Pages

RAMADHAN MEMBERKATI KEDAH - Ustaz Nik Abduh

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Kedah di atas kesungguhan dan kesepakatan mereka untuk terus melangkah ke depan di dalam melaksanakan kewajiban mereka sebagai pemerintah yang dipilih dan diberi amanah oleh rakyat Kedah untuk memimpin dan memastikan kehidupan rakyatnya ke arah yang lebih sejahtera dan diberkati Allah. Minggu lepas, kerajaan negeri Kedah mengumumkan satu langkah ‘bersih’ untuk memberi ‘sengat’ kepada kehadiran bulan Ramadhan yang telah termaktub kemuliaan, keberkatan dan kebersihannya di atas langit semenjak lama dulu dan mula diwartakan selepas kedatangan al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam sebagai utusan Allah yang terakhir.


Kerajaan negeri mengumumkan keputusannya menguatkuasakan larangan kepada pusat-pusat hiburan termasuk pusat karaoke dan disko beroperasi di sepanjang bulan Ramadan mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

Saya yakin semua umat Islam menyambutnya dengan baik, malah patut diiri hati oleh kerajaan-kerajaan negeri yang lain kecuali kerajaan negeri Kelantan yang telah pun mendahului semenjak dulu lagi dan semestinya merasa bangga dengan tindakan positif kerajaan negeri Kedah yang secara tidak langsung mendukung apa yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri Kelantan itu.

Tidak banyak yang kita dengar daripada kerajaan baru di bawah pentadbiran PAS ini yang berkait penguatkuasaan yang bersifat larangan dan pencegahan. Ia berbeza dengan negeri Kelantan di awal pemerintahannya dulu yang dilihat lebih rancak dan tegas melakukan perubahan demi perubahan ke arah pentadbiran Islam yang lebih jelas da
n baik. Keadaan ini menyebabkan sesetengah pihak yang begitu bersemangat ingin melihat negeri Kedah melaksanakan Islam mudah mengkritik kerajaan Kedah yang dilihat lemah, takut dan teragak-agak.

Apabila saya ditanya, saya selalunya akan mendengar dulu dengan baik kritikan tersebut, kemudian saya akan cuba menjawab melalui penjelasan berkaitan kaedah-kaedah umum dakwah Islamiah dan siasah syar’ieyah yang menjadi pemandu kepada perlaksanaan hukum-hukum Islam dan pengajarannya. Saya akan menyokong tindakan-tindakan kerajaan Kedah yang walaupun perlahan tetapi agak berbekas kesan dan tindak balas orang ramai terhadapnya. Perihal butir-butir perinciannya, saya serahkan kepada penanya itu merujuk dan mendapatkannya sendiri. Saya tidak rajin untuk mengetahui secara detail semua perkara kecuali berkaitan Kelantan. Itu lainlah sebab saya mudah saja memperolehi maklumatnya. Saya dok di Kelate.
Biasanya, saya akan menyentuh mengenai konsep tadarruj atau berperingkat-peringkat di dalam perlaksanaan peraturan dan bezanya dengan pendekatan ‘tadarruj palsu umno’.

Berkaitan penguatkuasaan larangan ke atas beberapa hiburan terlarang di bulan Ramadhan tersebut, beberapa persoalan timbul. Antaranya, mengapa lambat? mengapa baru sekarang sedangkan PAS telah 3 tahun mentadbir Kedah? Mengapa penguatkuasaan di bulan Ramadhan sahaja? Tidakkah larangan agama itu adalah sepanjang masa dan itulah yang dilakukan di Kelantan? Kemudian, bagaimana hak-hak non muslim di negeri tersebut? Tidakkah perlaksanaan Islam itu boleh mencetuskan rasa tidak puas hati mereka apabila ia turut mengganggu kebiasaan mereka terutamanya?

