Pages
Pesanan Tok Guru Kepada Pengundi Permatang Pasir
Tuesday, August 25, 2009 4:08 PM
Posted by Mujahid Cakna
Tuan/Puan bakal-bakal pengundi sekalian, Alhamdulillah. Menjelang 1 Ramadhan 1430, genaplah 8 warkah rayuan pengundi yang telah saya tulis dan tandatangani. Entah apalah rahsia yang tersimpan dalam lipatan perbendaharaan ilmu Allah yang Maha Luas itu sehingga berlaku 8 pilihan raya kecil sejak Pilihan Raya Umum Ke-12, tiada siapa jua yang mampu menekanya. Apa yang hanya boleh kita baca dari 7 pilihan raya kecil yang telah berlalu, parti yang bertanding dari Pakatan Rakyat (PR) telah menang sebanyak 6 kali berturut-turut. BN cuma menang 1 kali, itu pun di Batang Ai, Sarawak. Ini realiti dan ini kenyataan. Pada kali ini Kerusi Permatang Pasir menjemput kita sekali lagi untuk turun ke gelanggang. Walaupun dengan penuh berat, kita terpaksa melepaskan Allahyarham Dato’ Hamdan kita untuk kembali menemuiNya. Bagi kita yang hidup, tuntutan sambungan jihad demi sebuah tanggungjawab wajib diteruskan. Sudah 3 penggal calon kita bersusah payah untuk mengangkat Islam dan sudah 15 tahun rakyat di Permatang Pasir memperbaharui kepercayaan agar PAS terus menerajui kerusi Dewan Undangan di Permatang Pasir ini. Jika dibaca nilai istiqamah pengundi di sini di masa-masa lalu, ia jelas menunjukkan betapa tingginya iltizam, kenyakinan dan komitmen mereka. Walaupun mereka tentu boleh faham bahawa apalah sangat memberi kemenangan kepada PAS di kerusi ini dari segi memerintah negeri, namun pada saya, majoriti yang diraih Allahyarham pada 8 Mac 2008, melebihi 5,000 undi adalah teramat mahal. Bagi pengundi Islam tanpa mengira bangsa, mereka tentu ingin merakamkan sokongan mereka kepada sebuah gerakan Islam yang membawa perjuangan Islam syamil yang sebenar. Mereka tidak sanggup memangkah parti Umno yang mengamalkan Islam dari klon sekular, agama suku dan politik suku. Mana boleh diasingkan iman dengan Islam dan Islam dengan politik? Islam jenis sekular yang diperjuangkan oleh Umno inilah yang saya namakan sebagai Islam palsu. Sebagaimana adanya wang palsu, rambut palsu atau kad pengenalan palsu, begitu jugalah dengan Islam palsu. Benda palsu, nampak macam sebenar tetapi ia tetap tidak asli. Bagi yang ahli, dia akan tetap tahu membezakan antara bunga hidup dengan bunga plastik. Dengan keadaan tidak tulin itulah timbulnya keraguan. Soalnya bolehkah yang diragu-ragu (syak) itu dibawa untuk mendapatkan anugerah Syurga Allah di akhirat kelak? Saya bercakap dari sudut aqidah dan kaedah. Jika buat begini ia boleh jadi begini. Jika tidak sempurna wudhu’, amalan sembahyang tidak diterima. Jika tolak Islam dari Allah, maka dengan apa nak digantikan? Ini bukan soal saya mendahului Tuhan atau lebih tahu dari Tuhan. Ini soal kaedah. Saya percaya, para pengundi Islam di DUN Permatang Pasir boleh dengan mudah memahami persoalan ini. Manakala bagi pengundi bukan Islam pula pada umumnya, saya seakan boleh menyelami keresahan yang sedang bergolak di hati saudara saudari sekelian. Di sana ada tuduhan rasuah berjumlah RM10 juta yang katanya melibatkan pemimpin MCA. Di sana juga ada kes kematian misteri seorang anak muda bernama Teoh Beng Hock sewaktu berada di dalam siasatan (custody) SPRM. Di sana juga ada kes kematian Kugan sewaktu berada di dalam tahanan polis. Dengan insiden stadium runtuh dan gelanggang akuatik yang tidak selamat di Terengganu, keretakan yang berlaku di lebuh raya MRR2 serta LDP dan skandal di PKFZ Pelabuhan Klang yang bernilai berbilion ringgit, ramai pemimpin Umno yang kena gantung dan disabitkan kesalahan mengamalkan politik wang termasuklah Ketua Menteri Melaka yang masih ada sekarang, buruknya layanan ke atas rakyat yang berhimpun secara aman untuk mengangkat nota bantahan ISA kepada DYMM Yang Dipertuan Agung, cederanya Sdr. Wong dan Gobalakrishnan di tangan SPRM dan Polis – pengamal undang-undang, para pencinta demokrasi dan pejuang hak asasi tidak mempunyai lain-lain harapan pemulihan untuk negara kita. Apa yang ada hanya satu sahaja iaitu mengekalkan kerusi yang sudah dikuasai oleh PR dan dapatkan sebanyak mungkin kerusi-kerusi tambahan dari Umno/BN jika berlaku lagi pilihan raya kecil. Ini adalah langkah persiapan untuk mengambil alih kerusi, kemudi di Putrajaya tidak lama lagi. Hanya melalui cara ini sahaja Malaysia akan memperkukuhkan sistem dua parti yang boleh menyemak Institusi Kehakiman, pelaksanaan “rule of law” dan perjalanan demokrasi. Melalui laluan baru inilah, Malaysia akan menjalani proses tajdid, transformasi dan reformasinya yang sebenar. InsyaAllah, ini akan berlaku tidak lama lagi. Melihatkan trend sokongan non- muslim kepada calon Parti Islam SeMalaysia dan PR, khususnya di Parlimen Permatang Pauh yang telah memenangkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan di Parlimen Bukit Gantang yang telah memenangkan Dato’ Seri Nizar Jamaludin baru empat lima bulan yang lalu, saya cukup mempunyai keyakinan. Mari kita sama-sama perbesarkan majoriti kita di DUN N11 ini agar menjadi kekal, tidak kurang dari 5,000 undi, sekurang-kurangnya untuk ujian pada 25 Ogos 2009. Tinggalkan Umno dengan syurga politik wangnya. Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan Umno/BN yang sudah laih dan kehilangan stamina mulai sekarang. Jangan tertipu lagi untuk percayakan slogan-slogan baru yang dikitar semula. Dulu Islam Hadhari. Kini 1Malaysia pula. Esok entah apa pulalah. Umno ni nak jadi apa, entahlah. Nak kata udang pun tidak. Ikan pun bukan. Ingatlah pesan pepatah Melayu: Jika sudah kepalanya ular, mustahil ekornya belut. Akhir kata, gunakanlah kesempatan membuang undi pada kali ini dengan penuh cermat. Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan kita boleh jadi letih tetapi tidakkah Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan itu pernah membawa kemenangan yang besar? Tiada perbuatan yang lebih mulia pada hari mengundi di bulan Ramadhan pada kali ini melainkan memangkah parti yang boleh membela maaruf dan kebaikan; sekaligus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidak adilan. Undilah Sdr. Saleh bin Man. Undilah PAS dan PR demi keadilan Islam. “Ya Allah, saksikanlah. Hamba sesungguhnya sudah menyampaikan.”
RAMADHAN!Ambil kesempatan mengundi.Pesan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat
Monday, August 24, 2009 12:14 PM
Posted by Mujahid Cakna
Selain itu, Mursyidul Am juga berkata bahawa kerusi yang telah dikuasai oleh Pakatan Rakyat ini perlu dikekalkan sambil cuba untuk mendapatkan kerusi tambahan daripada UMNO-BN sekiranya berlaku pilihanraya kecil. Ini juga sebagai langkah untuk mengambil kemudi di Putrajaya tidak lama lagi dan seterusnya Malaysia akan mengalami proses tajdid, transformasi dan reformasinya yang sebenar. InsyaALLAH... Kemenangan pada pihak yg menegakkan agama Allah... Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menyatakan keyakinannya bahawa kemenangan akan memihak kepada calon PAS dalam pilihan raya kecil N11 ini.
"Tiada perbuatan yang lebih mulia pada hari mengundi di bulan Ramadhan pada kali ini melainkan memangkah parti yang boleh membela maaruf dan kebaikan; sekaligus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidak adilan," pesan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu teks pesanan beliau hari ini.
"Tinggalkan Umno dengan syurga politik wangnya. Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan Umno-BN yang sudah laih dan kehilangan stamina mulai sekarang," tambahan kata-kata Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.
"Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan kita boleh jadi letih tetapi tidakkah Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadan itu pernah membawa kemenangan yang besar? "..... Inilah kata hikmah dari Tuan Guru...
GAMIS Bakal Menjulang Ketokohan Tuan Guru Nik Aziz Dalam Konsert
Thursday, July 30, 2009 10:38 AM
Posted by Mujahid Cakna
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) sekali lagi bakal mencipta gelombang perubahan gerakan mahasiswa Islam dengan menganjurkan sebuah konsert Islamik yang bakal dirasmikan oleh Menteri Besar (MB) Kelantan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Konsert yang dinamakan Konsert Antara Dunia itu akan diadakan di Stadium Melawati pada 1 Ogos ini bermula jam lapan malam.
Konsert tersebut akan diserikan oleh tiga kumpulan nasyid besar di Malaysia iaitu Rabbani, Raihan dan Hijaz. Tambah menarik, konsert ini juga turut diserikan oleh dua kumpulan nasyid dari luar negara iaitu Kumpulan Shoutul Harakah dari Indonesia dan Nibraz dari Mesir.
Acara terpenting dalam konsert tersebut adalah gabungan mahasiswa Islam terbesar di Malaysia ini bakal mengiktiraf ketokohan Menteri Besar Kelantan menerusi Anugerah Tokoh Kepimpinan Islam Teladan Malaysia.
Menurut Presiden GAMIS, Saudara Mohd Dzul Khairi Mohd Noor, mereka bersetuju untuk memberikan anugerah khas tersebut kepada MB Kelantan berdasarkan tiga ciri. Ketiga-tiga ciri itu ialah, ketokohan Tuan Guru dalam memimpin sebuah kerajaan dengan penuh keadilan, semangat dakwah yang wujud dalam diri beliau dan sifat mesra beliau dengan artis-artis tanah air khususnya dan dunia hiburan umumnya.
”Kami tidak melihat faktor politik dalam soal pemilihan ini. Bukan soal beliau Mursyidul Am kepada sebuah parti pembangkang yang besar di Malaysia. Sebaliknya faktor pemilihan ini adalah berdasarkan tiga perkara yang terpenting. Pertama, kekuatan daya pimpinan Tuan Guru untuk memandu sebuah negeri yang ternyata jauh daripada unsur-unsur ketidakadilan seperti rasuah.
