Pages

Mufti "One Malaysia"..tahniah Najib!

apa nak jadi dengan malaysia bwh najib sekarang
makin meruncing dengan isu "mufti baru" ini
UMNO, dari dulu, kini dan selamanya tidak boleh diharapkan untuk jaga agama
dok sibuk kate nak jaga melayu, melayu, melayu

untuk keterangan lanjut boleh layari link dibawah:
http://dppwp.wordpress.com/2009/04/24/kes-agama-anak-najib-lantik-koh-tsu-koon-jadi-mufti/
http://www.mstar.com.my/variasi/pendapat/cerita.asp?file=/2009/4/28/mstar_pendapat/20090428112040&sec=mstar_pendapat

Syukran, dikau sungguh bermakna bUatku....

berjuang menempuh susah


menanggung derita menongkah fitnah


itulah gelombang hidup samudera luka


seorang mujahid membela tauhid



dipisah dia berkelana


dibelenggu dia uzlah menagih mehnah


namun jiwa tetap mara m'buru cinta


membara demi allah dan rasulNya



berjuang tak pernah senan


gombak derita tiada henti


tenang resah silih berganti


inilah sunnah orang berjuang



malamnya bagai rahib merintih sayu


dihiris dosa air mata


siangnya bagaikan singa di rimba


memerah keringat mencurah tenaga



berjuang memang pahit


kerana syurga itu manis


bukan sedikit mahar yang perlu d'bayar


bukan sedikit pedih yang d'tagih



berjuang ertinya terkorban


rela terhina kerna kebenaran


antara dua jadi pilihan


dunia yang fana atau syurga



Syukran akhi (namo manja abe mie)

lps akhir bln 2 (trn kawe dr sesuatu di an-nahdhoh), start tu kita rapat

dari situ bnyk saya belajar dr saudara helmi, umpama tuk guru padaku

Akhi, x dpt nk luahkn kata2 jika tidak ditentukan pertemuan seterusnya antara kita

walaubagaimanapun, tarbiyah LOQLAQ dari demo yang amat penuh dgn pengisian tu bg impak 1.0 pada kawe

syukran jiddan, moga perhubungan terjalin, kerana Allah swt

ssungguhnya ia xkan mati begitu sahaja walau tidak di depan mata

ish,sedih apo la plk ni...ok akhi

nnt mai klate msk minang deh...hahaha

sekian dari kawe, permulaan dan pengakhiran tiada

ayuh terus menjadi mata2 rantai islam

waAllahua'lam (kasarkn nada, versi mursyidul am)

Sakit kRonik yaNg peRlu diJaGa


saya melihat & mengkaji,dalam masyarakat islam kita ini....penyakit yang paling kronik yang masih gagal diubati oleh doktor ialah penyakit tidak menjaga pandangan mata terhadap lawan gender.....
satu penyakit yang mengakar laju,sukar dibendung lagi...satu penyakit yang mudah merebak dengan cepat & menghasilkan masalah yang besar dalam kehidupan....



satu penyakit yang membuatkan masyarakat menjadi hancur...virus penyakit ini jika tidak dirawat lebih awal akan merebakkan penyakit2 lain



magnet ketertarikan terhadap lawan gender yang kuat akan menyebabkan maksiat2 lain berlaku.....



hal ini pun sebenarnya telah allah s.w.t 'warning'kan dalam 'manual book' Dia iaitu al-quran seperti berikut....Surah An-Nuur ayat 30-31: “Katakanlah kepada orang laki-laki beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang nampak daripadanya.”



ini bukti kasih sayang allah kepada org beriman......Allah menjadikan mata sebagai cermin hati. Jika seseorang menahan matanya bererti dia menahan serta mengawal keinginan hatinya menurut kehendak Allah. Pandangan mata yang tidak terkawal kelak membuahkan perlakuan yang tidak menentu. Menahan pandangan mata itu bertujuan menjaga kehormatan diri. Bukan bermakna Allah melarang pandangan mata secara keseluruhan, tetapi kita diperintahkan untuk menahan sebahagian pandangan mata.



tidak cukup dengan itu,allah dengan sifat kasih sayangNya 'memberi' pula kepada org beriman seorang role model iaitu rasulullah s.a.w untuk mengingatkan lagi hal ini....



