Pages

Kemaskini: Alasan MP Pakatan Rakyat Yang Tidak Hadir sesi pengundian Bajet 2010



1) Pokok Sena (PAS) Mahfuz Omar:
- Baru balik dari Indonesia, beliau tidak menduga kerana pengundian MP tentang Bajet tidak ditetapkan sebelum ini.

Mahfuz ketika dihubungi memaklumkan beliau berada di Jakarta pada tarikh tersebut atas urusan peribadi dan telahpun memaklumkan lebih awal kepada Presiden Parti, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Selain itu beliau juga memberitahu tidak mendapat maklumat berhubung hasrat pakatan mahu menolak bajet 2010 yang dibentang Najib sebelum ini.

"Saya sebenarnya sudah maklumkan kepada Presiden (PAS) seminggu yang lalu...saya mahu ke Jakarta Jumaat lalu atas urusan peribadi.

"Sehingga hari saya ke Jakarta (Jumaat), saya tidak tahu tentang hasrat Pakatan nak tolak Bajet 2010 (pada) 11 malam Isnin lalu," jelas Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS.
2) Hulu Langat (PAS) Che Rosli Che Mat
- Terpaksa meghadiri satu program anjuran Pakatan Rakyat di Sungai Besi bagi mewakili PAS menggantikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang tidak dapat hadir ke program tersebut.
"Saya terima sms (sistem pesanan ringkas) lewat petang, ketika itu saya di Sungai Besi dalam perjalanan ke Hulu Langat.

"(Sebagai) tuan rumah, saya terpaksa hadir suatu majlis Pakatan (demi) menggantikan Nizar (Ahli Parlimen Bukit Gantang) yang tidak hadir,"

Beliau juga menolak dakwaan sesetengah pihak yang menuduh beliau cuba lari dari tanggungjawab ekoran kejadian itu.

"Saya bukannya lari tugas," katanya lagi.
3) Bagan (DAP) Lim Guan Eng:
- Menyertai rombongan MIDA ke Amerika untuk tujuan mencari pelaburan disana.

4) Puchong (DAP) Gobind Singh:
- Dilarang untuk menghadiri sidang Parlimen.

5) Seputeh (DAP) Teresa Kok:
- Menghadiri Majlis makan malam bersama Sultan Selangor
"Saya telah menghadiri Majlis Makan Malam bersama dengan Sultan Selangor bersama-sama dengan TS Khalid. Telah mendapat persetujuan daripada Sultan Selangor untuk meninggalkan majlis kerana mengetahui pengundian dijalankan di Parlimen. Tetapi belum sempat meninggalkan Istana, pengundian telah habis dijalankan dan BN menang dengan majoriti 1 undi"..
6) Bandar Tun Razak (PKR) Abd Khalid Ibrahim
- Menghadiri Majlis makan malam bersama sultan Selangor (sama dnegan Teresa Kok)

7) Kapar (PKR) Manikavasagam:
- Menghadiri sidang Parlimen sebelah pagi tetapi meninggalkan Parlimen pada jam pukul 2 petang kerana dipanggil oleh polis untuk menjalankan siasatan
"Saya telah menghadiri sidang Parlimen sebelah pagi tetapi meninggalkan Parlimen pada jam pukul 2 petang kerana dipanggil oleh polis untuk menjalankan siasatan. Tetapi hanya bermula selepas pukul 9 malam"..
8) Gombak (PKR) Azmin Ali:
- Baru saja balik dari Mekah, dan menghidapi selsema, maka tidak dapat menghadiri sidang Parlimen.

9) Tawau (SAPP) Chua Soon Bui:
- Menghadiri perjumpaan parti di Kapit
"Saya dan MP Sepanggar, Enchin Majimbun telah menghadiri perjumpaan parti di Kapit, hanya tiba di Kuala Lumpur pada 15 Dec"..
10) Sepanggar (SAPP) Enchin Majimbun @ Eric:
- Menghadiri perjumpaan parti di Kapit (sama dengan Chua Soon Bui)

sumber

khaybar khaybar ya yahud!!!




bangkitkan kekuatanmu wahai pemuda islam,
bangkitkan semangat jihadmu wahai kaum hawa,
bangkit2!!!

agenda kita masih jauh, selain berdepan dengan musuh utama kita yakni syaitan dan nafsu,
kita masih ade musuh lain yang kaum ini tidak akan sesekali ingin melihat umat islam ini dalam ketenangan,yakni kaum yahudi...

ayuh bangkit!
jangan mudah berputus asa dengan masalah2 kecil,
ingat, Allah ingin menguji hambaNYA yang mana lebih imannya melalui ujian2 yang ditimpakan pada kita ketika di dunia ini (surah al-ankabut:ayat 2)...

sekadar perkongsian ringkas pada hari ini.