”Kami juga sebenarnya berasa amat kagum dengan toleransi beragama yang wujud dalam dirinya. Hal ini disorot melalui sosok Tuan Guru sendiri yang suka dan banyak bergaul dengan tokoh-tokoh agama lain. Selain daripada itu, beliau berdasarkan pemerhatian kami juga sangat mesra dengan artis-artis tanah air, malah beliau dikagumi,” ulas beliau yang merupakan penasihat kepada Konsert Antara Dunia itu.
Semua rakyat Malaysia dijemput beramai-ramai untuk menghadiri konsert yang julung-julung diadakan oleh gabungan mahasiswa yang selama ini dilihat sangat radikal dan kritisan terhadap soal-soal keadilan dan kebajikan rakyat.
JAYAkan Himpunan Mansuh ISA
Wednesday, July 22, 2009 11:29 AM
Posted by Mujahid Cakna
1. Tarikh 1 Ogos 2009 adalah tarikh yang mesti dipahat dalam sejarah . Tarikh yang memansuhkan akta drakonian negara dengan himpunan raksasa seluruh rakyat prihatin menentang kezaliman di ibu negara KL jam 2 pm [ Sogo , Masjid Jamek , KL Central ] .
(SUMBER)
Tahniah & Takziah : PIMPINAN PMI USMKKJ 2009/2010
Tuesday, July 21, 2009 1:24 AM
Posted by Mujahid Cakna
Tahniah, Tahniah & Takziah saya ucapkan pada pimpinan baru PMI USMKKj kerana bermulanya saat ini, ntum akan diuji dengan ujian baru melalui proxy PMI USMKKj...
Tahniah ya akhi wa ukhti kerana ntum terpilih untuk menerima ujian daripada Allah swt di peringkat amilin/pimpinan. Kalau ntum berjaya menyahut dan membawa islam di jalan yang terbaik untuk semua ummah, insyaAllah ntum adalah orang paling bertuah di sisi Allah swt...
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “kami beriman”, sedang mereka tidak diuji? [Al-Ankabut 29: 2]
Takziah, tidak dilupakan ucapan takziah pada pimpinan2 kerana selepas detik ini, ntum adalah orang yang paling layak menerima ujian yang lebih getir dari kami selaku ahli...ya, jika kami menerima ujian tahap 1, maka pasti ujian pemimpin adalah lebih berat lagi, tidak tahap 2 mungkin ke tahap 5...maka bersabarlah wahai diri...
Jikalau tidak kamu siapa lagi !!!
Yakin lah, kita merancang , musuh juga merancang, tapi Allah adalah sebaik-baik perancang yang pasti meletakkan hambaNYA di tempat yang mereka mampu...pasti...
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa):" Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir ".
QS. al-Baqarah (2) : 286
Saya berharap semua pimpinan baru PMI USMKKj kali ini meneruskan dan menghayati slogan perjuangan kita yang saya lihat semakin lama semakin hilang:
Ar-rasul sebagai Ikutan;
Al-Quran sebagai Perlembagaan;
Al-Jihad sebagai jalan Perjuangan;
Mati Syahid di jalan Allah sebagai cita-cita tertinggi.
(cerita teladan untuk para pemimpin)
Selamatkan akidah pesakit menghadapi mati
Saturday, July 18, 2009 7:51 AM
Posted by Mujahid Cakna
Orang yang hidup bertanggunjawab menyelamatkan akidah pesakit Islam yang sedang menghadapi saat kematian. Di saat 'sakratul maut' itu, pesakit yang sedang nazak, menghadapi ujian yang tidak dapat dilhat orang awam iaitu ketika syaitan bersusah payah menghasut dan mempengaruhi supaya pesakit mati di dalam keadaan kufur.
Justeru, mestilah sentiasa mengucapkan kalimah syahadah dan 'Allah' di tepi telinga pesakit secara bertenang dan berterusan, agar pesakit itu mampu untuk melafazkannya buat kali terakhir.
Demikian antara saranan pendakwah bebas Dr Azhar Yaacob ketika menyampaikan kuliah yang bertajuk "Pengurusan Pesakit Nazak-SakratulMaut" di pejabat Harakah tengah hari tadi, dekat sini.
Katanya ada tiga peringkat yang perlu dilakukan oleh orang awam, kaum keluarga dan rakan-rakan pesakit yang nazak iaitu membaca surah Yassin, memilih seseorang yang warak untuk membaca kalimah syahadah kepada pesakit dan membacakan doa daripada surah al-Imran daripada ayat 7 dan 8.
"Itulah saat yang paling getir, dimana malaikat dan syaitan 'bergelut' untuk memastikan pesakit mengikut pegangan. Jangan ada yang mencelah, sebab kita mahu pastikan pesakit mati di dalam Islam," katanya kepada warga kerja Harakah.
Selain itu, Dr Azhar juga turut memeri panduan dan tips yang betul dalam menyampaikan berita kematian kepada waris dan kaum keluarga yang terdekat agar ianya tidak mengundangkan masalah dan menjadikan situasi dalam keadaan panik dan mengejut.
"Sampaikan dengan cara penuh berseni dan bijaksana, supaya yang mendengar atau waris menerima berita itu dapat menerima kematian itu dengan penuh redha," katanya.