Telah berlaku di zaman Rasulullah SAW, ketika al-Fadhl bin Abbas r.a. menunggang unta Rasulullah dalam perjalanan dari Muzdalifah ke Mina, mereka bertembung dengan beberapa wanita yang menaiki unta. Al-Fadhl memandang ke arah wanita itu, lalu Rasulullah memegang kepala al-Fadhl dan memalingkannya ke arah lain.



Begitu sekali larangan yang Rasulullah maksudkan. Jika pandangan itu dibolehkan tanpa batasan, sudah tentu Rasulullah biarkan saja perlakuan al-Fadhl. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah menetapkan atas diri anak Adam bahagiannya dari zina. Dia mengetahui yang demikian itu tanpa dimungkiri. Mata itu berupaya berzina dan zinanya adalah pandangan. Lidah itu berupaya berzina, dan zinanya adalah perkataan. Kaki itu berupaya berzina dan zinanya adalah ayunan langkah. Tangan itu berupaya berzina dan zinanya adalah tangkapan keras. Hati itu berupaya berkeinginan dan berangan-angan. Sedangkan kemaluan membenarkan atau mendustakan yang demikian itu.”



Rasulullah juga pernah bersabda kepada Saidina Ali: “Wahai Ali, janganlah engkau susuli satu pandangan dengan pandangan lagi, kerana yang pertama menjadi bahagianmu dan yang kedua bukan lagi menjadi bahagianmu (dosa atasmu).”



allah & rasulNya telah menjaga kita....memberi guidance kepada kita.....allah & rasul sayang kita...tak nak kita ini dihinakan..malah mahu mengangkat kita kearah darjat kemuliaan....kita patut bersyukur dengan nikmat ini....boleh saja allah membiarkan kita..tanpa al-quran,tanpa rasul,tanpa ulama...jadilah kita makhluk yang hina tanpa panduan..na'uzubillah..


"maka nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"(surah ar-rahman)-ayat yang diulang2 dalam banyak tempat di dalam surah ini

pesan kakak:"jaga lah pandangan ya.jangan main-main"
jawap adik : "betul2"

Dialog Kota Raya (Muhasabah Diri Sat)

Iman : Assalamualaikum, bos

Diri : Waalaikumussalam wbt.lama tak
nampak awak.Awak cuti ker?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan
tak memerlukan kami lagi..

Diri : Laa..kenapa pulak awak cakap
camtu? pentadbiran diri saya
berterabur sekarang bila jabatan kau
takde.. 

Iman : Takdelah, kami lihat
banyak pekerja tambahan tuan
ambil.VCD,SMS,TV..jadi kami rasa
terpinggir

Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni
saya tak pernah menggaji mereka.Tapi
mereka terlalu rajin buat kerja,
bekerja tanpa gaji,tapi banyak gak
duit saya habis...entah ar

Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan
memencilkan kami. Al Quran, Zikir,
mathurat, solat Malam tak boleh
bekerja dengan mereka..kami memang tak
boleh bercampur dengan mereka..

Diri : Saya tak pernah minta kau
bercuti

Iman : Bagaimana kami ingin bekerja
sedangkan tuan sudah punya pekerja
tambahan? Saya lihat mereka buat tuan
gembira..

Diri : Argh, gembira
apanya..Berterabur kerja kat pejabat
tu!!Tolonglah, bekerjalah dengan saya
kembali

Iman ; Kami sememangnya sudah
berkhidmat dengan tuan dari tuan di
dalam rahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan
kadang-kadang mengabaikan kami. Tuan
sediakan makanan untuk bos pekerja
tambahan, En Dosa, tapi kami, tuan tak
sediakan makanan. Kebajikan kami tak
terjaga...

