Pages
Kenyataan Pengerusi Pasukan Pengurusan Krisis dan sokongan keluarga misi LL4G Malaysia
Tuesday, June 1, 2010 7:02 PM
Posted by Mujahid Cakna

KENYATAAN MEDIA
Isnin 31hb Mei 2010
GESAAN KEPADA KERAJAAN DAN RAKYAT MALAYSIA MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS FLOTILA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN LL4G KE GAZA
Perkembangan terkini flotila Lifeline4Gaza
1. Sebagaimana yang dimaklumi 7 buah kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH). Maklumat terkini ialah kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel. Akibat dari tindakan biadap ini 3 orang sukarelawan telah terkorban dan 30 lagi mengalami cedera parah.
2. Seramai 12 orang sukarelawan bersama-sama petugas media daripada Malaysia turut menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ini. Mereka berada di atas kapal "Mavi Marmara". Penyertaan mereka bersama konvoi ini adalah semata-mata atas dasar kemanusiaan.
3. Semua objektif dan pergerakan konvoi ini adalah berpandukan kepada Resolusi 1860(2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan. Antara lain, Resolusi 1860 menyebut antara lain
a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan,
b) menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,
c) menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza, dan
d) mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan semua bentuk terorisma.
Semua rakyat Malaysia yang terlibat di dalam konvoi ini berpegang teguh kepada peraturan dan undang-undang antarabangsa dan pekerti mulia sesuai dengan aspirasi negara Malaysia.
4. Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun. Tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama konvoi ini walaupun untuk tujuan mempertahankan diri. Fakta ini jelas menunjukkan bahawa konvoi ini adalah benar-benar sebuah konvoi bantuan kemanusiaan yang akan disampaikan oleh sukarelawan- sukarelawan dari kalangan masyarakat awam.
5. Berdasarkan kepada fakta-fakta ini jelas Israel secara biadap telah melanggar undang-undang antarabangsa. Apatah lagi serangan ini berlaku di perairan antarabangsa dan dilakukan ke atas sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang tidak bersenjata yang bertujuan aman. Tindakan Israel menginjak-injak prinsip kemanusiaan ini wajar mendapat kutukan dari seluruh masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan dan keadilan.
6. Kami dengan ini menyeru supaya kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Dato' Seri Mohd Najid Tun Abd Razak dan juga Datin Seri Paduka Rosmah Mansor sebagai Penaung kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan biadap dan kejam regim Zionis Israel yang telah bertindak di luar batas kemanusiaan dengan menyerang sebuah flotila kemananan yang bertujuan semata-mata untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Gaza yang teraniaya dan dizalimi sekian lama.
7. Kami juga menyeru PBB supaya mengadakan persidangan tergempar untuk meluluskan resolusi bagi mengambil tindakan paling tegas ke atas Israel, termasuk mengheret pemimpin mereka ke muka pengadilan.
8. Kami juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan bantahan dan kutukan paling keras ke atas Israel serta bersedia untuk menyokong apa-apa tindakan yang akan disusun seterusnya bagi menangani isu ini.
9. Kami juga menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin politik, pertubuhan-pertubuh an bukan kerajaan dan rakyat seluruhnya supaya bergabung tenaga menyatakan sokongan kepada misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dan mengenakan tekanan ke atas Israel yang telah menyerang flotila Gaza sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di kalangan sukarelawan.
10. Kami seterusnya menyeru agar semua peringkat masyarakat dapat meneruskan doa dan solat hajat di masjid, surau, jabatan kerajaan, atau mana-mana tempat lain yang sesuai bagi memohon agar Allah SWT menjayakan misi bantuan ini dan memberikan kekuatan dan kesabaran kepada para sukarelawan.
Zulkifli Mohd Nani
Pengerusi
Pasukan Pengurusan Krisis dan sokongan keluarga misi LL4G Malaysia
Pesana Luqmanul Hakim
5:18 PM
Posted by Mujahid Cakna
PESANAN LUQMANUL HAKIM
1. Hendaklah engkau selalu berada di majlis para ulama' dan dengarlah
kata-kata para hukama (orang yang bijaksana), kerana Allah
menghidupkan jiwa yang mati dengan hikmat sepertimana menghidupkan
bumi yang mati dengan hujan yang lebat.
2. Janganlah engkau jadi lebih lemah daripada seekor ayam jantan, ia
telah berkokok pada waktu pagi hari sedangkan engkau pada ketika itu
masih terbaring di atas katilmu.
3. Janganlah engkau menangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu
akan datang tiba-tiba.
4. Dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak orang sudah
ditenggelamkannya. Oleh itu, jadikanlah taqwa sebagai kapalnya.
5. Pukulan bapa ke atas anaknya bagaikan air menyirami tanaman.
6. Tiga orang yang tidak dapat dikenali melainkan pada tiga keadaan.
Orang yang lemah lembut melainkan ketika marah, orang yang berani
melainkan ketika berperang dan saudara maramu melainkan ketika engkau
berhajat dan memerlukan pertolongan daripadanya.
7. Sesungguhnya dunia ini sedikit sahaja, sedangkan seluruh umurmu
lebih sedikit daripada itu. Manakala umurmu yang masih berbakti lagi
amat sedikit daripada yang lebih sedikit tadi.
----------------------------------------------------------
AQIDAH
Masalah aqidah adalah masalah yang paling penting dalam kehidupan
seorang muslim. Ia merupakan asas atau tapak bagi pembangunan Islam.
Dewasa ini kita dapati banyak penyelewengan terjadi sama ada dari segi
pemikiran, perkataan mahupun tingkah laku. Kesemuanya berpunca
daripada tidak memahami aqidah Islam secara mendalam.
Firman Allah yang bermaksud:
"Dan ingatlah sewaktu Luqman berkata kepada anaknya: "Wahai anak
kesayanganku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu
yang lain). Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman
yang besar."(Surah Luqman: 31).
----------------------------------------------------------
SOLAT
Firman Allah bermaksud:
"Wahai anak kesayanganku! Dirikanlah solat." (Surah Luqman: 17). Islam
memberikan keutamaan yang sangat besar kepada solat yang tidak pernah
diberikan kepada ibadat lain. Kerana ia adalah tiang agama,
sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Pokok pangkal sesuatu
adalah Islam, tiangnya adalah solat dan kemuncaknya adalah jihad fi
sabillillah." Solat yang dikhendaki oleh Islam bukanlah sekadar
berkata-kata yang diucapkan oleh lidah dan pergerakan badan.
Tetapi solat yang sebenar adalah yang dilakukan dengan penuh perhatian
dan tumpuan pemikiran, penuh rasa takut dalam hati serta menzahirkan
keagungan dan kebesaran Allah, itulah solat yang diterima oleh Allah
SWT.
Dari segi kejiwaan, solat memberikan ketenangan dan kekuatan bagi jiwa
seseorang. Daripada segi kesihatan, ia mendidik seseorang supaya
menjaga kebersihan dan melatih badan agar sentiasa segar dan cergas.
Dari segi akhlak pula ia mencegah perbuatan mungkar dan menjaga waktu
manakala dan dari segi kemasyarakatan solat mendidik persamaan dan
persaudaraan.
----------------------------------------------------------
BERBAKTI KEPADA IBU BAPA
Firman Allah yang bermaksud:
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya,
ibunya mengandungkan dengan menanggung kelemahan demi kelemahan, dan
tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. "Bersyukurlah
kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu, kepada Ku jua tempatmu kembali."
(Surah Luqman: 41)
Ibu bapa mempunyai kedudukan yang paling istimewa. Mereka menduduki
tempat yang kedua sesudah beriman kepada Allah dan Rasulullah. Oleh
kerana itu, tiada seorang pun di atas muka bumi ini yang dapat
menyamai kedua dua ibu bapa. Berbakti kepada ibu bapa adalah wajib ke
atas setiap anak dalam apa jua keadaan sekalipun ia merupakan asas
terpenting dalam pendidikan Islam.
Manakala menderhaka kepada kedua ibu bapa adalah berdosa besar. Adalah
mudah bagi anak-anak yang sudah biasa terdidik atas sikap berbakti dan
menghormati kedua ibu bapa untuk dididik dan diasuh supaya menghormati
jiran tetangga, guru-guru dan seterusnya menghormati manusia
seluruhnya.
----------------------------------------------------------
SABAR
Kesabaran adalah suatu keperluan dalam usaha menegakkan keimanan,
melaksanakan amal soleh, memperjuangkan kebenaran dan keadilan.
Semuanya bukanlah suatu perkara yang mudah. Oleh itu, ia sangat
memerlukan kesabaran. Kesabaran dalam menghadapi hawa nafsu,
musuh-musuh luar dan kesusahan lain. Begitu juga kesabaran amat perlu
dalam menempuh jalan perjuangan yang amat panjang dan semestinya
mengikuti tahap-tahap yang teratur untuk menuju matlamat.