Selain itu, adalah sangat tidak digalakkan menunggu waris si mati untuk menunaikan tanggungjawab menyelenggarakan jenazah kerana ianya memakan masa yang lama dan tidak boleh ditangguh.
"Kita beri kadar 7 sehingga 8 jam untuk waris balik. Jangan tunggu sehari suntuk. Ini bukan untuk meraikan orang yang hidup tetapi menguruskan jenazah yang mempunyai 'agenda' untuk mengadap tuhan.
"Pastikan juga hutang-piutang si mati ini diselesaikan, sebaik-baiknya sebelum dikebumikan. Bayangkan orang syahid dalam perang, diterima terus ke syurga tanpa dihisab kecuali yang menghalangnya adalah hutang," katanya yang menamatkan kuliah kira-kira 1.30 petang.-azm_
(SUMBER)
Bumi MU masih disuburi Cahaya Keislaman
Wednesday, July 15, 2009 7:47 AM
Posted by Mujahid Cakna
salam perjuangan sekalian
sekali lagi post kali ini tidak berkaitan dengan panorama madinah seperti yang saya janjikan sebelum2 ini (da berkali-kali, masih x dapat cari masa yang sesuai)
"Alhamdulillah, akhi, kita (PAS) menang besar di MU, majoriti 2000 lebih.TAKBIR!!!"
itulah kalimah (msj ja pun) or taipan pesanan ringkas dari sahabat saya di MU pada jam 530 ptg (lepas asar)...
waktu itu saya terfikir, macam mana da dpt keputusan walhal undiaan baru ja tamat???
bila ditanya balik rupa2nya berita itu pun sahabat saya dapat dari jabatan yang menjalankan culaan di sana...mean berita yang tidak konpem kesahihannya...tapi terdetik di hati alhamdulillah jika benar kerana penduduk MU masih ingin kan siraman2 air keislaman dari PAS, sejak 199* (maaf kurang tahu fakta ini)
Lagi berita mengenai 'kemenangan PAS' di MU pada jam 430 ptg, 14jula09....
"Menurut sumber sehingga jam 4 petang tadi PAS nampaknya mendahului Umno hampir keseluruhan peti undi. Paling menarik apabila peti undi Manjor yang menjadi kubu tradisi Umno sebelum ini nampaknya tidak mampu lagi dipertahankan."
Pada saya kedua-dua berita itu tiada salahnya dari segi culaan (kalau ia culaan yang benar) tetapi apa yang membimbangkan diri saya adalah ini merupakan keyakinan PAS yang tidak bersandarkan apa2, hanya yakin yang 'zero' atas beberapa dasar:
1. MU adalah kawasan PAS dari 199o-an lagi, maka kenapa tidak penduduk MU nk undi BN pula...Majoriti pasti bersama PAS lagi.
2. Berdasarkan kedudukan MU di negeri naungan PAS selama 18 tahun (kelantan)...sepatutnya penduduk MU memberi sokongan padu pada pimpinan negeri kelantan.
Baik, pada saya tidak salah juga anggapan tersebut, hatta ia amat baik untuk sekalian ahli PAS supaya menjadi inspirasi dalam gerak kerja sebelum PRK MU.
Namun begitu, beberapa perkata yang perlu PAS titik beratkan selepas ini sebagai salah satu postmortem untuk PRK MU.
1. Juarai isu kebajikan terutama pada kawasan2 pedalaman. sebagaimana yang kita ketahui, MU merupakan kawasan yang agak ketinggalan dari segi pembangunannya...saya dapat berita dari sahabat di kawasan MU pada hari pengundiaan, PAS kalah di beberapa kawasan yang membangun dengan majoriti yang agak tinggi.Maka PAS perlu 'recheck', JIKA BENAR PAS KETINGGALAN DARI SEGI MENJUARAI ISU KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN DI KWSN PEDALAMAN, maka perkemaskan semula.
2. faktor penduduk itu sendiri, mungkin penduduk MU berpendapat kalau PAS kalah di MU sahaja ia tidak menggugatkan kerajaan PAS di kelantan kerana PAS masih memerintah hatta kalah di MU dan ditambah juga faktor pembangunan yang yang ditabur oleh UMNO di MU.walaubagaimanapun, kembali pada faktor PEMBANGUNAN...ya, memang betul pembangunan IMAN itu yang utama, dan memang PAS insyaAllah sudah menjuarai isu tersebut jika dibandingkan dengan UMNO...Namun manusia2 di MU juga memerlukan tumpuan dari kerajaan negeri untuk membangunkan kawasan MU dari segi fizikal...
3.OPTIMIS..ya, saya akui penggerak2 PAS di MU semuanya optimis.namun antara faktor yang membawa kepada 'kemerosotan mendadak' kemenangan PAS di MU ini adalah 'TERLALU OPTIMIS'.ya, terlalu optimis. terlalu yakin PAS pasti menang di MU sehingga memungkinkan saya menerima kemengan PAS dengan majoriti 2000 lbih pada jam 430ptg (rujuk atas)...
ambil pengajaran dari PRU tahun 2004, dimana pada waktu itu PAS pegang kerajaan negeri kelantan dan terengganu.pasca PRU 2004, PAS kalah di terengganu dan menang tepis di kelantan..antara posmortem PRU pada waktu itu adalah PAS terlalu optimis / yakin untuk mengekalkan kemenangan di kedua2 negeri dengan majoriti tinggi sehingga gerak kerja terganggu, lambat dan kuragn efektif untuk meraih undi, selain faktor politik yang dimainkan UBN.ya, PAS harus pandang ini secara serius jika ingin mengekalkan momentum strategi PAS ke arah pembentukan daulah islamiah di Malaysia.