We Love Tuk Guru







Puluhan ribu rakyat berhimpun sokong Tok Guru

Pusat bandar Kota Bharu penuh sesak dengan kebanjiran lautan manusia menghadiri perhimpunan menyokong kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Apa yang jelas ia ratusan kali ganda lebih ramai berbanding demontrasi mendesak Menteri Besar Kelantan meletak jawatan di hadapan Kota Darulnamim Selasa lalu, kata Ketua Penerangan PAS, Ahmad Baihaki Atiqullah.

Biarpun cuaca redup dengan hujan sekali sekala lebat, ia tidak menghalang puluhan ribu rakyat Kelantan hadir menyatakan kasih dan sayang mereka kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Ada yang datang dari Besut, Gua Musang, Jeli, Kuala Krai dan negeri-negeri lain bagi meramaikan lagi perhimpunan tersebut.

Pelbagai sepanduk dapat dilihat, ada yang bertulis ‘Kita Sayang Tok Guru Kita’, ‘Kami Menyokong Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz’, ‘Royalti bui-builah (bagi-bagilah)’ dan ramai yang memakai lilit kepala bertulis ‘We Love Tok Guru’.

Tidak kurang juga kelihatan ramai anggota polis yang terpaksa berkawal di sepanjang jalan.

Medan Ilmu di Jalan Tok Pati menyaksikan sokongan terhadap kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz tidak pernah surut.

Hadir sama anggota-anggota Exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat, Ketua-ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud dan penduduk bukan Islam serta pemimpin KeADIlan negeri.

Lebih menarik lagi apabila pemimpin masyarakat Cina, India dan Siam turut berucap di hadapan ribuan yang hadir.

Ah Seng mewakili masyarakat Cina menyatakan kaum tersebut di Kelantan dapat hidup aman damai di bawah pemerintahan PAS yang dipimpinan Tok Guru.

“Masyarakat Cina berdiri teguh di belakang Tok Guru. Kami masyarakat Cina menentang keras usaha-usaha pihak lawan yang mahu menjatuhkan Menteri Besar,” katanya diikuti laungan takbir orang ramai.

Tharuman wakil masyarakat India juga menyatakan masyarakat India di Kelantan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada Tok Guru.

Ucapan dalam bahasa Tamil membuat orang ramai menjadi riuh rendah seketika.

Wakil institusi pondok tradisional di Kelantan, Ustaz Awang Yusof dari Pondok Gelang Mas, Pasir Mas secara terbuka meminta rakyat Kelantan tanpa mengira agama dan bangsa memberi sokongan padu kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Wakil KeADILan yang begitu bersemangat berucap berkata, ribuan rakyat yang hadir hari ini tidak dibayar sesen pun untuk hadir menyatakan sokongan kepada Menteri Besar.

“Tidak ada sebuah kerajaan yang bersih di negara ini kecuali Kelantan sepanjang ditadbir Tok Guru hampir 20 tahun,” ujarnya.

Beliau juga mencabar pemuda Umno berdebat pada bila-bila masa untuk membincang isu royalti yang menjadi hak milik rakyat negeri ini cuba dinafikan perdana menteri. Harakah

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Harakah kata Puluhan ribu yang hadir hari ini, Mstar online pula menyatakan perhimpunan pagi ini dihadiri kira-kira 3000 orang.Lihat di Sini . Berita harian juga menganggarkan kira-kira 3000 orang yang memenuhi dataran Ilmu…. Apapun kebiasaannya kalau laporan angka dari utusan atau berita harian di pihak Pakatan Rakyat, senang saja untuk kita mengetahui jawapannya… Kita kena kali dengan 3 atau lebih… maka jawapan tepat untuk kehadiran pada hari ini ialah 10 ribu orang atau lebih… senang je. Nak jelas lagi lihat gambar di atas atau atau di bawah…itu baru dirakam dari satu sudut hadapan hotel Ansar.Kalau dari empat sudut… maka jawapan kita dah dapat kira sendiri.