----------------------------------------------------------
JANGAN SOMBONG
Sifat takabur adalah lahir daripada perasaan bangga diri yang
merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain. Biasanya seseorang
yang takabur dikuasai oleh sifat-sifat buruk lain seperti taksub,
mudah marah, dendam dan hasad dengki. Sebaliknya, Islam menganjurkan
tawadduk kerana ia salah satu sifat terpuji yang amat digalakkan oleh
Islam. Kalau takabur menjadi punca pertelingkahan dan perbalahan, maka
tawaduk adalah pengikat yang menguatkan persaudaraan, mengukuhkan
perpaduan serta melahirkan keselamatan dan ketenangan.
----------------------------------------------------------
KESEDERHANAAN
Kesederhanaan menggambarkan ketenangan dan kesopanan tingkah laku.
Tenang dan sopan santun adalah buah daripada budi pekerti mulia yang
sangat dituntut oleh Islam. Begitu juga melembutkan suara ketika
bercakap adalah menjadi ukuran pekerti mulia.
----------------------------------------------------------
DAKWAH
Adalah menjadi fardhu ain bagi setiap muslim supaya melaksanakan tugas
menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Firman Allah bermaksud:
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada
kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah daripada yang
mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung," (Surah Ali Imran:
104).
Pendidikan Luqman adalah pendidikan yang menyeluruh dan lengkap
meliputi asas-asas aqidah, ibadat, akhlak dan dakwah. Oleh sebab
itulah Allah telah merakamkan pendidikan Luqman itu untuk dijadikan
contoh kepada umat Islam sepanjang zaman.
diambil dari seorang sahabat dari Mesir
DS Najib Diminta Tarik Balik Tuduhan Fitnah
Tuesday, May 4, 2010 11:59 PM
Posted by Mujahid Cakna

Pandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib selaku Presiden Umno menyifatkan saya melakukan pengingkaran yang serius dan penghinaan kepada Sultan Selangor semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor adalah satu pandangan bertujuan melaga-lagakan saya dengan pihak Istana Selangor.
Pandangan Datuk Seri Mohd Najib itu telah disiarkan oleh Utusan Malaysia secara online (24 April 2010) atas tajuk “Nik Aziz hina Sultan Selangor – PM” yang kemudiannya disiarkan dalam Utusan Malaysia cetak (24 April) edisi nasional di muka depan atas tajuk “Pembangkang ingkari Sultan” yang turut mencetak kononnya kenyataan saya selaku Mursyidul Am iaitu “Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam tadi mempertikaikan titah Sultan Selangor supaya tidak menggunakan masjid untuk kempen politik. Beliau menyifatkan larangan itu sebagai karut dan saki baki ajaran penjajah.”
Pada saya, kesemuanya adalah tidak benar dan berniat melaga-lagakan saya dengan Sultan, kerana sesungguhnya saya tidak pun memberi respon dengan merujuk kepada titah KDYMM Sultan Selangor. Ia adalah petikan yang direka-reka oleh akhbar berkenaan.
Kemudian, pandangan Datuk Seri Mohd Najib dirasai paling tidak bermoral lagi apabila akhbar yang sama pada hari mengundi (25 April), menyiarkan semula di muka dua atas tajuk “Tindakan Nik Aziz pertikai titah Sultan Selangor: Pengingkaran yang serius – PM.”
Ia suatu pengulangan yang dibuat untuk menjatuhkan moral saya dan suatu bentuk fitnah media yang disengajakan bagi mempengaruhi umat Islam agar menolak kefahaman agama yang telah saya jelaskan secara sopan semasa sidang media pada malam 23 April di Kuala Kubu Bharu.
Bagi saya, pandangan Datuk Seri Mohd Najib yang melabelkan saya sebagai ‘melakukan pengingkaran yang serius dan penghinaan kepada Sultan Selangor’ adalah suatu pandangan yang tidak adil dan fitnah. Ia menggambarkan kenyataan bermotif politik dan penyelewengan fakta sebenar yang dipanjangkan oleh Utusan Malaysia, kerana ia sengaja disiarkan sebagai tajuk besar di muka depan (front page).
Sesungguhnya pandangan tersebut adalah suatu tuduhan yang kononnya dikaitkan dengan perlanggaran titah Sultan mengenai larangan penggunaan masjid atau surau untuk tujuan politik. Dalam hal tersebut, Datuk Seri Mohd Najib sebenarnya telah menceroboh sempadan moral saya dan membelasah imej saya yang dilakukan sehari sebelum berlaku pengundian di Hulu Selangor.