Ya, persoalan seperti ini akan segera timbul. Itulah sifat islah, pembaikan dan ujiannya. Lihat, tidakkah enakmen hiburan tersebut telah diluluskan di zaman BN? Mengapa mereka tidak melaksanakannya sedangkan apabila mereka telah meluluskannya, sudah tentu ianya satu keperluan yang perlu dilaksanakan.

Jawabannya adalah keberanian melaksanakan apa yang dituntut oleh ugama. BN yang diketuai Umno tidak bersedia menghadapi risiko ditolak oleh rakyat yang menyokong mereka. Mereka mengutamakan kepentingan politik berbanding tuntutan ugama mereka sendiri. Apabila PAS memulakannya, maka tempoh 3 tahun bukanlah satu kelewatan, tetapi ianya adalah perjalanan yang sederhana dan benar secara syar’ie. Apatah ianya tetap dilaksanakan ketika ramai melihat PAS tidak akan melakukannya di atas sebab yang sama sebagaimana Umno dulu. Anggapan itu ternyata salah.

Mengapa Ramadhan sahaja? Saya yakin ia satu proses ke arah memahamkan masyarakat Islam yang telah lama diulik pembohongan Umno sehingga mereka gagal menilai di antara perlaksanaan politik Islam yang benar dan yang palsu. Ia bukan soal non Islam, bahkan umat Islam sendiri. Tempoh kemenangan di Kedah yang baru memerlukan ahli politik Islam meletakkan kefahaman rakyat di tempat yang pertama. Rakyat perlu kenal Islam, kemudian PAS sendiri setelah mereka agak asing dengan Islam yang sebenar sepanjang di bawah Umno dan BN.

Ramadhan adalah bulan mulia dan sungguh dimuliakan oleh umat Islam seluruhnya tanpa mengira perbezaan faham politik dan sebagainya. Ia adalah madrasah untuk yang tua, apatah yang muda. Memulakan sesuatu yang baik di bulan ini akan menggamit rasa cinta dan sayang umat kepada Islam. Justeru larangan hiburan melampau untuk umat Islam di premis perniagaan adalah tepat. Saya yakin kesannya adalah begitu meyakinkan untuk kefahaman umat Islam yang sedang dirawat dan diislahkan jiwa mereka.

Adakah ia akan berhenti setakat di bulan Ramadhan sahaja? Saya kata, tidak. Bila pula akan dilaksanakan sepanjang masa? Orang Kedah tak akan lebih tahu perihal Kelantan. Begitulah sebaliknya. Kuasa akal adalah untuk perlaksanaan dakwah Islamiyah yang lebih berhikmah menuju redha Allah.

Ada kekecohan telah berlaku di awal pengumuman perlaksanaan enakmen tersebut di kalangan non muslim. Ia mencetuskan riak politik yang kurang enak apatah orang-orang Islam sendiri mengambil kesempatan untuk memperlekehkan usaha PAS tersebut. PAS yang bertindak berani itu dikatakan tunduk hina pula kepada DAP. Umno yang tak pernah berani untuk Islam pula bertukar jadi hero untuk Islam. Cukup pelik! Tetapi politik kotor begitulah..

Seperti yang saya ulangkan kepada kawan-kawan, saya yakin kekalutan akan berakhir. Ia proses pemahaman, bukan penjahilan dan pemaksaan ke atas non muslim. Islam memaksa umat Islam kerana itulah syahadah mereka untuk menerima Allah sebagai tuhan mereka. Adapun non muslim, bagaimana pemaksaan boleh berlaku ke atas mereka? Rakyat Malaysia seluruhnya hanya boleh dipaksa oleh suara majoriti rakyatnya. Suara majoriti itulah yang menggerakkan undang-undang negara. Hari ini Islam tidak mendapat suara itu..

