Pages
J0m Pi Pesta Buku Hujung Minggu ni
Monday, March 22, 2010 9:06 AM
Posted by Mujahid Cakna
Berikut adalah gambar sekitar Pesta Buku Kuala Lumpur (PBKL) 2010 setelah 3 hari berlangsung (19 - 21 Mac 2010).
PBKL akan berakhir pada 28 Mac 2010. Maka dijemput kepada sahabat semua untuk melawat gerai kami di dalam Dewan Tun Hussein Onn; dewan yang disewa khas oleh Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.
Dapatkan tabloid dan merchandise iluvislam serta pelbagai produk keluaran Karangkraf, Buku Prima, Alaf 21, Karya Bestari dan Oasis Buku.

Wah, masyaAllah, besarnya iklan.
Wajah ceria krew jualan iluvislam bersama CEO Kumpulan Karangkraf, Dato' Hussamuddin.
Antara merchandise yang dijual. Alhamdulillah, laris macam pisang goreng.
Krew jualan sedang khusyuk dan bersemangat melayan pelanggan.
Comelnyer teedy bear iluvislam ni!!
Dato' Hussamuddin Yaakub dan 2 krew jualan iluvislam (mereka baru berumur 17 dan 16 tahun!)
Presiden iluvislam.com bersama stokis tabloid iluvislam USIM dan UIA Nilai.
Ulasan Ustaz Badrul Amin : Fatwa munafik dari Dr Yusof Qardawi
Saturday, March 20, 2010 3:17 PM
Posted by Mujahid Cakna
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN Dr Badrulamin Badron berkata Umno dan Barisan Nasional yang merencana dan melaksanakan konspirasi kali kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kini digolongkan dikalangan kaum munafik dan fasik menurut fatwa terbaru ulama tersohor Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi.Bercakap pada ceramah anjuran KEADILAN Cabang Tambun di Kampung Manjoi Baru minggi lepas, beliau menegaskan akibat daripada konspirasi pertama terhadap Anwar terjadinya perpecahan paling dikalangan rakyat semua lapisan di Malaysia.
"Ada yang tanya apa kena mengena fitnah ini dengan kita, ini soal Anwar dengan Dr Mahathir masa itu. Kalau begitu mengapa yang kita bergaduh dengan jiran tetangga, bukankah yang kita berpecah itu bukan sifat munafik namanya.
"Kesan fitnah yang paling hebat ialah perpecahan dalam masyarakat Islam dan bukan Islam, Melayu dan bukan Melayu, bandar dan bukan bandar semuanya tanpa pengecualian. Perpecahan yang paling dahsyat ialah akibat fitnah pada tahun 1998. Sudah 12 tahun adakah sudah damai ke belum, dah taubat ke, siapa nak tanggung dosa permusuhan ini?
"Rasulullah bersabda tidak halal bagi seorang Muslim bermusuh dengan saudaranya lebih dari tiga hari, sekarang sudah berapa tahun?" Dr Badrulamin melontarkan persoalan kepada lebih 500 penyokong yang hadir.
Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu menambah isu fitnah terhadap Ketua Umum KEADILAN itu bukan sahaja berkisar kepada hujah laporan perubatan dan dikaji dari segi saintifik tetapi juga mempunyai dimensi agama dan akhlak.
Berhubung Konspirasi II terhadap Anwar, fatwa Pengerusi Majlis Ulama Sedunia itu menyata bahawa sesiapa yang merancang dalam fitnah tersebut, sama ada secara langsung atau tidak langsung maka hukumnya adalah munafik.
Dr Yusuf juga menyebut bahawa sesiapa yang membantu menyebarkan berita fitnah tersebut maka jatuh hukumnya sebagai fasik.
"Saya berpesan dalam kes fitnah terhadap Anwar kalau kita tidak mampu membela beliau lebih baik kita diam, jangan tambah dosa. Kalau nak komen dalam blog, facebook dan laman web, komenlah kerana Allah bukan hanya suka-suka komen, nak komen kena faham isu baru nak komen kalau tak faham bertanya, sebab setiap komen kita akan dipertanggungjawabkan, setiap huruf dan setiap ayat yang kita susun dalam facebook, blog dalam alam maya ini kita akan jawab didepan Allah SWT.