Pada saya, apabila saya hadir di mana-mana masjid atau surau di Kelantan, prinsip yang saya amalkan ialah saya tidak akan bercakap atau berkhutbah atau menjadi imam selagi tidak diminta oleh pihak masjid atau surau berkenaan. Maka, prinsip yang sama saya pegang apabila hadir di masjid atau surau di mana-mana negeri termasuk di Selangor.
Oleh sebab itu, sekali lagi saya nyatakan bahawa tuduhan Datuk Seri Mohd Najib sehingga menyifatkan saya melakukan pengingkaran yang serius dan penghinaan kepada Sultan Selangor adalah tidak boleh diterima sama sekali. Ia adalah tindakan mala fide bukan sahaja untuk melaga-lagakan saya dengan Sultan Selangor, malah menimbul fitnah besar kepada umat Islam untuk menggambarkan kononnya ‘orang beragama’ dan pemimpin seperti saya suka mengingkari dan menghina Sultan.
Atas dasar itu, sesungguhnya saya tidak bersikap seperti difitnahkan oleh Datuk Seri Mohd Najib, maka saya tidak akan halal di dunia dan di akhirat. Kecuali beliau menarik balik secara terbuka memandangkan fitnah itu telah dibuat secara terbuka. Saya sedia menghalalkan apabila beliau menarik balik tuduhan itu secara terbuka.
Saya yakin di atas kebenaran, maka kebenaran itu akan menjadi saksi di dunia dan di akhirat.
Sekian, wassalam.
Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Musyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.
|SUMBER|
Media Press di Malaysia 'tidak bebas' diiktiraf di peringkat antarabangsa
Monday, May 3, 2010 9:20 PM
Posted by Mujahid Cakna

Bagaimanapun kedudukan terbaru itu masih menyaksikan negara berada di takuk terbawah di kategori 32 peratus negara yang tidak mempunyai media yang bebas.
Menurut kajian yang berpangkalan di Washington DC itu, Malaysia berkongsi tempat dengan Algeria dan Zambia.
Antara sepuluh negara paling bebas ialah Finland, Iceland, Norway, Sweden, Denmark, Belgium, Luxembourg, Andorra, Switzerland dan Liechtenstein.
Manakala lima negara yang berada di tangga paling bawah ialah Eritrea (pada kedudukan 192), Libya (192), Burma (194), Turkmenistan (194) dan Korea Utara (196).
Di rantau Asia Pasifik, kedudukan Malaysia masih ketinggalan di belakang jiran-jirannya seperti Filipina (kedudukan 97), Indonesia (107), Thailand (124) dan Kemboja (134).
Freedom House meletakkan media di Filipina, Indonesia dan Thailand di bawah kategori “sebahagian bebas”.
Freedom House adalah kumpulan pejuang kebebasan demokrasi antarabangsa dan senarai kedudukan yang dikeluarkannya adalah sempena Hari Kebebasan Media Antarabangsa yang disambut setiap 3 Mei.
|SUMBER|
Pesanan Mursyidul Am PAS : Perkuatkan lagi perjuangan
Monday, April 26, 2010 5:17 PM
Posted by Mujahid Cakna

KOTA BHARU, 26 April: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kekalahan adalah motivasi untuk terus berjuang lebih kuat bukan berpatah semangat.
Perjuangan menegakkan kebenaran melawan kebatilan katanya tidak boleh berhenti selagi manusia itu masih diberi peluang untuk hidup.
“Selagi hidup kita di muka bumi ni masih ada, perjuangan menegakkan syiar Islam mesti diteruskan, Nabi Muhammad saw berjuang selama 23 tahun dan ia harus diteruskan dalam semua aspek,” ujar beliau.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kekalahan tipis Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor semalam.
Beliau ditemui media selepas merasmikan program pertukaran Pelajar Muhammadiyah Padang Sumatera Barat dengan Yayasan Islam Kelantan di ibu negeri hari ini.
Biarpun kalah dari sudut undi, namun Pakatan Rakyat jelasnya tetap menang dari aspek moral.
Sokongan pelbagai kaum kepada Pakatan Rakyat jelasnya cukup membuktikan Pakatan Rakyat adalah wadah terbaik rakyat negara ini.
Selain itu kekalahan itu menurutnya menjadikan ikatan antara parti dalam Pakatan Rakyat semakin kukuh berdepan Pilihan Raya Umum akan datang.
“Kita mesti ingat di Malaysia ni walaupun kita kalah dalam pilihanraya kecil tetapi bila masuk pilihanraya umum kita menang,” katanya lagi.
