Pages

Mengapa orang Islam perlu berpolitik?

Artikel ini diambil dari sahabat melalui email.Jom sama2 baca...

Assalamualaikum wbt....


USTAZ,
saya ni bukanlah mewakili mana mana parti politik,dan saya ada soalan penting untuk ditanya kepada ustaz.Saya harap sangatlah ustaz dapat menjelaskan persoalan saya ni berdasarkan hujah dan dalil naqli Alquran dan juga hadis soheh.

Adakah menubuhkan sesuatu parti politik itu haram? Setahu saya di Arab Saudi tiada parti politik kerana katanya ia boleh memecahbelahkan umat. Jadi apakah hukumnya penubuhan parti politik ini? Kerana setahu saya semasa zaman nabi terdahulu tiada seorang nabi,para anbiya dan syuhada yg menubuhkan parti utk mendaulatkan Islam.Malahan penubuhan parti politik inipun sebenarnya bukan datang dari islam malahan ianya diasaskan oleh org kafir!

Lagipun, bukannya saya ni jahil sangat mengenai keadaan politik di negara ini. saya tahu bahawa pihak pemerintah pun banyak menyeleweng dari islam! Umat islam hanya akan bersatu dibawah kalimah laailahaillalah dan tiada pertikaian pun mengenainya! Tapi saya agak ragu ragu dgn memperjuangkan islam ini dgn menubuhkan parti!mengapa tidak boleh kita perjuangkan islam melalui cara dakwah spt pertubuhan tabligh tersebut?

Lagipun,saya dapati bahawa cara mereka berdakwah ialah dgn memantapkan iman dan amal.Saya berkata sedemikian kerana inilah baru kali pertama saya mengikuti tabligh selama 3 hari bertempat di Naza Plantations, Raub, pahang. Sepanjang saya mengikuti tabligh tersebut,Banyak perkara telah saya belajar. Tujuan tabligh inipun sebenarnya bukannya utk hanya berdakwah pada org,tapi utk mentarbiahkan diri sendiri,agar Iman dan amal dapat dimantapkan. Saya dapat merasakan sendiri persaudaraan islam,dan Allah telah merahmati dan memberkati kami dgn memberikan pengertian sebenar tentang hakikat kehidupan!!

Dan apa yg menakjubkan hati saya ialah ada diantara jemaah tabligh ini ada yg sebelum ini tak pernah sembahyang dan tak FAHAM apa itu agama pun, Menangis kerana keinsafan dan mula Faham akibat daripada usaha Ustaz yg memberikan syarahan, bayan dan majlis taalim mengenai Iman dan amal!!

Dan saya pun berfikir semula tentang usaha Parti Pas khususnya.banyak yg berbicara mengenai kepentingan kembali pada Alquran dan assunnah. Memang betul, usaha itu perlu disokong,tapi, kebanyakan masy. kita hari ini tak paham kenapa kena kembali pada Alquran dan sunnah, Sebab apa ustaz, SAYA percaya kerana iman dan amal mereka sendiri AMAT RAPUH!! Salah satu perkara yg amat amat ditekankan semasa tabligh itu ialah SEMBAHYANG BERJEMAAH. Kita boleh lihat betapa kosongnya masjid dan surau hari ini!!Jadi tak hairanlah masy.kita terus berada dalam kelalaian!!

Saya percaya jika pihak PAS menekankan usaha iman dan amal ini dalam dakwah dan ceramah mereka,insyaallah masy. akan mula paham!

Jadi saya amatlah berharap pada ustaz utk menerangkan kepada saya mengenai persoalan diatas. Saya yg tak ada ijazah agama ni tak tau apa pun! Kalau boleh penjelasan itu jangan lah terlalu bias. Pegang pada kebenaran..

Jazakallahu khairan kathira.

Muhammad Syafiq

Jawapan Ustaz Ali Muda

Wa`laikumussalam warahmatuLlah.

Alhamdulillah, sdr telah diberi taufik oleh Allah s.w.t. utk memahami Islam atau sebahagian drp Islam. Daripada seorg yg kurang faham apa peranan agama menjadi seorg yg merasakan kemanisan hidup beragama. Bersyukur juga kerana sdr telah terlibat dgn salah sebuah pergerakan yg cintakan Islam dan ingin melihat Islam didaulatkan di bumi Allah s.w.t. ini, w/pun dgn caranya yg tersendiri.

Persoalan sdr ini berfokus kpd cara utk menegakkan Islam, setelah sdr bersetuju bahawa pemerintah umat Islam hari ini tidak boleh diharapkan utk mendaulatkan Islam secara syumul. Persoalannya apakah boleh Islam diperjuangkan menerusi penubuhan parti politik, yg menurut sdr, tidak pernah dilakukan oleh para nabi dan Nabi Muhammad s.a.w. Arab Saudi juga, menurut sdr, mengharamkan penubuhan parti politik kerana boleh memecahbelahkan umat.

InsyaAllah, saya akan menjawab persoalan sdr ini dgn cara akademik/ilmiah berdasarkan hujah tanpa bias kpd mana2 pihak, w/pun sdr sendiri telah menunjukkan kecenderungan sdr kpd satu pihak. Harapan saya, jika jawapan saya ini tidak menjurus kpd kecenderungan sdr, janganlah sdr anggap saya bias. Maka sukalah saya tegaskan bahawa saya juga tidak menganggotai mana2 parti politik kerana saya ingin bebas membuat penilaian berdasarkan ilmu yang saya belajar. Jika ilmu saya mengatakan 'itu', maka tiada siapa berhak menidakkan kebenarannya melainkan dgn hujah ilmu juga, bukan dgn sentimen, fanatik, prasangka dan sebagainya. Mungkin orang lain berpendapat berlainan berdasarkan ilmu juga, maka saya terima hal itu atas prinsip 'al-khilaf al-masyru`' (khilaf yg dibenarkan syarak), jika ia berada dlm lingkungan perkara cabang atau ranting (furu`), bukan pokok (Usul). Dan ILMU yg saya maksudkan ialah kefahaman yg mendalam terhadap sesuatu persoalan, dgn perantaraan alat2 yg disepakati utk menuju kpd kefahaman itu.

Jika persoalannya ialah berkaitan hukum atau pandangan Islam dlm sesuatu perkara, maka sudah pasti alat2 yg wajib utk menuju kpd kefahaman yg sebenar ialah kefahaman asas terhadap sumber Islam iaitu nas2 al-Quran dan hadis (yg sahih) serta perbahasan ulama yg muktabar ttgnya. Oleh kerana nas2 al-Quran, hadis dan perbahasan ulama muktabar itu kebanyakannya dalam B. Arab, maka kefahaman mendalam dlm bahasa itu adalah satu keperluan yg wajib. Tidak cukup setakat itu, kefahaman yg mendalam terhadap ilmu disiplin berhujah dgn al-Quran dan hadis (iaitu ilmu Usul al-Fiqh dan Qawa`id al-Fiqh) adalah juga suatu yg mesti dan wajib.

Berbalik kpd persoalan sdr, apakah masyru` (dibenarkan syarak) penubuhan parti politik utk menegakkan Islam?