"Kalau kita guna akal fikiran, Anwar pada 1998 sudah diaibkan, dimalukan, diseksa, dizalimi sekarang mereka (Umno-BN) buat lagi.
"Dalam Al-Quran di nyatakan dengan jelas kalau orang fasik datang kepada kamu dengan satu berita, 'check' dan 'double check', jangan sampai kita menghukum dan buat satu kenyataan yang mengaibkan orang lain. Dalam hal fatwa ini wajib kita sampai dan sebarkan," kata Dr Badrulamin lagi.
Menyentuh mengenai Pakatan Rakyat Dr Badrulamin berkata Umno-BN kini cukup takut dengan kekuatan gagasan itu menyebabkan musuh sentiasa mahu mengugat dan memecahbelahkannya.
"Apa yang Umno cukup mengelabah dan takut ialah wujudnya satu gabungan yang dipanggil Pakatan Rakyat. Mereka tidak pernah takut dengan PAS sebagai PAS, KEADILAN sebagai KEADILAN atau DAP sebagai DAP tetapi bila bergabungnya ketiga-tiga parti ini kekuatannya amat luar biasa.
"Kekuatan Pakatan Rakyat tidak kepada PAS sahaja, tidak kepada KEADILAN atau DAP sahaja, macam Power Rangerslah apabila lima Power Rangers ini bergabung tenaga baru jadi kuat, kalau seorang berlawan kalah," jelasnya.
Oleh kerana itu kata beliau Umno-BN mencipta beberapa isu berkaitan agama dan perkauman serta mencetuskan insiden-insiden yang boleh menjuruskan kepada pergaduhan antara kaum.
"Dalam isu kalimah Allah apakah Umno bersuara atas prinsip mahu pertahankan nama Allah, kalau kerana prinsip mengapa mereka ke Sabah dan Sarawak dan kata orang di Kristian di sana boleh pakai nama Allah, apakah Allah di Sabah dan Sarawak tak sama dengan Allah di Semenanjung? Status Allah pun berbeza ikut zon?
"Ini kerana mereka melihat sokongan orang Sabah dan Sarawak kepada Pakatan Rakyat sampai ke 70 peratus, Umno-BN panik maka terus mereka mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendirian yang kononnya hendak mempertahankan kalimah Allah.
"Bila mereka tengok di Semenanjung sokongan orang Cina dan India meningkat kepada hampir 90 peratus kepada Pakatan Rakyat, mereka buat kenyataan bahawa Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan boleh guna kalimah Allah dengan alasan negeri-negeri ini tidak ada Sultan.
Bagaimana pula dengan Melaka, sebab itu saya kata pendirian mereka bukan atas prinsip agama tetapi kerana kepentingan politik," kata Dr Badrulamin lagi.
Walau bagaimanapun segala perancangan jahat Umno-BN tidak mampu menggoyang keutuhan Pakatan Rakyat kerana rakyat sudah masak dan mengetahui motif setiap isu yang dicetuskan kata beliau.
"Mereka ingat dengan isu kalimah Allah, PAS dan DAP boleh berpecah tapi tak pecah, kemudian dia bakar gereja nak pecah belahkan kita, dia campak kepala babi hutan dalam masjid bukan untuk hina masjid tapi mahu pecah belahkan kita tapi makin kuat kita diasak makin kuat kita berteguh, berpakat.
"Bila gereja diserang PAS pergi, KEADILAN pergi bukan setakat tengok tolong lagi, bila kepala babi dicampak ke masjid, Cina dan India datang peluk Imam dan kata "Sabar tuan Imam".
"Mereka nak pecah belahkan kita sebab apabila orang Cina tidak lagi takut dengan Islam, siapa yang takut? Apabila orang India sudah berani pakai baju 'PAS For All', 'Islam For All', siapa yang paling takut? Apabila orang Cina seperti Chang Ming Kai (ADUN Simpang Pulai) sudah pandai baca Quran siapa yang takut? Sudah tentu jawapannya Umno!" tegas Dr Badrulamin.
