Pages
Biar Rebah, Jangan Terus Berubah, Biar Terbuang, Teruskn Berjuang
Wednesday, January 14, 2009 10:21 AM
Posted by Mujahid Cakna
Salam..
makin lama sedar x sedar, makin ramai yang matang berfikir dan bertindak
makin masa berlalu, makin ramai yang semakin matang tindakannya
tetapi macam mana pun matang tindakan dan pemikiran kita, sirah nabi mengajar kita untuk membuat tindakan yang lebih betul, sunnah nabi, kalam2 Allah dah mengajar kita macam mane nk bertindak mengikut cara islam..
ayuh di sini aana ingin berkongsi satu kesah peperangan pada zaman nabi dulu..jom kita hayati!!!!
Perang Uhud
Ketika Rasulullah saw mengatur strategi perang Uhud, beliau menempatkan sekitar 50 orang sebagai penjaga barisan belakang yang terdiri dari pasukan pemanah. Beliau berpesan, jangan sekali-kali barisan pemanah tersebut meninggalkan tempat mereka, sebelum ada perintah dari Nabi saw.
Maka di saat berkecamuk perang dengan dahsyat, pasukan musyrikin dapat dipukul mundur. Sebagian pasukan muslimin sudah mulai mengambil rampasan perang (ghanimah). Harta rampasan sedemikan banyaknya, sehingga hal tersebut mulai menarik perhatian barisan pertahanan belakang yang menyaksikan perebutan ghanimah itu. Disinilah awal bencana dimulai. Sebagian besar anggota barisan pemanah tersebut mulai tergoda ingin ikut larut dalam perebutan ghanimah. Maka mereka mengambil keputusan untuk bergabung dan mengumpulkan ghanimah bersama pasukan garda depan.
Hal tersebut dicegah oleh pimpinan pasukan barisan belakang. Namun cegahan tersebut dibantah dengan alasan bahwa saat itu mereka sudah menang. Maka setidaknya menurut mereka, pesan Rasulullah saw sudah tidak relevan di saat itu. Karena pesan Rasulullah saw ditujukan ketika masih berlangsungnya perang, bukan di saat sudah menang perang. Sehingga pasukan barisan belakang bubar, hanya tinggal 10 orang pemanah saja yang tetap berpegang kepada pesan Rasulullah saw agar tidak meninggalkan barisan.
Hal ini dilihat Khalid bin Walid, yang saat itu menjadi salah satu panglima perang pasukan musyrikin. Barisan belakang yang lemah dihancurkannya. Lantas dihancurkan jugalah pasukan muslimin yang saat itu sedang merayakan kemenangan. Muslimin kocar-kacir atas serangan dadakan ini. Banyak shahabat Nabi saw yang syahid. Nabi saw sendiri dikabarkan gugur dimedan perang. Namun ternyata tidak. Beliau mendapat luka yang sangat parah. Abu Bakar, Umar, Utsman dan shahabat-shahabat r.anhum juga menderita luka yang tak kalah parah.
Perang Muktah
Dalam Perang Muktah, tentera Islam yang sedikit bilangannya telah berdepan dengan lebih kurang 200,000 orang tentera Rom. Dalam pertempuran tersebut, tentera Islam telah mendapat tentangan yang cukup dahsyat nyaris-nyaris menerima kekalahan. Bendera Islam telah dipegang oleh Zaid b Harithah yang kemudiannya gugur syahid, diambilalih pula oleh Jaafar bin Abu Thalib. Beliau turut syahid, maka bendera tadi dipegang oleh Abdullah bin Rawahah yang juga gugur sebagai syuhada'. Lantas bendera bertukartangan kepada Thabit bin Arqam dan menyerahkannya kepada Khalid al-Walid. Atas persetujuan ramai, maka Khalid al-Walidpun menjadi komandan perang dan terus mengarahkan tentera Islam berundur ke Madinah kerana sudah terlalu ramai yang syahid dan tentera yang tinggal tidak mampu untuk bertahan lagi.
Di zaman Khalifah Abu Bakar, Khalid ditugaskan untuk mengahpuskan golongan murtad.
Saidina Abu Bakar telah memberi pidato semangat kepada tentera Islam yang antara lainnya berbunyi :"Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sebaik-baik hamba Allah dan saudara dalam satu suku iaitu Khalid b Al-Walid, Saifullah, yang pedangnya akan dihayunkan kepada orang-orang kafir dan munafik"
Beliau juga ditugaskan untuk membunuh Musailamah Al-Kazzab yang mengaku sebagai nabi dan mempunyai ramai pengikutnya. Dalam peperangan tersebut (Perang Yamamah), ramai tentera Islam yang terkorban. Khalid All-Walid sebagai pahlawan sejati yang pakar dalam strategi peperangan telah berjaya memberi semangat baru kepada tenteranya dengan ucapannya yang penuh karisma.
