Salam..
makin lama sedar x sedar, makin ramai yang matang berfikir dan bertindak
makin masa berlalu, makin ramai yang semakin matang tindakannya
tetapi macam mana pun matang tindakan dan pemikiran kita, sirah nabi mengajar kita untuk membuat tindakan yang lebih betul, sunnah nabi, kalam2 Allah dah mengajar kita macam mane nk bertindak mengikut cara islam..
ayuh di sini aana ingin berkongsi satu kesah peperangan pada zaman nabi dulu..jom kita hayati!!!!



Perang Uhud



Ketika Rasulullah saw mengatur strategi perang Uhud, beliau menempatkan sekitar 50 orang sebagai penjaga barisan belakang yang terdiri dari pasukan pemanah. Beliau berpesan, jangan sekali-kali barisan pemanah tersebut meninggalkan tempat mereka, sebelum ada perintah dari Nabi saw.
Maka di saat berkecamuk perang dengan dahsyat, pasukan musyrikin dapat dipukul mundur. Sebagian pasukan muslimin sudah mulai mengambil rampasan perang (ghanimah). Harta rampasan sedemikan banyaknya, sehingga hal tersebut mulai menarik perhatian barisan pertahanan belakang yang menyaksikan perebutan ghanimah itu. Disinilah awal bencana dimulai. Sebagian besar anggota barisan pemanah tersebut mulai tergoda ingin ikut larut dalam perebutan ghanimah. Maka mereka mengambil keputusan untuk bergabung dan mengumpulkan ghanimah bersama pasukan garda depan.
Hal tersebut dicegah oleh pimpinan pasukan barisan belakang. Namun cegahan tersebut dibantah dengan alasan bahwa saat itu mereka sudah menang. Maka setidaknya menurut mereka, pesan Rasulullah saw sudah tidak relevan di saat itu. Karena pesan Rasulullah saw ditujukan ketika masih berlangsungnya perang, bukan di saat sudah menang perang. Sehingga pasukan barisan belakang bubar, hanya tinggal 10 orang pemanah saja yang tetap berpegang kepada pesan Rasulullah saw agar tidak meninggalkan barisan.

Hal ini dilihat Khalid bin Walid, yang saat itu menjadi salah satu panglima perang pasukan musyrikin. Barisan belakang yang lemah dihancurkannya. Lantas dihancurkan jugalah pasukan muslimin yang saat itu sedang merayakan kemenangan. Muslimin kocar-kacir atas serangan dadakan ini. Banyak shahabat Nabi saw yang syahid. Nabi saw sendiri dikabarkan gugur dimedan perang. Namun ternyata tidak. Beliau mendapat luka yang sangat parah. Abu Bakar, Umar, Utsman dan shahabat-shahabat r.anhum juga menderita luka yang tak kalah parah.



Perang Muktah

Dalam Perang Muktah, tentera Islam yang sedikit bilangannya telah berdepan dengan lebih kurang 200,000 orang tentera Rom. Dalam pertempuran tersebut, tentera Islam telah mendapat tentangan yang cukup dahsyat nyaris-nyaris menerima kekalahan. Bendera Islam telah dipegang oleh Zaid b Harithah yang kemudiannya gugur syahid, diambilalih pula oleh Jaafar bin Abu Thalib. Beliau turut syahid, maka bendera tadi dipegang oleh Abdullah bin Rawahah yang juga gugur sebagai syuhada'. Lantas bendera bertukartangan kepada Thabit bin Arqam dan menyerahkannya kepada Khalid al-Walid. Atas persetujuan ramai, maka Khalid al-Walidpun menjadi komandan perang dan terus mengarahkan tentera Islam berundur ke Madinah kerana sudah terlalu ramai yang syahid dan tentera yang tinggal tidak mampu untuk bertahan lagi.



Di zaman Khalifah Abu Bakar, Khalid ditugaskan untuk mengahpuskan golongan murtad.

