Adik: akak2, adik geram la dengan rosmah (bukan rosmah Mansur) tu!!!

Akak: la, geram awat?

Adik: iya la, adik tahu la adik ni baru ja nak rapat2 dengan jemaah islam, nak baik2 dengan ustazah2, tapi x patut dia buat adik mcm tu.

Akak: aish budak ni, apa yang dia buat? Mane akak tahu kl adik x cerita.

Adik: hehe

Terdiam sebentar......

Adik: mcm ni, adik sudah hamper setahun berjinak2 dalam jemaah islam dekat tadika adik ni.

Adik rase, adik sudah faham cara bawak islam secara berjemaah. Kan nabi pun dulu bawa islam secara beramai2, x nafsi (sorang2).

Akak: ok, so?

Adik: sekarang ni adik sudah dilantik menjadi ketua exco agama. So base on kefahaman adik dlm berjemaah ni, adik cuba la bawa pembaharuan dalam jemaah kt tadika adik ni.

Akak: ok,pastu? Ambik ni minum sambil2 cerita. (sambil hulurkan air radix suam)

Adik: time kasih. Em, adik tegur pimpinan atasan, tegur direct kak.rosmah tu la pimpinan skg. Adik nampak kena buat perubahan dalam pendekatan dakwah kita pada kawan2 tadika ni. So, sekarang ni jemaah adik sudah berpecah 2. Ada yang sokong adik, ada yang sokong team rosmah......

Akak: ooo,em... (berfikir sejenak, ala2 budak tadika)

Akak: akak ada 1 cerita, mau adik dengar?

Adik: bisa (aik, budak tadika pandai kecek indon la)

Akak: begini, ada seorang imam masjid di suatu kawasan. dia dalam perjalanan ke masjid untuk mengimamkan solat asar. ada 30 minit lagi untuk asar. dalam perjalanan itu, dia terjumpa dengan kawan lama nya, tengku fateh (bukan nama anak a.tengku). disebabkan tidak cukup masa untuk berbual, dan pak imam tidak membawab hensetnya, lalu....

Adik: lalu apa kak?

Akak: lalu, pak imam ternampak ada kertas bertaburan di kakinya. rupanya kertas itu kertas 'spot toto'(no ekor) sebab pak imam berbual di depan kedai spot toto. ya, pak imam pikir tidak salah untuk menulis no telifon si fateh ini atas kertas itu, sebab tiada kertas lain di situ. lalu pak imam pun tulis no fateh di belakang kertas no ekor itu. Setelah itu pak imam pun pergi ke masjid tun mengimami solat asar.sedang2 solat....

Adik: cepat la kak, adik x saba ni....

Akak: sedang2 solat, ketika ruku', takdir Allah swt, kertas itu jatuh, lalu makmum, pak bilal pun nampak la kertas no ekor yang jatuh dari poket pak imam itu. em, makmum apa lagi, ada yang mufarakah, ada yang selepas itu da x mai da solat yang pak imam tu imami....

Adik: waduh, pak imam kn x bersalah. dia hanya tulis no telifon kwnnya di belakang.

Akak: ya, betul. asal hukumnya, pak imam itu tidak bersalah kerana terdesak untuk dapatkn no telifon kwnnya. tapi, bila timbul pula fitnah masyarakat terhadap islam itu sendiri, maka mudarat itu lebih besar dari mudarat bila pak imam tidak ada kertas itu dan tidak dapat menulis no telifon kwnnya. maka, hukumnya pak imam haram mengambil kertas tersebut kerana ia akan menjadi fitnah yang lebih besar setelah itu.

Adik: ooo...jadi, apa kaitan dengan kes adik? adik xambil no ekor la...

Akak: memang ler...aish budak ni...dengar dulu cerita akak x abis lagi...mcm ni...pak imam tu tergesa2 menggunakan kertas no ekor itu tanpa memikirkan mudarat yang lebih besar setelah itu, seperti yang ceritakan. sama macam adik, adik cuba buat satu perubahan yang baik dlm jemaah tadika adik, ya itu perbuatan baik malah Allah suka hambaNYA yang kuat mempertahankan kebenaran. tapi, kesannya jemaah terbahagi kepada 2. itu mudarat yang lebih besar berbanding jemaah adik tidak berubah atau mungkin lambat berubah.

Adik: ooo (sambil berfikir)

Akak: adik kena ingat, pesanan mujahid fathi yakan tentang 7 faktor utama penyebab kemusnahan gerakan islam. antara nya adalah sikap ahlinya yang ista'jal, tergesa2 dan muncul pelbgai kelompok dalam 1 jemaah. itu mudarat besar tu adik. tarak percaya, ha rujuk sini .

Adik: ooo,baru adik faham....adik terlalu tergesa2 hingga menyebabkan jemaah tadika adik sudah berpecah 2...(sambil tersenyum dan memegang bahu akaknya)..terima kak, adik faham dan cuba bersederhana dalam berjemaah..

Akak: ha, bijak2...x kesah la sapa kawan kita dlm jemaah, rosmah ka, shahrijal ka, azalin ka, kl dia jemaah kita, walaupun depa ni buruk perangai, solat lmbt, tudung x brape nk tutup, depa tetap sahabat kita.jagalah ukhwah sebaiknya tapi yang tidak betul tu, teruskn dengan usaha dakwah, tapi ingat, mesti???

Adik: bersederhana (hahaha...sambil tergelak la mereka 2 beradik ini)

sekian, satu cerita yang merapu