Beliau berteriak kepada tenteranya : "Bergembiralah kerana kami akan melihat setiap orang akan mengalami bencana masing-masing"
Dalam Perang Yarmuk menentang tentera Rom, beliau telah berjumpa dengan panglima musuh yang bernama Mahan yang dengan angkuhnya merendah-rendahkan moral tentera Islam. Mahan telah berkata : "Aku tahu kamu semua meninggalkan tanah air kerana terpaksa dan kelaparan. Jika kamu semua setuju, aku akan berikan setiap seorang tentera 10 dinar beserta dengan pakaian dan makanan dengan syarat mereka berangkat pulang dan tahun depan jumlah yang serupa akan dihantar ke Madinah".
Khalid b Al-Walid dengan tegasnya menjawab : "Kami tidak akan keluar dari negeri kami kerana kelaparan seperti yang engkau sangkakan.
Tetapi kami ialah satu kaum yang suka minum darah dan kami tahu tidak ada darah yang lebih lazat dan nikmat seperti darah orang Romawi, sebab itulah kami ke mari"
Setelah itu, Khalid Al-Walid selaku komandan perang beerteriak dengan kuatnya sambil bertakbir "Allahu Akbar" "Marilah kita berebut-rebut mencium bau Syurga". Maka terjadilah peperangan yang amat dahsyat. Anak panah bersimpang siur dan mayat bergelimpangan.
Tiba-tiba seorang tentera Islam menghampiri Abu Ubaidah b al-Jarrah r.a.
sambil berkata : "Sesungguhnya aku bercita-cita untuk mati syahid, adakah engkau mempunyai sebarang pesanan yang hendak disampaikan kepada Rasulullah SAW, kelak aku akan sampaikan kepada baginda ketika aku berjumpanya (di Syurga)"
Jawab Abu Ubaidah b al-Jarrah r.a : "Ya ! Katakan kepadanya : "Wahai Rasulullah SAW ! Sesungguhnya kami telah dapati bahawa apa yang dijanjikan oleh Tuhan Kami (Allah) adalah benar". Lalu tentera tadi bertempur dengan hebatnya dan gugur sebagai syuhada'.
Dalam suasana perang tersebut Khalid al-Walid bersemuka dengan seorang daripada panglima Romawi yang bernama George lalu terjadilah dialog antara keduanya.
George bertanya : "Wahai Khalid, hendaklah kamu berkata benar kerana setiap orang yang merdeka tidak akan berbohong.
Apakah benar bahawa Tuhanmu telah menurunkan kepada Nabimu sebilah pedang dari langit lalu diberikan kepadamu dan kalau dihayunkan kepada seseorang pasti dia akan kalah"
Khalid b Al-Walid menjawab : "Tidak"
George bertanya lagi : "Mengapa kamu disebut Pedang Allah ?"
Khalid b Al-Walid berkata : "Bahawa Allah SWT telah mengutuskan kepada kami seorang Rasul dari bangsa kami, tetapi ada yang mempercayainya dan ada yang mendustanya. Aku sendiri termasuk dari kalangan orang yang mendustakannya tetapi Allah telah membuka hatiku kepada Islam. Lalu aku mengadap Rasulullah untuk memeluk Islam dan janji setia kepadanya.
Rasulullah terus menyatakan : "Engkau adalah sebilah pedang dari pedang Allah"
George bertanya lagi : "Apa yang kamu dakwahkan kepada manusia"
Khalid b Al-Walid menjelaskan : "Supaya mereka mentauhidkan Allah dan menerima ajaran Islam"
George seterusnya berkata : "Jika seseorang memeluk Islam sekarang seperti apa yang telah berlaku kepadamu, adakah dia akan mendapat ganjaran ?"
Khalid b Al-Walid menjawab : "Ya, itulah yang lebih utama"
George berkata : "Bagaimana yang terjadi kepadamu sebelum Islam ?"
Khalid b Al-Walid menjawab : "Kamu hidup bersama Rasul lalu kami lihat tanda-tanda kenabian serta mukjizatnya. Kami benar-benar melihat dan mendengarnya, lalu kami memeluk Islam dengan mudah.
