Pages

GAMIS Bakal Menjulang Ketokohan Tuan Guru Nik Aziz Dalam Konsert


Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) sekali lagi bakal mencipta gelombang perubahan gerakan mahasiswa Islam dengan menganjurkan sebuah konsert Islamik yang bakal dirasmikan oleh Menteri Besar (MB) Kelantan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Konsert yang dinamakan Konsert Antara Dunia itu akan diadakan di Stadium Melawati pada 1 Ogos ini bermula jam lapan malam.

Konsert tersebut akan diserikan oleh tiga kumpulan nasyid besar di Malaysia iaitu Rabbani, Raihan dan Hijaz. Tambah menarik, konsert ini juga turut diserikan oleh dua kumpulan nasyid dari luar negara iaitu Kumpulan Shoutul Harakah dari Indonesia dan Nibraz dari Mesir.

Acara terpenting dalam konsert tersebut adalah gabungan mahasiswa Islam terbesar di Malaysia ini bakal mengiktiraf ketokohan Menteri Besar Kelantan menerusi Anugerah Tokoh Kepimpinan Islam Teladan Malaysia.

Menurut Presiden GAMIS, Saudara Mohd Dzul Khairi Mohd Noor, mereka bersetuju untuk memberikan anugerah khas tersebut kepada MB Kelantan berdasarkan tiga ciri. Ketiga-tiga ciri itu ialah, ketokohan Tuan Guru dalam memimpin sebuah kerajaan dengan penuh keadilan, semangat dakwah yang wujud dalam diri beliau dan sifat mesra beliau dengan artis-artis tanah air khususnya dan dunia hiburan umumnya.

”Kami tidak melihat faktor politik dalam soal pemilihan ini. Bukan soal beliau Mursyidul Am kepada sebuah parti pembangkang yang besar di Malaysia. Sebaliknya faktor pemilihan ini adalah berdasarkan tiga perkara yang terpenting. Pertama, kekuatan daya pimpinan Tuan Guru untuk memandu sebuah negeri yang ternyata jauh daripada unsur-unsur ketidakadilan seperti rasuah.

”Kami juga sebenarnya berasa amat kagum dengan toleransi beragama yang wujud dalam dirinya. Hal ini disorot melalui sosok Tuan Guru sendiri yang suka dan banyak bergaul dengan tokoh-tokoh agama lain. Selain daripada itu, beliau berdasarkan pemerhatian kami juga sangat mesra dengan artis-artis tanah air, malah beliau dikagumi,” ulas beliau yang merupakan penasihat kepada Konsert Antara Dunia itu.

Semua rakyat Malaysia dijemput beramai-ramai untuk menghadiri konsert yang julung-julung diadakan oleh gabungan mahasiswa yang selama ini dilihat sangat radikal dan kritisan terhadap soal-soal keadilan dan kebajikan rakyat.

JAYAkan Himpunan Mansuh ISA

1. Tarikh 1 Ogos 2009 adalah tarikh yang mesti dipahat dalam sejarah . Tarikh yang memansuhkan akta drakonian negara dengan himpunan raksasa seluruh rakyat prihatin menentang kezaliman di ibu negara KL jam 2 pm [ Sogo , Masjid Jamek , KL Central ] .


2. Serentak tarikh ini juga , semangat solidariti ummah bangkit berhimpun untuk menentang semua bentuk kezaliman termasuk tragedi yang menimpa Teoh setelah dijumpai terbunuh di Plaza Masalam sejurus disiasat oleh SPRM.

3. Saya harap seluruh rakyat dapat sebarkan maklumat ini dan pastikan semua dapat turun bagi mendesak agar undang - undang lapuk [ ISA ] dimansuhkan dan pihak yang melakukan kezaliman serta mengakibatkan penderitaan dan kesengsaraan rakyat dikutuk dan dicemuh secara keras sehingga menghentikan segala peluang dan menutup segala pintu yang menghela mereka melakukan kezaliman .