'gambar tGNA berdoa untuk kemenangan islam di malaysia..seorang ulama' pun gigih dan bersungguh2 berdoa, kenapa tidak kita?'
Ahli, penyokong PAS diminta puasa sunat, solat hajat, 12 Julai
Saturday, July 11, 2009 12:39 AM
Posted by Mujahid Cakna
Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali, dalam satu kenyataannya kepada Harakah, berkata puasa sunat bersempena pilihan raya kecil Manek Urai yang bakal berlangsung pada 14 Julai ini.
Beliau berkata, sehubungan itu, pada sebelah malamnya diminta semua ahli PAS solat hajat dan bermunajat untuk memohon kepada Allah agar diberikan kemenangan yang cemerlang kepada calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah dalam pilihan raya kecil tersebut.
"Semua ahli PAS diminta melaksana arahan daripada Mursyidul Am dan Presiden itu.
"Kerjasama dan komitmen semua pihak bagi memastikan kejayaan PAS dalam pilihan raya kecil itu didahului dengan ucapan Jazakallahu Khairan Khathira," ujarnya. _
(SUMBER)kenyataan media Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP)
Friday, July 10, 2009 11:36 AM
Posted by Mujahid Cakna
Berikut adalah kenyataan media Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) berhubung pemansuhan dasar itu pada 2012 oleh kerajaan tempoh hari:-
Kenyataan Media 9 Julai 2009
Gerakan Memansuhkan PPSMI(GMP) mengucapkan jutaan terima kasih kepada Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin selaku Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang telah mengumuman pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) sepenuhnya tahun 2012.
-Bagi kami ini bererti bahawa mulai tahun 2010 semua pelajar baru tahun satu sekolah kebangsaan/sekolah jenis kebangsaan, sekolah menengah tingkatan 1 dan sekolah menengah tingkatan 4 akan memulakan sesi baru tahun 2010 dengan menggunakan bahasa kebangsaan atau bahasa ibunda sepenuhnya.
- Untuk tujuan itu kementerian seharusnya telah bersedia untuk menyediakan buku teks dan bahan-bahan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa kebangsaan atau dalam bahasa ibunda.
- GMP penuh berharap agar perubahan ini berlaku bukan sahaja di peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah sahaja malah meliputi semua peringkat pendidikan termasuk peringkat universiti.
- GMP perihatin terhadap para pelajar sekolah yang penguasaan ilmu sains dan matematiknya bertaraf rendah akibat kegagalan memahami bahasa Inggeris. Sehubungan itu GMP berharap pihak Kementerian Pelajaran hendaklah mengadakan kelas pemulihan untuk membaiki pencapaian mereka setaraf dengan mutu pelajaran sains dan matematik sebelum 2003.
- Pemansuhan PPSMI ini adalah suatu kejayaan kepada perjuangan rakyat. Bagi menghargai sokongan rakyat terhadap perjuangan ini maka Sambutan Pemansuhan PPSMI akan diadakan pada ahad 19hb Julai 2009 jam 9.00 di Stadium Baru Bandar Bangi, Selangor. Semua dijemput hadir.Sekian Terima Kasih
Pengerusi Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP), Dato' Dr. Hassan Ahmad _
(SUMBER)
Manek Urai...Doakan kemenangan di MU
Wednesday, July 8, 2009 7:37 PM
Posted by Mujahid Cakna
Kezaliman ISA terdedah!!! Sidang hak asasi PBB Geneva Mengutuk ISA
Tuesday, July 7, 2009 7:28 AM
Posted by Mujahid Cakna
"SAYA sangka Malaysia sebuah syurga ...," kata Julunya dari Sudan.
"Semua orang sukakan Malaysia, kami tak tahu ada akta seperti ini di negara kamu," kata Hammara yang berasal dari Pakistan tetapi menetap di London.
"Saya tak sangka ISA begitu kejam bagi sebuah negara yang berimej Islam seperti Malaysia," kata Deena, seorang aktivis hak asasi dari Mesir.
Demikianlah antara komen terus terang kepada saya sebaik saja ucapan dua minit di Konvensyen Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva tamat.
Peserta wanita memelukku sebagai tanda simpati manakala yang lelaki memandang dari jauh dan menganggukkan kepala tanda sokongan terhadap ucapan itu. Saya rasa terharu dan hiba dengan respons mereka.
(Amati dengan lebih lanjut)
HIMPUNAN RAKSASA MANSUHKAN ISA 09
Monday, July 6, 2009 9:47 AM
Posted by Mujahid Cakna
HIMPUNAN RAKSASA MANSUHKAN ISA 09
Walaupun diberi masa hanya sepuluh minit oleh pihak polis bagi mengadakan sidang media, ia tidak menghalang Sekretariat Himpunan MANSUH untuk menyeru seluruh rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat agar menyertai himpunan raksasa menuntut dimansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dijadualkan 1 Ogos akan datang.
Himpunan itu dijangka dapat menarik sehingga 200,000 orang untuk mendesak pihak kerajaan memansuhkan akta yang dikenali zalim dan tidak berperikemanusiaan itu.