Tetapi kamu tidak pernah melihat dan mendengarnya, kiranya kamu beriman dengan apa yang tidak kelihatan, maka ganjaranmu adalah lebih besar jika kamu beriman kepada Allah dengan jiwamu"
Akhirnya George telah mengucap syahadah di hadapan Khalid, belajar cara solat dan sempat solat dua rakaat. Kemudian beliau adalah seorang syuhada' perang Yarmuk............. !!! dan tentera Islam berjaya menumbangkan tentera Rom yang berjumlah 240,00 orang.
Ramai di kalangan tentera Islam yang syahid dan tidak kurang pula yang sakit, luka dan cedera. Mereka yang cedera parah, apabila seorang diberikan air, lantas dia berkata rakannya di sebelah lebih memerlukan. Lalu diberikan kepada rakannya, tiba-tiba orang yang keduapun bersikap serupa, lebih mementingkan rakan yang lain..........begitulah seterusnya sehinggakan orang memberi air berpusing-pusing di antara mereka tetapi belum ada yang sudi meminumnya...Maka, kesemua mereka mati syahid di medang perang tersebut ! Ini membuktikan betapa wujudnya perasaan kasih kepada saudara seperti kasih kepada diri sendiri memang menjadi amalan mereka sebagaimana yang ditarbiahkan oleh Rasulullah SAW.
Pengajaran :
Khalid Al-Walid boleh membuat keputusan yang bijak. Sebagau contoh beliau menarik kembali tentera Islam dalam perang muktah kerana kekurangan tenaga tentera. Di situ bukan kah akan memalukan islam? Islam menyerah kalah??
Tidak, itu hanya helah untuk menguasai Rome dengan cara yang lebih diplomatik, yakni dengan cara mengislahkan pimpinan tertingginya.
Yang kedua, dalam perang uhud, sebelum beliau memeluk agama islam, beliau membuat helah pada tentera islam, yakni dengan cara tentera musyrikin berpura2 mengundurkan diri walhal tentera2 musyrikin sedang menunggu tentera islam alpa dan turun meninggalkan posisi masing2. Di saat itu lah tentera islam kalah di tangan tentera musyrikin.
Konklusi:
Ayuh sama2 kita fikirkan, stand apa yang sedang kita bawa? kita melaung2kan yang kita membawa islam yang benar, nak tegakkan islam di malaysia umumnya dan di kampus USM khususnya, tapi dari segi pengamalannya, kita seumpama hanya manis dilidah perkataan islam itu tapi hakikatnya perancangan musuh juga yang kita agung2kan.
Mungkin inilah akibatnya belajar tidak berguru, hanya mengharapkan pembacaan2 peribadi sedangkan Ilmu Islam bukan seperti Ilmu akademik, boleh dipelajari tanpa berguru.
Sekian
Perkongsian ini timbul selepas dilihatkan semakin ramai yang berani menyatakan 'aku nak bawa sistem islam dalam badan2 tertubuh di USM', tapi sejauh mana kita berjaya membawa islam tu dalam badan kita sendiri...sejauh mana pengamalan kita?adakah ia selari dengan cara islam?fikir2 kan supaya kita tidak memudaratkan keadaan pada yang lebih besar kerana Islam mengajar kita tuk mengislahkan diri dahulu (melalui ilmu dan PENGAMALAN) sebelum mengislahkan orang lain....
For You Palestin (FYP)
Monday, January 12, 2009 9:37 AM
Posted by Mujahid Cakna
assalamualaikum wrt
alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk bersenang lenang di bumi Malaysia ini, tp sampai bile?? waAllahua'lam...bile2 jiran Israeal Asia kita blh jdk mcm israel yahudi laknatullah...
'mujahid, awak terlalu bnyk aktiviti luar!!'
petikan ini membuat ana terfikir, bnyk nya slh ana pada supervisor ana (Final year project)...kerja diberi lambat siap,itu x siap, ini x siap..
owh maaf SVku...
Ana tidak kluar dr track fyp, ana still fokus menjalankan fyp ana
tp track fyp kali ini mmg memerlukan pengorbanan yg lebih besar
memerlukan tenaga yg lebih ramai
memerlukan sumbngn yg lebih tegar berbanding fypku yg sebenar
For You Palestin (FYP), bulan ini benar2 menguji thp perjuangn hmbaMU
adakah kita hanya pandai berkata2 tnpa bertindak?
This time is for us to act for Islam at palestin but not to forget the 'war' that need to win at campus...