4. Khasnya Dewan Pemuda PAS Kawasan dan Negeri dapat memobilisasi seramai mungkin anggota mereka dan para pemuda yang anti kezaliman dan simpati kepada mangsa kezaliman untuk turut serta dengan yakin , semangat dan tabah .

5. Wahai Pemuda Insaf ! kalianlah sandaran rakyat dan negara untuk menyaksikan segala kesengsaraan akibat ISA yang zalim ini lenyap . Tenaga kalian yang gagah , semangat kalian yang waja dan cita - cita kalian yang tinggi menjadi harapan bernaung golongan mustadhafin [ orang yang lemah dan tertindas ] .

(SUMBER)

Tahniah & Takziah : PIMPINAN PMI USMKKJ 2009/2010

MUHAMMAD AL-GHAZALI KHUZAIRI
KEJURUTERAAN AEROANGKASA 3
PRESIDEN PMI USMKKJ 2009/2010

Tahniah, Tahniah & Takziah saya ucapkan pada pimpinan baru PMI USMKKj kerana bermulanya saat ini, ntum akan diuji dengan ujian baru melalui proxy PMI USMKKj...

Tahniah ya akhi wa ukhti kerana ntum terpilih untuk menerima ujian daripada Allah swt di peringkat amilin/pimpinan. Kalau ntum berjaya menyahut dan membawa islam di jalan yang terbaik untuk semua ummah, insyaAllah ntum adalah orang paling bertuah di sisi Allah swt...
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “kami beriman”, sedang mereka tidak diuji? [Al-Ankabut 29: 2]

Takziah, tidak dilupakan ucapan takziah pada pimpinan2 kerana selepas detik ini, ntum adalah orang yang paling layak menerima ujian yang lebih getir dari kami selaku ahli...ya, jika kami menerima ujian tahap 1, maka pasti ujian pemimpin adalah lebih berat lagi, tidak tahap 2 mungkin ke tahap 5...maka bersabarlah wahai diri...

Tahniah dan takziah;
Jikalau tidak kamu siapa lagi !!!
Yakin lah, kita merancang , musuh juga merancang, tapi Allah adalah sebaik-baik perancang yang pasti meletakkan hambaNYA di tempat yang mereka mampu...pasti...

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa):" Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir ".
QS. al-Baqarah (2) : 286

Saya berharap semua pimpinan baru PMI USMKKj kali ini meneruskan dan menghayati slogan perjuangan kita yang saya lihat semakin lama semakin hilang:

Allah sebagai Matlamat;
Ar-rasul sebagai Ikutan;
Al-Quran sebagai Perlembagaan;
Al-Jihad sebagai jalan Perjuangan;
Mati Syahid di jalan Allah sebagai cita-cita tertinggi.

(cerita teladan untuk para pemimpin)

Selamatkan akidah pesakit menghadapi mati

Orang yang hidup bertanggunjawab menyelamatkan akidah pesakit Islam yang sedang menghadapi saat kematian. Di saat 'sakratul maut' itu, pesakit yang sedang nazak, menghadapi ujian yang tidak dapat dilhat orang awam iaitu ketika syaitan bersusah payah menghasut dan mempengaruhi supaya pesakit mati di dalam keadaan kufur.

Justeru, mestilah sentiasa mengucapkan kalimah syahadah dan 'Allah' di tepi telinga pesakit secara bertenang dan berterusan, agar pesakit itu mampu untuk melafazkannya buat kali terakhir.

Demikian antara saranan pendakwah bebas Dr Azhar Yaacob ketika menyampaikan kuliah yang bertajuk "Pengurusan Pesakit Nazak-SakratulMaut" di pejabat Harakah tengah hari tadi, dekat sini.

Katanya ada tiga peringkat yang perlu dilakukan oleh orang awam, kaum keluarga dan rakan-rakan pesakit yang nazak iaitu membaca surah Yassin, memilih seseorang yang warak untuk membaca kalimah syahadah kepada pesakit dan membacakan doa daripada surah al-Imran daripada ayat 7 dan 8.

