Alhamdulillah, setinggi2 kesyukuran pada tuan Empunya Dunia
Selawat dan syukur pada junjungan besar nabi Muhammad SAW...



Adakah kita lupa wahai hamba Allah,
Kita diturunkan ke dunia atas sebab2 yang tertentu,
Ah, tidak.. kami di sini hanya ingin hidup aman,
tidak inginkan sebarang pepecahan.

Adakah kita lupa wahai insan,
Kita dari salasilah Qabil yang pernah membunuh saudaranya,
Ah, tidak.. tu zaman dulu,
Sekarang kita dah moden, tiada lagi pertumpahan darah.

Adakah kita lupa wahai manusia,
Kita merupakan umat nabi Muhammad SAW yang bertungkus lumus berperang menegakkan islam pada suatu ketika dahulu,
Ah, tidak.. tu zaman perang dulu boleh la,
Sekarang kita tunjuk islam berTAMADUN da cukup orang len gerun.

Adakah kita lupa wahai para pemimpin,
Kita semua adalah khalifah/pemimpin yang bertanggungjawab untuk membawa nama islam dalam setiap erti perbuatan/ kerja kita,
Ah, tak ar.. biar geng2 ustaz la yang buat bende2 mcm tu,
Kami just 'support' dari belakang.... END ...



KUNCI!!!
kenapa selepas poem tersebut, aku meletakkan gmbar kunci..
sebenarnya majoriti dari pembaca2 blog ini tahu,
setiap 2 rangkap pertama poem itu adalah betul...
tapi disebabkan oleh KUNCI ini mcm2 alasan akan keluar...
KUNCI yang diwujudkan semata2 kerana apa??
tepuk dada tnya IMAN masing2..
BERHAK kah kita persoalkan balik kewajipan yang telah Allah tetapkn???

UNLOCK!!!
Sahabat2 yang dirahmati Allah,
buka lah minda anda,
kenapa perlu kita kalah dengan ALASAN2 yang hakikatnya kita yang cipta sendiri,
kenapa kita perlu cipta alasan2 sebegitu??
semata2 untuk lari dari tnggjwb?
kerana TAKUT???
oh, tidak..sudah pasti pembaca2 sekalian tidak takut,
kl takut x kan meneruskan bacaan artikel ringkas ini..

JAWAPANNYA???
sudah pasti anda sendiri tahu,
nilai lah diri sendiri,
kenapa kita menyekat nikmat2 yang tidak terhingga Allah kurniakan untuk kita,
ayuh tangan, mai kita sebarkan artikel2 dakwah agar aku dapat berkongsi ilmu2 pada mereka yang tidak tahu/tahu
ayUH!! ayuh kaki, jom kita pakat pergi ke masjid agar rumah Allah sentiasa diserikan,
dan AYUH la diri, sama2 kita tidak lekang memuji Allah yang sentiasa mengkehendakkan hambaNYA beribadah padaNYA di samping meneruskan jalan2 dakwah -->
AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR



PHONEX RISE
MAralah wahai sahabat,
jangan terlentur semangatmu atas sebab2 yang remeh,
tetapkan kewujudan diri 'demi islam'

beramallah bagai diri kan mati esok hari
bekerjalah bagai diri kan hidup selamanya