Pilihanraya kecil P.94 Parlimen Hulu Selangor dimenangi calon BN P. Kamalanathan dengan majorit 1725 mengatasi calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim.
|SUMBER|
Di bawah adalah perilaku 'biasa' UMNO BN semasa PRK @ PRU
Tahniah pngundi UMNO BN, pilihan yang 'tepat'
PAS seru Umno bertaubat
Friday, April 23, 2010 10:28 AM
Posted by Mujahid Cakna
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan syukur kepada Allah swt kerana strategi Umno yang menyebarkan kisah calon PKR-Pakatan, Zaid Ibrahim minum arak dan berjudi ketika bersama parti itu dahulu kini secara tidak langsung telah membuka mata rakyat.
Rakyat yang dahulunya menganggap pemimpin Umno sebagai suci dan pejuang Islam, kini sudah mengetahui hakikat sebenar bahawa mereka telah ditipu hidup-hidup. Pengakuan Zaid yang kini sudah bertaubat telah turut mengheret kepada pembongkaran beberapa lagi pemimpin Umno yang turut dikategorikan sebagai pelanggan kepada minuman dan hiburan yang diharamkan itu.
Nama-nama dan gambar mereka kini bertebaran diinternet, dari Presiden, Ketua Pemuda dan ramai lagi sudah diketahui umum. Malah bukan sahaja menjadi pelanggan atau peminat minum keras dan judi, beberapa pemimpin serta ahli perniagaan Umno juga sudah dikenalpasti sebagai pemilik, pelabur dan pengarah syarikat-syarikat arak dan judi yang terkenal di rantau ini.
PAS sudah lama mengetahui hal ini, dan serangan Umno kepada Zaid akhirnya mengesahkan tuduhan PAS selama ini adalah benar. Arak dan judi bukanlah perkara baru dalam Umno. Ketika awal-awal ditubuhkan, Umno bergantung harap pada Loteri Kebajikan bagi mengumpulkan dana untuk menjana program serta menubuhkan pejabat-pejabat mereka. Malah, hingga ke hari ini ramai pihak mempersoalkan sumber duit yang digunakan bagi membina pejabat Umno di PWTC.
PAS berasakan sudah cukup lama Umno bergeluman dengan arak dan judi ini. Sudah sampai masanya mereka menuruti jalan Zaid iaitu bertaubat. Tidak guna mereka dedahkan kesilapan lampau Zaid sedangkan mereka yang masih duduk dalam Umno masih lagi bergelumang dengan arak dan judi.
Malanglah Ustaz-Ustaz yang duduk dalam Umno, kerana hanya mampu menjadi rakan kongsi dosa-dosa pemimpin mereka dan tidak mampu untuk menyatakan perkara yang haram dan halal secara bebas demi untuk menyelamatkan periuk nasi mereka. Bertaubatlah wahai pemimpin Umno!
Ust. Idris Ahmad
|SUMBER|
Keluar dari mulut nak boikot yahudi, tapi masuk dalam mulut barang2 yahudi?
Wednesday, April 21, 2010 11:25 AM
Posted by Mujahid Cakna
assalamualaikum w.b.t.
terdetik untuk saya menulis sedikit walaupun dalam keadaan sibuk sedikit (berbanding dengan orang lain, mereka lebih sibuk).
semalam merupakan hari yang begitu tenang bagi saya kerana sempat saya berusrah dengan seorang sahabat, mior sepanjang 1/2 hari dalam kereta dan di kedai makan. jauh sungguh kami berjalan semalam. dalam kesibukan yang sedang melanda ini, sejak akhir-akhir ini saya dapat merasai kembali ukhwah seperti sebelum graduasi dulu.
balik dari usrah, senja hampir tiba. saya melayari internet dan komputer sepanjang waktu maghrib-isyak di blk postgrade satu universiti. dalam keadaan tenang dan harmoni itu, tiba-tiba semua bertukar kepada terkejut dan geram, kalau boleh dan diberi kekuatan, diberi kesempatan, hendak sahaja saya face to face dengan 'penulis' satu 'artikel', ya saya kenal benar 'penulis2' yang terlibat dalam artikel tersebut.
orangnya memang aktif dalam aktiviti2 masyarakat, kadang2 personaliti diri mereka menunjukkan mereka seorang pembawa islam yang kuat. saya pernah dengar dari mulut mereka, mereka melaungkan sekuat2nya ingin menentang yahudi laknatullah dan tidak setuju dengan penyerangan yahudi laknatullah terhadap umat islam di palestin. ok, bagi saya itu merupakan semangat yang bagus dan dialu-alukan, lagi ramai yang menentang yahudi laknatullah, insyaAllah lagi kuat umat islam di kemudian hari.