Apapun, Islam sifatnya mendidik dalam semua pengajaran dan isinya. Ia membina manusia ke arah mencapai, atau setidak-tidaknya mengagungkan prinsip, sikap, akhlak dan cara hidup yang mulia. Harapan kita, seiring umat Islam, non muslim juga akan dapat diyakinkan dengan kelebihan Islam sebagai penyelesaian terbaik untuk kehidupan lebih baik di Malaysia. - TARBAWI

Dalam Islam ada tradisi demonstrasi


AMPANG, 21 Julai: Pemimpin Ikhwan Al-Muslimin Kuwait, Dr Tareq Mohammed Al-Suwaidan berkata, Islam sendiri menganjurkan tradisi demonstrasi atau perhimpunan aman, sekaligus menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa ia menyalahi hukum, lapor KeadilanDaily.

“Dalam Islam sendiri ada tradisi demonstrasi. Demonstrasi pertama dalam sejarah Islam ialah pada hari ketiga perisytiharan negara Islam oleh Nabi Muhammad (SAW) ketika berhijrah ke kota Madinah.

“Muaz Ibnu Umair mengumpulkan orang Islam untuk mengalukan ketibaan Muhammad. Mereka bernyanyi dan mengalu-alukan ketibaan baginda. Inilah demonstrasi,” jelas Dr Tareq yang juga jurucakap Ikhwan Al-Muslimin Kuwait.

Beliau yang kini dalam rangka lawatan kerja selama 3 minggu ke Malaysia, berkata demikian ketika ditemui dalam satu program di sebuah hotel di sini, 20 Julai.

Menurut Dr Tareq, beliau berpendapat demonstrasi anjuran Bersih pada 9 Julai lalu, hanya proses biasa yang dilakukan rakyat untuk memastikan sistem pilihan raya di negara ini bebas, adil dan bersih.

“Mereka (rakyat) tidak boleh dirempuh (penguasa).

“Saya ada berjumpa (Datuk Seri) Anwar, dia cedera akibat demonstrasi itu dan pengawal peribadinya luka teruk. Saya ketawa. Inikan Malaysia, sebuah negara maju. Kamu tak boleh mempunyai rakyat yang maju tanpa sistem demokrasi yang bebas dan bersih,” kata Dr Tareq.

Ketika ditanya berhubung hadis dari sahih riwayat Muslim mengenai ketaatan kepada pemimpin, yang seringkali dijadikan modal oleh ‘ulama Umno’, Dr Tareq menjelaskan ia bergantung kepada keadaan.

“Hadis Imam Muslim itu benar. Tetapi banyak hadis dan riwayat dari sahabat yang merakamkan sabda Nabi Muhammad bahawa perkara ini sebenarnya bergantung kepada keadaan.

“Jika kerajaan menjalankan kewajipannya sebagai pemerintah dan menyelesaikan hak rakyat, maka rakyat perlu patuh,” kata Dr Tareq merujuk peristiwa teguran Salman Al Farisi terhadap Saidina Umar.

Ketika ditanya tentang pandangan perbicaraan kes fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berpendapat kes itu kini menjadi bahan ketawa dunia.

“Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad disanjungi di dunia Arab. Namun berhadapan kes fitnah dan perbicaraan terhadap Anwar, ia menjadi tuduhan yang melucukan. Ia menjadi bahan ketawa.

“Dalam sebuah sistem yang korup kita tidak akan mendapat keadilan. Bagaimana keadilan akan muncul jika para hakim berada dalam poket pemerintah?,” kata Dr Tareq.


Dari HarakahDaily

Ramadhan hampir kunjung tiba




Assalamualaikum wrt
Alhamdulillah dan selawat serta salam kepada junjungan Nabi Muhammad saw..

Ramadhan semakin menghampiri kita. Sedar atau tidak sudah kurang dari 12 hari sahabat akrab 'Syaaban' yakni Ramadhan akan datang mengetuk pintu kita, biiznillah.

Bersediakah kita untuk menyambut kedatangan bulan yang mulia ini?

Ataupun satu prsoalan lagi adakah kita sempat sampai ke bulan ramadhan 1432H?

'Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban dan Kau sampaikanlah kami ke bulan ramadhan'
(maaf rakan2 saya tidak dapat attach dalil berkenaan doa di atas sekarang kerana berada di off-house)

Transformasi!
Saya ingin berkongsi 3 transform yang perlu kita lakukan untuk masuk ke bulan ramadhan, ini adalah hint @ tipa yang dikongsi bersama oleh Al-Fadhil Ustaz Syukri Othman, Pen. Pengarah Pusat Islam USM Kampus kejuruteraan.

1) sujud syukur kerana kita diberi kesempatan untuk terus menghampiri pintu2 ramadhan.

2) banyakkan taubat, istighfar dan baca al-quran.

3) banyakkan berdoa.

Itu antara sedikit transform yang dapat ustaz syukri kongsikan semalam dalam ceramahnya.
Kalau hendak ditulis seluruh isi ceramah memang saya tidak terdaya kerana terlalu banyak pengisian yang berfaedah.

InsyaAllah sama2 lah kita banyakkan berdoa moga kita sampai ke bulan ramadhan, dengan keadaan yamg bersedia.
Teringat saya dosa2 yang pernah lakukan dahulu terlalu banyak, mohon diampunkan kerana kematian kita tidak kita rancang.

A'la kulli hal,
Bila tibanya bulan ramadhan ini, janganlah kita menjadikan alasan untuk mengurang produktif kerja kita. Walhal, bulan puasalah merupakan bulan produktif di tahap optimum kerana pada ketika itu musuh umat islam hanya tinggal nafsu wa kelemahan diri sendiri.

Allahu'alam...


Posted using BlogPress from my FatehPhone

Location:Jalan Temenggong,Parit Buntar,Malaysia

Peringatan Kepada Pemuda Sekalian: 10 Muwasafat Tarbiyyah

10 Muwasafat Tarbiyyah

Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan dari manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang daie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna.

Sifat-sifat yang perlu ada pada diri duah ialah:

1. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

· Dakwah berat tanggungjawab dan tugas – perlukan badan yang sihat dan kuat.

· Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.

· Pesanan al-Banna:

· Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan.

2. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

· Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.

· Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.

3. Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)

· Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.

· Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.

· Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.

· Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

· Walaupun kaya, perlu bekerja.

· Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.

· Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.

· Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).

· Menjauhi riba dalam semua lapangan.

· Menyimpan untuk waktu kesempitan.

· Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.

· Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.

5. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

· Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.

· Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.

· Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

6. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

· Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.

· Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.

· Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).

7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

· Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.

· Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.

· Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)

· Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.

· Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.

· ..Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia.

9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)

· Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.

· Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)

· Dai umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.

· Dai adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada dai.

· Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.

· Dai merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

dipetik dari www.pembina.com.my

Mengimbau kenangan silam

Assalamualaikum wrt
Alhamdulillah, selawat & salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw atas nadi perjuangan baginda terus menerus ke pewarisnya yakni para ulama'.

Terkilan dan terharu melihat adik2 yang akan mengambil peperiksaan PMR, baru sahaja selesai menghadiri program Motivasi SMK PC 1 di PCB.

Cukup terasa di hati bila teringat akan sesi sebegini sewaktu kita di tempat mereka dahulu.

Sekadar mengimbau, perjalanan masih jauh duhai adik2ku sekalian. Tuntutlah ilmu kerana Allah, berdoalah supaya adik2 mendapat kecemerlangan bukan sahaja di dalam peperiksaan PMR, bahkan berjaya di dunia dan akhirat.

Buat kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang pernah mengajar diri ini secara langsung @ tidak langsung.
Doakan pelajarmu ini berjaya di dunia dan di akhirat, membawa ilmu2 yang diberkati, insyaAllah.

Jazakallahu khairan kathira





- Posted using BlogPress from my FatehPhone

Location:Kota Bharu,Malaysia

Jadual Kuliah/Tazkirah Maghrib Sya'ban dan Ramadhan Surau Mujahideen Kg. Kedah



Program Ziarah dan Kuliah DPPk Parit Buntar

Assalamualaikum
Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw.

