Alhamdulillah, segala puji bagi Tuan Empunya dunia yang tidak putus2 memberi harapan pada khalifahNYA
Coretan hari ini ana ingin menyentuh mengenai:
‘apa erti aku melalui usrah’ (copyright BB DN08).
Seorang insan yang dilahirkan di muka bumi ini, x kesah la samada beragama islam,majusi atau yahudi, semuanya mempunyai hala tuju masing2
As a muslim, hala tuju kita sudah pasti untuk menjadi khalifah Allah yg terbaik.
Sedikit perkongsian maksud dari ana (bercorak kefahaman sendiri), khalifah itu merupakan nadi sunnatullah. Perjalanan seorang khalifah merupakan ketentuan Allah swt. dan sudah pasti tiada enak dan kelazatan bahkan onak dan duri yang menanti.
Oleh kerana itu, sunnatullah menunjukkan seorang khalifah waktu rehatnya hanya la di alam akhirat dan akan memperolehi kelazatan hanya di akhirat sana (insyaAllah dengan rahmat Allah).
Di sini ingin diingatkan, khalifah = pendakwah = pejuang = hamba Allah (gelaran versi merendahkan diri)
Kuat ke khalifah itu sehinggakan ia mampu berjuang 24 jam dan hanya berehat di alam akhirat kelak?
Jawapannya,TIDAK.
Manusia tidak sekuat nabi Adam A.S yang mampu bangkit semula memperjuangkan arahan Allah setelah dicampakkn ke dunia, yang bergelar insan ini tidak sehebat nabi Ibrahim yang sanggup mengorbankan anaknya kerana Allah dan yang digelar hamba Allah ini tidak segah nabi besar kita,Muhammad saw yang mampu menahan segala keperitan demi ummahnya.
Benar,kita tidak sekuat itu. Biarpun kita berada dipuncak,sebagai seorang PM mahupun seorg presiden mane2 parti, mgkn di hadapan rakyat kita gah, namun sebenarnya kita sedang menderita(tertakluk pada keikhlasan dan ilmu masing2).
Tetapi bagi seorang yg ikhlas yakni pendakwah@khalifah, mereka amat bertuah. Mereka amat bertuah kerana di beri peluang untuk berjemaah. Bermula dengan solat berjemaah, ia sudah terbukti dapat menampung segala kekurangan kita dalam solat. Sabda Nabi Muhammad saw, umat akhir zaman amat payah untuk mencapai kekhusyukkan dalam solat.tetapi mereka bertuah kerana adenya solat2 jemaah yang membantu mereka untuk mencapai level khusyuk yang sudah pasti ia akan didamba oleh setiap mukmin yang berjaya seperti yang dijanjikan Allah dalam surah al-Mukminum (ayat 1-2) dan laungan azan melalui kalimah ‘marilah bersolat dan marilah menuju kejayaan’.
Dari anologi solat berjemaah, sama jge untuk kita implimentkan di dalam diri kita.
Sedang kita berjuang, kita tetap memerlukan usrah yakni satu ikatan jemaah yang di dalam itu kita akan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain samada dari segi ilmu agama, soal dakwah mahupun masalah peribadi.
w/out usrah, kita yang mahukan diri kita bergelar pejuang ini sudah pasti tidak akan kekal lama di dalam trak jln dakwah.
WaAllahua’lam
Time : 11/06/08 (1130:LI)
Ps: tajuk ape itu jemaah dan kepentingan dalam dakwah insyaAllah akan diungkap kemudian.