'war' yg ana maksudkn adalah segala usaha kita untuk menuju mardhotillah (keredhaan Allah)
bersukan, belajar, berpolitik, makan dan sebagainya, sume mesti ber'base'kan pada satu matlamat yg akhir, keredhaan Allah...hatta nk mengundi pun, bukan bangsa or badan yang menjadi ukuran, tapi keredhaan Allah pada Orang2 yang membawa nama islam yang sebenar pun merupakan usaha kita ke arah memperolehi keredhaan Allah..
For You Palestin, ana ingin tanye pada semua,
Adakah waktu genting Umat Islam sekarang di Palestin kita masih berpeluk tubuh hnya kerana takut x sempat siap FYP pada masa yang ditetapkan?
Adakah kita x berani nak bertindak menaikkan banner2 bantahan pada palestin kerana takut pada pihak atasan (AUKU n etc)..?
Adakah kerana aku ni org suruhan (wakil orang2 tertentu), so aku x berani nak lawan arahan orang atasan aku...sapa DIA berbanding Allah!!!
Kalau ini berlaku, tunggulah saat Israel menjerit kegembiraan, gembira!!!
Ya gembira kerana mereka berjaya memonopoli kita dari jauh..
Berjaya memisahkan Islam mengikut bangsa, mengikut negara, harta, sex, hiburan, politik, mengejar kekayaan itu semua hanya alat supaya umat islam alpa tanggungjawab sebenar mereka pada Islam..biar hnya mereka di palestin yang menderita...
For You Palestin,
ana ingin berkongsi dengan sahabat2 suasana demonstrasi (gmbar dari shabat ana yg pergi demo tersebut)....syukran ya akhi kenapa diorang susah2 buat ini semua?
Kami tidak ingin peristiwa ini berulang
Allah telah memberikan janji bahawa umat Islam akan mencapai kemenangan,
Palestin akan ditawan semula oleh umat islam,
Dan kita akan masuk ke Masjidil Aqsa untuk kita menunaikan ibadah di masjid yang kita cintai,
Sekiranya semua Kumpulan2 Islam tumbang dalam memperjuangkan islam,
dan hanya ada satu kumpulan sahaja yang masih setia memperjuangkan nasib palestin,
ana kira itulah korang semua!!!
Anda semua tidak akan gentar!!
Anda tidak penah kecut!!!
Anda tidak penah takut!!!
Bahkan jika kita diminta ke palestin kita akan pergi...
Hari ini Mesir telah menghalang bantuan dari smpai ke Palestin, adakah kita Redha???
Hari ini Mesir telah menghalang Doktor2 dari msuk ke Palestin, adakah kita akan menutup mata???
Oleh itu, ana harap perjuangan kita mesti diteruskn , FYP...
Jangan gentar, jgn rasa takut, jangan rasa kerdil...
kita mesti berjuang!!!
Bangkit Mahasiswa...Bangkit Ummah
Bangkit Islam...Hancurlah Israel!!!
For You Palestine...
Surat Dari Setiausaha Gerakan al-Ikhwan al-Muslimun di Mesir
Wednesday, January 7, 2009 7:58 AM
Posted by Mujahid Cakna

Selamatkan Palestin wahai sekalian ikhwah!
Berikut Adalah Surat daripada Setiausaha Gerakan al-Ikhwan al-Muslimun di Mesir untuk umat Islam di seluruh dunia. Surat ini telah dikirimkan kepada pertubuhan-pertubuh an Islam dan kemanusiaan di seluruh dunia untuk menterjemahkannya kepada seluruh rakyat Malaysia yang peduli terhadap isu Palestin. Beberapa perubahan kecil dari teks asalnya sewaktu proses penterjemahan demi menyesuaikannya dengan budaya, mentaliti dan realiti rakyat Malaysia.Diharapkan agar para pembaca dapat menyebarkan surat ini kepada para pembaca bahasa Melayu yang lain demi menyemarakkan usaha menyelamatkan rakyat Gaza yang sedang menderita akibat kepungan Rejim Zionis yang zalim dengan bantuan Amerika Syarikat.
“Dan Janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman” (Ali-Imran 139).
Seruan daripada Allah s.w.t kepada sekelian orang yang beriman…. Kamu sekali-kali tidak akan ditimpa ketakutan, tidak akan diselubungi kesedihan dan hati kamu sekali-kali tidak akan dirundungi kekecewaan. Kekecewaan sekali-kali akan dapat diharmonikan dengan keimanan. Kamu berada pada darjat yang paling tinggi selagi mana kamu beriman dan sentiasa mempunyai talian yang kuat dengan Allah yang Maha Mulia lagi Berkuasa.