"Itulah saat yang paling getir, dimana malaikat dan syaitan 'bergelut' untuk memastikan pesakit mengikut pegangan. Jangan ada yang mencelah, sebab kita mahu pastikan pesakit mati di dalam Islam," katanya kepada warga kerja Harakah.

Selain itu, Dr Azhar juga turut memeri panduan dan tips yang betul dalam menyampaikan berita kematian kepada waris dan kaum keluarga yang terdekat agar ianya tidak mengundangkan masalah dan menjadikan situasi dalam keadaan panik dan mengejut.

"Sampaikan dengan cara penuh berseni dan bijaksana, supaya yang mendengar atau waris menerima berita itu dapat menerima kematian itu dengan penuh redha," katanya.

Selain itu, adalah sangat tidak digalakkan menunggu waris si mati untuk menunaikan tanggungjawab menyelenggarakan jenazah kerana ianya memakan masa yang lama dan tidak boleh ditangguh.

"Kita beri kadar 7 sehingga 8 jam untuk waris balik. Jangan tunggu sehari suntuk. Ini bukan untuk meraikan orang yang hidup tetapi menguruskan jenazah yang mempunyai 'agenda' untuk mengadap tuhan.

"Pastikan juga hutang-piutang si mati ini diselesaikan, sebaik-baiknya sebelum dikebumikan. Bayangkan orang syahid dalam perang, diterima terus ke syurga tanpa dihisab kecuali yang menghalangnya adalah hutang," katanya yang menamatkan kuliah kira-kira 1.30 petang.-azm_

(SUMBER)

Bumi MU masih disuburi Cahaya Keislaman

salam perjuangan sekalian

sekali lagi post kali ini tidak berkaitan dengan panorama madinah seperti yang saya janjikan sebelum2 ini (da berkali-kali, masih x dapat cari masa yang sesuai)

"Alhamdulillah, akhi, kita (PAS) menang besar di MU, majoriti 2000 lebih.TAKBIR!!!"
itulah kalimah (msj ja pun) or taipan pesanan ringkas dari sahabat saya di MU pada jam 530 ptg (lepas asar)...

waktu itu saya terfikir, macam mana da dpt keputusan walhal undiaan baru ja tamat???
bila ditanya balik rupa2nya berita itu pun sahabat saya dapat dari jabatan yang menjalankan culaan di sana...mean berita yang tidak konpem kesahihannya...tapi terdetik di hati alhamdulillah jika benar kerana penduduk MU masih ingin kan siraman2 air keislaman dari PAS, sejak 199* (maaf kurang tahu fakta ini)

Lagi berita mengenai 'kemenangan PAS' di MU pada jam 430 ptg, 14jula09....
"Menurut sumber sehingga jam 4 petang tadi PAS nampaknya mendahului Umno hampir keseluruhan peti undi. Paling menarik apabila peti undi Manjor yang menjadi kubu tradisi Umno sebelum ini nampaknya tidak mampu lagi dipertahankan."

Pada saya kedua-dua berita itu tiada salahnya dari segi culaan (kalau ia culaan yang benar) tetapi apa yang membimbangkan diri saya adalah ini merupakan keyakinan PAS yang tidak bersandarkan apa2, hanya yakin yang 'zero' atas beberapa dasar:

1. MU adalah kawasan PAS dari 199o-an lagi, maka kenapa tidak penduduk MU nk undi BN pula...Majoriti pasti bersama PAS lagi.

2. Berdasarkan kedudukan MU di negeri naungan PAS selama 18 tahun (kelantan)...sepatutnya penduduk MU memberi sokongan padu pada pimpinan negeri kelantan.

Baik, pada saya tidak salah juga anggapan tersebut, hatta ia amat baik untuk sekalian ahli PAS supaya menjadi inspirasi dalam gerak kerja sebelum PRK MU.
Namun begitu, beberapa perkata yang perlu PAS titik beratkan selepas ini sebagai salah satu postmortem untuk PRK MU.