SUMBER: loveperak.blogspot.com
Ikhtilat...Ikhwah...Akhawat
12:51 PM
Posted by Mujahid Cakna
Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari.
Tambahan kemajuan era teknologi sekarang, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail, dan Friendster. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama remaja-remaja.
Kadang kala perhubungan dimulakan atas dasar kerja tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Kononnya hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja. Seolah-olah kita mencari keredhaan manusia dalam kemurkaan Allah.
Apabila wujud golongan yang menegah dan menunjukkan kaedah muamalat yang selari dengan syariat Islam maka timbullah konsep SYADID. Sememangnya Islam itu mudah dan tidak membebankan tapi tidak bermakna kita layak untuk mempermudah-mudahkan syariat Islam.
Adakah salah seorang nisa' dan rijal menjaga maruah dan pergaulannya. Bercakap, berurusan, berjumpa dan berbincang atas keperluan? Adakah salah bagi seorang nisa' terutamanya menegaskan suaranya dan menjaga pandangan demi menjaga maruah dirinya.
Dalam Al-Quran ada menyebut: "Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka." (An-Nur:31)
Apabila rijal dan nisa' berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: "Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga."
Ada yang menimbulkan alasan malas menyusahkan rakan untuk menemankan kita. Malas nak tunggu rakan. Malas itu malas ini. Besar sangatkah malas kita berbanding arahan Allah dalam Al-Quran? Tegarkah kita melawan syariatNya.
Syariat Islam turut menyarankan kepada kita untuk menundukkan pandangan. Bukan sahaja haram melihat aurat bukan muhrim malahan bahagian-bahagian bukan aurat turut dilarang. Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (berdosa)."
Kalau dah bergaul dan bercampur bebas masakan kita mampu menahan dan menjaga pandangan. Usah menegakkan benang yang sememangnya basah. Ana bukanlah nak menghukum tanpa memberikan jalan penyelesaian. Jom kita berkongsi tip-tip berurusan dengan bukan muhrim:
1. Elakkan berhubungan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa' (bagi nisa') dan rijal (bagi rijal), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila nisa' minta bantuan rijal soal baiki latop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.
2. Andai terpaksa berhubung dengan bukan muhrim gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti huhu, haha, hihi, hikhik. Seolah –olah kanak-kanak tadika mengajar mengeja. Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah.
Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran: "Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik." Takkanlah nak tunggu Allah menempelak kita dengan balaNya?
3. Tundukkan hati. Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan.
4. Tundukan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna tundukan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.
5. Mempercepatkan urusan. Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan. Jangan lupa peneman anda.
Semoga ia menjadi peringatan bagi kita. Semoga kita dapat mewujudkan biah solehah dalam keredhaanNya. Peringatan untuk diri yang lemah dan banyak kesilapan serta kekurangan dan sahabat-sahabat Islam yang dikasihi.
SUMBER : www.iLuvislam.com
Kata-kata Motivasi dari Ilmuan
Sunday, February 14, 2010 7:33 AM
Posted by Mujahid Cakna
- Thales -
Setelah menua, Thales ditanya tentang keadaannya. Dia menjawab, “Beginilah, aku mati secara perlahan-lahan.”
Derajat kebaikan seorang hamba yang paling tinggi adalah yang hatinya dapat terpuaskan oleh Tuannya Yang Mahabenar sehingga dia tidak membutuhkan perantara antara dirinya dengan Tuannya itu.
- Pythagoras -
Pythagoras mengundang teman-temannya untuk makan, tetapi ternyata pembantunya melalaikan perintahnya dan tidak menyiapkan makanan. Saat teman-temannya datang, dia tidak panik, malah tertawa. Dia berkata, “Hari ini telah kita dapatkan hal-hal yang lebih mulia daripada alasan pertemuan kita ini, yaitu menahan kemurkaan, menguasai kemarahan, menggenggam kesabaran, dan menghiasi diri dengan kelembutan.”