Sdr beranggapan ia tidak masyru` berdasarkan hujah2: (1) Di Arab Saudi tiada parti politik kerana menurut mereka parti politik boleh memecahbelahkan umat, (2) Tiada seorang nabi dan para pejuang syuhada zaman dulu yg berjuang menegakkan Islam melalui parti politik, (3) Parti politik berasal drp sistem kafir, (4) Parti politik boleh digantikan dgn cara berdakwah kpd iman dan amal, spt yg dilakukan oleh Jamaah Tabligh.

Demikian hujah2 sdr. Tetapi saya ada hujah2 lain yg menunjukkan penubuhan parti politik Islam sebg suatu yg masyru` bahkan dituntut dlm zaman sekarang. Hujah2 saya spt berikut:

1) Tiada nas s/ada dlm al-Quran, hadis atau kata2 ulama terdahulu yg muktabar bahawa penubuhan parti politik itu dilarang syarak. Dlm syariah (Usul al-Fiqh), ada satu kaedah yg berbunyi "Aslul Asy-yaa' al-Ibahah" (Asal sesuatu perkara itu adalah harus). Semua perkara di dunia ini asalnya harus, melainkan setelah datangnya nas2 yg melarangnya, barulah hukumnya bertukar menjadi haram atau makruh, ataupun apabila datangnya nas2 yg menyuruhnya, maka ia pun bertukar menjadi wajib atau sunat. Antara haram dan makruh, atau antara wajib dan sunat, adalah berdasarkan sejauh mana larangan dan suruhan itu, dgn sokongan nas2 yg lain, yg difahami oleh ulama yg berkecimpung dlm bidang ilmu prinsip pengeluaran hukum Islam (iaitu ilmu Usul al-Fiqh), dgn sokongan ilmu yg luas ttg hadis Nabi s.a.w., yg merupakan praktis kpd seluruh hukum Islam yg wujud sebelum kemangkatan baginda.

Oleh kerana tiada nas yg melarang, maka penubuhan parti politik adalah harus. Itulah asal dan dasarnya.

2) Apabila kita bercakap mengenai parti politik Islam (iaitu parti yg berjuang utk mendaulatkan Islam), maka kita telah terkeluar drp asal dan dasar hukum tadi (harus). Hukum itu telah bertukar menjadi sekurang-kurangnya sunat, kalaupun tak wajib. Ini berdasarkan nas al-Quran yg bermaksud: "Dan bertolong menolonglah kamu dlm perkara kebajikan dan taqwa, dan janganlah kamu bertolong menolong dlm perkara dosa dan permusuhan…" (Al-Maidah: 2). Jika parti Islam bertujuan utk bergabung tenaga menegakkan Islam, bagaimana ia dikatakan haram, sedangkan ia bertepatan dgn kehendak ayat tersebut? Apatah lagi tiada satu nas pun yg melarangnya.

3) Walau bagaimanapun, jika kita merujuk kpd nas yg lain, kita dapati penubuhan parti politik dlm sebuah negara demokrasi spt Malaysia adalah dituntut oleh syarak. Ada nas yg bermaksud "Sesungguhnya Allah menyukai orang2 yg berjuang di jalan-Nya dlm satu saf (barisan/front/ organisasi) seumpama sebuah bangunan yg berdiri teguh…" (Al-Saf: 4). Alangkah bodohnya umat yg ingin melihat Islam tertegak di muka bumi, tanpa membuat persediaan yg lebih baik drp kaum yg ingin merobohkan Islam atau yg berpura-pura cinta Islam (spt yg sdr sendiri faham), ataupun sekurang-kurangnya membuat persediaan yg setanding dgn musuh itu. Adakah Allah s.w.t. akan menolong dgn mukjizat semata-mata tanpa wujudnya usaha yg tersusun dan sistematik drp para pejuang? Sedangkan Nabi s.a.w. sendiri tidak diberikan mukjizat melainkan setelah banginda bekerja keras siang malam dgn tulang empat kerat.

Kalaulah musuh ada barisan/front/ organisasi yg memonopoli sistem demokrasi, apakah pejuang Islam perlu pejam mata dan pekakkan telinga saja atas alasan demokrasi, parti politik dan pilihanraya adalah sistem ciptaan org kafir!!?? Apakah patut pejuang Islam membiarkan saja kerusi eksekutif yg berkuasa mencipta undang2 ke atas umat di dewan rakyat, parlimen, dewan undangan negeri dll diduduki oleh puak yg benci kpd Islam secara zahir batin atau secara batin sahaja (terlihat kebenciannya secara luar kawalan/ tak sengaja)? Realiti dan hakikatnya, sama ada rakyat suka atau tidak, org yg menduduki kerusi2 eksekutif itulah yg mencipta, menggubal, meminda atau membatal undang2 sebaik sahaja mereka berkuasa setelah menang dlm pilihanraya 'demokrasi'. Bila mereka memiliki kuasa itu, persetankan sahaja kehendak rakyat terbanyak. Mereka kata mereka telah diberi mandat selama 5 tahun, kalau tak setuju, tunggu 5 tahun!! (W/pun mandat itu diperolehi secara penipuan spt undi pos yg menjadi taboo kpd pembangkang) . Bila mereka kata kita tak boleh laksanakan hukum jenayah dlm al-Quran (hudud), rakyat (termasuk org yg cintakan al-Quran dan Islam spt sdr) terpaksa terima. Bila mereka kata harga barang itu ini dinaikkan, semua rakyat terpaksa bayar w/pun perit. Bukanlah susah utk mencipta beberapa rasional di sebalik kenaikan harga barang itu dgn sokongan sedikit 'statistik' atau 'angka' yg entah betul ke tidak. Rakyat terima ajelah. Bila mereka nak langgar perjanjian yg mereka sendiri buat, rakyat pun terpaksa akur, sebab mereka masih berkuasa sebg kerajaan pusat.

Jika itu realiti dan hakikat posisi kuasa pd hari ini, kenapa pejuang Islam perlu mengasingkan diri dan lari drp merebut peluang utk melaksanakan Islam melalui kuasa? Apakah Nabi s.a.w. mampu melaksanakan Islam tanpa kuasa yg diusahakan? Bukankah perpindahan dr Mekah ke Madinah (Hijrah) itu sebg satu strategi utk mempraktikkan Islam melalui kuasa politik/pemerintaha n di sebuah negara yg bebas dan berdaulat (w/pun bukan secara parti politik spt hari ini)? Secara logiknya, adakah baginda akan berjaya menegakkan Islam tanpa berhijrah mendapat sebuah negara yg berkuasa politik? Adakah Islam akan boleh dilaksanakan sepenuhnya tanpa sebuah negara dan isitem yg beas dan tersendiri? Bukankah baginda telah boleh berdakwah, beriman dan beramal di Mekah? Kalau dah boleh, kenapa sibuk2 mengajak para Sahabat r.a. berhijrah? Sedangkan beramal di Mekah itu mendapat pahala yg paling besar?

Jawapan kpd soalan2 di atas ialah "kuasa eksekutif itu adalah asasi utk mempraktikkan Islam secara syumul di bumi Allah s.w.t. ini". Zaman Nabi s.a.w. ia (kuasa eksekutif) itu didapati melalui hijrah dan jihad di medan, manakala zaman ini (dlm konteks M`sia dan kebanyakan negara), ia diperolehi melalui pilihanraya.