Keadaan di Gaza memerlukan sikap pro-aktif umat Islam sedunia. Adalah menjadi satu kezaliman bagi kaum Muslimin membiarkan saudara mereka di Palestin berterusan dizalimi oleh rejim Zionis Israel dan sekutunya. Kita boleh melakukan banyak perkara demi untuk saudara-saudara kita di Gaza…..
Seruan
Dengan ini, saya menyeru setiap pihak agar:
1- Qunut Nazilah – Membaca qunut nazilah pada setiap kali solat dan ajarkan makna qunut dan cara melakukannya kepada orang-orang yang masih belum mengetahui hakikat qunut.
2- Tinggalkan makanan, minuman dan kerehatan yang berlebihan dan salurkannya kepada saudara-saudara kita di Palestin. Salurkan wang anda kepada pertubuhan-pertubuh an kebajikan tempatan yang terlibat menguruskan sumbangan untuk membantu rakyat Palestin.
3- Mendermalah untuk pembelian ubat-ubatan yang diperlukan. Menyumbang secara terus sama ada sumbangan yang berbentuk material ataupun kewangan. Hospital-hospital dan klinik-klinik di Gaza sedang kehabisan ubat-ubatan untuk merawat para pesakit.
4- Bagi sesiapa yang mempunyai kemampuan dan kesempatan, sertailah misi-misi kemanusiaan untuk membantu rakyat Gaza (untuk menyalurkan kelengkapan pakaian, makanan dan bahan api)
5- Mobilisasi rakyat untuk bangkit melahirkan solidariti bersama rakyat Gaza yang dizalimi dan sedang menghadapi krisis kemanusiaan yang semakin meruncing. Demo, bantahan, memorandum dan juga segala wasilah yang sesuai mestilah digunakan untuk tujuan tersebut.
6- Sebarkan maklumat kesengsaraan rakyat Gaza kepada seluruh rakyat dan penduduk dunia melalui teknologi yang ada seperti poster, banner, penulisan artikel di akhbar-akhbar, majalah-majalah, e-mail, laman web, sms, Ym dan lain-lain lagi.
7- Wujudkan Tabung Palestin di setiap rumah (Didiklah anak-anak agar mula menabung dari duit perbelanjaan mereka untuk rakyat Palestin). Sikap ini akan mewujudkan perasaan kebersamaan mereka dengan rakyat Palestin yang ditindas.
8- Bagi para pemudi dan wanita yang beriman, mereka hendaklah berderma dengan barang-barang perhiasan berharga yang mereka miliki.
9- Kepada seluruh warga yang bekerja, gunakanlah kedudukan kamu untuk menyelamatkan Palestin. Sebagai contoh :-
a. Para Pendakwah : Bangunkan Ummah untuk membantu Palestin dan serulah pihak-pihak berkuasa dengan kebenaran.
b. Ahli-ahli Parlimen : Gunakan segala jentera pemantauan supaya Kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya secepat mungkin.
c. Para aktivis Politik dan Parti : Himpunkan rakyat untuk isu ini, berlumba-lumbalah sekarang untuk menyelamatkan ummah.
d. Para Pengamal Undang-undang : Berusahalah di peringkat nasional dan antarabangsa untuk mengutuk perang dan penyembelihan secara beramai-ramai ini.
..::..:: BOIKOT YAHUDI LA'NATULLAH ::..
..::lets support!!! campaign BOYCOTT ISRAEL::..
..::ISRAEL IS NOT REAL::..::..
Pilihan Raya Awal Muharam
Saturday, January 3, 2009 10:31 PM
Posted by Mujahid Cakna
"Kami akn terus berjuang.Kami akn trus tetap dalam pjuangn shinggalah setiap drp kami akn gugur syahid. Kami akn terus memastikan prinsip ISLAM akn terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda. Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan shj, nantikan hari pembalasan. Kami akn tuntut dihadapn ALLAH di ats kelembapan anda semua. Kami tidak akn redha thdp kelesuan dan kebisuan anda semua.Kami tidak akn memaafknnya." -Khalil Ismail al-Haya (Ketua Whip HAMAS)
Aku di tahun 4?aduh, benar kah...ish, kan bagus kalau aku d tahun 2 skg...blh aku bertanding MPP sekarang dan lakukan something untuk Palestin, umat islam yg semakin menjadi2 tindasannya...
title kali ini suka tuk aku letak kan ia sebagai pilihan raya awal muharam, just ingin mengingatkan dlm kebizian kita dengan pilihan raya kecil 16 januari, jgn lupa tragedi tragis serangan Israel Laknatullah ke atas Palestin di Gaza pada 1 Muharram 1430 H...