Wahai anak muda, jika engkau tidak sanggup menahan lelahnya belajar, engkau harus menanggung pahitnya kebodohan.
- Pythagoras -
Janganlah sekali-sekali engkau mempercayai kasih sayang yang datang tiba-tiba, karena dia akan meninggalkanmu dengan tiba-tiba juga.
- Pythagoras -
Pilih olehmu menjadi pihak yang kalah tapi benar. Dan janganlah sekali-sekali engkau menjadi pemenang tetapi zalim.
- Pythagoras -
Jangan membanggakan apa yang telah engkau lakukan hari ini, sebab engkau tidak akan tahu apa yang akan diberikan hari esok.
- Pythagoras -
Sokrates dicela karena makan terlalu sedikit, maka dia menjawab,”Aku makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.”
Diceritakan kepada Sokrates, “Penduduk kota menertawaimu.” Dia menjawab, “Semoga tawa mereka itu semakin menyempurnakan diriku.”
Ada seorang raja yang berkata kepada Sokrates,”Apa yang membuatmu tidak mau menghadapku padahal engkau adalah budakku?” Sokrates menjawab,”Jika engkau jujur kepada dirimu, engkau pasti mengerti bahwa aku bukanlah budakmu.” Raja bertanya, “Bagaimana bisa begitu?” Sokrates menjawab, “Pernahkah engkau mengetahui bahwa diriku melakukan sesuatu atas dasar dorongan nafsu dan marah?” Raja menjawab, “Tidak.” Sokrates bertanya lagi, “Pernahkah engkau begitu?” Raja itu menjawab, “Pernah.” Sokrates berkata, “Saya menguasai nafsu dan marah, sementara keduanya menguasaimu. Jadi engkau adalah Budak dari budakku.”
Lalat mencari dan menempel pada tempat-tempat kotor dan menjauhi tempat-tempat yang sehat. Begitu juga orang-orang yang jahat. Mereka mencari kejelekan-kejelekan orang lain lalu menyebarkannya dan menyembunyikan kebaikan-kebaikan orang lain dan tidak mau menyebutkannya.
- Sokrates -
Lidah yang menyebut Allah tidak pantas dipakai untuk menyebut kata-kata nista.
- Sokrates -
Malapetaka menimpa binatang selain manusia karena mereka tidak dapat berbicara, dan menimpa manusia karena mereka terlalu banyak berbicara.
- Sokrates -
Bertutur-katalah yang baik atau lebih baik diam.
- Muhammad (salla-Allahu’alayhi was salaam) -
Jika engkau menginginkan kebaikan, segeralah laksanakan sebelum engkau mampu. Tetapi jika engkau menginginkan kejelekan, segeralah hardik jiwamu karena telah menginginkannya.
- Sokrates -
Siapa orang yang paling rendah derajatnya? Sokrates menjawab, “Orang yang tidak percaya pada siapa pun dan tidak dipercaya oleh siapa pun.” Dan siapakah orang yang paling nista? Sokrates menjawab,”Orang yang dimintai maaf tapi tidak mau memaafkan.”
Jika orang yang tidak tahu tidak berbicara, maka perselisihan pasti hilang.
- Sokrates -
Kesejahteraan memberikan peringatan, bencana memberikan nasihat.
- Sokrates -
Mengapa engkau tidak mengkhwatirkan matamu yang terlalu banyak membaca? Sokrates menjawab,”Jika aku dapat menyelamatkan mata hatiku, maka aku tidak akan mempedulikan sakit mataku.”
Sokrates melihat seseorang sedang memukuli pembantunya dengan penuh kemarahan. Sokrates bertanya pada orang itu,”Mengapa engkau memukulinya? Orang itu menjawab,”Dia telah melakukan kesalahan yang sangat besar.” Sokrates berkata, “Jika semua orang yang telah engkau perlakukan dengan salah engkau ijinkan untuk menghukum dirimu, pasti engkau akan segera meninggalkan kezaliman ini.”