Kita perlu faham, Islam itu bukan sekadar iman dan amal spt solat, zakat, haji, zikir atau baca al-quran shj. Kalau itulah shj Islam, Nabi s.a.w. tak perlu berhijrah, sebab semua itu boleh dilakukan di Mekah, dgn pahala yg paling besar lagi. Itu semua amal individu, kalau tak ada negara dan kuasa pun kita boleh amalkan ibadat2 itu. Tetapi Islam lebih luas drp itu. Ada banyak lagi suruhan Allah s.w.t. yg tidak boleh dilaksanakan jika Islam tidak mempunyai negara atau kuasa berdaulatkan al-Quran dan sunnah, spt suruhan melaksanakan hudud (sistem kawalan jenayah secara Islam), suruhan melaksanakan ekonomi Islam secara total tanpa campuran riba, suruhan jihad memerangi musuh yg mengkhianati umat Islam, suruhan mengharamkan segala yg diharamkan Allah s.w.t. (spt arak, judi dll) dan menghalalkan segala yg dihalalkan-Nya (tazkirah bulan Ramadhan, ceramah agama, perhimpunan aman dan segala perkara yg bukan bertujuan jahat) dan yg paling besar sekali ialah suruhan menyebarkan rahmat kpd sekalian alam. Hampir semua pemimpin umat Islam hari ini tidak melaksanakan agenda terbesar Islam ini kerana mereka bernegara dan kuasa sekular. Org bukan Islam, khususnya kuasa2 barat semakin memandang lekeh kpd Islam di zaman pemimpin2 Islam sekular berkuasa kini. OIC? ...diketawakan saja!! Malaysia negara contoh?? …nampaknya lebih kpd syok sendiri!!

4) Kalau demikianlah hal dan realitinya hari ini, maka tak mungkin hanya dgn berdakwah keluar 3 hari, 10 hari, 40 hari, sebulan, 4 bulan bahkan setahun sambil beramal ibadat individu (solat, zakat, haji, zikir, baca al-Quran dan seumpamanya) ; tak mungkin dgn cara itu saja negara Islam akan tertegak spt Nabi s.a.w. pernah sunnahkan di al-Madinah al-Munawwarah. W/pun saya tak nafikan amalan2 itu juga adalah baik. Tetapi baik semata-mata tanpa strategi jangka pendek dan panjang, lebih dekat kpd sia2. Apakah amal sebegitu telah menepati kehendak Allah s.w.t. kita berjuang dlm satu saf/barisan/ front/organisasi seperti sebuah bangunan yg terpacak teguh tanpa goyah dek sebarang gegaran? Sedangkan musuh (yg jelas atau yg spt musang berbulu ayam) sedang enak menjahanamkan Islam yg syumul bawaan Nabi s.a.w., kita masih asyik berbalah ttg apakah boleh berparti politik.

Maka dlm konteks hari ini, berparti politik utk menegakkan Islam adalah lebih dekat kpd wajib berdasarkan satu prinsip al-Qawa`id Al-Fiqhiyyah yg berbunyi "Maa laa yatimmu al-waajib illaa bihii fahuwa waajib" (Sesuatu perkara, yg tidak akan sempurna perkara yg telah wajib melainkan dengannya, maka perkara itu menjadi wajib juga hukumnya). Mendaulatkan Islam secara syumul (menyeluruh) s/ada dlm bidang akidah, akhlak, ibadat, muamalat, munakahat, jinayat, jihad, dan sebagainya itu adalah satu kewajipan yg telah pasti berdasarkan nas2 yg telah sedia ada dlm al-Quran dan hadis sahih. Tetapi banyak bidang itu tidak dpt dilaksanakan tanpa wujudnya negara, kuasa dan sistem Islam yg memimpin. Maka mewujudkan negara, kuasa dan sistem Islam itu wajib hukumnya.

Dlm konteks hari ini, negara, kuasa dan sistem itu tak akan dapat dicapai melainkan dgn cara2 spt: pilihanraya demokrasi (di kebanyakan negara umat Islam w/pun demokrasi palsu), revolusi (spt Iran 1979), reformasi (spt Indonesia, Filipina). Dua cara terakhir itu boleh mengakibatkan mudharat dan tumpah darah, maka hendaklah dielakkan selagi ada jalan yg lebih selamat, iaitu pilihanraya demokrasi.

Oleh kerana pilihanraya demokrasi itu hanya boleh disertai oleh parti politik berdaftar, maka menjadi kewajipanlah kpd pejuang Islam utk mendaftarkan paling kurang sebuah parti politik yg khusus utk menegakkan Islam. Kalau tidak, tak boleh masuk pilihanraya. Kalau tak boleh masuk pilihanraya, tak mungkin akan dapat duduk di kerusi eksekutif itu. Kalau tak duduk, tak mungkin berkuasa dlm realiti negara hari ini!! …………Ada sesiapa lagi yg nak menidakkan realiti semasa secara membuta tuli???

5) Kalau pemerintahan dah OK (adil, bersih, bertanggungjawab macam al-Khulafa' al-Rasyidin) , memang tak perlu kpd parti2 politik, sebab memang boleh menyebabkan perpecahan. Tetapi apakah pemerintah hari ini boleh membuktikan keadilan, kebersihan dan kebertanggungjawaba n spt para khalifah yg dipuji oleh al-Quran dan mendapat didikan secara langsung drp Nabi s.a.w. itu? Tak ada!!… termasuklah kerajaan Arab Saudi sendiri. Kalau dah macam khalifah, tak kan dia benarkan tanahnya digunakan oleh Syaitan Terbesar (USA) sebg pangkalan utk menyerang saudara Islamnya di Iraq. Sebaliknya, ketidakwujudan parti politik langsung spt di Saudi lebih membawa kemudaratan kpd umat kerana pemerintah boleh berbuat apa saja tanpa siapa berani menegur.

6) Tidak semua perkara yg dicipta oleh org bukan Islam/kafir itu haram diguna pakai oleh umat Islam (spt sistem pilihanraya dan parti politik). Yg menjadi haram sesuatu perkara itu bukan sebab ianya dicipta oleh org bukan Islam, tetapi sebab dah ada nas yg mengharamkannya.

7) Tak semua perkara yg Nabi sa.w. tak buat, maka kita pun tak boleh buat. Nabi s.a.w. tak buat jalan raya berturap, bangunan tinggi2, pejabat agama, masjid surau yg banyak, tabung haji, dsb.nya. Tapi apakah kita pun diharamkan membuat perkara2 baik itu atas alasan baginda tak buat? Jadi kalau baginda tak buat parti politik yg sama sebijik macam hari ini pun, apa salahnya kita kreatif sikit dlm perjuangan Islam ini, demi melawan kekuatan sistem musuh?

8) Parti politik Islam pun bukan hanya berpolitik saja, mereka juga mendukung agenda dakwah, iman dan amal. Bahkan dakwah, iman dan amal yg lebih luas lagi drp yg tak berparti politik. Cuma kalau ada sikit2 kelemahan tu, memang manusia tak ada yg sempurna. Perbaikilah mana2 yg tak sempurna tu, setelah sedar dan tahu dasarnya betul dan tepat dgn kehendak Islam. Jgn kerana beberapa kelemahan itu, kita pun turut memusuhinya atau lebih sedih lagi kita pergi sokong parti jahiliyah pula. Ini yg parah nih!!