Pada 5 Julai 2011 Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit Buntar (dppk pb)telah mengadakan program Ziarah dan Kuliah (Z&K).
Bermula dengan pengisian kuliah maghrib di surau kg kedah, diikuti dengan solat isyak berjemaah, DPPk menyambung aura dakwah nya dengan program ziarah ke rumah dua orang otai dppk yang sedang diuji dengan ujian kesakitan. Ayuh kita lihat perjalanan wajah2 pejuang ini:

akhi noraidi otai 'duit' dppk sedang diuji dgn mini stroke. doakn mudah2an cpt sembuh.
wajah2 rombongan
lawatan kedua ke rumah otai dokumentasi dppk
alhamdulillah dppk dikurniakan seorang yang mahir dalam bacaan2 syifa'.
akhi rm sedang membacakan doa syifa' pada ayahanda shbt yang sedang sakit stroke.
alhamdulillah, perjalanan tamat jam 11 malam.
sedikit perkongsian bacaan2 syifa'
Allahua'lam

Al-fatihah kepada bekas Ketua Dewan Muslimat PAS

KUALA LUMPUR, 4 Julai: PAS mengucapkan takziah kepada bekas Ketua Muslimatnya, Ustazah Nuridah Salleh di atas kematian anaknya, Abdul Aziz Mohd Azmi, 13 tahun, yang kembali kerahmatullah pada 12.00 tengah malam semalam.

Abdul Aziz yang mula belajar di Cape Town, Afrika Selatan tahun lepas meninggal dunia selepas beberapa hari menjalani pembedahan kerana ketumbohan pada tulang belakangnya.

Sebelum itu, beliau demam tetapi tidak dapat bangun dan menggerakkan badannya. Beliau menjalani pembedahan dengan ditemani bapanya, Haji Azmi.

Jenazah beliau dijangka akan tiba di rumahnya di Taman Melewar, Kuala Lumpur pagi esok, 5 Julai.

Namun begitu, Nuridah yang kini dalam misi dakwah ke Australia masih berada di sana dan dijangka akan tiba lebih lewat dari jenazah anaknya sendiri. Nuridah kini adalah Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan selepas gagal mempertahankan kerusi ketua Dewan Muslimat PAS Pusat dalam muktamar lepas.

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) bagi pihak PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Nuridah, kata Nurul Islam Bin Mohamed Yusoff , Setiausaha DPPWP dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

"Marilah kita sama-sama mendoakan agar arwah Abdul Aziz ditempatkan dikalangan hambaNYA yang soleh," kata kenyataan itu.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4161-anak-nuridah-meninggal-di-cape-town


- Posted using BlogPress from my FatehPhone

Location:Jalan Tun Hussien Onn,Perai,Malaysia

Ayuh Pemuda! tiada apa lagi perlu takut!

KUALA LUMPUR, 4 Julai: DAP menyambut baik keperihatinan Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin tentang perhimpunan Bersih dan meminta Perdana Menteri agar bertemu segera dengan penganjur Bersih 2.0.

Pertemuan ini perlu untuk menguruskan segera keprihatinan rakyat untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih dan adil menjelang pilihan raya umum ke 13.

Langkah seterusnya adalah dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein menarik balik pengharaman Bersih dan membebaskan semua tahanan yang berkaitan dengannya termasuk anggota Parlimen Sungai Siput, Dr. Michael Jayakumar.

Demikian kata ketua anggota Parlimen DAP, Lim Kit Siang (gambar) ketika mengulas titah Yang Dipertuan Agung berkaitan Bersih 2.0 hari ini.

Kenyataan ini adalah yang pertama dari pemimpin kanan parti politik Pakatan Rakyat ekoran titah Yang Dipertuan Agung yang dikeluarkan lewat petang semalam itu.

Dalam titah itu, Yang Dipertuan Agung menitahkan kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana serta menyelesaikan masalah dengan rundingan.