Orang yang takjub kepada dirinya sendiri, dia melihat di dalam dirinya sesuatu yang lebih indah dari kenyataannya -walaupun sebenarnya dia sangat lemah lalu dia bergembira karenanya.
- Sokrates -
Cerita Pendek (antara sahabat dan MUSUH)
Saturday, February 13, 2010 6:34 PM
Posted by Mujahid Cakna
Pada suatu hari yang hujan, langit jingga mewarnai alam, penuh syahdu siulan dek burung di waktu senja, alunan air terjun yang mencorakkan sungai nan indah. Subhanallah...
Jam menunjukkan pukul 6.50 petang, lagi 20-30 minit azan maghrib akan berkumandang.
Adik: assalamualaikum
Akak: waalaikumussalam...ha, lmbat balik. sibuk sangat ka la ni?
Adik: haah, kami nak memberontak, si rosmah (bukan rosmah mansur) tu naik kepala, ingat dia pimpinan suka2 hati ja nak bagi arahan itu ini, itu ini...ingin kami ni apa, robot!!!
Akak: aish, sabaq2. ada gapo gak, acu cerita sket.
Adik: benda ini da lama kami, geng2 yang memberontak ni simpan. simpan dalam hati, lama2
meletup la. tau la si rosmah tu pimpinan, tapi mintak kami buat itu, ini. hati kami x penah dijaga. aah, kami x kan ikut la arahan dia, biaq p la dia.
Akak: ooo, ni kes hilang tsiqah dan wala la ni.
Adik: gapo tu tsiqah, wala'?
Akak: akak x nk terangkn maksud tsiqah tu gapo,wala' tu gapo, nnt hang dok pening cam tu ja..
Adik: ngeh2 (sambil mengangguk2)
Akak: dalam berjemaah, pimpinan kena jaga tsiqah, dan ahli kena beri wala' pada pimpinan. ha, benda tu memang satu teori yang mana2 jemaah pun mesti belajaq bnde ni.. maksud pimpinan jage tsiqah tu mean pimpinan 2 mesti pastikan dirinya jauh dari fitnah yang memberi impak dia dipandang serong oleh ahli. ahli jadi x berlapang dada dengan pimpinan kl diri dia sentiasa dalam situasi fitnah. so, bila ahli da x berlapang dada, hang kuar apa2 arahan pun, tobat la ahli tu nk ikut, biaq pi cam tu ja la arahan tu...
Adik: ooo..wala'2?
Akak: ha, ahli pulak kena patuh dan bertindak mengikut arahan pimpinan, apa saja selagi x melanggar hukum syarak. itu la wala', tapi... wala' ni x bermakna ahli tidak boleh memberi pandangan, boleh. tapi berilah mengikut saluran yang betul, jgn smpai melangkaui keputusan atau arahan pimpinan...
Adik: tapi si rosmah ni, kl sebut tsiqah, sori...kami x tsiqah langsung dgn dia...mcm mana kami nk wala' kt dia?
Akak: em, btol.. sbb tu akak habaq tadi tu adalah teori, tsiqah dan wala' kena selari. dalam kes ni adik kena pandang secara keseluruhan, agak2 kl adik x ikut arahan tu, apa jadi pada jemaah tadika adik? mcm akak kata tadi, kl x stuju dgn arahan tu, cube beri pandangan ikt saluran yang betul, tapi kl arahan tu bgs, just kita x tsiqah dgn pemberi arahan tu, pimpinan tu, kita kena cuba berlapang dada juga... atas dasar jemaah tadika adik... adik sayang x jemaah tadika adik?
Adik: sayang leee... tapi, x kn nk biaq rosmah tu gtu ja?
Akak: yer2, rosmah pun kena berubah. tsiqah penting as pimpinan. untuk jangka masa panjang, long survival. bila antara kita da xda tsiqah, ukhawah kita pasti hancur.... ukhwah hancur, xpayah berangan nk sebut ttg gerakan islam. sbb tu antara 7 faktor kemusnahan gerakan islam yang mujahid fathi yakan bgtau, munculnya pelbagai aliran & kelompok dalam harakah, itu la saat ukhwah kita diuji. x caya, ha tgk sini. nanti x pasal2, sahabat menjadi MUSUH. sbb itu tsiqah dan wala' tu penting dan mesti bergerak selari.