Dalam kebizian ini, aku hanya mampu berkongsi satu lagu jihad..bila dengar balik lagu ini, mmg menggulumang jiwa rasenya...
selamat mendengar...
Sambil2 tu,
amalkan bacaan doa qunut nazilah...
banyak org x tau, x terpk pasal ape nk bace doa ni?
senang citer, this is doa...
korg bace maksudnya di bwh, insyaAllah phm ape tujuan die
skrang, doa adalah senjata utama kita tuk membantu sebanik mungkin umat islam di palestin..moga ia membantu sedikit sebnyak
ERTI DOA QUNUT NAZILAH
Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.
CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH
Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal, iaitu selepas membaca
سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ ، رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ.
Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:
1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran
3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .
Peringatan:
• Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.
• Imam hendaklah meberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.
Ish,pening pula, mcm mane nk aplikasi doa nih!!!
Ish,mudah ja...jgn mengeluh2..
amik salinan, copy paste,print ja satu
pastu baca la dlm qunut subuh or slps solat
niatkn untuk doa
insyaAllah dengan keikhlasan korg secara istiqamah akan terangkat doa korg..amin...
Maksud Doa, lahirkan ruh gerun di hati:
“ Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”
Lets Break It Out
Thursday, December 25, 2008 9:58 PM
Posted by Mujahid Cakna
bismillah...
alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran diucapkan pada Tuan Empunya Dunia atas kebenaran untuk kita mengenali diri kita lebih mendalam pada hari ini..
juga selawat dan salam pada nabi muhammad saw...
saja saya letak gambar hiasan 'debat' perdana antara DSAI dgn YB Shabery Chik..
jika kita lihat kedua-duanya mempunyai ciri-ciri kepiminan yang kita cari..
HEBAT!!mmg tidak disangkal lagi kedua-duanya mampu menjadi ikon pada pimpinan akan datang melalui pendekatan bercirikan kepimpinan mengikut nilain diri masing2.
hari ini saya ingin berkongsi view mengenai pemimpin yang 'sesuai' dijadikan ikon pada bakal2 pimpinan...
lets break it out...
pemimpin yang baik di hatinya tidak mempunyai kepentingan apa-apa.
padanya hanya ingin melihat daulah islamiah tertegak di tempatnya.
padanya ia ingin melihat rakya-rakyat, student-student di bawahnya terjaga kebajikan, akademik mereka dan sebagainya.
bercakap tentang hidup mewah??
tidak sama sekali.
padanya biarlah rakyat yang merasai dahulu kesenangan itu..
jauh sekali nak merasai kehidupan dalam istana hatta kediaman2 rasmi 'menteri besar'.
biarlah 'aku' melakukan yang lebih aula(penting) demi menjaga keharmonian & kesejahteraan islam di tempatku...
Tapi, aku insan yang lemah...
aku tidak boleh nak memimpin orang kerana aku sendiri pun lemah
aku sendiri pun banyak melakukan dosa ya Allah...
maka layakkah aku untuk menjadi pemimpin??
CINTA???itu telah kulalui..
LEWATKAN SOLAT? perkara biasa bagi aku..
jika dikenang dosa2ku yang terlalu banyak itu, aku langsung tidak mempunyai harapan, dan tiada kekuatan untuk memimpin..
apatah lagi menjadi pemimpin ISLAM...
“Kepimpinan adalah sejenis hubungan perilaku manusia, pengaruh, daya tindakan serta penghalangnya ke arah matlamat yang tertentu dengan cara yang boleh menjamin kepatuhan, kepercayaan dan penghormatan.”
Dalam bahasa Melayu pemimpin bermakna: mengepalai atau mengetuai serta mengendalikan (badan, pertubuhan, pergerakan, negara dan lain-lain). (Kamus Dewan, edisi 3, hal.1037).
"To lead is to control (a group of people) to be the person who makes the decision or the most important person in the group". (Cambrigde Dictionary of English, hal. 803).
Islam memandang isu kepimpinan sebagai perkara yang besar. Sirah telah memaparkan kepada kita tindakan para sahabat r.a. berhimpun dan berbaiah memilih Abu Bakar r.a. sebagai khalifah di Saqifah Bani Sa’adah demi untuk tidak membiarkan masyarakat tanpa teraju, walaupun ketika itu jenazah baginda saw belum lagi disemadikan.
