langit senja, warna jingga..
subhanaAllah, indah kurnian NYA blh kita kecapi
dengan alunan dan desiran angin sepoi2 bahasa, warna ungu menusuk mata memberi kita ketenangan bermeditasi antara jiwa dan hati...


'insan berzikir menguatkan lagi pautan kasih bebola jiwa dengan tuan empunya dunia,Allah'

kali ini tidak ingin mencoret panjang ..sbb???ade sbb2nya...
just ingin mengingatkan hati2 yg sering terdetik untuk mengeluh dan kaitannya dengan mulut yg terkacip tutup x ingin menyumbang pape tuk islam...apatah lagi ingin mengharapkan tindakan yg mengikut kata2 hati dan mulut tanpa berfikir panjang dengan sakinah yg Allah kurniakan..hanya dikuasai emosi semata-mata..nauzubillah, mntk jauh dari sifat itu

wajah comel kanak2 ni merupakan antara kurniaan Allah yg terbesar bg bayi ini(ada bnyk lagi kurniaanNYA, x terkira)...masyaAllah, bayangkan kl kita mempunyai hati yg bersih seperti ini...
hati yang bersih adalah cabang2 kepada kata2 yg berhikmah, tindakan yang termanage dan kehebatannya terselah melalui corak pemikiran yang dibawanya...itulah yang di namakan orang mukmin...
Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
'Dari Nabi saw., beliau bersabda: Seorang mukmin tidak boleh dua kali jatuh dalam lubang yang sama'

qalbu management
ungkapan yang paling sesuai bagi pimpinan2 yang ingin menyelaraskan fungsi hati yang bersih untuk menggerakkan secara optimum anggota2 yang lain..
action management, time managemant, pape management yg len sume perlu berbalik pada fungsi hati masing2...
Di dalam kitab, Sahih al-Bukhari dan Muslim , Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

“Ketahuilah bahawa di dalam tubuh manusia ada seketul daging, apabila ianya baik, maka akan baiklah seluruh jasadnya : namun apabila ia rosak maka akan rosak binasalah seluruh jasadnya. Ketahuilah ketulan daging itu adalah hati.”
( H. Muttafaq Alayh drpd Numan Ibn al-Bashir r.a. )

“Sesungguhnya Allah tidak akan memandang kepada keelokan tubuh dan rupa kamu, tetapi Dia memandang kepada keelokan Hati kamu.”
(H.R.Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a. )

peranan hati pada sume insan terutama pada pimpinan2(khalifah2) amat penting...jgn citer ingin membawa aura islam dalam kepimpinan jika hati tidak bersih kerana ia bakal memberi effeck pada istiqamahnya gerak kerja kita dalam islam...kl hati ini menyatakan aku buat kerja ini bukan kerana Allah sudah pasti kerja islam itu akan ade kecacatannya, dan orang itu sudah pasti tidak istiqamah...
buat keje kerana Allah pula berkait dengan ikhlas..keikhlasan kita hanya Allah yang tahu dan sebab itu lah aku menyatakan bahawa penting nya bagi pimpinan untuk menguasai qalbu management dulu baru lah 'redah' dengan kerja islam anda..

islam inside adalah antara keyword penting dalam proses menguasai QM(qalbu management). letakkan islam dalam dirimu dalam ape jua gerak kje mu, insyaAllah QM kita pasti akan mengutamakan Allah dalam pape2 perkara yang kita lakukan. tidak dijanjikan perkara yang manis bg pembawa panji2 islam di dunia ini, tetapi Allah menjanji kemanisan yang tidak terhingga di akhirat kelak yakni syurga firdaus, janji Allah pada para syuhada' (maksud doa dalam doa rabitah)

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu



Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu
Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu
Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..

Para mujahid/ah yang menuju syahid,
Para pemimpin2 kampus,negara,dunia hatta pemimpin diri dan keluarga,
ayuh lah btolkan niat kita,
make sure,ceklist balik QM kita,
manage betul2 agar everything kje yang kita buat,
hanya untuk Allah,
dan pastikan lah ia 24 jam (Fastaqim Kama Umirta)
tidak hanya bila rase nk wat, baru nk wat kje kerana Allah,
bila tang nafsu nk, Allah d ketepikan,
umpama memisahkan agama dlm diri (cm islam hadhari le plk)
sama2 doakan kita dikekalkan di jalanNYA..



langit senja, warna jingga...

indah ciptaanNYA menyambut para pemimpin untuk meneruskan perjalanan dakwah mereka
teruskan lah perjalanmu wahai pemimpin,
aku doakan istiqamah kita dijalan Allah..
'pengorbanan yang terkorban adalah kemanisan yang tertunda'