Pages

Forum Perdana di Masjid Seri Ampangan



Forum Perdana Sempena Sambutan Maal Hijrah 1431H pada 11 Januari2010
Isnin-9. 15 malam
Tempat : Masjid Qaryah Seri Ampangan (Masjid Putih)

Ahli-ahli panel:
-Ybh. Ust Hj Ellias Zakaria (YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang)
-Ybh.Ust Roslan Che Ros (Jabatan Agama Islam Pulau Pinang)

Moderator:
-Ust Muhd Latiffi Mahadzir (Pusat Islam USM Kampus Kejuruteraan)

Aturcara majlis

-Solat Maghrib
-Jamuan Makan
-Solat Isyak
-Forum Perdana ( 9.15mlm)
-Ucapan Aluan Pengerusi (Dr Hj Soib-PPKEE USM)
-Forum

Muslimin dan Muslimat serta ahli keluarga dijemput hadir untuk mengimarahkan program ini. Insya Allah.

(SUMBER:ZAIDIterKINI)

Malaysian Wonderkid


Sekilas Pesanan pada para penggerak dan peserta I-Camp 2010

assalamualaikum
tahniah pada pimpinan PMI 2010 kerana bakal menjalankan satu program yang bermanfaat pada masyarakat kampus, khususnya pada ahli PMIUSMkkj...setinggi2 tahniah
amiklah kesempatan dalam menjalankan program yang baik ini, ikhlaskan niat kerana ALLAH swt...usaha yang terbaik untuk menyampaikan yang terbaik mengenai islam yang syumul kepada peserta2 dan ajk2 program....ingat!Allah suka pada hambaNYA yang kuat, dan kekuatan itu bukan Allah nilai dengan hasil program, tetapi atas usaha kalian untuk memartabatkan islam yang sebenar...hasil itu juga penting, tetapi sebagai garis panduan kejayaan strategi untuk menegakkan islam yang telah kita jalankan...
ok, all da best, bawaklah islam yang sebenarnya pada semua...

pada peserta I-Camp, i-camp ini SERONOK...
seronok dengan game islam, seronok dengan ukhwah islam, LDK islam, makan2 islam, game bola islam(ader ker name mcm ni)...dan pelbagai lagi yang menyeronokkan...
nk tahu apa lagi?? datang dan join kami...
berkumpul di kafe lembaran jam 6 petang, perkhidmatan bas percume disediakan...



IKHLASKAN NIAT YER,
SELAMAT BERJAYE...

Aper da jadi yeop?

'ape dah jadi yeop?'
'alamat da x lame la jang oiii'

Kalimah Allah dalam Agama Kristian : Pandangan Tuk Guru Nik Aziz Nik Mat



KOTA BHARU, 3 Jan: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan kebimbangan penggunaan perkataan Allah disalahgunakan biarpun tidak salah untuk diguna kesemua agama samawi.

Menteri Besar Kelantan itu melahirkan rasa bimbang kalimah Allah kemungkinan disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu.

Beliau berkata, biar pun penggunaan kalimah Allah mengikut hukum bagi pengamal agama Samawi, ia tidak menjadi satu kesalahan.

“Namun saya takut ia disalahgunakan, itu yang menjadi kebimbangan sebenarnya,” katanya selepas majlis perasmian pejabat Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan di Jalan Telipot, hari ini,

Khamis lalu Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan perkataan ‘Allah’ oleh penerbitan akhbar mingguan Herald – The Catolic weekly.

Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam keputusannya memberitahu Herald mempunyai hak pada sisi perlembagaan untuk menggunakan perkataan tersebut.

Ekoran keputusan itu menyebabkan timbul bantahan di kalangan umat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Baharom pula dilaporkan akan merayu keputusan kes terbabit ke Mahkamah Rayuan bagi memastikan kesucian agama Islam kekal terpelihara.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berharap pihak berwajib seperti persatuan ulama menganjurkan dialog bersama pemimpin agama Kristian bagi mencari penyelesaian isu tersebut.

“Melalui perbincangan terbabit diharap dapat meredakan kekeliruan masyarakat. Selain itu falsafah Islam dapat dikembangkan melalui majlis-majlis seumpama itu,” katanya.