kalau nak tepat lagi jumlahnya bolehlah tanya Perisik rakyat… dia dah bilang dekat 20 kali.. dia ni jenis redah je. Tok guru pun dia bilang sekali.. tapi aku rasa perisik rakyat ni,dia tipu sikit jumlahnya,… ada ke patut dia kata dekat 120 orang je.. Kalau tak caya tengok kat siniconfirm dia buat super impose.. sebab tu nampak ramai orang kat gambarnya

Sumber:pinkturtle2
lagi gambar dan laporan penuh di sini

Kebergantungan pada Allah

sudah lama rasenye x updatekan blog ini...
segala2nya ketentuan Ilahi..
lebih kurang 3 hari sudah saye kembali menetap di rumah sewa, nibong tebal....
agak lama meninggalkan shbt2ku yang sentiasa menanyakan kepulanganku sewaktu saya di kg...
pada supervisorku juga mohon maaf dipinta kerana anak didik ini terpakse bercuti 2 bln 10 hari dan pulang ke kg...but now til when???insyaAllah ill be here mengikut iradat Tuhan..

dalam kegembiraanku pulang ke usm (gembira?? kadang2 bercampur sedih jgk kerana mngglkan sementara kluarga tercinta di kg), role model saya telah di cela di sane, di kg ku, kelantan....

Tuk Guru Nik Aziz (TGNA) adalah role model yang paling tawaddu' saya penah jmpe...tidak kurang juga yang lain, masih ade lagi para alim ulama yang hebat2 tetapi TGNA bg saya adalah ikon yang tepat bg saya skg...



Lihatlah kebergantungan penuh TGNA @ seorang manusia yang ditugaskan oleh Allah tu membimbing kita, para jundi, para umara dan sekian manusia di bumi ini...tidakkah dapat kita lihat kesamaan spt Khalid Al walid lakukan ketika beliau dlm medan peperangan antara umat islam (zmn khalifah saidina abu bakar dan saidina umar) dengan tentera2 ROM dan PARSI yang ketika itu mempunyai kuasa besar di bumi ini?
Tatkala itu tentera2 khalid dihujani pelbagai ujian dari Allah spt kekeringan sumber air, kekurangan kecanggihan senjata, bilngan tentera hanya 1/20 berbanding dengan tentera ROM dan PARSI....Ya, semua itu adalah ujian dr Allah tuk mnguji sejauh mane kebergantungan para pemegang panji islam itu padaNYA, pada Tuan EMpunya Dunia ini...
semakin kuat tekanan dari tentera lawan, semakin kuat tentera islam beribadah sehingga tentera lawan menggelarkan tentera islam ketika itu spt ini:

MEREKA SPT SINGA DI SIANG HARI DAN SPT ABID DI MALAM HARI

(Abid itu adalah tugas manusia sebagai hamba Allah.Yang kerjanya hanya beribadah)...

sekarang kita buat ijtihad sendiri, adakah betul tindakan para penentang TGNA smpai snggup mnyuruh TGNA meletak jawatan???

HEI!!!tau x pemikiran kita ni dah makin bnyk dicemari dngn unsur2 sekular (agama asing, politik asing) sampaikan masing2 da pandai buat judgement sndir tentang Islam tanpa asas ilmu yang kukuh!!!

nasihat saya pada diri sendiri dan juga tidak lupe pade pembace sume, jgn lupe tuk meletakkan kebergantungan kita 100% pada Allah dlm setiap tindakan kita di bumi PINJAMAN kita ini...
fikirlah hingga ke akhirat, jgn fikir smpai 2020 sahaja...

jumaat ini (4DIs09) saya diwar2kan oleh seorg shabat kita akan mengumpulkan beribu2 pnyokong panji2 islam tuk membuat perhimpunan aman menyokong kepimpinan TGNA...saya dr jauh hanya dpt smpai msj ini dan doa kepada mereka..ingtlah, kita buat ini kerana Allah, bkn kerana manusia...

untuk akhirnya,saya dedicatekan lagu ini utk semua pembace, khususnya TGNA sendiri...



Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way