"Kami akn terus berjuang.Kami akn trus tetap dalam pjuangn shinggalah setiap drp kami akn gugur syahid. Kami akn terus memastikan prinsip ISLAM akn terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda. Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan shj, nantikan hari pembalasan. Kami akn tuntut dihadapn ALLAH di ats kelembapan anda semua. Kami tidak akn redha thdp kelesuan dan kebisuan anda semua.Kami tidak akn memaafknnya." -Khalil Ismail al-Haya (Ketua Whip HAMAS)

Aku di tahun 4?aduh, benar kah...ish, kan bagus kalau aku d tahun 2 skg...blh aku bertanding MPP sekarang dan lakukan something untuk Palestin, umat islam yg semakin menjadi2 tindasannya...
title kali ini suka tuk aku letak kan ia sebagai pilihan raya awal muharam, just ingin mengingatkan dlm kebizian kita dengan pilihan raya kecil 16 januari, jgn lupa tragedi tragis serangan Israel Laknatullah ke atas Palestin di Gaza pada 1 Muharram 1430 H...

Dalam kebizian ini, aku hanya mampu berkongsi satu lagu jihad..bila dengar balik lagu ini, mmg menggulumang jiwa rasenya...
selamat mendengar...




Sambil2 tu,
amalkan bacaan doa qunut nazilah...
banyak org x tau, x terpk pasal ape nk bace doa ni?
senang citer, this is doa...
korg bace maksudnya di bwh, insyaAllah phm ape tujuan die
skrang, doa adalah senjata utama kita tuk membantu sebanik mungkin umat islam di palestin..moga ia membantu sedikit sebnyak

ERTI DOA QUNUT NAZILAH

Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.

CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal, iaitu selepas membaca
سَÙ…ِعَ اللَّÙ‡ُ Ù„ِÙ…َÙ†ْ Ø­َÙ…ِدَÙ‡ُ ، رَبَّÙ†َا ÙˆَÙ„َÙƒَ الْØ­َÙ…ْدُ.

Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.

2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran

3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .

Peringatan:
• Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.

• Imam hendaklah meberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.


















Ish,pening pula, mcm mane nk aplikasi doa nih!!!

Ish,mudah ja...jgn mengeluh2..

amik salinan, copy paste,print ja satu

pastu baca la dlm qunut subuh or slps solat

niatkn untuk doa

insyaAllah dengan keikhlasan korg secara istiqamah akan terangkat doa korg..amin...

Maksud Doa, lahirkan ruh gerun di hati:

“ Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”