Titah ini dikeluarkan baginda seminggu menjelang perhimpunan Bersih 9 Julai ini dengan kira-kira 100 orang sudah ditangkap kerana dikaitkan dengan perhimpunan itu.

Polis pula telah mengeluarkan kenyataan pintu rundingan sudah ditutup dan akan menahan pihak yang terlibat dengan perhimpunan ini.

Menurut Tuanku Mizan, baginda mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

"Keperhatinan Yang Dipertuan Agung tentang 'kegilaan' yang memuncak ekoran cadangan perhimpunan aman untuk pilihan raya yang bersih dan adil anjuran Bersih 2.0 9 Julai sangat tepat dan dialu-alukan," kata Lim Kit Siang dalam kenyataan itu.

"Jangan ragukan sikap petriotik dan taat setia rakyat Malaysia yang mahu melihat pilihan raya umum yang bebas dan adil iaitu bentuk tertinggi kecintaan, ketaatan dan petriotik kepada Malaysia," katanya.

Sebagai langkah positif yang pertama terhadap titah Yang Dipertuan Agung itu, Perdana Menteri perlu menemui pimpinan Bersih 2.0 segera, tegas beliau.


Jiwa seorang pemimpin

Kegigihan seorang pemimpn berjiwa rakyat bersma masyarakat membersih kawasan program sukan pasti di parit buntar.
Rakan-rakan semua jemput hadir memeriahkan sukan pasti parit buntar di Dataran Purnama, esok jam 8 pagi.






Tempat program..



- Posted using BlogPress from my FatehPhone

Pemuda PAS: Siapa sebenarnya subversif

Pemuda PAS: Siapa sebenarnya subversif

• Jun 30, 11 4:47PM
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menempelak kenyataan Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia, Datuk Seri Reezal Merican dalam Utusan Malaysia hari ini yang menuduh PAS, PKR, DAP dan sekretariat BERSIH mengamalkan kegiatan subversif dan anarki.

"Saya selaku ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mencabar Pemuda Umno khususnya Reezal Merican untuk membuktikan apakah peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengharamkan rakyat berhimpun secara aman dan tanpa senjata?" kata Nasrudin Hasan.

"Sedangkan saya mahu Reezal Merican (kanan) melihat apakah tindakan provokasi ratusan Pemuda Umno Malaysia yang berhimpun untuk mengecam dan mencabar untuk membakar bangunan PKR beberapa malam yang lalu adalah perbuatan sopan dan baik?

(Exco Pemuda Umno, Lokman Noor Adam hari ini membuat laporan polis menafikan bahawa beliau berucap mengugut untuk membakar pejabat PKR di Tropicana).

"Adakah Reezal Merican sedar bahawa PERKASA yang melancarkan Gerak Aman dan Pahlawan Keamanan sambil melontarkan beberapa kenyataan berbaur pertembungan fizikal bukan sesuatu yang mengancam keamanan negara?" soal Nasrudin dalam satu kenyataan.

Malah, Nasrudin (bawah) bertanya adakah Reezal Merican tahu terdapat pertubuhan silat di negara ini yang bersedia untuk menghalang peserta himpunan aman BERSIH 9 Julai dengan tanpa jaminan bahawa anak-anak buah pertubuhan silat itu akan melakukan tindak balas yang agresif.

"Sejak sekretariat BERSIH mengumumkan Himpunan Aman BERSIH 2.0, tidak ada satu pun kenyataan kami yang menggambarkan akan berlaku kekacauan dan huru-hara pada hari tersebut.

"Tetapi sebenarnya, reaksi emosional Umno, termasuk rangkaian dan media miliknya yang cuba menanamkan rasa takut kepada jiwa rakyat sehingga pelbagai ancaman dilemparkan penganjur BERSIH.

"Siapakah sebenarnya yang cuba bersikap subversif?" soalnya lagi

Sebaliknya, kata beliau, perhimpunan tersebut dijamin di sisi Perlembagaan Persekutuan dan ia akan berjalan secara aman tanpa sebarang perancangan dan agenda sulit.