Dalam sidang media tersebut, Syed Ibrahim yang juga Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menegaskan 1 Ogos dipilih sebagai tarikh untuk mengadakan himpunan tersebut sempena 49 tahun akta rimba tersebut digubal.
(Harakah)
Saya menyeru!! Mahasiswa Kampus Lain juga perlu bersama!!!
Thursday, July 2, 2009 12:38 AM
Posted by Mujahid Cakna
Kumpulan mahasiswa bersedia melancarkan bantahan besar jika Universiti Malaya mengambil tindakan tatatertib terhadap dua pelajarnya yang diseret ke mahkamah semalam.
Sehubungan itu, Persatuan Mahasiswa Islam UM juga berharap pentadbiran kampus tidak mengambil tindakan pecat seperti yang pernah dialami oleh tujuh mahasiswa institusi pengajian tinggi awam yang dituduh terbabit dalam satu perhimpunan haram pada 2001.
"Di pihak universiti pula, penulis ingin memberi peringatan supaya jangan sesekali mengambil tindakan dengan menghukum mereka sebelum mereka dibuktikan bersalah," kata presidennya Shazni Munir Mohd Ithnin di blognya hari ini.
"Jika seandainya hal yang pernah berlaku pada mangsa-mangsa ISA 7 berulang, penulis dan seluruh mahasiswa yang di dadanya kejap dengan perjuangan kemahasiswaan, tidak akan teragak-agak untuk membuat bantahan di segenap sudut."
Kes tujuh pelajar itu - yang dikenali "ISA 7" kerana membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri - berlarutan hingga 18 Jun lalu apabila lima daripada mereka bersalah dan didenda RM3,900 tiap seorang.
Seorang daripada mereka - yang menyertai perhimpuan di Masjid Negara pada 8 Jun 2001 - dilepaskan, sementara seorang lagi tidak menghadiri perbicaraan.
Shazni Munir, kini sedang dicari polis bagi membantu siasatan berhubung kes menconteng dan cubaan membakar dewan Akademi Pengajian Islam, juga berharap proses mahkamah berjalan dengan adil.
"Penulis dengan pengharapan yang menggunung, masih lagi mengharapkan proses perbicaraan berlangsung tanpa 'tangan-tangan ghaib' yang mengganggu, dan hakim mengadilinya dengan penuh adil serta saksama," katanya lagi.
Semalam, dua pelajar UM dituduh di mahkamah atas dakwaan menconteng dan cubaan membakar dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor, 24 Jun lalu.
Mereka juga dituduh menyimbah petrol di permaidani beberapa jam sebelum dilalui oleh isteri Datuk Seri Najib Razak untuk menyertai kempen derma 'Power of 10 Sen: Gaza Dibela' bagi anak-anak Palestin di dewan utama Akademi Pengajian Islam.
Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dibebaskan hari ini selepas dijamin RM5,500 tiap seorang.
Satu sumber polis memberitahu Malaysiakini semalam, kesalahan tersebut dipercayai dilakukan oleh lima orang, termasuk dua menconteng, dua mengawasi kawasan sekeliling sewaktu kejadian dan seorang lagi dianggap dalang perbuatan itu, .
Selain Shazni Munir, polis juga sedang menjejaki Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani - kedua-duanya dipercayai pelajar akademi Islam - bagi membantu siasatan.
Menurut tulisannya itu, Shazni Munir juga menyatakan kerisauan berhubung perjalanan perbicaraan terhadap dua rakannya itu.
"Masakan tidak, siapakah yang dapat memberikan jaminan kepada penulis yang mereka berdua akan dibicarakan dengan seadil-adilnya?" katanya.
"Bukanlah ingin menimbulkan kesangsian secara membuta-tuli, akan tetapi perbicaraan-perbicaraan sebelum ini yang melibatkan orang penting negara, pastinya berakhir dengan keputusan yang mengecewakan sekelian banyak pencinta kebenaran".
Dalam tulisannya semalam, Shazni pula berkata, PMIUM memutuskan untuk memberikan bantuan guaman kepada kedua-duanya.
'Malaysiakini'
aDA bERANI...
Sunday, June 28, 2009 9:13 AM
Posted by Mujahid Cakna
buang masa?
sepatutnya berdebat antara pimpinan la yang rakyat mahu tengok..
kami ingin saksikan pimpinan mana yang pandai berkata-kata kerana kata-kata itu pasti datang dari tindakan yang pernah diambil...
kalau tindakan rasuah, tidak mengamalkan islam seperti TGNA katakan pada UMNO, maka itu pasti yang najib terpaksa akui dalam perdebatan nanti...itu pun kalau najib ada Berani nak berdebat.
Jadi pada saya patut tidak timbul isu samaada buang masa atau tidak untuk berdebat, yang timbul adalah ada berani atau tidak untuk menyatakan keadilan pada rakyat.
jom teliti kupasan TGNA untuk mengajak najib berdebat
fenomena pelik?
1. barack obama pun berdebat time nk bertanding untuk jadi presiden AS, erdogan juga berdebat dan lantang menentang PM israel lakntullah, merekaada masa untuk itu..xkan PM malaysia sangat 'busy' dan xdapat luang masa untuk berdebat kot?