tetapii terdetik marah di hati saya, keluar dari mulut kata menentang, tapi yang selalu masuk ikut mulut itu pun barang2 yahudi laknatullah, apa cerita? masakan tidak tahu barang2 yang memberi manfaat pada yahudi laknatullah, internet kt tempat mereka laju, x de web2 filter pada web yang memaparkan list barangan yahudi laknatullah.
elak lah dari bersubahat dengan yahudi laknatullah. antara cara2 yang dikatakan bersubahat adlah dengan membeli barangan yang memberi sumbangan kepda yahudi laknatullah, membuka lubang2 untuk barangan yang memberi manfaat kepada yahudi laknatullah masuk adalah dosa lebih besar kerana dari situ, orang2 lain yang mungkin tidak tahu akan terjebak untuk membeli share dalam saham yahudi laknatullah.
marilah kita sama2 doakan mudah2an mereka yang terlibat dengan perancangan ini terbuka hati dan sedar bahawa saham2 yang mereka beli itu membuka lubang2 dosa yang sangat besar.
di sini saya sertakan list barangan yang perlu kita tahu dan mahu untuk boikot.|SUMBER|
Indahnya kematian seperti ini.
Monday, April 19, 2010 10:42 PM
Posted by Mujahid Cakna
The Chronicle of Zaid Ibrahim
Wednesday, April 14, 2010 10:14 AM
Posted by Mujahid Cakna

Serba sedikit mengenai Zahid Ibrahim
Datuk Mohd Zaid Ibrahim lahir di Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1951, Zaid Ibrahim menerima pendidikan awalnya di Kolej Inggeris dan menyelesaikan pelajaran di Tingkatan enam di Sekolah Tuanku Abdul Rahman di Ipoh, Perak.
Beliau kemudian meneruskan ke ITM (sekarang UiTM) dan mendapat gelaran LLB (London Eksternal).Dia kemudian pergi ke Temple, London untuk memenuhi syarat sebagai UU-Barrister.
Pada tahun 1987, Zaid menjadi ahli pengasas dan Ketua Zaid Ibrahim & Co yang hari ini, adalah firma undang-undang yang terbesar di Malaysia dengan sambungan di kawasan ASEAN termasuk Singapura, Indonesia, Vietnam dan bahkan Dubai.
Politik
Zaid adalah ahli parlimen untuk Kota Bharu di bawah BN / UMNO sekitar 2004-2008. Dia juga adalah ketua Pro-Demokrasi Myanmar di Kaukus Parlimen dan ASEAN Interparlimentary Myanmar Caucus (AIPMC).
Beliau juga bekas de facto Menteri Undang-undang bawah pentadbiran Badawi's dan mengundurkan diri dari jawatannya pada tarikh 16 September 2008 selepas penahanan ISA blogger Raja Petra Kamaruddin, ahli parlimen Teresa Kok dan wartawan Sin Chiew Sin, Tan Hoon Cheng.
Zaid sangat vokal dan sering terlibat dalam debat awam meningkatkan kesedaran dalam urusan awam mahupun kebangsaan bunga atas kepentingan menjaga demokrasi dan supremasi undang-undang di negeri ini.
Dia adalah seorang peguam yang sangat kuat mahukan mahkamah yang bebas.
Beliau juga dikenali kerana aktif dalam penyertaan persidangan, forum dan seminar, baik tempatan atau luar negeri seperti Simposium Hukum Widener Global Demokrasi, perbincangan meja bundar Parlimen, Forum Dunia 2000, PBB Roundtable Dialog keatas Burma, Persidangan SUAHAKAM atas Budaya & Hak Asasi Manusia dan banyak lagi.
Zaid menerbitkan buku pertamanya, "Dalam GoodFaith," pada tahun 2007. Buku ini adalah kompilasi dari pidato-pidato, artikel dan wawancara.Buku ini diterbitkan oleh ZI Publications Sdn Bhd, sebuah penerbit yang ditubuhkan oleh Zaid sendiri untuk memudahkan wacana teka-teki sosio-politik dan undang-undang di negeri ini.