Beliau juga tidak menolak hadir pada majlis seumpama itu sekiranya ada jemputan bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul mengenai Islam.

Augustine Paul, hakim kes Anwar meninggal dunia


KUALA LUMPUR, Jan 2 – Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri S. Augustine Paul yang menjadi perhatian dalam kes membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim 12 tahun yang lalu meninggal dunia hari ini.

Mendiang berusia 64 tahun.

Punca kematian tidak diketahui tetapi mendiang telah terlantar sakit untuk tempoh yang lama.

Upacara pengebumian akan berlangsung esok.

(SUMBER:THEMALAYSIANINSIDER)


em, saksikan keadilan dari Allah...

jika tidak di dunia, Allah tetap akan saksikan di depan umum seluruh hambaNYA di padang mahsyar kelak...

ps: mungkin ade hikmah Allah panjangkn umoq chedet...firaun pun panjang ape umoq die...

Tahniah Ustaz Favourite USM!!!


GEORGETOWN, 1 Jan: Spekulasi mengenai siapa yang akan menggantikan Shabudin Yahaya sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) bagi penggal 2010 hingga 2012 telah terjawab apabila exco kerajaan negeri Abdul Malik Abul Kassim mengumumkan mengenai pelantikannya dalam satu kenyataan media semalam.

Bekas Pengarah Pusat Islam USM, Elias Zakaria dilantik sebagai YDP MAIPP manakala Ustaz Salleh Man, Adun Permatang Pasir dilantik sebagai timbalan YDP.

Menurut Abdul Malik lagi dengan pengumuman tersebut maka isu pelantikan siapa sebenarnya YDP MAIPP telah pun selesai. Abdul Malik juga menyelar sesetengah pihak yang mempertikaikan mengenai kerusi Timbalan YDP MAIPP yang diterajui oleh Mohd Salleh.

"Kerusi Timbalan YDP MAIPP bukanlah satu perkara yang baru. Ia telah lama diwujudkan. Sebelum ini pun jawatan ini pernah disandang oleh Allahyarham Datuk Ibrahim Yahya.

"Kerajaan Negeri sebelum ini tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi bersabit pelantikan ini kerana tidak mahu dituduh melangkaui kuasa Yang Dipertuan Agong sepertimana yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.

"Selain daripada dua jawatan tersebut Kerajaan Negeri juga melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainal Rahim Seman, Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob, Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Faiza Zulkifli, Mufti Negeri Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Farizan Darus sebagai pegawai ex-officio MAIPP."

Abdul Malik juga mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungei Bakap, Maktar Shapee, Datuk Hashim Yahaya, Dr.Danial Zainal Abidin, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Rosidi Hussain, Norhayati Jaafar yang juga Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang, Abd Aziz Che Yacob, Zainudin Hanif dan beliau sendiri sebagai Ahli Jawatankuasa MAIPP.

"Kerajaan Negeri juga selepas ini meminta pentadbiran baru MAIPP untuk mengadakan audit luaran bagi mengetahui kedudukan sebenar agar pentadbiran baru ini dapat melaksanakan pentadbiran mereka selaras dengan konsep Cekap, Akauntabiliti dan Telus yang menjadi prinsip perjuangan Kerajaan Negeri selama inim"katanya lagi.

(SUMBER:HARAKAH)

Malaysia berpecah 2 dan Kerajaan Kelantan kena bayar 800 juta?


Tahun 2010 menjelma
ya, 01/01/10...orang kate nombor ong...(maaf bagi yang bernama ong kl2 terasa, ong x specifik pada mane2 name)

Break into 2 !!!
1431H vs 2010M
1431H orang islam menyambut tahun baru hijriah di mana secara kasarnya bermula setelah nabi muhammad saw berhijrah ke madinah pada 1431 tahun yang lalu.
2010M orang kristian menyambut tahun baru masihiah dan kelahiran nabi isa as yang mereka memberi gelaran jesus pada 2010 tahun yang lalu.