Kalau Jamaah Tabligh amat menitikberatkan pasal solat secara berjemaah di masjid (dan inilah yg sepatutnya), ajaklah ahli2 parti Islam berjemaah sama. Jgn kerana beberapa kerat yg tak berjemaah (atau yg tak solat pun ada), maka Tabligh terus hukum ahli parti Islam sebg tak beramal. Cuba Tabligh pergi dengar kuliah2 ilmu para pemimpin parti Islam itu, bukankah mereka berdakwah kpd iman dan amal juga?? Bila dah ramai sangat tu, biasalah ada yg nakal seorg dua. Itu perlu ditegur dan dinasihat, bukan dihukum jahat terus. Ahli Tabligh pun ada yg masih tak selayaknya. Kalau Tabligh kata mereka berusaha meningkatkan diri dlm jamaah, begitu juga ahli2 parti Islam. Oleh itu, bekerjasamalah. Jgn hentam menghentam atau undi parti sekular pulak. Daftarlah sebg pengundi yg sah dan berilah undi utk parti yg memperjuangkan Islam.

Sekian jawapan saya seikhlasnya, wassalam `ala man ittiba`a al-huda.


"Kami sokong PAS kerana PAS memerintah atas dasar Islam" - N. Balasubramaniam

”Cuba lihat kepada orang-orang yang bukan Islam, bagaimana mereka boleh sokong Islam dan terima Islam, orang bukan Islam pun sokong, apa salahnya orang Islam sokong..saya nasihatkan (orang Umno) bertaubatlah, terus sokong ‘direct’ sama (kepada) Parti PAS.."

"Kami memang sokong parti PAS kerana PAS memerintah atas dasar Islam, kami sokong sepenuhnya, bersama mendokong dasar-dasar Islam dalam PAS..sampai kini PAS tak pernah (melakukan) diskriminasi (kepada) mana-mana bangsa atau ugama.." - Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS

Baca seterusnya di bawah...

“Saya Nasihatkan Orang Umno Bertaubat dan Sokong PAS “N.Balasubramaniam

KUALA NERUS – “Pada tahun 1980 hingga 1987, saya ahli MIC, dalam masa itu saya jadi Bendahari, Bahagian Jerantut, lepas itu saya belajar ugama,

”cuba lihat kepada orang-orang yang bukan Islam, bagaimana mereka boleh sokong Islam dan terima Islam, orang bukan Islam pun sokong, apa salahnya orang Islam sokong,

”saya nasihatkan (orang Umno) bertaubatlah, terus sokong ‘direct’ sama (kepada) Parti PAS,”kata N. Balasubramaniam, Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, mengakhiri kata-katanya, ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah di Batu Enam, dekat sini, semalam.

Menurut Bala, beliau redha dan memadai duduk dalam PAS, menjadi pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), walaupun dianggap sebagai ahli kelas kedua, oleh orang-orang lain.

Katanya, beliau sendiri tidak mahu bertanding dan dipilih menjadi pemimpin PAS kerana beliau belum mempunyai ilmu Islam bagi menguruskan organisasi PAS.

Dalam ucapannya sebelum itu, Bala berkata, beliau menerima dan menyokong dasar Islam yang dibawa oleh PAS kerana tidak pernah mengamalkan diskriminasi

”Kami memang sokong parti PAS kerana PAS memerintah atas dasar Islam, kami sokong sepenuhnya, bersama mendokong dasar-dasar Islam dalam PAS,

”sampai kini PAS tak pernah (melakukan) diskriminasi (kepada) mana-mana bangsa atau ugama,”tegasnya.

Beliau berkata sehingga kini terdapat 60,000 ahli-ahli DHPP yang terdiri daripada mereka yang bukan Islam.

Beliau memaklumkan, DHPP Pusat sedang menggerakkan DHPP negeri-negeri membentuk jentera-jenetra pilihanraya bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13 akan datang.

Katanya, persiapan awal adalah penting bagi memastikan kemenangan PAS diperingkat Negeri dan Parlimen.

“Kami sekarang buat (menyusun) jentera-jentera pilihanraya, kerana tidak lama lagi akan ada pilihanraya,

“ini (ia) adalah mustahak (bagi kami) melantik jentera-jentera pilihanraya supaya kita bagi mesej-mesej (maklumat) yang mana boleh (disalurkan) terus ke akar umbi,”jelasnya

Katanya, beliau memastikan supaya ahli-ahli DHPP dapat bergerak meraih sokongan dikalangan masyarakat diperingkat paling bawah.

Menurutnya, DHPP yang dirasmikan pelancarannya oleh Presiden PAS pada 24 Mei lalu, kini telah melengkapkan organisasinya sehingga ke peringkat negeri.

“Baru ni kami telah mendakan mesyuarat di peringkat Pusat, kami telah lantik semua AJK bagi negeri-negeri dan semua negeri telah ditubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS,

“tapi yang paling aktifnya ialah di negeri Pahang, Selangor Perak dan Kedah serta Johor, negeri-negeri lain, sudah ditubuhkan dan sedang diaktifkan,”jelasnya, yang berharap semua ahli-ahli dapat meningkatkan daya juang bersama-sama dengan PAS. - Dewan Muslimat PAS Tapah

Muka bertalam2

Kerajaan lambat bertindak menyebabkan kami mempersoal keseriusan kerajaan malaysia terhadap isu Palestin @ isu Ummat Islam:

Serangan Flotila : Najib Tidak Endahkan Amaran MAPIM..adoi terbongkar lagi rahsia..he.he..!!!


Perdana Menteri Najib Razak dimaklumkan mengenai kemungkinan besar rejim zionis Israel akan menyerang kapal misi kemanusiaan lima hari sebelum serangan itu berlaku namun tidak ada tindakan diambil oleh pejabat Perdana Menteri.
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang terbabit dalam misi itu telah menghantar surat berkenaan pada 27 Mei, namun tidak menerima sebarang maklum balas daripada Najib. Lima hari kemudian rejim Zionis melancarkan serangan ke atas Mavi Marmara dan membunuh sembilan orang.
Mereka turut merampas segala bantuan termasuk bekalan perubatan dan makanan untuk rakyat Palestin yang dianggarkan berjuta ringgit.


Baca Seterusmya

OIC pun talam dua muka, terang2 Israel TIDAK AKAN PERNAH, tak kan pernah meredhai ummat islam:

klik untuk besarkan

kenyataan OIC dlm utusan:

JEDDAH 7 Jun - Persidangan Pertubuhan Islam (OIC) menggesa anggotanya supaya mengkaji semula hubungan mereka dengan Israel berikutan serangan tentera rejim Zionis itu ke atas flotila bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza pada minggu lalu.

"OIC menyeru negara-negara anggota supaya menimbang semula hubungan mereka dengan Israel, termasuk menimbang semula pemulihan hubungan tersebut," menurut kenyataan OIC lewat semalam selepas satu mesyuarat di bandar raya Jeddah

nak timbang apa lagi!!!