2. sedikit komentar pada ucapan 'tok peti perak' dalam utusan hari ini, beliau menggunakan terjemahan surah al-hujurat;10 dan pada saya terdapat sedikit kelainan dari apa yang saya maklum:
'sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih), dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat' (al-hujurat;10)
dalam cetakan utusan pada hari menunjukkan 'tok peti' perak menggunakan perkataan muslim disebalik terjemahan sebenarnya adalah mukmin, bukan muslim.sesungguhnya seorang mukmin itu semestinya muslim, tetapi seorang muslim tidak semestinya mukmin.
Satu cerita di zaman Rasulullah, terdapt Seorang Arab yg berbangsa Badwi masuk Islam. Apabila bertemu dengan Rasulullah, dia berkata kepada baginda, “Wahai Rasulullah, saya sudah beriman.” Terus Rasulullah menegur, “Jangan katakan kamu sudah beriman. Katakan sahaja kamu sudah Islam.” (sumber)
pARA pEMIMPIN, dENGAR sINI
7:15 AM
Posted by Mujahid Cakna
Orang-orang yang keras hati tidak akan mengenal kasih sayang, kurang peka perasaan, lagi tipis perikemanusiaannya. Berbeza halnya dengan orang yang dikurniakan Allah SWT dengan hati yang lembut, penuh kasih sayang lagi penuh kemurahan. Rasulullah SAW contohnya dikenali sebagai seorang yang penuh kasih sayang dan lembut hatinya. Sudahkah kita berusaha mengamal dan mencontohi sikap baginda yang sangat terpuji itu hingga cinta kita pada Rasulullah bukan sekadar cinta buta, tapi cinta yang melahirkan ketaatan pada Allah SWT dan sikap mulia dalam kehidupan kita sehari-hari? Jika direnung, tidak wajar kita mengatakan bahawa kita mencintai Rasulullah sedangkan dalam kehidupan seharian, kita sering melanggar nasihat-nasihat baginda? fikir-fikirkan dan renungkan bersama?..
salam perjuangan sekalin,
post kali ini saya tunda sementara mengenai panorama madinah 2,
kesempatan waktu yang ada ini ingin saya mengutarakan pendapat saya mengenai salah satu sifat pimpinan yang disukai ramai, insyaAllah
idea ini timbul apabila kawan saya menyatakan kenapa Tuk gURu Nik Aziz disukai ramai? Katanya 'sape yang pergi berjumpa dengan TGNA, pasti keluar dengan senyuman lebar kerana TGNA pasti akan melayan dan cuba menyelesaikan masalah sesiapa sahaja yang berjumpa dengannya....'
Thats it!!itu lah key pointnya...
Ingin saya menyentuh bahaya budaya pemimpin sekarang yang gemar mengekalkan gaya pimpinan 'hal-hal teknikal saya serah pada kamu (orang bawahan) sahaja, saya selaku pimpinan hanya pedulikan hal dasar'....bagi saya statement ini sangat bahaya dan tidak patut ada pada seorang pemimpin islam.
Sedari lah bahawa setiap orang bawahan kita ini adalah manusia..manusia yang pasti akan terkapai-kapai dalam menyelesaikan masalah,sama juga dengan pemimpin..pemimpin juga pasti ada masalah..
Kadang-kadang atas dasar kita ini pemimpin, kita cuba lari dari mendengar mslh orang bawahan kita, atas alasan 'itu hanya masalah teknikal'.
Saya ingin menyatakan pada pemimpin tersebut, kalau itu lah yang nta/i amalkan, baik kamu memimpin diri sendiri saja, x perlu kamu memimpin sebuah organisasi/jemaah kerana itu sifat orang yang mementingkn diri sendiri..
Ambil contoh bagaimana layanan TGNA pada orang-orang bawahannya.Tidak dipedulikannya masalah teknikal ka, dasar hatta melibatkan masalah keluarga, maka kamu harus layan mereka...kamu perlu sedar mereka datang pada kita dengan harapan, maka kenapa perlu dipulangkan kehampaan pada mereka???
Kasih sayang antara pimpinan dan ahli perlu dijaga kerana hakikatnya gelaran pemimpin dan ahli tidak ada perbezaan disisi Allah swt. Yang membezakan hanya tahap keimanan seseorang, maka kenapa perlu timbul hal 'ITU HAL TEKNIKAL, AKU HANYA SELESAIKAN HAL-HAL DASAR'...salah ka pemimpin mendengar dan menyelesaikan hal teknikal itu?menjatuhkan maruah ka?Nabi Muhammad saw dalam satu sirah, baginda pun sanggup turun padang dalam mana-mana arahan yang baginda berikan pada orang bawahannya..Maka siapakah kita yang hanya memberi arahan dan tidak padang sama?
Carilah syahid di sisi Allah kerana ia tidak hadir dengan memperjuangkan kata sahaja, ia tidak dtg dengan hanya memperkatakan benda-benda dasar sahaja tetapi ia memerlukan pengorbanan yang mendalam tanpa mengira siapa diri kamu di sisi manusia, tanyalah siapa kamu di sisi Allah swt...nasihat pada penulis juga...
"Ya Allah,kau syahidkanlah aku dijalan mu ya Allah.Jadikanlah kematianku sebagai punca kemenangan Islam,semoga dgn darah dan nafasku ini Islam akan tertegak semula di bumi Mu ini Ya Allah"
Panorama Madinah 1
Thursday, June 18, 2009 11:28 AM
Posted by Mujahid Cakna
Alhamdulillah, sudah genap sepuluh hari saya meninggalkan bumi para an-biya, bumi barakah.