ZI Publications Sdn Bhd sekarang dimiliki dan dikendalikan oleh puteranya, Uzair. Semua hasil dari jualan bukunya akan pergi ke Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan ( Yayasan untuk Orang Kurang Upaya Kelantan), sebuah pertubuhan amal yang dekat dengan hatinya. / end
SUMBER
ZAID IBRAHIM : WAKIL PR KE HULU SELANGOR
Tuesday, April 13, 2010 5:53 PM
Posted by Mujahid Cakna

ZAID IBRAHIM CALON PAKATAN DI HULU SELANGOR
Zaid Ibrahim hari ini dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.
Pemilihan Zaid itu dibuat oleh biro politik PKR yang bermesyuarat di rumah Anwar Ibrahim pagi ini.
“Keputusan memilih Zaid buat sebulat suara,” kata sumber itu.
Sumber itu berkata PKR menamakan Zaid kerana beliau dilihat sebagai calon berwibawa yang mampu mempertahankan kerusi Hulu Selangor itu.
Zaid adalah bekas menteri yang bertanggungjawab mengenai hal-ehwal perundangan ketika dalam barisan kabinet Abdullah Ahmad Badawi.
SUMBER
Wasiat Syeikh Sya'rawi pada Pemimpin
Monday, April 12, 2010 11:04 AM
Posted by Mujahid Cakna
Semoga Allah merahmati Sheikh Mutawalli Sya'rawi yang mengakhiri kehidupannya dengan memberi teguran dan nasihat kepada pemimpin.
Wahai Tuan Presiden, aku ingin katakan satu perkara kepada engkau, mungkin ini adalah pertemuan terakhir kita! (Sheikh Mutawalli Sya'rawi memegang bahu presiden Mesir dan berkata;) "..Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga Allah memberi taufiq(menunjukkan kepada kamu jalan yang benar). Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung beban(untuk menghadapi kami).
Siapa yang terlintas di dalam kepalanya untuk menjadi pemerintah, aku nasihatkan supaya dia jangan meminta-minta. Akan tetapi menjadi kewajipannya menjadi pemerintah ketika mana dia dilantik. Sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam;
"..Siapa yang dilantik untuk sesuatu perkara, maka dia akan ditolong oleh Allah. Dan sesiapa yang meminta-minta sesuatu perkara, maka perkara itu akan menjadi beban kepadanya..".
Aku berkata kepada kamu sekalian, Alhamdulillah, telah jelas kebenaran pada kata-kata Tuhan berdasarkan dengan peristiwa-peristiwa yang telah terjadi. Bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah : "..Wayamkuruuna wayamkurullah.." (dan mereka merancang perkara yang jahat dan Allah juga turut merancang). Dan bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah : "..Innahum yakiidunakaidan wanakiiuunakaida.." (Sesungguhnya mereka membuat tipu daya dan Allah membuat tipu daya juga.
Maka disebabkan Allah menjadikan dia buruk di dada manusia, rakyat akan membenci setiap orang yang zalim walaupun dia tidak terlintas membenci pemerintah itu.
Maka kekuasaan itu Allah diberi kepada sesiapa yang dia mahu. Maka jangan kamu melakukan tipu helah terhadap Allah. Dan jangan kamu membuat komplot (penipuan) terhadap Allah. Kerana seseorang tidak akan mendapat kekuasaan di dalam kerajaan Allah kecuali dengan kehendak Allah. Kalau dia seorang yang adil, maka manusia akan mendapat manfaat dengan keadilannya. Dan sekiranya dia seorang yang zalim, maka dia menjadi hodoh dengan kezalimannya dan Allah akan menjadikannya buruk di dada-dada manusia.
Allah Taala telah menceritakan dialog antara Namrud dan Nabi Ibrahim. Apa yang Allah Taala kata?
"..Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya (sedangkan dia dalam kekafiran), kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan (Namrud)..." - (Surah al-Baqarah:258, al Quranul Karim)
Tetapi aku ingin memberitahu satu perkara kepada umat semuanya. Sama da daripada pihak kerajaan atau parti pembangkang ataupun penyokong dan bangsa. Aku meminta maaf jika aku ucapkan sesuatu yang kamu semua tidak suka. Aku ingin semuanya tahu bahawa kekuasaan itu di tangan Allah. Allah memberi kekuasaan kepada sesiapa yang dia suka. Maka janganlah ada komplot untuk mendapatkan kekuasaan itu. Dan janganlah ada tipu helah (penipuan) untuk sampai kepadanya (kekuasaan).
Dan sesungguhnya aku (Sheikh Mutawalli Sya'rawi).. wahai Tuan Presiden, aku berdiri di sudut ini untuk menerima pahala dari Allah. Aku tidak menghabiskan sisa-sisa hidup aku dengan menjadi munafiq. Aku tidak akan mempamerkan dari diri aku ini dengan perkara-perkara yang menipu.