Datuk Pengasas Judi, Si Cucu Pula Bela Kaki Judi..

Ini menteri judi ke..sokong judi kerana datuknya dulu pengasas judi terbesar dunia, genting. Apalah alasan dangkal bahawa lesen judi diluluskan untuk halang sindiket hitam berkaitan judi ini..pi rah mabuk..rakyat bayar cukai untuk suruh polis buat kerja tangani jenayah, bukannya jadi anjing suruhan UMNO. Satu lagi, ko yakin ke wahai menteri auwww, yang kegiatan ah long dan pemerdagangan manusia tak berlaku jika judi dihalalkan..ada ke sport toto suruh kaki judi isi borang kebenaran dan isytiharkan, yang diorang tak pinjam duit dengan ah long dan tak lacurkan isteri sendiri untuk dapat duit..ada ke wahai si menteri??

Orang felda bolehlah ko tipu...lepas ni kalau nak elak pelacuran haram, buat lesen melacur..takde lah kejadian pinjam duit ah long...lebih advance, buka je pusat pelacuran di balai polis, boleh dapat kutip hasil sewa tempat daripada pelacur..

Memang sejak zaman Najib montel ni, macam-macam maksiat berlaku..zaman Pak lah masa world cup 2006 di Jerman, tak pernah dengar pun benda mengarut..memang 1 Malaysia sama macam 1 otak..otak suka buat jahat...



Tampil bantu kerajaan tangani isu judi haram bola sepak

KUALA LUMPUR 7 Jun – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini meminta mereka yang membuat pelbagai dakwaan berhubung pemberian lesen pertaruhan bola sepak agar tampil menyumbang idea untuk mencegah isu perjudian haram.

"Daripada membuat bising di luar, kerajaan negeri (yang berkenaan) boleh bekerjasama dengan KDN (Kementerian Dalam Negeri) dengan memberi cadangan supaya kerajaan boleh buat keputusan dalam membanteras ekonomi hitam," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan sesetengah pihak yang terus mempertikaikan keputusan kerajaan memberi lesen pertaruhan acara sukan termasuk bola sepak dengan mendakwa kerajaan menggalakkan perjudian.

Mengulas lanjut, Hishammuddin yang ditemui pemberita selepas menerima kunjungan delegasi Kumpulan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Tahanan Arbitrari di Parlimen di sini, berkata, lesen pertaruhan itu telah lama dikeluarkan.

Beliau berkata, langkah itu dilaksana untuk membendung perjudian haram khususnya ketika pertandingan bola sepak Piala Dunia yang akan berlangsung beberapa hari saja lagi.

"Isu ini berkait rapat dengan ekonomi hitam yang melibatkan RM10 bilion yang berhubungan dengan kegiatan jenayah serius seperti pemerdagangan manusia dan pinjaman wang haram atau ah long," katanya. – Bernama

SUMBER

"Kami hanya orang biasa. Salah seorang media Turki yang ditembak memang ada di dalam senarai itu,"



Alhamdulillah,pejuang2 malaysia yang bersama dengan operasi LL4Gaza selamat tiba di Malaysia. Syabas dan tahniah, walaupun mereka tidak dpt pahala syahid di Gaza, tetapi Allah jua mengetahui keikhlasan mereka ke sana untuk berjuang menyampaikan bantuan kepada rakyat Palestin yang ditindas Yahudi Laknatullah!!!


"Kami hanya orang biasa. Salah seorang media Turki yang ditembak memang ada di dalam senarai itu,"


Memang, yahudi laknatullah tidak akan pernah redha dengan ummat islam khususnya. tidak perlulah rakyat mahupun KERAjaan malaysia nk berlapang dada dengan yahudi laknatullah dengan menaungi program2 yang direncana oleh yahudi laknatullah di negara ini. Kamu mau menyangkal ayat ini!!


“Tidak akan redha ke atas kamu orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan mereka.” (Surah Al-Baqarah: 120)


Berikut adalah petikan penuh mengenai tajuk posting:


'Tentera Israel memang berniat membunuh'


Ketua misi Life Line For Gaza (LL4G) Noorazman Mohd Samsuddin berkata penggunaan peluru getah adalah sebagai alasan semata-mata kerana terdapat bukti pihak Israel memang berniat membunuh pihak tertentu yang ada di atas Mavi Marmara.

Noorazman dan sebelas lagi sukarelawan Malaysia berada dalam kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza ketika diserang tentera Israel Isnin lepas.
Katanya, beliau dan tiga rakan aktivis - Abdul Halim Mohd Redzuan, Hasanuddin Mohd Yunus dan Jamuliddin Elias - turut ditembak dengan peluru getah dan mengenai masing-masing di bahagian kepala, belakang dan paha.


"Saya ada bukti yang mereka mempunyai niat untuk membunuh. Menggunakan peluru getah hanya sebagai alasan sahaja," katanya dalam sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sejurus tiba di tanah air awal pagi ini.


"Mereka mempunyai senarai nama yang mereka mahu bunuh sebelum naik ke kapal.


"Kami telah menahan tiga anggota tentera dan apabila kami melakukan pemeriksaan, kami temui senarai nama berserta gambar orang yang mereka mahu bunuh.


"Sesetengah daripada mereka ialah tokoh Turki dan antarabangsa... tokoh-tokoh penting dunia. Kami tidak termasuk dalam senarai sebab itu kami tidak ditembak. Kami hanya orang biasa.

Salah seorang media Turki yang ditembak memang ada di dalam senarai itu," katanya.


Beliau berkata ketika serangan pada waktu Subuh itu, wakil media telah menunjukkan keberanian dengan terus merakamkan kejadian itu tanpa menghiraukan keselamatan mereka walupun ketika itu dihujani peluru.


"Ketika kami diserang selepas waktu solat Subuh, rakan media telah menunjuk keberanian dan kekuatan mereka tanpa menghiraukan perkara membahayakan mereka dengan peluru ketika itu seperti hujan.


"Mereka cuba merakam sebanyak mungkin untuk tujuan memberikan kesedaran dan maklumat kepada seluruh dunia."


Malah katanya seorang wartawan Indonesia yang dikenali sebagai Suria telah ditembak peluru hidup di dada kanannya.


Namun dalam keadaan kritikal itu beliau masih cuba mendapatkan maklumat-maklumat yang ada walaupun selepas itu maklumat itu telah dirampas.


Noorazaman amat mengharapkan bantuan media untuk menekan Israel bagi menyerahkan bantuan kemanusiaan itu kepada penduduk Gaza melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).


"Kita harapkan rakan media yang ada dapat terus membantu usaha kita untuk membebaskan penderitaan yang dialami rakyat Palestin ini."


Sementara itu, Noorazman berkata mereka juga tidak menyangka dapat keluar dari Israel seawal ini.


"Kami rasa kami akan duduk di sana dalam sebulan, dua bulan atau mungkin setahun dua tahun lagi.


"Apatah lagi kami telah diputuskan hubungan (dengan dunia) luar dengan tidak dibenarkan menghubungi sesiapa. Kami hanya melihat kedutaan-kedutaan negara lain masuk ke dalam penjara.