Saidina Abu Bakar telah memberi pidato semangat kepada tentera Islam yang antara lainnya berbunyi :"Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sebaik-baik hamba Allah dan saudara dalam satu suku iaitu Khalid b Al-Walid, Saifullah, yang pedangnya akan dihayunkan kepada orang-orang kafir dan munafik"

Beliau juga ditugaskan untuk membunuh Musailamah Al-Kazzab yang mengaku sebagai nabi dan mempunyai ramai pengikutnya. Dalam peperangan tersebut (Perang Yamamah), ramai tentera Islam yang terkorban. Khalid All-Walid sebagai pahlawan sejati yang pakar dalam strategi peperangan telah berjaya memberi semangat baru kepada tenteranya dengan ucapannya yang penuh karisma.

Beliau berteriak kepada tenteranya : "Bergembiralah kerana kami akan melihat setiap orang akan mengalami bencana masing-masing"

Dalam Perang Yarmuk menentang tentera Rom, beliau telah berjumpa dengan panglima musuh yang bernama Mahan yang dengan angkuhnya merendah-rendahkan moral tentera Islam. Mahan telah berkata : "Aku tahu kamu semua meninggalkan tanah air kerana terpaksa dan kelaparan. Jika kamu semua setuju, aku akan berikan setiap seorang tentera 10 dinar beserta dengan pakaian dan makanan dengan syarat mereka berangkat pulang dan tahun depan jumlah yang serupa akan dihantar ke Madinah".



Khalid b Al-Walid dengan tegasnya menjawab : "Kami tidak akan keluar dari negeri kami kerana kelaparan seperti yang engkau sangkakan.

Tetapi kami ialah satu kaum yang suka minum darah dan kami tahu tidak ada darah yang lebih lazat dan nikmat seperti darah orang Romawi, sebab itulah kami ke mari"

Setelah itu, Khalid Al-Walid selaku komandan perang beerteriak dengan kuatnya sambil bertakbir "Allahu Akbar" "Marilah kita berebut-rebut mencium bau Syurga". Maka terjadilah peperangan yang amat dahsyat. Anak panah bersimpang siur dan mayat bergelimpangan.



Tiba-tiba seorang tentera Islam menghampiri Abu Ubaidah b al-Jarrah r.a.

sambil berkata : "Sesungguhnya aku bercita-cita untuk mati syahid, adakah engkau mempunyai sebarang pesanan yang hendak disampaikan kepada Rasulullah SAW, kelak aku akan sampaikan kepada baginda ketika aku berjumpanya (di Syurga)"

Jawab Abu Ubaidah b al-Jarrah r.a : "Ya ! Katakan kepadanya : "Wahai Rasulullah SAW ! Sesungguhnya kami telah dapati bahawa apa yang dijanjikan oleh Tuhan Kami (Allah) adalah benar". Lalu tentera tadi bertempur dengan hebatnya dan gugur sebagai syuhada'.



Dalam suasana perang tersebut Khalid al-Walid bersemuka dengan seorang daripada panglima Romawi yang bernama George lalu terjadilah dialog antara keduanya.



George bertanya : "Wahai Khalid, hendaklah kamu berkata benar kerana setiap orang yang merdeka tidak akan berbohong.

Apakah benar bahawa Tuhanmu telah menurunkan kepada Nabimu sebilah pedang dari langit lalu diberikan kepadamu dan kalau dihayunkan kepada seseorang pasti dia akan kalah"

Khalid b Al-Walid menjawab : "Tidak"

George bertanya lagi : "Mengapa kamu disebut Pedang Allah ?"

Khalid b Al-Walid berkata : "Bahawa Allah SWT telah mengutuskan kepada kami seorang Rasul dari bangsa kami, tetapi ada yang mempercayainya dan ada yang mendustanya. Aku sendiri termasuk dari kalangan orang yang mendustakannya tetapi Allah telah membuka hatiku kepada Islam. Lalu aku mengadap Rasulullah untuk memeluk Islam dan janji setia kepadanya.