Diri : Maafkan aku. kembalilah bekerja
dengan saya. Saya janji kebajikan kamu
semua saya jaga,En Iman.

Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO
kita akan memantau tuan, Dialah
Allah.Tuan takkan tak takut menabur
janji tapi melupakannya?

Diri : Janganlah menyalahkan
saya.

Iman : Tuan perlu sedar, kami
hanya bekerja di dalam syarikat yang
bersih, dan amanah..Bukanlah saya nak
memandang rendah pada jabatan baru En
Dosa, tp kami tidak suka cara mereka
bekerja. mereka meminggirkan
kami

Diri : Dah awak tak melawan?

Iman : Tuan, bagaimana kami ingin
menang? Kami terlalu lemah, sedikit
pula tu, kebajikan kami langsung tuan
tak jaga..Sedangkan kami tidak pernah
meminta gaji dari tuan.Cuma kami minta
disediakan ruang yang bersih dan
amanah untuk kami bekerja. salahkah
kami meminta yg sedikit?

Diri : Mereka kadang-kadang lebih
menggembirakan saya

Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak
dapat rasanya kami bekerja untuk tuan
lagi.Tuan perlu memberi kebajikan
kepada mereka.Siapalah kami..

Diri : Ehh, jangan..Bekerjalah dengan
saya

Iman : Buanglah pekerja itu..Mereka
meminta-minta dari tuan.Tuan perlu
berhabis jutaan ringgit untuk mereka.
Sedangkan kami, percuma khidmat kami

Diri : Aduh, mereka pekerja yang
menggembirakan saya.Memang kamu
percuma, tapi kamu kadang-kadang
bising, ini tak boleh, itu tak
boleh..saya rimas

Iman : (senyum sinis)..Maafkan kami
tuan..kami minta diri dulu..tak
perlulah kami berkhidmat dengan tuan
kalau begitu..Kalau tuan perlukan
kami, kami sentiasa di sisi..Tuan
jangan risau, kami maafkan tuan..

Diri : Jangan pergi..saya sanggup
pecat En Dosa..dan ahli
jawatankuasanya, vcd, majalah yang
melalaikan, dan sbagainya

Iman : Tuan betul-betul sanggup?

Diri :Ya, saya kelam kabut sekarang..Tak
tenang,management berterabur..

Iman : Alhamdulillah..kami free of
charge..Tuan takkan rugi, sebaliknya
tuan beruntung besar..Silap hari
bulan, CEO, Allah kita akan naikkan
tuan ke pangkat yang lebih tinggi

Diri : Terima kasih..=)Panggillah ajk
kamu bekerja semula. En Iman, saya
akan jaga kebajikan kamu, panggillah
En mathurat, En Zikir, En Solat,dan
semua ahli jabatan akamu ya?

Iman : Alhamdulillah.Moga keuntungan
tuan bergada-ganda tahun ini dan
seterusnya

Diri : Terima kasih pegawai
kewanganku ..


Dengarlah Pesanan Kami (Person in PIC)



Kita perlu ingat ada satu sifat Allah yang tidak boleh diambil dan ditiru kerana ia hanya khusus untuk Allah sahaja.Sifat itu ialah sifat Al-Kabir, yang bererti sombong ataupun ego . Ini merujuk kepada sebuah hadis yang berbunyi :

“Kabir (sombong) itu adalah selendangku (pakaianku) dan barang siapa yang mengambilnya bererti dia telah menanggalkan pakaianku”.

Jesteru itu, ada baiknya kita menilai diri kita, adakah kita mempunyai sifat ego didalam diri kita atau sebaliknya.Mari kita lihat tanda-tandanya.