Cara sambutan tahun baru islam / maal hijrah oleh orang islam, jika mengikut penghayatan yang sebenar akan turut menjiwa hijrah rasululllah saw pada 1431 tahun dahulu. Mendalami hijrah nabi dan sahabat2 yang menghadapi pelbagai mehnah dan tribulasi, tekanan2, tohmahan dan serangan dari kafir quraisy semata-mata untuk membawa agama ad-din iaitu agama islam yang mana sama seperti agama yang dibawa oleh nabi2 sebelum itu cuma berpandukan kitab yang diberi gelaran mukjizat sepanjang zaman dan terbesar iaitu al qurannul karim.

Cara sambutan orang kristian terhadap tahun baru 2010M pula ialah dengan cara majlis2 yang bercampur2 halal dan haram, lelaki dan perempuan, arak, melompat sana dan sini semata-mata untuk meraikan tahun baru masihi yang konon2 sebagai tanda menyambut kelahiran nabi isa (gelaran jesus oleh orang kristian) 2010 tahun dahulu.


Situasi benar di Malaysia..apa beza dengan cara mereka???

Di malaysia pun sama...semuanya berpecah dua.
yang pertama politik dan agama berpecah 2. mana x nya, kita lihat sendiri bukti rasuah makin parah dalam kerajaan, kerosakan akhlak dan maksiat makin berleluasa adalah tanda politik yang dibawa oleh kerajaan sekarang tidak berteraskan islam. tapi aktiviti islam seperti maulud nabi, tilawah al quran still nak buat...
hey baik x payah buat la kalau sambutan maulud nabi tu hanya utk menunjuk2. tu pun sehari ja...
kalau betul nak sambut kelahiran nabi, bawa cara hidup nabi yang sebenarnya dalam pentadbiran, dalam politik, mesti ikut cara nabi..
nabi pakar berpolitik..contoh:
semasa menandatangani perjanjiab hudaibiah, pencatatnya saidina Ali...
suhaib, utusan dari kaum quraisy x setuju semasa Ali menulis perjanjian itu dengan nama Muhammad Rasulullah saw...suhaib mintak Ali padam...tapi Ali x sanggup padam walaupun nabi sendiri suruh ali padam. Akhirnya nabi sendiri tanya pada Ali, tulisan mana ada nama rasulullah (nabi x pandai membaca) dan nabi sendiri padamkan...
hal ini disebabkan nabi bijak berpolitik, ini arahan Allah yang menyuruh nabi untuk membuat perjanjian itu...
pengajarannya: bawa politik islam tu tiap2 hari, setiap detik dalam perkara yang kita buat, baru la tanda membesarkan nabi, bukan satu hari ha, tapi tiap2 hari, 365 hari nabi dibesarkan oleh umat Islam...

Selepas perundingan tentang butiran perdamaian itu, termeterailah perjanjian yang sangat terkenal dalam sejarah Islam iaitu perjanjian Hudaibiah. Dokumen perjanjian itu ditulis oleh Saidina Ali bin Abi Talib RA (hadith 3335 Sahih Muslim edisi Bahasa Arab).

Bukan tu saja, sebab berpecah 2 maka timbul lah mahkamah syariah dan mahkamah sivil,
kalendar hijrah dan kalendar masihi sampai poning rakyat nak tengok kalendar mana,
dan macam2 lagi termasuk siaran2 tv yang jelas mengaburi mata penonton dengan menyiarkan cerita2 maksiat waktu siang dan cerita2 islamik sket (contoh macam bicara mufti) waktu tgh2 malam dan tgh2 pagi (waktu orang tidur)....

ini jelas menunjukkan malaysia masih belum bebas dari jajahan kafir laknatullah,
bekas jajahan british dan amerika masih ada di malaysia malah lagi teruk,
contoh pejuang yang tidak memisahkan agama dan politik pada waktu dahulu iailah tuk janggut.
penjajah penjarakan tuk janggut dan sebarkan yang die adalah pembelot dan penderhaka.
mereka takut pada orang2 islam yang faqih dalam bidang politik kerana mereka ingin hancurkan islam melalui kuasa yang mereka ada...

nah, sekarang mereka sudah tiada didepan kita pada pandangan zahirnya, tapi hakikatnya yang sebenar kufar laknatullah ini masih wujud dalam diri kita.teknik yang mereka pakai lebih dasyat iaitu serangan pemikiran dan didalangi oleh freemason...


