bismillah...
alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran diucapkan pada Tuan Empunya Dunia atas kebenaran untuk kita mengenali diri kita lebih mendalam pada hari ini..
juga selawat dan salam pada nabi muhammad saw...


saja saya letak gambar hiasan 'debat' perdana antara DSAI dgn YB Shabery Chik..
jika kita lihat kedua-duanya mempunyai ciri-ciri kepiminan yang kita cari..
HEBAT!!mmg tidak disangkal lagi kedua-duanya mampu menjadi ikon pada pimpinan akan datang melalui pendekatan bercirikan kepimpinan mengikut nilain diri masing2.

hari ini saya ingin berkongsi view mengenai pemimpin yang 'sesuai' dijadikan ikon pada bakal2 pimpinan...


lets break it out...
pemimpin yang baik di hatinya tidak mempunyai kepentingan apa-apa.
padanya hanya ingin melihat daulah islamiah tertegak di tempatnya.
padanya ia ingin melihat rakya-rakyat, student-student di bawahnya terjaga kebajikan, akademik mereka dan sebagainya.
bercakap tentang hidup mewah??
tidak sama sekali.
padanya biarlah rakyat yang merasai dahulu kesenangan itu..
jauh sekali nak merasai kehidupan dalam istana hatta kediaman2 rasmi 'menteri besar'.
biarlah 'aku' melakukan yang lebih aula(penting) demi menjaga keharmonian & kesejahteraan islam di tempatku...

Tapi, aku insan yang lemah...
aku tidak boleh nak memimpin orang kerana aku sendiri pun lemah
aku sendiri pun banyak melakukan dosa ya Allah...
maka layakkah aku untuk menjadi pemimpin??
CINTA???itu telah kulalui..
LEWATKAN SOLAT? perkara biasa bagi aku..
jika dikenang dosa2ku yang terlalu banyak itu, aku langsung tidak mempunyai harapan, dan tiada kekuatan untuk memimpin..
apatah lagi menjadi pemimpin ISLAM...


“Kepimpinan adalah sejenis hubungan perilaku manusia, pengaruh, daya tindakan serta penghalangnya ke arah matlamat yang tertentu dengan cara yang boleh menjamin kepatuhan, kepercayaan dan penghormatan.”


Dalam bahasa Melayu pemimpin bermakna: mengepalai atau mengetuai serta mengendalikan (badan, pertubuhan, pergerakan, negara dan lain-lain). (Kamus Dewan, edisi 3, hal.1037).



"To lead is to control (a group of people) to be the person who makes the decision or the most important person in the group". (Cambrigde Dictionary of English, hal. 803).

Islam memandang isu kepimpinan sebagai perkara yang besar. Sirah telah memaparkan kepada kita tindakan para sahabat r.a. berhimpun dan berbaiah memilih Abu Bakar r.a. sebagai khalifah di Saqifah Bani Sa’adah demi untuk tidak membiarkan masyarakat tanpa teraju, walaupun ketika itu jenazah baginda saw belum lagi disemadikan.

SETIAP INSAN ADALAH PEMIMPIN.
Sabda Nabi saw :

كلكم راع وكلكم مسئول عن رعيته , الامام راع ومسئول عن رعيته , والرجل راع فى أهله ومسئول عن رعيته , والمرأة راعية فى بيت زوجها ومسئولة عن رعيتها , والخادم راع فى مال سيده ومسئول عن رعيته , وكلكم راع ومسئول عن رعيته. متفق عليه
Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang rakyatnya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin, dia ditanya tentang rakyatnya. Seorang lelaki itu pemimpin kepada ahlinya dan dia ditanya tentang rakyatnya. Seorang perempuan itu pemimpin di dalam urusan rumah suaminya dan dia ditanya tentang rakyatnya dan seorang anak menjadi pemimpin menggunakan harta ayahnya dan dia ditanya tentang rakyatnya. Maka semua kamu adalah pemimpin dan ditanya tentang rakyatnya.
(diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim)

Dalam situasi kini, ramai orang islam tidak ingin memimpin walaupun mempunyai sifat2 kepimpinan, tetapi disebabkan diri sendiri rasa diri tidak layak untuk memimpin.
Dua persoalan saja ingin saya timbulkan untuk sahabat2 berfikir..
1. Yakinkah anda akan 'capai' status layak untuk memimpin sebelum sampai waktu ajal?
2. Pernahkah pemimpin-pemimpin terdahulu mengambil permit or lulus dengan cemerlang dlm final exam untuk memimpin sebelum mereka mula memimpin?


'Kalau boleh buat semua, janganlah tinggal semua'
kata-kata sangat cantik dari tok guru. Saya ingin highlightkan pada semua, kepimpinan islam tidak menunggu masa untuk layak memimpin baru boleh memimpin. bila-bila masa, di mana sahaja kita perlu menjadi pemimpin. Cuma yang membezakan adalah kecil atau besar peranan kita di situ. Kalau kita mempunyai bakat dalam memimpin, tapi kita mempunyai kelemahan dalam perhubungan dengan masyarakat, kita boleh teruskan untuk memimpin, tiada masalah. Segala kelemahan itu akan diubati secara tidak langsung apabila kita nampak, faham dan jelas bahawa pemimipin tidak boleh mementingkan diri sendiri. Walau di mana kita berada, kita mesti perlu memastikan kerja-kerja kita selesai dahulu, baru lah kita boleh tersenyum seperti tuk guru. Pastikan sebelum kita nak melakukan 'kelemahan2' kita pada waktu2 tertentu, kerja-lerja kita sudah selesai. Tapi boleh selesai kerja-kerja sebagai pemimpin islam ni?
Sudah pasti tidak. Jadi secara tidak langsung, pemimipin islam akan sentiasa terjaga dari melakukan perkara2 maksiat, jahat dan sebagainya...






Mohonlah. Pada pengakhiran nya, kita kena kembali pada Allah..
semua yang bergelar insan ini memang lemah, tidak ada yang kuat berbanding Allah swt.
jadi, adakah kita insan yang lemah ini hendak melakukan perkara2 yang telah jelas dilarang oleh Allah swt, tuan empunya dunia..
jauhi maksiat, berzina, bercouple, rasuah dll..adakah kita cukup kuat untuk melanggar perintah Al-Malik (terpromote nama malik la, huhu)

Lets Break It out
Semua adalah layak untuk memimpin..
Tidak ada yang perfect dalam dunia ini, hanya Allah yang sempurna.
Yang ingin dinilai oleh Allah bukan hanya kata2, tetapi yang lebih penting adalah usaha kita ke arah ingin membawa islam walau di mana kita berada
Last but not least,
Islam is for All, islam untuk semua orang bawa, bukan hanya pada pemimpin2 dalam organisasi islam sahaja..
Sekian