1. Kalau diberi sesuatu jawatan dia rasa seronok atau terhibur

Kalau seseorg itu diberi jawatan sama ada kecil @ besar, dia rasa senang hati atau bangga. Tidak pernah b’susah hati, sedangkan org yg tiada sifat ego dlm dirinya dia akn rasa takut utk menerima jawatan itu. Hendak ditolak tidak patut krn telah diberi kepercayaan, ttp dia takut & bimbang kalau-kalau gagal dlm memikul tanggungjawabnya dan akn dipersoalkan di akhirat kelak.

2. Kalau dia seorang pemimpin dia bersikap kasar

Kalau dia pemimpin, dia tidak pernah memikirkan perasaan anak buahnya. Arahannya lebih berbentuk suruhan drpd meminta bantuan. Dia tidak mengira sama ada anak buahnya tersinggung ataupun tidak asalkan kerjanya siap.

3. Kalau tidak terlantik rasa tidak senang

Dia akn merasa susah hati @ tergugat apbila org lain memegang jawatan yg dia rasakan m’pu utk m’jawatnya. Dia jg akan merasa tidak senang sekiranya ditukarkan jawatan ke bhgn lain apatah lagi jika diturunkan pangkat. Org yg tidak ego akan b’khidmat selagi mampu dgn tidak mengira jawatan apa sekalipun asalkan dpt mberi sumbangan dan tidak bertentangan dgn syariat.

4. Kalau dia pengikut susah hendak ikut cakap

Kalau dia menjadi anak buah, dia payah hendak patuh dan taat kepada ketuanya. Kalau patuhpun kerana segan dimarahi ataupun krn diperhatikan org. Dia t’paksa m’buat kerja krn rela paksa ttp bkn ikhlas krn Allah.

5. Mudah marah

Orang yang ego cepat marah dan mudah tersinggung atau melenting. Kata-kata orang lain tidak diambil kira lagi apabila marahnya memuncak. Kalaupun marah itu tidak dizahirkan, tetapi perasaan marah dan benci itu tetap terpendam di dalam hatinya malah sukar untuk memaafkan orang lain.

6. Mudah tersinggung

Didlm sifat org yg pemarah itu, dia jg m’punyai sifat yg t’lalu emosional & mudah tersinggung. Dia tidak boleh melihat org lain lebih baik drpdnya, tidak boleh ditegur dan tidak boleh ada org yg cepat buat kesilapan, dia akan mudah terasa malah lebih teruk lagi jika dia akn merajuk. Kononnya nak minta org pujuklah tu.

7. Suka Berkawan dgn org bawahan supaya dirinya lebih menonjol

Dlm berkawan, dia gemar memilih kawan dari kalangan yang tidak menonjol atau org yg lebih rendah taraf atau pangkatnya dan tujuannya bukanlah utk bermesra tetapi supaya kehadirannya akan dirasai oleh oranr lain. Agar kemana-mana dia pergi orang akan nampak dia. Dia tidak senang hati kalau di dlm sesuatu majlis itu, dirinya tenggelam dan tidak diperasani oleh org lain.

8. Sukar untuk menerima pendapat orang lain

Orang ego pastinya tidak dapat menerima hakikat ada orang lain yang lebih tahu atau lebih daripadanya. Lebih-lebih lagi sekiranya dirinya dikenali ramai ataupun seorang pemimpin, pasti dia sukar untuk menerima teguran daripada anak buahnya walaupun teguran itu benar. Juga sukar bagi seseorang yang lebih tua untuk menerima kata-kata seseorang yang lebih muda daripadanya.

9. Dlm majlis perbincangan, tidak senang org lain m’beri pandangan

Tidak kira dalam majlis perbincangan rasmi atau tidak rasmi, dia tidak senang mendengar orang lain memberi pandangan atau pendapat.

10. Dlm majlis p’bincangan, tidak senang org lain m’beri pandangan

Apabila berada di dalam sesuatu majlis, dia suka menyampuk dan sering memotong percakapan orang lain. Lebih-lebih lagi sekiranya percakapan itu tidak bersesuaian dengan kehendak dan pandangannya. Mungkin juga supaya org nampak bhw dia banyak m’beri p’dapat dan pandangan di dlm majlis itu.

