bismillah...
alhamdulillah,setinggi2 kesyukuran pada Tuan Empunya dunia kerana masih membenarkan kita tuk melakukan sesuatu skrg..doa2kn semoga sesuatu yg kita sdg buat itu adalah sesuatu yg baik...peringatan bg diri ana jgk
kali ini tidak bercadang utk mengulas ttg jemaah lagi sbb kesuntukan masa(i'Allah next time jk ade pluang)
Umara' dan Ulama' (U2)...
perlukan umara' di samping ulama' atau sebaliknya? atau hnya ulama' shj diperlukan tatkala dunia ini penuh dgn umara'2?benarkah dunia skrg penuh dgn umara'2?

PENGERTIAN ULAMA YANG SEBENAR
Hadis ada menyebut:Maksudnya: "Bila ulama dan umara (pemimpin) baik, umat Islam pun akan baik."Dalam hadis ini, ulama didahulukan kemudian barulah umara. Ulama memberi ilmu dan memberi contoh. Kalau hendak dilaksanakan secara global, ulama tidak mampu sebab dia tidak ada kuasa dan kekuatan. Umara ada kekuatan ekonomi, politik dan negara. Umara boleh menggerakkan rakyat. Oleh itu, umara mesti bergantung kepada ulama. Ke-mudian dia apply dan dipraktikkan nasihat dan ajaran ulama kepada masyarakat.
(sumber : http://jasindaily.blogspot.com/2007/06/ulama-dan-umara.html )

"Di dalam rumah Allah kita menjadi imam dan makmum, manakala di luar rumah Allah kita disebut pemimpin kepada rakyat." (sumber TGNA)

Dari kedua2 sumber yg ana petik itu, jelas menunjukkan semua org berhak menjadi umara’ (pemimpin). Samada pemimpin diperingkat diri,keluarga mahupun ke atas badan2 atau rakyat scara umunya. Dari sini kita nmpk umara’ ini amat berkuasa, seorg umara’ mempunyai kuasa mutlak untuk mengubah sesuatu. Tetapi umara’ memerlukan ulama’. Walaubagaimanapun kuatnya seorang umara’ , tanpu disisinya ada ulama’ sudah pasti keputusannya akan berlaku kepincangan. Hal ini ana menyatakan sedemikian kerana atas kata kunci ‘insan management’.

Insan management merupakan sesuatu yg amat kompleks. Apabila seorg umara’ terpaksa menghandle seseorg yg dinamakan insane, tidak kira smada dirinya sendiri mahupun org lain, sudah pasti nasihat yg bertunjangkan syariat islam diperlukan. Dalam hal ini, yg menjadi pakar rujuknya sudah pasti al-ulama’2.

Umara’ tanpa ulama’ umpama air teh tanpa gula. Apabila air the tanpa gula akan menghasilakan air teh yg tawar dan sudah pasti tidak sedap utk diminum.
Sama goes tu umara’. Umara’ tanpa ilmu memerlukan gula (ulama’) untuk menambah kesedapan atau mengelakkan kepincangan terhadap apa2 perkara yg diputuskan.

Tetapi hal ini berbeza pada air teh yg pada nya sudah manis, jd ia tidak memerlukan gula. Analogi ini ana suka menganugerahkannya pada PROTAZ = professional ustaz = ulama’ + umara’ (seorg yg professional). Cth yg terbaik seorg PROTAZ adalah TGNA sendiri.
Jadi macam mana pun kita ingin mengklasifikasikan diri kita, smada kita ni as a umara’, ulama’ @ protaz, yg penting adalah jika tidak boleh buat semua, jgn tinggal semua. Buat la yg termampu yg akhirnya sdh pasti utk kita mencapai Mardhotillah.

waAllahua’lam.