1. Juarai isu kebajikan terutama pada kawasan2 pedalaman. sebagaimana yang kita ketahui, MU merupakan kawasan yang agak ketinggalan dari segi pembangunannya...saya dapat berita dari sahabat di kawasan MU pada hari pengundiaan, PAS kalah di beberapa kawasan yang membangun dengan majoriti yang agak tinggi.Maka PAS perlu 'recheck', JIKA BENAR PAS KETINGGALAN DARI SEGI MENJUARAI ISU KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN DI KWSN PEDALAMAN, maka perkemaskan semula.

2. faktor penduduk itu sendiri, mungkin penduduk MU berpendapat kalau PAS kalah di MU sahaja ia tidak menggugatkan kerajaan PAS di kelantan kerana PAS masih memerintah hatta kalah di MU dan ditambah juga faktor pembangunan yang yang ditabur oleh UMNO di MU.walaubagaimanapun, kembali pada faktor PEMBANGUNAN...ya, memang betul pembangunan IMAN itu yang utama, dan memang PAS insyaAllah sudah menjuarai isu tersebut jika dibandingkan dengan UMNO...Namun manusia2 di MU juga memerlukan tumpuan dari kerajaan negeri untuk membangunkan kawasan MU dari segi fizikal...

3.OPTIMIS..ya, saya akui penggerak2 PAS di MU semuanya optimis.namun antara faktor yang membawa kepada 'kemerosotan mendadak' kemenangan PAS di MU ini adalah 'TERLALU OPTIMIS'.ya, terlalu optimis. terlalu yakin PAS pasti menang di MU sehingga memungkinkan saya menerima kemengan PAS dengan majoriti 2000 lbih pada jam 430ptg (rujuk atas)...
ambil pengajaran dari PRU tahun 2004, dimana pada waktu itu PAS pegang kerajaan negeri kelantan dan terengganu.pasca PRU 2004, PAS kalah di terengganu dan menang tepis di kelantan..antara posmortem PRU pada waktu itu adalah PAS terlalu optimis / yakin untuk mengekalkan kemenangan di kedua2 negeri dengan majoriti tinggi sehingga gerak kerja terganggu, lambat dan kuragn efektif untuk meraih undi, selain faktor politik yang dimainkan UBN.ya, PAS harus pandang ini secara serius jika ingin mengekalkan momentum strategi PAS ke arah pembentukan daulah islamiah di Malaysia.

Walaubagaimana pun saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah pada penduduk mU yang masih mahukan pemimpin yang 'adil dan amanah' untuk menerajui dun MU.tahniah dan takziah juga saya ucapkan pada wakil PAS, 'abe uji' panggilan manjanya (Mohd Fauzi Abdullah) kerana selepas ini abe uji akan menerima 'ujian' yang sebenarnya, bawalah tanggungjawab itu sebaik mungkin.
pada jentera PAS, di bawah Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato Abdul Halim Abdul Rahman, nanti posmortem jalanlah sebaik mgkn, carilah kelemahan-kelemahan dan hikmah yang tersembunyi hatta yang zahir pasca PRK MU 2009...

'gambar tGNA berdoa untuk kemenangan islam di malaysia..seorang ulama' pun gigih dan bersungguh2 berdoa, kenapa tidak kita?'


'sentiasa mensyukuri pemberian dan kurniaan Illahi, ada pelbagai hikmah yang perlu diselami, ya, DIA Maha Mengetahui"

Ahli, penyokong PAS diminta puasa sunat, solat hajat, 12 Julai




Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan semua ahli, penyokong parti serta mereka yang bersimpati dengan perjuangan Islam agar melakukan puasa sunat pada hari Ahad, 19 Rejab bersamaan 12 Julai nanti.

Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali, dalam satu kenyataannya kepada Harakah, berkata puasa sunat bersempena pilihan raya kecil Manek Urai yang bakal berlangsung pada 14 Julai ini.

Beliau berkata, sehubungan itu, pada sebelah malamnya diminta semua ahli PAS solat hajat dan bermunajat untuk memohon kepada Allah agar diberikan kemenangan yang cemerlang kepada calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah dalam pilihan raya kecil tersebut.

"Semua ahli PAS diminta melaksana arahan daripada Mursyidul Am dan Presiden itu.