Adik: ooo..ok, adik paham.. adik kena bijak tgk yang mana lebih aula/penting. justeru, adik rasa adik x patut buat keputusan mengikut emosi, membelakangkan prinsip2 sebenar yang islam mahukan.. ok la, jom... da nk azan tu...
Akak: beyeh....jom2..kita solat dulu...
Sunnah Orang Berjuang - Sekilas Kehidupan Seorang Pejuang
Friday, February 12, 2010 9:37 AM
Posted by Mujahid Cakna
SUNNAH ORANG BERJUANG
Lirik Nasyid :Hijjaz
Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela taufiq..
Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah mula dibina
Namun jiwa tetap marak memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya
Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..
Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..
Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih
Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..
Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang
Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
SELAMAT BERCUTI SEMUA
PENUHI MASA CUTI DENGAN AKTIVITI BERFAEDAH
Cerita Pendek (sifat ista'jal@tergesa-gesa)
Tuesday, February 9, 2010 10:55 AM
Posted by Mujahid Cakna
Adik: akak2, adik geram la dengan rosmah (bukan rosmah Mansur) tu!!!
Akak: la, geram awat?
Adik: iya la, adik tahu la adik ni baru ja nak rapat2 dengan jemaah islam, nak baik2 dengan ustazah2, tapi x patut dia buat adik mcm tu.
Akak: aish budak ni, apa yang dia buat? Mane akak tahu kl adik x cerita.
Adik: hehe
Terdiam sebentar......
Adik: mcm ni, adik sudah hamper setahun berjinak2 dalam jemaah islam dekat tadika adik ni.
Adik rase, adik sudah faham cara bawak islam secara berjemaah. Kan nabi pun dulu bawa islam secara beramai2, x nafsi (sorang2).
Akak: ok, so?
Adik: sekarang ni adik sudah dilantik menjadi ketua exco agama. So base on kefahaman adik dlm berjemaah ni, adik cuba la bawa pembaharuan dalam jemaah kt tadika adik ni.
Akak: ok,pastu? Ambik ni minum sambil2 cerita. (sambil hulurkan air radix suam)
Adik: time kasih. Em, adik tegur pimpinan atasan, tegur direct kak.rosmah tu la pimpinan skg. Adik nampak kena buat perubahan dalam pendekatan dakwah kita pada kawan2 tadika ni. So, sekarang ni jemaah adik sudah berpecah 2. Ada yang sokong adik, ada yang sokong team rosmah......
Akak: ooo,em... (berfikir sejenak, ala2 budak tadika)
Akak: akak ada 1 cerita, mau adik dengar?
Adik: bisa (aik, budak tadika pandai kecek indon la)
Akak: begini, ada seorang imam masjid di suatu kawasan. dia dalam perjalanan ke masjid untuk mengimamkan solat asar. ada 30 minit lagi untuk asar. dalam perjalanan itu, dia terjumpa dengan kawan lama nya, tengku fateh (bukan nama anak a.tengku). disebabkan tidak cukup masa untuk berbual, dan pak imam tidak membawab hensetnya, lalu....
Adik: lalu apa kak?
Akak: lalu, pak imam ternampak ada kertas bertaburan di kakinya. rupanya kertas itu kertas 'spot toto'(no ekor) sebab pak imam berbual di depan kedai spot toto. ya, pak imam pikir tidak salah untuk menulis no telifon si fateh ini atas kertas itu, sebab tiada kertas lain di situ. lalu pak imam pun tulis no fateh di belakang kertas no ekor itu. Setelah itu pak imam pun pergi ke masjid tun mengimami solat asar.sedang2 solat....
Adik: cepat la kak, adik x saba ni....
Akak: sedang2 solat, ketika ruku', takdir Allah swt, kertas itu jatuh, lalu makmum, pak bilal pun nampak la kertas no ekor yang jatuh dari poket pak imam itu. em, makmum apa lagi, ada yang mufarakah, ada yang selepas itu da x mai da solat yang pak imam tu imami....