"Kami tahu Kedutaan Malaysia tidak akan masuk kerana tidak ada hubungan diplomatik (dengan Israel)," kata ketua misi Life Line For Gaza (LL4G) Noorazman Mohd Samsuddin.
Kesemua 12 sukarelawan Malaysia yang selama pulang itu memanjatkan syukur kepada Tuhan dan berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Jordan yang berusaha membawa mereka keluar dari Israel secepat mungkin.


"Saya bagi pihak rakan-rakan juga mengucapkan terima kasih kepada Wisma Putra dan Kedutaan Malaysia di Jordan. Kami tidak sangka dapat keluar awal.


"Hero sebenarnya bukan kami. Wira yang sebenar adalah mereka yang berdoa, bersolat hajat dan berusaha untuk keluarkan kami. Kamulah sebenarnya wira-wira itu," kata ketua biro Palestin Haluan Malaysia itu.


- Bernama

Wavin' Flag (Palestine Version)

Kenyataan Pengerusi Pasukan Pengurusan Krisis dan sokongan keluarga misi LL4G Malaysia


KENYATAAN MEDIA
Isnin 31hb Mei 2010

GESAAN KEPADA KERAJAAN DAN RAKYAT MALAYSIA MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS FLOTILA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN LL4G KE GAZA

Perkembangan terkini flotila Lifeline4Gaza

1. Sebagaimana yang dimaklumi 7 buah kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH). Maklumat terkini ialah kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel. Akibat dari tindakan biadap ini 3 orang sukarelawan telah terkorban dan 30 lagi mengalami cedera parah.

2. Seramai 12 orang sukarelawan bersama-sama petugas media daripada Malaysia turut menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ini. Mereka berada di atas kapal "Mavi Marmara". Penyertaan mereka bersama konvoi ini adalah semata-mata atas dasar kemanusiaan.

3. Semua objektif dan pergerakan konvoi ini adalah berpandukan kepada Resolusi 1860(2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan. Antara lain, Resolusi 1860 menyebut antara lain
a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan,
b) menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,
c) menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza, dan
d) mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan semua bentuk terorisma.

Semua rakyat Malaysia yang terlibat di dalam konvoi ini berpegang teguh kepada peraturan dan undang-undang antarabangsa dan pekerti mulia sesuai dengan aspirasi negara Malaysia.

4. Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun. Tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama konvoi ini walaupun untuk tujuan mempertahankan diri. Fakta ini jelas menunjukkan bahawa konvoi ini adalah benar-benar sebuah konvoi bantuan kemanusiaan yang akan disampaikan oleh sukarelawan- sukarelawan dari kalangan masyarakat awam.

5. Berdasarkan kepada fakta-fakta ini jelas Israel secara biadap telah melanggar undang-undang antarabangsa. Apatah lagi serangan ini berlaku di perairan antarabangsa dan dilakukan ke atas sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang tidak bersenjata yang bertujuan aman. Tindakan Israel menginjak-injak prinsip kemanusiaan ini wajar mendapat kutukan dari seluruh masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan dan keadilan.

6. Kami dengan ini menyeru supaya kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Dato' Seri Mohd Najid Tun Abd Razak dan juga Datin Seri Paduka Rosmah Mansor sebagai Penaung kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan biadap dan kejam regim Zionis Israel yang telah bertindak di luar batas kemanusiaan dengan menyerang sebuah flotila kemananan yang bertujuan semata-mata untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Gaza yang teraniaya dan dizalimi sekian lama.

7. Kami juga menyeru PBB supaya mengadakan persidangan tergempar untuk meluluskan resolusi bagi mengambil tindakan paling tegas ke atas Israel, termasuk mengheret pemimpin mereka ke muka pengadilan.

8. Kami juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan bantahan dan kutukan paling keras ke atas Israel serta bersedia untuk menyokong apa-apa tindakan yang akan disusun seterusnya bagi menangani isu ini.

9. Kami juga menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin politik, pertubuhan-pertubuh an bukan kerajaan dan rakyat seluruhnya supaya bergabung tenaga menyatakan sokongan kepada misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dan mengenakan tekanan ke atas Israel yang telah menyerang flotila Gaza sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di kalangan sukarelawan.

10. Kami seterusnya menyeru agar semua peringkat masyarakat dapat meneruskan doa dan solat hajat di masjid, surau, jabatan kerajaan, atau mana-mana tempat lain yang sesuai bagi memohon agar Allah SWT menjayakan misi bantuan ini dan memberikan kekuatan dan kesabaran kepada para sukarelawan.

Zulkifli Mohd Nani
Pengerusi
Pasukan Pengurusan Krisis dan sokongan keluarga misi LL4G Malaysia

Pesana Luqmanul Hakim


PESANAN LUQMANUL HAKIM

1. Hendaklah engkau selalu berada di majlis para ulama' dan dengarlah
kata-kata para hukama (orang yang bijaksana), kerana Allah
menghidupkan jiwa yang mati dengan hikmat sepertimana menghidupkan
bumi yang mati dengan hujan yang lebat.


2. Janganlah engkau jadi lebih lemah daripada seekor ayam jantan, ia
telah berkokok pada waktu pagi hari sedangkan engkau pada ketika itu
masih terbaring di atas katilmu.


3. Janganlah engkau menangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu
akan datang tiba-tiba.


4. Dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak orang sudah
ditenggelamkannya. Oleh itu, jadikanlah taqwa sebagai kapalnya.


5. Pukulan bapa ke atas anaknya bagaikan air menyirami tanaman.


6. Tiga orang yang tidak dapat dikenali melainkan pada tiga keadaan.
Orang yang lemah lembut melainkan ketika marah, orang yang berani
melainkan ketika berperang dan saudara maramu melainkan ketika engkau
berhajat dan memerlukan pertolongan daripadanya.


7. Sesungguhnya dunia ini sedikit sahaja, sedangkan seluruh umurmu
lebih sedikit daripada itu. Manakala umurmu yang masih berbakti lagi
amat sedikit daripada yang lebih sedikit tadi.


----------------------------------------------------------


AQIDAH
Masalah aqidah adalah masalah yang paling penting dalam kehidupan
seorang muslim. Ia merupakan asas atau tapak bagi pembangunan Islam.
Dewasa ini kita dapati banyak penyelewengan terjadi sama ada dari segi
pemikiran, perkataan mahupun tingkah laku. Kesemuanya berpunca
daripada tidak memahami aqidah Islam secara mendalam.

Firman Allah yang bermaksud:


"Dan ingatlah sewaktu Luqman berkata kepada anaknya: "Wahai anak
kesayanganku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu
yang lain). Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman
yang besar."(Surah Luqman: 31).


----------------------------------------------------------


SOLAT


Firman Allah bermaksud:
"Wahai anak kesayanganku! Dirikanlah solat." (Surah Luqman: 17). Islam
memberikan keutamaan yang sangat besar kepada solat yang tidak pernah
diberikan kepada ibadat lain. Kerana ia adalah tiang agama,
sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Pokok pangkal sesuatu
adalah Islam, tiangnya adalah solat dan kemuncaknya adalah jihad fi
sabillillah." Solat yang dikhendaki oleh Islam bukanlah sekadar
berkata-kata yang diucapkan oleh lidah dan pergerakan badan.
Tetapi solat yang sebenar adalah yang dilakukan dengan penuh perhatian
dan tumpuan pemikiran, penuh rasa takut dalam hati serta menzahirkan
keagungan dan kebesaran Allah, itulah solat yang diterima oleh Allah
SWT.