Rasulullah terus menyatakan : "Engkau adalah sebilah pedang dari pedang Allah"

George bertanya lagi : "Apa yang kamu dakwahkan kepada manusia"

Khalid b Al-Walid menjelaskan : "Supaya mereka mentauhidkan Allah dan menerima ajaran Islam"

George seterusnya berkata : "Jika seseorang memeluk Islam sekarang seperti apa yang telah berlaku kepadamu, adakah dia akan mendapat ganjaran ?"

Khalid b Al-Walid menjawab : "Ya, itulah yang lebih utama"

George berkata : "Bagaimana yang terjadi kepadamu sebelum Islam ?"

Khalid b Al-Walid menjawab : "Kamu hidup bersama Rasul lalu kami lihat tanda-tanda kenabian serta mukjizatnya. Kami benar-benar melihat dan mendengarnya, lalu kami memeluk Islam dengan mudah.

Tetapi kamu tidak pernah melihat dan mendengarnya, kiranya kamu beriman dengan apa yang tidak kelihatan, maka ganjaranmu adalah lebih besar jika kamu beriman kepada Allah dengan jiwamu"

Akhirnya George telah mengucap syahadah di hadapan Khalid, belajar cara solat dan sempat solat dua rakaat. Kemudian beliau adalah seorang syuhada' perang Yarmuk............. !!! dan tentera Islam berjaya menumbangkan tentera Rom yang berjumlah 240,00 orang.

Ramai di kalangan tentera Islam yang syahid dan tidak kurang pula yang sakit, luka dan cedera. Mereka yang cedera parah, apabila seorang diberikan air, lantas dia berkata rakannya di sebelah lebih memerlukan. Lalu diberikan kepada rakannya, tiba-tiba orang yang keduapun bersikap serupa, lebih mementingkan rakan yang lain..........begitulah seterusnya sehinggakan orang memberi air berpusing-pusing di antara mereka tetapi belum ada yang sudi meminumnya...Maka, kesemua mereka mati syahid di medang perang tersebut ! Ini membuktikan betapa wujudnya perasaan kasih kepada saudara seperti kasih kepada diri sendiri memang menjadi amalan mereka sebagaimana yang ditarbiahkan oleh Rasulullah SAW.


Pengajaran :
Khalid Al-Walid boleh membuat keputusan yang bijak. Sebagau contoh beliau menarik kembali tentera Islam dalam perang muktah kerana kekurangan tenaga tentera. Di situ bukan kah akan memalukan islam? Islam menyerah kalah??
Tidak, itu hanya helah untuk menguasai Rome dengan cara yang lebih diplomatik, yakni dengan cara mengislahkan pimpinan tertingginya.

Yang kedua, dalam perang uhud, sebelum beliau memeluk agama islam, beliau membuat helah pada tentera islam, yakni dengan cara tentera musyrikin berpura2 mengundurkan diri walhal tentera2 musyrikin sedang menunggu tentera islam alpa dan turun meninggalkan posisi masing2. Di saat itu lah tentera islam kalah di tangan tentera musyrikin.

Konklusi:
Ayuh sama2 kita fikirkan, stand apa yang sedang kita bawa? kita melaung2kan yang kita membawa islam yang benar, nak tegakkan islam di malaysia umumnya dan di kampus USM khususnya, tapi dari segi pengamalannya, kita seumpama hanya manis dilidah perkataan islam itu tapi hakikatnya perancangan musuh juga yang kita agung2kan.
Mungkin inilah akibatnya belajar tidak berguru, hanya mengharapkan pembacaan2 peribadi sedangkan Ilmu Islam bukan seperti Ilmu akademik, boleh dipelajari tanpa berguru.




Sekian
Perkongsian ini timbul selepas dilihatkan semakin ramai yang berani menyatakan 'aku nak bawa sistem islam dalam badan2 tertubuh di USM', tapi sejauh mana kita berjaya membawa islam tu dalam badan kita sendiri...sejauh mana pengamalan kita?adakah ia selari dengan cara islam?fikir2 kan supaya kita tidak memudaratkan keadaan pada yang lebih besar kerana Islam mengajar kita tuk mengislahkan diri dahulu (melalui ilmu dan PENGAMALAN) sebelum mengislahkan orang lain....