswa di kampus..

Saya mengambil contoh dari kampus2 lain pada adik seusrah saya. Jika di USMiNDUK, mereka hebat dengan pelbagai aktiviti2 bermasyarakat, jika ada perkara yang bertentangan dengan syariat islam dilakukan di USM, mereka bangkit membantah, tidak kira secara demostrasi atau penyerahan memorandum..sma juga di kampus2 lembah kelang, bahkan mereka lebih terkehadapan. Setiap bulan pasti ade pgrm2 dari PMI untuk disajikan pada mahasswa2 dan masyarakat sekitar. Ahli tidak la ramai, tekanan akademik? Ya, mungkin tekanan akademik mereka kurang, tapi kita tidak boleh jadikan akademik sebagai alasan kerana alasan itu sebenarnya ujian dari Allah, sejauh mane kita dapat ‘beribadah’ padaNYA dalam konteks berpersatuan. Terdetik dalam hati saya tadi ingin menyatakan pada adik seusrah, ‘tahniah’...tahniah sebab nta sedang ditarbiyah dari Allah, direct pad anta..jika nta Berjaya, maka nta bertuah kerana nta la hamba Allah. Elemen2 kejayaan tersebut mesti terdiri dari elemen kesabaran spt rasulullah saw tatkala di baling najis ke mukanya, ketabahan seperti bilal bin rabah tika dibaringkan di atas padang pasir yang panas dan keyakinan pada agama Allah spt saidina Ali semasa berbaring di katil rasulullah ketika hijrah.

Allah melihat usaha hambaNYA, bukan pada hasilnya. Hasil itu hanya la tahap kepada kejayaan kepada strategi hambaNYA. Contoh kesah nabi Nuh as, hidup selama 950 tahun tetapi mempunyai umat tidak sampai 100 orang.kadar setahun hanya 9 orang. Tetapi nyata, kekasih Allah itu ttp dijanjikan syurga kerana usahanya kerana Allah swt...

Jika tidak mampu ke situ, sekurang2nya ke arah itu..

Itulah ungkapan yang sering saya beri pada adik seusrah saya. Hakikat perjuangan mahasiswa mesti hidup dengan seminar2, ceramah agama, bengkel2, turun ke medan masyarakat, bedah buku, kem jati diri muslim, joint venture dengan semua persatuan2 yang ade di kmpus, program kebajikan, majlis2 ilmu, sukan, hiburan yang betul, motivasi2 dan sebagainya..perjuangan mahasiswa juga mesti jelas ke mana arah tujunya, tidak terlalu bergantung pada ‘senior’ yang da kluar dari kepompong ‘mahasiswa’...Walaubagaimanapun, Allah itu adil dan seadil2nya.Allah tidak akan membebankan sesuatu yang tidak mampu kepada hambaNYA spt firmanNYA:

1st posting selepas berbulan2 x menulis udah panjang merapu..

Tetapi begitulah hakikat perjuangan mahasiswa islam. Bergerak mengikut kemampuan. Jika tidak mampu semua, jangan tinggal semua. Kalau tidak mampu ke situ, sekurang2 ke arah itu sudah memadai. Dan juga kena ingat, PMI kena bergerak secara berjemaah. Berjemaah mesti memahami konsep 1malaysia..eh,slp2..satu mesia wat pa.fahamilah konsep:

WEHDATUL FIKR, WEHDATUL A’MAL

(kesatuan dalam pemikiran, kesatuan dalam amalan)

Satukan lah hati2 ahli jemaah islam. Jangan biar ia lari terlalu jauh, dan jgn biar ia leka terlalu lama kerana kita masih berpegang pada satu janji, janji kita pada Allah swt:

JANJIKU SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI INI...

Sekian dari hambaMU yang dhoif

Mujahid4869