"Kerjasama dan komitmen semua pihak bagi memastikan kejayaan PAS dalam pilihan raya kecil itu didahului dengan ucapan Jazakallahu Khairan Khathira," ujarnya. _

(SUMBER)

kenyataan media Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP)


'Gambar sekadar hiasan'

Berikut adalah kenyataan media Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) berhubung pemansuhan dasar itu pada 2012 oleh kerajaan tempoh hari:-

Kenyataan Media 9 Julai 2009

Gerakan Memansuhkan PPSMI(GMP) mengucapkan jutaan terima kasih kepada Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin selaku Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang telah mengumuman pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) sepenuhnya tahun 2012.

-Bagi kami ini bererti bahawa mulai tahun 2010 semua pelajar baru tahun satu sekolah kebangsaan/sekolah jenis kebangsaan, sekolah menengah tingkatan 1 dan sekolah menengah tingkatan 4 akan memulakan sesi baru tahun 2010 dengan menggunakan bahasa kebangsaan atau bahasa ibunda sepenuhnya.

- Untuk tujuan itu kementerian seharusnya telah bersedia untuk menyediakan buku teks dan bahan-bahan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa kebangsaan atau dalam bahasa ibunda.

- GMP penuh berharap agar perubahan ini berlaku bukan sahaja di peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah sahaja malah meliputi semua peringkat pendidikan termasuk peringkat universiti.

- GMP perihatin terhadap para pelajar sekolah yang penguasaan ilmu sains dan matematiknya bertaraf rendah akibat kegagalan memahami bahasa Inggeris. Sehubungan itu GMP berharap pihak Kementerian Pelajaran hendaklah mengadakan kelas pemulihan untuk membaiki pencapaian mereka setaraf dengan mutu pelajaran sains dan matematik sebelum 2003.

- Pemansuhan PPSMI ini adalah suatu kejayaan kepada perjuangan rakyat. Bagi menghargai sokongan rakyat terhadap perjuangan ini maka Sambutan Pemansuhan PPSMI akan diadakan pada ahad 19hb Julai 2009 jam 9.00 di Stadium Baru Bandar Bangi, Selangor. Semua dijemput hadir.Sekian Terima Kasih

Pengerusi Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP), Dato' Dr. Hassan Ahmad _

(SUMBER)


Manek Urai...Doakan kemenangan di MU

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).



http://perisik-rakyat.com/2009/06/manek-urai-kenali-calon-anda-fauzi.html

Untuk sumbangan ke PRK manek urai, boleh klik link di atas... terima kasih

Kezaliman ISA terdedah!!! Sidang hak asasi PBB Geneva Mengutuk ISA

"SAYA sangka Malaysia sebuah syurga ...," kata Julunya dari Sudan.

"Semua orang sukakan Malaysia, kami tak tahu ada akta seperti ini di negara kamu," kata Hammara yang berasal dari Pakistan tetapi menetap di London.



"Saya tak sangka ISA begitu kejam bagi sebuah negara yang berimej Islam seperti Malaysia," kata Deena, seorang aktivis hak asasi dari Mesir.

Demikianlah antara komen terus terang kepada saya sebaik saja ucapan dua minit di Konvensyen Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva tamat.

Peserta wanita memelukku sebagai tanda simpati manakala yang lelaki memandang dari jauh dan menganggukkan kepala tanda sokongan terhadap ucapan itu. Saya rasa terharu dan hiba dengan respons mereka.


(Amati dengan lebih lanjut)

HIMPUNAN RAKSASA MANSUHKAN ISA 09

HIMPUNAN RAKSASA MANSUHKAN ISA 09

Walaupun diberi masa hanya sepuluh minit oleh pihak polis bagi mengadakan sidang media, ia tidak menghalang Sekretariat Himpunan MANSUH untuk menyeru seluruh rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat agar menyertai himpunan raksasa menuntut dimansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dijadualkan 1 Ogos akan datang.

Himpunan itu dijangka dapat menarik sehingga 200,000 orang untuk mendesak pihak kerajaan memansuhkan akta yang dikenali zalim dan tidak berperikemanusiaan itu.