Adik: waduh, pak imam kn x bersalah. dia hanya tulis no telifon kwnnya di belakang.
Akak: ya, betul. asal hukumnya, pak imam itu tidak bersalah kerana terdesak untuk dapatkn no telifon kwnnya. tapi, bila timbul pula fitnah masyarakat terhadap islam itu sendiri, maka mudarat itu lebih besar dari mudarat bila pak imam tidak ada kertas itu dan tidak dapat menulis no telifon kwnnya. maka, hukumnya pak imam haram mengambil kertas tersebut kerana ia akan menjadi fitnah yang lebih besar setelah itu.
Adik: ooo...jadi, apa kaitan dengan kes adik? adik xambil no ekor la...
Akak: memang ler...aish budak ni...dengar dulu cerita akak x abis lagi...mcm ni...pak imam tu tergesa2 menggunakan kertas no ekor itu tanpa memikirkan mudarat yang lebih besar setelah itu, seperti yang ceritakan. sama macam adik, adik cuba buat satu perubahan yang baik dlm jemaah tadika adik, ya itu perbuatan baik malah Allah suka hambaNYA yang kuat mempertahankan kebenaran. tapi, kesannya jemaah terbahagi kepada 2. itu mudarat yang lebih besar berbanding jemaah adik tidak berubah atau mungkin lambat berubah.
Adik: ooo (sambil berfikir)
Akak: adik kena ingat, pesanan mujahid fathi yakan tentang 7 faktor utama penyebab kemusnahan gerakan islam. antara nya adalah sikap ahlinya yang ista'jal, tergesa2 dan muncul pelbgai kelompok dalam 1 jemaah. itu mudarat besar tu adik. tarak percaya, ha rujuk sini .
Adik: ooo,baru adik faham....adik terlalu tergesa2 hingga menyebabkan jemaah tadika adik sudah berpecah 2...(sambil tersenyum dan memegang bahu akaknya)..terima kak, adik faham dan cuba bersederhana dalam berjemaah..
Akak: ha, bijak2...x kesah la sapa kawan kita dlm jemaah, rosmah ka, shahrijal ka, azalin ka, kl dia jemaah kita, walaupun depa ni buruk perangai, solat lmbt, tudung x brape nk tutup, depa tetap sahabat kita.jagalah ukhwah sebaiknya tapi yang tidak betul tu, teruskn dengan usaha dakwah, tapi ingat, mesti???
Adik: bersederhana (hahaha...sambil tergelak la mereka 2 beradik ini)
sekian, satu cerita yang merapu
7 Faktor Utama Penyebab Kemusnahan Gerakan Islam
10:32 AM
Posted by Mujahid Cakna

1. Hilangnya imuniti keyakinan
2. Pengkaderan & pentarbiyahan anggota berdasarkan kuantiti
3. Ista'jal (tergesa-gesa)
4. Binaan tandzim dipengaruhi unsur luar
5. Munculnya pelbagai aliran & kelompok dalam harakah
6. Campur tangan pihak luar dengan pengaruh dominan politik
7. Lemah & hilangnya kesedaran politik (wa' yun siayasi) dalam harakah
(Bahtera Penyelamat:Karangan Mujahid Fathi Yakan)
Aku Pelindung Wanita....
Thursday, February 4, 2010 9:34 AM
Posted by Mujahid Cakna
Wahai kaum wanita yang disayangi Rasulullah...
yang ditinggikan martabatnya oleh Islam...
Terimalah mesej di atas secara positif
~~~ OoO ~~~ oOo ~~~
P/S: Zaman ini zaman payah nak jaga mata...
TERIMA KASIH KERANA MENUTUP AURAT
Buat Masa Ini 2....
Wednesday, February 3, 2010 10:46 AM
Posted by Mujahid Cakna
Assalamualaikum....
dalam chemical engineering, setiap tindak balas yang baru berlaku (new reaction) pasti mempunyai time delay dan transpoting time (atau bahasa kimia dipanggil time constant).
bagi tindak balas yang panjang dan kompleks, time delay (masa yang tertangguh sebelum bermula tindak balas) dan time constant agak panjang sebelum mencapai tahap yang stabil @ dalam bahasa kimia dipanggil stable natural response.