11. Di dalam majlis, hanya suka pandangannya sahaja diterima

Di dalam majlis juga, dia sukar mendengar apatah lagi menerimape

ndapat orang lain. Pendapatnya sahaja yang hendak didengar dan diterima pakai. Tambahan pula, kalau dia merasakan pendapatnya itu lebih baik.

12. Tidak senang kalau kemajuan tercetus di tangan orang lain

Walaupun org itu drpd kumpulan @ organisasi yg sama, dia tetap tidak senang kalau kemajuan itu t’cetus bukan dr hasil usahanya apatah lagi kalau org itu m’dpt pujian dan disanjung oleh orang lain. Dia ingin kemajuan dicetus ditangannya agar orang lain mengenalinya, memujinya dan menyanjunginya.

13. Sering bercakap dengan suara yang tinggi

Ketika berkata-kata, suaranya sering melebihi had yang sepatutnya. Ini lebih ketara apabila merah ataupun tidak puas hati. Dia tidak tahan dicabar, pasti dia akan mencabar semula.

14. Dia lebih gemar memperkenalkan dirinya

Kalau dia b’buat kerjanya @ dlm konteks yg lebih luas ruang lingkup serta peranan yg perlu dimainkan. Dia lebih gemar m’p’kenalkan tentang dirinya atau bhgn yg dipegangnya drpd m’perkenalkan ketuanya atau kumpulannya.

15. Sembahyang lewat serta tidak mahu berdoa selepas sembahyang

Melengah-lengahkan solat tandanya orang itu sombong dengan tuhan. Dia lupa bahawa tuhan yang menentukan masa depannya tetapi dia tidak mahu berdoa selepas solat walaupun sekejap. Lebih baik lagi jika dia sujud syukur setiap kali selepas menunaikan solat agar lahir rasa bersyukur memandangkan mungkin ketika membuat aktiviti harian kita terlupa atau terlalai untuk mengucapkan syukur atas nikmat Allah yg dikurniakan kpd kita.

PEMIMPIN KERAS, TEGAS DAN LEMAH LEMBUT SEMATA-MATA KERANA ALLAH

Saidina Umar R.A, khalifah yang kedua pernah berpidato ketika dilantik menjadi pemimpin umat Islam. Di antara kata-katanya ialah :

Alhamdulillah,

Aku diuji oleh Allah sbg pemimpin anda sekelian dan anda pun diuji Allah di bawah kepimpinanku. Sesungguhnya jawatan adlah cabaran. Jawatan adalah tempat ujian yg dtg bertubi-tubi. Wahai kaum muslimin ! Aku ini hanya salah seorg di kalangan kamu. Ya Allah ! Aku ini kasar berilah aku sifat lemah lembut, aku ini lemah maka berikanlah aku kekuatan. Aku dgn rakyat banyak takut dgn sifat kekerasan dan kekasaranku. Waktu aku b’sama Rasullulah, akulah yg m’jd pelayan dan hambanya, tidak ada seorg manusia yg dpt menyamai sifat lemah lembut dan kasih sayangnya t’hdp kaum muslimin. Kemudian aku memegang urusanmu. Wahai kaum muslimin ! ketahuilah bhw kekesaranku telah b’lipat kali ganda, ttp ia hanya akan ku gunakan t’hdp org-org yg suka kedamaian, jujur dan patuh maka aku akn b’sifat lemah lembut t’hdp mrk. Aku tidak akn m’biarkan sehingga b’lakunya seseorg mengenainya atau menyakiti orang lain. Aku akan letakkan pipinya ke tanah sehingga dia tunduk kepada kebesaran dan bersifat baik


Usah Merungkai Peribadi (I Luv Islam)

Bukan mudah untuk menjaga rahsia dan juga menjaga amanah. Kerana rahsia atau amanah itu adalah perkara paling berat dalam kehidupan kita. Begitu juga apabila sesuatu kepercayaan yang telah diletakkan kepada seseorang kepada kita, kepercayaan itu harus digengam erat tanpa sedikit pun perasaan untuk meleraikannya. Sekali kita cuba meleraikannya, seumur hidup kepercayaan itu tidak akan digalang lagi kepada kita.