Sekarang ini Kerajaan Kelantan diwar2kan telah diberi arahan oleh mahkamah tinggi kota bharu untuk membayar rm 800 juta kerana melanggar perjanjian pembalakan oleh satu syarikat dari singapore (timbermine)

Mahkamah Tinggi Kota Baru semalam mengarah kerajaan negeri membayar gantirugi sebanyak RM800 juta kepada syarikat pembalakan Timbermine Sdn Bhd kerana melanggar syarat perjanjian mereka.


tahun 1970-an, kerajaan pas di kelantan telah ditabur fitnah, konon2nya telah menjual kelantan pada singapore. maka kerajaan BN di kelantan membuat serangan pada rakyat kelantan "pas menjual kelantan pada singapore, undi kawe, kawe tebus kelantan"
nah, kelantan bagi pada BN untuk memerintah smule, konon2 menebus balik kelantan...
'BLAWOK', 'NIPU'...
demo bukan tebus, demo hok gadai kelantan..
pok BN ni buang sampah dan sekarng PAS kelantan keno bayar balik rm 800 juta hasil perjanjian yang BN buat zaman pok2 dio blawok tuh...
'AI, BERAT NANANG'...

sekarang kerajaan PAS di kelantan tidak akan mengalah,
kami akan buat rayuan di mahkamah rayuan tentang pembayaran rm 800 juta tu,
kami akan teruskan jugak permohonan untuk dapatkan royalti minyak kami...




Ya Allah, bantulah kami supaya dibuka pintu hati mereka2 di KL untuk membantu kami di kelantan. amin.

Demo Membantah Sekatan Mesir

TEMPAT : KEDUTAAN MESIR (solat jumaat berjemaah di Masjid Tabung Haji, Jalan Ampang)
TARIKH : 8 JANUARI 2010
MASA : SELEPAS SOLAT JUMAAT
ANJURAN : DEWAN PEMUDA PAS PUSAT (DPPP)

1) Demonstrasi bagi menyerahkan satu memorandum bantahan kpd Kedutaan Mesir.

2) "Demonstrasi berkenaan sebagai menunjukkan bantahan keras terhadap tindakan kerajaan Mesir yang tidak memberi kebenaran dan laluan kepada Viva Palestina Convoy 3 untuk meneruskan perjalanan bantuan ke Gaza" kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Ust.Nasrudin Tantawi.

3) Konvoi yang dikendalikan oleh Palestine Solidarity Campaign tersebut kini tersekat di Aqaba, Jordan setelah disekat masuk oleh kerajaan Mesir.

4) Kerajaan Mesir telah menyekat deligasi sukarelawan tersebut yang diterajui oleh ahli Parlimen Britain, George Galloway yang telah berjaya mengumpulkan lebih dari 240 ambulan dan kenderaan pelbagai jenis untuk menghantar bantuan ubat-ubatan dan lain-lain barang keperluan ke Gaza.

5) Rombongan ini telah bertolak dari London pada 05 Disember 2009 dan merentasi jalan darat melalui benua Eropah dan sepatutnya dijadualkan sampai ke Gaza semalam sempena ulang tahun serangan biadap dan pembunuhan zalim rakyat Gaza oleh regim zionis, kerajaan haram Isreal.

6) Sehubungan itu, Pemuda PAS berharap agar seluruh rakyat Malaysia terdiri dari muslim dan non-muslim serta seluruh badan bukan kerajaan (NGO) yang cintakan keamanan dapat bersama hadir membantah tindakan Kerajaan Mesir menghalang Viva Palestina Convoy 3 yang dikendalikan oleh Palestine Solidarity Campaign agar dapat meneruskan perjalanan memasuki Gaza.

7) Reaksi AJK PAS Pusat, Dr. Lo' Lo' Ghazali kesal dengan sikap berdiam diri Kementerian Luar Negeri berhubung sekatan Kerajaan Mesir itu. Beliau dalam satu kenyataan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Harakahdaily berkata, PAS mesti membuat bantahan rasmi terhadap kementerian berkenaan berhubung isu ini kerana ianya melibatkan nyawa umat Islam di Palestin.

(SUMBER:PALESTINHOOD)