Dari segi kejiwaan, solat memberikan ketenangan dan kekuatan bagi jiwa
seseorang. Daripada segi kesihatan, ia mendidik seseorang supaya
menjaga kebersihan dan melatih badan agar sentiasa segar dan cergas.
Dari segi akhlak pula ia mencegah perbuatan mungkar dan menjaga waktu
manakala dan dari segi kemasyarakatan solat mendidik persamaan dan
persaudaraan.


----------------------------------------------------------


BERBAKTI KEPADA IBU BAPA


Firman Allah yang bermaksud:
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya,
ibunya mengandungkan dengan menanggung kelemahan demi kelemahan, dan
tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. "Bersyukurlah
kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu, kepada Ku jua tempatmu kembali."
(Surah Luqman: 41)
Ibu bapa mempunyai kedudukan yang paling istimewa. Mereka menduduki
tempat yang kedua sesudah beriman kepada Allah dan Rasulullah. Oleh
kerana itu, tiada seorang pun di atas muka bumi ini yang dapat
menyamai kedua dua ibu bapa. Berbakti kepada ibu bapa adalah wajib ke
atas setiap anak dalam apa jua keadaan sekalipun ia merupakan asas
terpenting dalam pendidikan Islam.
Manakala menderhaka kepada kedua ibu bapa adalah berdosa besar. Adalah
mudah bagi anak-anak yang sudah biasa terdidik atas sikap berbakti dan
menghormati kedua ibu bapa untuk dididik dan diasuh supaya menghormati
jiran tetangga, guru-guru dan seterusnya menghormati manusia
seluruhnya.


----------------------------------------------------------


SABAR
Kesabaran adalah suatu keperluan dalam usaha menegakkan keimanan,
melaksanakan amal soleh, memperjuangkan kebenaran dan keadilan.
Semuanya bukanlah suatu perkara yang mudah. Oleh itu, ia sangat
memerlukan kesabaran. Kesabaran dalam menghadapi hawa nafsu,
musuh-musuh luar dan kesusahan lain. Begitu juga kesabaran amat perlu
dalam menempuh jalan perjuangan yang amat panjang dan semestinya
mengikuti tahap-tahap yang teratur untuk menuju matlamat.


----------------------------------------------------------


JANGAN SOMBONG
Sifat takabur adalah lahir daripada perasaan bangga diri yang
merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain. Biasanya seseorang
yang takabur dikuasai oleh sifat-sifat buruk lain seperti taksub,
mudah marah, dendam dan hasad dengki. Sebaliknya, Islam menganjurkan
tawadduk kerana ia salah satu sifat terpuji yang amat digalakkan oleh
Islam. Kalau takabur menjadi punca pertelingkahan dan perbalahan, maka
tawaduk adalah pengikat yang menguatkan persaudaraan, mengukuhkan
perpaduan serta melahirkan keselamatan dan ketenangan.


----------------------------------------------------------


KESEDERHANAAN
Kesederhanaan menggambarkan ketenangan dan kesopanan tingkah laku.
Tenang dan sopan santun adalah buah daripada budi pekerti mulia yang
sangat dituntut oleh Islam. Begitu juga melembutkan suara ketika
bercakap adalah menjadi ukuran pekerti mulia.


----------------------------------------------------------


DAKWAH
Adalah menjadi fardhu ain bagi setiap muslim supaya melaksanakan tugas
menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Firman Allah bermaksud:
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada
kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah daripada yang
mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung," (Surah Ali Imran:
104).


Pendidikan Luqman adalah pendidikan yang menyeluruh dan lengkap
meliputi asas-asas aqidah, ibadat, akhlak dan dakwah. Oleh sebab
itulah Allah telah merakamkan pendidikan Luqman itu untuk dijadikan
contoh kepada umat Islam sepanjang zaman.


diambil dari seorang sahabat dari Mesir

Sang Murabbi

Jom Refresh Balik Diri

Jom pakat serbu ghama2 (baco kot klate deh)

DS Najib Diminta Tarik Balik Tuduhan Fitnah


Pandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib selaku Presiden Umno menyifatkan saya melakukan pengingkaran yang serius dan penghinaan kepada Sultan Selangor semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor adalah satu pandangan bertujuan melaga-lagakan saya dengan pihak Istana Selangor.

Pandangan Datuk Seri Mohd Najib itu telah disiarkan oleh Utusan Malaysia secara online (24 April 2010) atas tajuk “Nik Aziz hina Sultan Selangor – PM” yang kemudiannya disiarkan dalam Utusan Malaysia cetak (24 April) edisi nasional di muka depan atas tajuk “Pembangkang ingkari Sultan” yang turut mencetak kononnya kenyataan saya selaku Mursyidul Am iaitu “Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam tadi mempertikaikan titah Sultan Selangor supaya tidak menggunakan masjid untuk kempen politik. Beliau menyifatkan larangan itu sebagai karut dan saki baki ajaran penjajah.”

Pada saya, kesemuanya adalah tidak benar dan berniat melaga-lagakan saya dengan Sultan, kerana sesungguhnya saya tidak pun memberi respon dengan merujuk kepada titah KDYMM Sultan Selangor. Ia adalah petikan yang direka-reka oleh akhbar berkenaan.

Kemudian, pandangan Datuk Seri Mohd Najib dirasai paling tidak bermoral lagi apabila akhbar yang sama pada hari mengundi (25 April), menyiarkan semula di muka dua atas tajuk “Tindakan Nik Aziz pertikai titah Sultan Selangor: Pengingkaran yang serius – PM.”

Ia suatu pengulangan yang dibuat untuk menjatuhkan moral saya dan suatu bentuk fitnah media yang disengajakan bagi mempengaruhi umat Islam agar menolak kefahaman agama yang telah saya jelaskan secara sopan semasa sidang media pada malam 23 April di Kuala Kubu Bharu.

Bagi saya, pandangan Datuk Seri Mohd Najib yang melabelkan saya sebagai ‘melakukan pengingkaran yang serius dan penghinaan kepada Sultan Selangor’ adalah suatu pandangan yang tidak adil dan fitnah. Ia menggambarkan kenyataan bermotif politik dan penyelewengan fakta sebenar yang dipanjangkan oleh Utusan Malaysia, kerana ia sengaja disiarkan sebagai tajuk besar di muka depan (front page).

Sesungguhnya pandangan tersebut adalah suatu tuduhan yang kononnya dikaitkan dengan perlanggaran titah Sultan mengenai larangan penggunaan masjid atau surau untuk tujuan politik. Dalam hal tersebut, Datuk Seri Mohd Najib sebenarnya telah menceroboh sempadan moral saya dan membelasah imej saya yang dilakukan sehari sebelum berlaku pengundian di Hulu Selangor.