Di penjuru hati ini masih terpalit seruan tawaf, panggilan untuk merasa air zam zam yang tidak pernah lekang di bumi pancutan air zam zam itu...
Kalau tidak kerana pakej yang diberi nama Al-Quds menetapkan hari pulang ke tanah mesia ini (8jun09) sudah pasti saya ingin terus tinggal di sana...
Di sini saya ingin menceritakan serba sedikit pengalaman saya di sana, sebagai pengajaran kepada diri dan mungkin boleh dijadikn tatapan ringkas pada pembaca.
Jam 3pagi, 29mei09 tarikh keramat saya bersama2 dengan mak,ayah, mak su dan uncle li bertolak menuju ke negara Arab Saudi untuk menyahut panggilan baitulAllah...
Alhamdulillah perjalanan amat lancar, ditakdirkan menaiki plane Qatar (seb baik bkn boeing,tu yg leh rase duduk lame sket dlm plane ni)...
Mengambil masa selama 8 jam dr KL-Qatar..Sesi perjalanan pertama, kami ditransitkan ke Qatar dahulu...so, jln2 la kt Doha ni (ibu negeri Qatar)
huh, sebelum terus cerita di air-port Qatar, kita ke cerita dlm plane qatar ni dulu
8jam perjalanan?tapi yg pasti kami bertolak jam 3pagi dr KL, smpai2 jam 6 pg di qatar..aik, macam mane boleh jdk 8 jam??
ha, ini la perjalanan merentas GMT...case tmbah dan tolak waktu antarabangsa ni, perjalanan still rase 8 jam, tetapi jam tangan elektronik merasakan 3 jam perjalanan shaja.
Subuh di atas plane, huh, 1st time merasai pengalaman ini...
subuh pada jam 430pagi, di atas laut india..
hampir3 terlepas subuh sebab dok ralik lena atas plane,huhu...
nasib baik la duduk sebelah sorang ustz dr gua musang, aka us shamsuri, terasa la kejutan iman untuk solat subuh..di sini saya ingin highlightkn ramai para hajji dan hajjah membuat kesilapan waktu ini...niat yang baik untuk menunaikan umrah/haji, tapi tatkala dlm perjalanan nk ke tanah suci itu da wat dosa besar, x solat subuh...jadi saya nk ingat pada bakal2 hajji dan hajjah, solat fardhu wajib ditunaikn walaubagaimanapun keadaan...
baik, sbb situasi atas plane, maka solat la smbil duduk, sbb kl berdiri dikhuatiri diri terlompat plk,plane ni bkn statik, loqlaq jgk...dan yang penting yakin kiblat kita di depan, plane sentiasa menuju ke arah kaabah...
makan??ha, jgn riso...atas plane qatar ni makanan sggt mewah dan halal(kena yakin halal)...3 kali kami disuap, tambahan dengan muvie2 yang pelbagai,uptodate dan 24jam..tapi harus ingt para hajji, jgn la dok layan muvie2 tu, btolkn niat2 tu, bnykkan berzikir dan ingat Allah...
Maka tibe lah kami di atas air port qatar@DOHA
To be continue....
Funny Muslim Today
Wednesday, May 13, 2009 9:39 AM
Posted by Mujahid Cakna
(Episod 1:Funny Muslim Today)

kata kuje (bukan nama sebenar): ish, geram tengok depa yang lari2 tu...lebih takut kan orang dari Tuan Empunya Dunia.
respon syake (bukan diri yang sebenar): huh, ni la manusia zaman sekarang
Jangan Biarkan Hanya Sehari....
Sunday, May 10, 2009 11:12 AM
Posted by Mujahid Cakna
Dia bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat disini mengatakan bahwa besok Engkau akan mengirimku ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana, saya begitu kecil dan lemah"?
Dan Tuhan menjawab, "Saya telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu."
"Tapi disini, di dalam syurga, apa yang pernah saya lakukan hanyalah bernyanyi dan tertawa. Ini sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."
"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia."
"Dan bagaimana saya bisa mengerti saat orang-orang berbicara kepadaku jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"

"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian, dia akan mengajarkan bagaimana cara kamu berbicara."
"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"
"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa."
"Saya mendengar bahwa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?"
"Malaikatmu akan melindungimu, walaupun hal tersebut mungkin dapat mengancam jiwanya."
"Tapi, saya pasti akan merasa sedih karena tidak melihatMu lagi."
"Malaikatmu akan menceritakan padamu tentang Saya, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan selalu berada di sisimu."
Saat itu Syurga begitu tenangnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang anak bertanya perlahan, "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?
"Kamu akan memanggil malaikatmu,.... IBU."
Ingatlah selalu kasih sayang ibu, berdoalah untuknya dan cintailah dia sepanjang masa.
Kata kakak: adik, kenapa nangis2 nie?"Mak Nyah" diiktiraf di mata Malaysia
Saturday, May 2, 2009 2:38 PM
Posted by Mujahid Cakna

kakak kata "ingat ya, jangan mudahkan agama walaupun agama itu mudah"
adik pula "akak, mereka yang jahil x sedar2 lah"
kakak jawab " betul3x "
DELUSI UMMI (DEDIKASI DARI NICE)
Friday, May 1, 2009 11:16 PM
Posted by Mujahid Cakna
Album : Istimewa Tiada Dua
Kau sentuh cahaya dengan jemari mu