SETIAP INSAN ADALAH PEMIMPIN.
كلكم راع وكلكم مسئول عن رعيته , الامام راع ومسئول عن رعيته , والرجل راع فى أهله ومسئول عن رعيته , والمرأة راعية فى بيت زوجها ومسئولة عن رعيتها , والخادم راع فى مال سيده ومسئول عن رعيته , وكلكم راع ومسئول عن رعيته. متفق عليه
(diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim)
Dalam situasi kini, ramai orang islam tidak ingin memimpin walaupun mempunyai sifat2 kepimpinan, tetapi disebabkan diri sendiri rasa diri tidak layak untuk memimpin.
Dua persoalan saja ingin saya timbulkan untuk sahabat2 berfikir..
1. Yakinkah anda akan 'capai' status layak untuk memimpin sebelum sampai waktu ajal?
2. Pernahkah pemimpin-pemimpin terdahulu mengambil permit or lulus dengan cemerlang dlm final exam untuk memimpin sebelum mereka mula memimpin?
'Kalau boleh buat semua, janganlah tinggal semua'kata-kata sangat cantik dari tok guru. Saya ingin highlightkan pada semua, kepimpinan islam tidak menunggu masa untuk layak memimpin baru boleh memimpin. bila-bila masa, di mana sahaja kita perlu menjadi pemimpin. Cuma yang membezakan adalah kecil atau besar peranan kita di situ. Kalau kita mempunyai bakat dalam memimpin, tapi kita mempunyai kelemahan dalam perhubungan dengan masyarakat, kita boleh teruskan untuk memimpin, tiada masalah. Segala kelemahan itu akan diubati secara tidak langsung apabila kita nampak, faham dan jelas bahawa pemimipin tidak boleh mementingkan diri sendiri. Walau di mana kita berada, kita mesti perlu memastikan kerja-kerja kita selesai dahulu, baru lah kita boleh tersenyum seperti tuk guru. Pastikan sebelum kita nak melakukan 'kelemahan2' kita pada waktu2 tertentu, kerja-lerja kita sudah selesai. Tapi boleh selesai kerja-kerja sebagai pemimpin islam ni?
Sudah pasti tidak. Jadi secara tidak langsung, pemimipin islam akan sentiasa terjaga dari melakukan perkara2 maksiat, jahat dan sebagainya...
Mohonlah.
Pada pengakhiran nya, kita kena kembali pada Allah..semua yang bergelar insan ini memang lemah, tidak ada yang kuat berbanding Allah swt.
jadi, adakah kita insan yang lemah ini hendak melakukan perkara2 yang telah jelas dilarang oleh Allah swt, tuan empunya dunia..
jauhi maksiat, berzina, bercouple, rasuah dll..adakah kita cukup kuat untuk melanggar perintah Al-Malik (terpromote nama malik la, huhu)
Lets Break It out
Semua adalah layak untuk memimpin..
Tidak ada yang perfect dalam dunia ini, hanya Allah yang sempurna.
Yang ingin dinilai oleh Allah bukan hanya kata2, tetapi yang lebih penting adalah usaha kita ke arah ingin membawa islam walau di mana kita berada
Last but not least,
Islam is for All, islam untuk semua orang bawa, bukan hanya pada pemimpin2 dalam organisasi islam sahaja..
Sekian
Chem-E-Car Competition 2009 Inter USM
Wednesday, December 24, 2008 12:12 PM
Posted by Mujahid Cakna
assalamualaikum wrt...
alhamdulillah, bersyukur pade Tuan Empunya Dunia ini masih memberi kita kekuatan untuk menggerakkan jari2 ini dan memetik suis2 yg ade disekeliling kita..
selawat dan salam jua pada junjungan besar nabi muhammad saw..
Chem-E-Car Competition kembali lagi di USM Kampus Kejuruteraan
Kali ini akan diadakan sebanyak dua peringkat iaitu peringkat penapisan (Inter USM) dan peringkat Universiti yang berlangsung di Melaka pada bulan february 2009
Untuk program terdekat iaitu peringkat penapisan di adakan antara 4 kumpulan USM sahaja di mana hanya dua yang terbaik akan terpilih untuk ke Melaka mewakili USM..