Dan sesungguhnya aku Tuan Presiden,
Aku berdiri di sudut ini untuk menerima pahala dari Allah.
Aku tidak menghabiskan sisa-sisa hidup aku dengan menjadi munafiq.
Aku tidak akan mempamerkan dari diri aku ini dengan perkara-perkara yang menipu.
Tetapi aku ingin memberitahu satu perkara kepada umat semuanya.
Samada daripada pihak kerajaan atau parti pembangkang ataupun penyokong dan bangsa.
Aku meminta maaf jika aku ucapkan sesuatu yang kamu semua tidak suka.
SUMBER
MB Sibu Meninggal Dunia: PRK Sarawak sudah datang
Friday, April 9, 2010 5:32 PM
Posted by Mujahid Cakna
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau yang juga anggota parlimen bandar Sibu meninggal dunia di Hospital Selayang, hari ini akibat barah.
Lau, 68, dari SUPP memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 3,235 undi. Beliau menewaskan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang.
Kematiannya akan membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil - yang kesebelas selepas pilihan raya umum 2008.
Ia juga merupakan pilihan raya kecil kedua di Sarawak selepas DUN Batang Ai.
Pilihan raya kecil tersebut perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh berlaku kekosongan.
Pada pilihan raya umum 2008, Lau mendapat 19,138 undi manakala Wong mendapat 15,903 undi dan Lim (812).
Lau mewakili parlimen Sibu sejak 1990.
Dalam pilihan raya umum 2008, parlimen Sibu mempunyai 53,679 pengundi, dengan majoriti kaum Cina (60 peratus), Melanau (20 peratus), Iban (18 peratus) dan Orang Ulu (1.1 peratus).
Keluarga Lau memiliki kumpulan KTS - sebuah konglomerat yang terbabit dalam industri pembalakan dan media.
Kumpulan KTS memiliki beberapa akhbar termasuk Borneo Post dan Oriental Daily News.
Sementara itu, Bernama memetik setiausaha sulitnya, Peter Hu sebagai berkata, Lau meninggal dunia pada jam 11.10 pagi dan persiapan sedang diadakan untuk membawa jenazah mendiang ke kampung halamannya di Sibu.
Brunei lebih islamik dari Malaysia?
Tuesday, April 6, 2010 3:02 PM
Posted by Mujahid Cakna
Bandar Seri Begawan (Brunei) - Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.
Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.
"Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini.
"Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak.
"Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran," tegasnya. - AP
Sumber - myMetro
Hairan, pelik dan ajaib... kenapa Negara Malaysia yang Pimpinan Tertingginya dari Parti UMNO/BN tidak berani mangambil tindakan yang sedemikian?
SUMBER: PERISIKrAKYAT.com
Sekitar Konsert Nasyid Malam Bisikan Cinta '10
Saturday, April 3, 2010 11:28 AM
Posted by Mujahid Cakna
satu lagi perjalanan tarbiyah telah di'program'kan pada 2April2010 oleh Persatuan Mahasiswa Islam USMKKj dengan kerjasama Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, Mimates dan MPDL di Dewan Utama USM kampus kejuruteraan.
Sekalung tahniah dan mudah2an ia merupakan antara titik tolak ke arah penghijrahan yang lebih baik.
kali ini bukan gambar 'static' yang hendak dikongsi, bak kata sahabat ana,
a_ _ a (nama dirahsiakan) 'apa barang gambar2 'static' ni, zaman la main gambar 'dynamic' la plk.
maka ter'upload'lah gambar 'dynamic' but limited edition, 2 lagu ja dulu no.
selamat memperoleh manfaat.
Nasyid 'Allahurabbi' dendangan In-Team
Nasyid 'Zikrullah' dendangan In-Team
Gambar Sekitar Majlis Pengebumian Din Beramboi
8:45 AM
Posted by Mujahid Cakna
di akhir zaman ini, macam2 bala Allah sudah tunjukkan,
macam2 ujian dan petunjuk telah Allah zahirkan melalui peristiwa2 yang telah,sedang dan akan berlaku. antara tujuannya adalah untuk kita manusia mengambil iktibar dan pengajaran dari kesah2 tersebut.
mudah2an ruh Allahyarham Din mendapat rahmat daripada Allah swt dan satu pesanan untuk diri saya dan semua,
SUMBER: LovePerak.com