Sepanjang masa semasa tindakbalas itu dalam keadaan tidak stabil, mcm2 perkara boleh berlaku, contoh seperti temperture turan dan naik dengan mendadak, pressure kejap 0, kejap 10 atm, flow kejap laju dan kadang2 perlahan...
Kesukaran itu akan terus berlaku sehinggalah ia mencapai tahap kestabilan di mana pada waktu itu, sebarang gangguan luar dan dalam seperti environment temperture, outside pressure dan sebagai tidak akan dapat mengganggu gugat proses tindakbalas tersebut..
Tindakbalas sudah stabil... parameter2 penting seperti temperature dan pressure tidak akan mudah berubah..datanglah apapun, insyaAllah dengan kestabilan yang tebal, ukhwah antara zarah2 tindakbalas yang mantap, wehdatul fikr dan wehdatul amal (kesatuan pemikiran dan amal) electron2 tindakbalas sudah utuh, nilai thabat reactant sudah kuat, pasti gangguan2 luar itu tidak dapat menggoyahkan i'tiqot proses tersebut...

sahabat2 yang dirahmati Allah,
begitulah insan yang lemah seperti kita ini,
setiap dari kita pasti akan menghadapi tahap tidak stabil....cuma yang membezakan panjang dan pendekkah masa tidak stabilnya?
lama @ sekejap?
tahap gangguan yang kuat atau biasa?
mcm mana nilai ukhwah antara insan2 yang bergelar shbat?kdg2 pasti akan tercalar...
sebelum mencapai tahap stabil/matang, setiap insan pasti memerlukan masa untuk menangani masalah2 tersebut...
saya ingin berkongsikan satu cerita dari sini yang boleh kita pelajari, dalam mana kita hendak mencapai tahap stabil/matang, apa langkah2 yang boleh kita ambil untuk dijadikan guidance selain yang pasti, tidak dilupakan amal2 islami dan keimanan kita pada Allah swt..
hayati lah:
www.iluvislam.com
dihantar oleh : Ukhti Izzah
editor : everjihad
Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa. Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka. Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat. Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.
Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda. Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya. Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang. Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati. Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif. Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna. Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.
Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai. Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita. Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.
Forum Perdana di Masjid Seri Ampangan
Friday, January 8, 2010 10:04 AM
Posted by Mujahid Cakna
Isnin-9. 15 malam
Tempat : Masjid Qaryah Seri Ampangan (Masjid Putih)
Sekilas Pesanan pada para penggerak dan peserta I-Camp 2010
9:35 AM
Posted by Mujahid Cakna
assalamualaikum
tahniah pada pimpinan PMI 2010 kerana bakal menjalankan satu program yang bermanfaat pada masyarakat kampus, khususnya pada ahli PMIUSMkkj...setinggi2 tahniah
amiklah kesempatan dalam menjalankan program yang baik ini, ikhlaskan niat kerana ALLAH swt...usaha yang terbaik untuk menyampaikan yang terbaik mengenai islam yang syumul kepada peserta2 dan ajk2 program....ingat!Allah suka pada hambaNYA yang kuat, dan kekuatan itu bukan Allah nilai dengan hasil program, tetapi atas usaha kalian untuk memartabatkan islam yang sebenar...hasil itu juga penting, tetapi sebagai garis panduan kejayaan strategi untuk menegakkan islam yang telah kita jalankan...
ok, all da best, bawaklah islam yang sebenarnya pada semua...
pada peserta I-Camp, i-camp ini SERONOK...
seronok dengan game islam, seronok dengan ukhwah islam, LDK islam, makan2 islam, game bola islam(ader ker name mcm ni)...dan pelbagai lagi yang menyeronokkan...
nk tahu apa lagi?? datang dan join kami...
berkumpul di kafe lembaran jam 6 petang, perkhidmatan bas percume disediakan...