Info pertandingan fasa 1 ini adalah seperti berikut:
Pertandingan Chem-E-Car 2009 Inter USM
Masa: 230 - 4 pm
Tempat: Dewan Utama
Jenis Pertandingan: Racing dan Speech
Jadi semua dijemput hadir terutamanya warga USM kampus kejuruteraan
Saya mewakili warga PMIUSMkkj dan Persatuan Pelajar Kejuruteraan Kimia mengucapkan selamat berjaya pada yang terlibat.
'All Da Best.......................................................Lead Team 08'
Fibarakatillah
Selamat Kembali ke Alam Kampus
Sunday, December 21, 2008 11:04 PM
Posted by Mujahid Cakna
Assalamualaikum wrt...
selamat pulang para sahabat
sudah bermula semester baru,
moga ketemu momentum yg jitu,
demi mengharungi ujian kehidupan yg berliku2,
kiniku hadiahkan satu lagu buatmu...
Bingkai Kehidupan...
Mengarungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan
Setiap tetes peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah
'kan menjadi saksi pengorbanan
Reff :
Allahu ghaayatunaa
Ar-Rasuulu qudwatunaa
Al-Qur'aanu dusturunaa
Al-Jihadu sabiiluna
Al-Mautu fii sabilillah
Asma amaanina
Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al Qur'an pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi
Phonex Rise
Wednesday, December 3, 2008 5:40 PM
Posted by Mujahid Cakna
Alhamdulillah, setinggi2 kesyukuran pada tuan Empunya Dunia
Selawat dan syukur pada junjungan besar nabi Muhammad SAW...
Adakah kita lupa wahai hamba Allah,
Kita diturunkan ke dunia atas sebab2 yang tertentu,
Ah, tidak.. kami di sini hanya ingin hidup aman,
tidak inginkan sebarang pepecahan.
Adakah kita lupa wahai insan,
Kita dari salasilah Qabil yang pernah membunuh saudaranya,
Ah, tidak.. tu zaman dulu,
Sekarang kita dah moden, tiada lagi pertumpahan darah.
Adakah kita lupa wahai manusia,
Kita merupakan umat nabi Muhammad SAW yang bertungkus lumus berperang menegakkan islam pada suatu ketika dahulu,
Ah, tidak.. tu zaman perang dulu boleh la,
Sekarang kita tunjuk islam berTAMADUN da cukup orang len gerun.
Adakah kita lupa wahai para pemimpin,
Kita semua adalah khalifah/pemimpin yang bertanggungjawab untuk membawa nama islam dalam setiap erti perbuatan/ kerja kita,
Ah, tak ar.. biar geng2 ustaz la yang buat bende2 mcm tu,
Kami just 'support' dari belakang.... END ...
KUNCI!!!
kenapa selepas poem tersebut, aku meletakkan gmbar kunci..
sebenarnya majoriti dari pembaca2 blog ini tahu,
setiap 2 rangkap pertama poem itu adalah betul...
tapi disebabkan oleh KUNCI ini mcm2 alasan akan keluar...
KUNCI yang diwujudkan semata2 kerana apa??
tepuk dada tnya IMAN masing2..
BERHAK kah kita persoalkan balik kewajipan yang telah Allah tetapkn???
UNLOCK!!!
Sahabat2 yang dirahmati Allah,
buka lah minda anda,
kenapa perlu kita kalah dengan ALASAN2 yang hakikatnya kita yang cipta sendiri,
kenapa kita perlu cipta alasan2 sebegitu??
semata2 untuk lari dari tnggjwb?
kerana TAKUT???
oh, tidak..sudah pasti pembaca2 sekalian tidak takut,
kl takut x kan meneruskan bacaan artikel ringkas ini..
JAWAPANNYA???
sudah pasti anda sendiri tahu,
nilai lah diri sendiri,
kenapa kita menyekat nikmat2 yang tidak terhingga Allah kurniakan untuk kita,
ayuh tangan, mai kita sebarkan artikel2 dakwah agar aku dapat berkongsi ilmu2 pada mereka yang tidak tahu/tahu
ayUH!! ayuh kaki, jom kita pakat pergi ke masjid agar rumah Allah sentiasa diserikan,
dan AYUH la diri, sama2 kita tidak lekang memuji Allah yang sentiasa mengkehendakkan hambaNYA beribadah padaNYA di samping meneruskan jalan2 dakwah -->
AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR
PHONEX RISE
MAralah wahai sahabat,
jangan terlentur semangatmu atas sebab2 yang remeh,
tetapkan kewujudan diri 'demi islam'
beramallah bagai diri kan mati esok hari
bekerjalah bagai diri kan hidup selamanya