Dalam sidang media tersebut, Syed Ibrahim yang juga Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menegaskan 1 Ogos dipilih sebagai tarikh untuk mengadakan himpunan tersebut sempena 49 tahun akta rimba tersebut digubal.

(Harakah)

Saya menyeru!! Mahasiswa Kampus Lain juga perlu bersama!!!

Kumpulan mahasiswa bersedia melancarkan bantahan besar jika Universiti Malaya mengambil tindakan tatatertib terhadap dua pelajarnya yang diseret ke mahkamah semalam.

Sehubungan itu, Persatuan Mahasiswa Islam UM juga berharap pentadbiran kampus tidak mengambil tindakan pecat seperti yang pernah dialami oleh tujuh mahasiswa institusi pengajian tinggi awam yang dituduh terbabit dalam satu perhimpunan haram pada 2001.

"Di pihak universiti pula, penulis ingin memberi peringatan supaya jangan sesekali mengambil tindakan dengan menghukum mereka sebelum mereka dibuktikan bersalah," kata presidennya Shazni Munir Mohd Ithnin di blognya hari ini.

"Jika seandainya hal yang pernah berlaku pada mangsa-mangsa ISA 7 berulang, penulis dan seluruh mahasiswa yang di dadanya kejap dengan perjuangan kemahasiswaan, tidak akan teragak-agak untuk membuat bantahan di segenap sudut."

Kes tujuh pelajar itu - yang dikenali "ISA 7" kerana membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri - berlarutan hingga 18 Jun lalu apabila lima daripada mereka bersalah dan didenda RM3,900 tiap seorang.

Seorang daripada mereka - yang menyertai perhimpuan di Masjid Negara pada 8 Jun 2001 - dilepaskan, sementara seorang lagi tidak menghadiri perbicaraan.

Shazni Munir, kini sedang dicari polis bagi membantu siasatan berhubung kes menconteng dan cubaan membakar dewan Akademi Pengajian Islam, juga berharap proses mahkamah berjalan dengan adil.

"Penulis dengan pengharapan yang menggunung, masih lagi mengharapkan proses perbicaraan berlangsung tanpa 'tangan-tangan ghaib' yang mengganggu, dan hakim mengadilinya dengan penuh adil serta saksama," katanya lagi.

Semalam, dua pelajar UM dituduh di mahkamah atas dakwaan menconteng dan cubaan membakar dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor, 24 Jun lalu.

Mereka juga dituduh menyimbah petrol di permaidani beberapa jam sebelum dilalui oleh isteri Datuk Seri Najib Razak untuk menyertai kempen derma 'Power of 10 Sen: Gaza Dibela' bagi anak-anak Palestin di dewan utama Akademi Pengajian Islam.

Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dibebaskan hari ini selepas dijamin RM5,500 tiap seorang.

Satu sumber polis memberitahu Malaysiakini semalam, kesalahan tersebut dipercayai dilakukan oleh lima orang, termasuk dua menconteng, dua mengawasi kawasan sekeliling sewaktu kejadian dan seorang lagi dianggap dalang perbuatan itu, .

Selain Shazni Munir, polis juga sedang menjejaki Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani - kedua-duanya dipercayai pelajar akademi Islam - bagi membantu siasatan.

Menurut tulisannya itu, Shazni Munir juga menyatakan kerisauan berhubung perjalanan perbicaraan terhadap dua rakannya itu.

"Masakan tidak, siapakah yang dapat memberikan jaminan kepada penulis yang mereka berdua akan dibicarakan dengan seadil-adilnya?" katanya.

"Bukanlah ingin menimbulkan kesangsian secara membuta-tuli, akan tetapi perbicaraan-perbicaraan sebelum ini yang melibatkan orang penting negara, pastinya berakhir dengan keputusan yang mengecewakan sekelian banyak pencinta kebenaran".

Dalam tulisannya semalam, Shazni pula berkata, PMIUM memutuskan untuk memberikan bantuan guaman kepada kedua-duanya.
'Malaysiakini'