Pada saya, apabila saya hadir di mana-mana masjid atau surau di Kelantan, prinsip yang saya amalkan ialah saya tidak akan bercakap atau berkhutbah atau menjadi imam selagi tidak diminta oleh pihak masjid atau surau berkenaan. Maka, prinsip yang sama saya pegang apabila hadir di masjid atau surau di mana-mana negeri termasuk di Selangor.

Oleh sebab itu, sekali lagi saya nyatakan bahawa tuduhan Datuk Seri Mohd Najib sehingga menyifatkan saya melakukan pengingkaran yang serius dan penghinaan kepada Sultan Selangor adalah tidak boleh diterima sama sekali. Ia adalah tindakan mala fide bukan sahaja untuk melaga-lagakan saya dengan Sultan Selangor, malah menimbul fitnah besar kepada umat Islam untuk menggambarkan kononnya ‘orang beragama’ dan pemimpin seperti saya suka mengingkari dan menghina Sultan.

Atas dasar itu, sesungguhnya saya tidak bersikap seperti difitnahkan oleh Datuk Seri Mohd Najib, maka saya tidak akan halal di dunia dan di akhirat. Kecuali beliau menarik balik secara terbuka memandangkan fitnah itu telah dibuat secara terbuka. Saya sedia menghalalkan apabila beliau menarik balik tuduhan itu secara terbuka.

Saya yakin di atas kebenaran, maka kebenaran itu akan menjadi saksi di dunia dan di akhirat.

Sekian, wassalam.

Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Musyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.

|SUMBER|

Media Press di Malaysia 'tidak bebas' diiktiraf di peringkat antarabangsa



Malaysia naik dua tangga untuk berada di kedudukan ke-141 dalam kebebasan akhbar yang dibuat oleh Freedom House di kalangan 196 negara.

Bagaimanapun kedudukan terbaru itu masih menyaksikan negara berada di takuk terbawah di kategori 32 peratus negara yang tidak mempunyai media yang bebas.

Menurut kajian yang berpangkalan di Washington DC itu, Malaysia berkongsi tempat dengan Algeria dan Zambia.

Antara sepuluh negara paling bebas ialah Finland, Iceland, Norway, Sweden, Denmark, Belgium, Luxembourg, Andorra, Switzerland dan Liechtenstein.

Manakala lima negara yang berada di tangga paling bawah ialah Eritrea (pada kedudukan 192), Libya (192), Burma (194), Turkmenistan (194) dan Korea Utara (196).

Di rantau Asia Pasifik, kedudukan Malaysia masih ketinggalan di belakang jiran-jirannya seperti Filipina (kedudukan 97), Indonesia (107), Thailand (124) dan Kemboja (134).

Freedom House meletakkan media di Filipina, Indonesia dan Thailand di bawah kategori “sebahagian bebas”.

Freedom House adalah kumpulan pejuang kebebasan demokrasi antarabangsa dan senarai kedudukan yang dikeluarkannya adalah sempena Hari Kebebasan Media Antarabangsa yang disambut setiap 3 Mei.

|SUMBER|

Pesanan Mursyidul Am PAS : Perkuatkan lagi perjuangan


KOTA BHARU, 26 April: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kekalahan adalah motivasi untuk terus berjuang lebih kuat bukan berpatah semangat.

Perjuangan menegakkan kebenaran melawan kebatilan katanya tidak boleh berhenti selagi manusia itu masih diberi peluang untuk hidup.

“Selagi hidup kita di muka bumi ni masih ada, perjuangan menegakkan syiar Islam mesti diteruskan, Nabi Muhammad saw berjuang selama 23 tahun dan ia harus diteruskan dalam semua aspek,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kekalahan tipis Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor semalam.

Beliau ditemui media selepas merasmikan program pertukaran Pelajar Muhammadiyah Padang Sumatera Barat dengan Yayasan Islam Kelantan di ibu negeri hari ini.

Biarpun kalah dari sudut undi, namun Pakatan Rakyat jelasnya tetap menang dari aspek moral.

Sokongan pelbagai kaum kepada Pakatan Rakyat jelasnya cukup membuktikan Pakatan Rakyat adalah wadah terbaik rakyat negara ini.

Selain itu kekalahan itu menurutnya menjadikan ikatan antara parti dalam Pakatan Rakyat semakin kukuh berdepan Pilihan Raya Umum akan datang.

“Kita mesti ingat di Malaysia ni walaupun kita kalah dalam pilihanraya kecil tetapi bila masuk pilihanraya umum kita menang,” katanya lagi.

Pilihanraya kecil P.94 Parlimen Hulu Selangor dimenangi calon BN P. Kamalanathan dengan majorit 1725 mengatasi calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim.


|SUMBER|

Di bawah adalah perilaku 'biasa' UMNO BN semasa PRK @ PRU

Tahniah pngundi UMNO BN, pilihan yang 'tepat'


PAS seru Umno bertaubat

Aik! Imam Hadhari pun tidak terkecuali rupanya...

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan syukur kepada Allah swt kerana strategi Umno yang menyebarkan kisah calon PKR-Pakatan, Zaid Ibrahim minum arak dan berjudi ketika bersama parti itu dahulu kini secara tidak langsung telah membuka mata rakyat.

Rakyat yang dahulunya menganggap pemimpin Umno sebagai suci dan pejuang Islam, kini sudah mengetahui hakikat sebenar bahawa mereka telah ditipu hidup-hidup. Pengakuan Zaid yang kini sudah bertaubat telah turut mengheret kepada pembongkaran beberapa lagi pemimpin Umno yang turut dikategorikan sebagai pelanggan kepada minuman dan hiburan yang diharamkan itu.

Nama-nama dan gambar mereka kini bertebaran diinternet, dari Presiden, Ketua Pemuda dan ramai lagi sudah diketahui umum. Malah bukan sahaja menjadi pelanggan atau peminat minum keras dan judi, beberapa pemimpin serta ahli perniagaan Umno juga sudah dikenalpasti sebagai pemilik, pelabur dan pengarah syarikat-syarikat arak dan judi yang terkenal di rantau ini.

PAS sudah lama mengetahui hal ini, dan serangan Umno kepada Zaid akhirnya mengesahkan tuduhan PAS selama ini adalah benar. Arak dan judi bukanlah perkara baru dalam Umno. Ketika awal-awal ditubuhkan, Umno bergantung harap pada Loteri Kebajikan bagi mengumpulkan dana untuk menjana program serta menubuhkan pejabat-pejabat mereka. Malah, hingga ke hari ini ramai pihak mempersoalkan sumber duit yang digunakan bagi membina pejabat Umno di PWTC.

PAS berasakan sudah cukup lama Umno bergeluman dengan arak dan judi ini. Sudah sampai masanya mereka menuruti jalan Zaid iaitu bertaubat. Tidak guna mereka dedahkan kesilapan lampau Zaid sedangkan mereka yang masih duduk dalam Umno masih lagi bergelumang dengan arak dan judi.

Malanglah Ustaz-Ustaz yang duduk dalam Umno, kerana hanya mampu menjadi rakan kongsi dosa-dosa pemimpin mereka dan tidak mampu untuk menyatakan perkara yang haram dan halal secara bebas demi untuk menyelamatkan periuk nasi mereka. Bertaubatlah wahai pemimpin Umno!

Ust. Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat / end

|SUMBER|