Bukan mudah untuk mempercayai orang lain selain daripada diri sendiri. Sungguh besar nilai dan harga yang perlu dibayar untuk memastikan bahawa kepercayaan itu tidak dikhianati. Kepercayaan itu hadir daripada sebuah hubungan yang ikhlas, tanpa ada rasa sedikit pun keraguan terlintas. Sebab itu percaya membawa bahagia dan rasa diri berharga.


KISAH SILAM

Kisah silam yang dilalui oleh manusia tidak seharusnya dirungkai dan dicoret-coret isinya. Biarlah ia terus dikambus, dikambus oleh kebaikan dan amalan baik yang dilakukan. Manusia tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan, dan perkara ini sering-kali diulang-ulang dari Quran bahawa kesilapan itu ditebus melalui sesalan. Sesalan yang bersungguh-sungguh dan bertekad untuk tidak melakukannya lagi, iaitu TAUBAT.

“Taubat ialah kembali taat kepada Allah s.w.t dan menyesal dengan bersungguh-sungguh terhadap dosa yang telah dilakukan sama ada dosa besar mahupun dosa kecil serta memohon keampunan dari Allah.”

Mengapa kita suka membaca isi silam orang lain? Adakah perkara itu sebuah keseronokan atau sebuah kelucuan yang harus kita sebar-sebarkan? Ataupun mungkin kita suka mencungkil-cungkil rahsia orang lain yang tersembunyi, kemudian dihebahkan kepada orang lain untuk merendahkan atau menghina seseorang itu? Islam melarang perbuatan mencungkil rahsia yang tersembunyi , kemudian menyebarkannya kepada umum. Perbuatan itu dikategorikan sebagai mengumpat/ghibah.

Rasulullah pernah bertanya makna mengumpat kepada para sahabatnya. Kemudian para sahabatnya mengatakan tidak tahu. Kemudian Rasulullah berkata;

“Mengumpat adalah ketika engkau membicarakan mengenai saudaramu sesuatu yang dia benci.”

Kemudian ada sahabat bertanya:

“Wahai Rasulullah, bagaimana kalau yang kami katakan itu betul-betul ada pada dirinya?”


Baginda menjawab;

“Jika yang kalian katakan itu benar, bererti kalian telah mengumpatnya. Namun jika apa yang kalian katakan itu tidak benar, bererti kalian telah memfitnahnya.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Berdasarkan hadith di atas, walaupun sesuatu perkara yang kita sebar-sebarkan itu sekalipun benar, tetapi tidak disukai oleh empunya diri maka ia termasuk dalam kategori mengumpat. Amat malang dan besar dosanya kepada sesiapa yang tergolong dalam golongan ini, kerana mereka yang tergolong dalam golongan ini disamakan dengan orang yang memakan daging saudaranya, sesuai dengan firman Allah;

“Janganlah sebahagian kalian mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka tentulah kalian akan merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat dan Maha Penyayang.”
(al-Hujrat; ayat 12)


YANG TERSEMBUNYI TETAP TERSEMBUNYI


Rasulullah tidak pernah menghebahkan atau membuka keburukan orang lain yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi, walaupun baginda mengetahui keburukan orang tersebut melalui pemberitahuan dari orang lain atau dari perlaku perbuatan tersebut. Hal ini dapat kita selami melalui sebuah hadith yang direkodkan Imam Muslim.

Diceritakan bahawa ada seorang lelaki datang berjumpa Rasulullah, kemudian dia berkata;

Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (meraba-raba) , cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu.”

Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya; “Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu”.

Nabi s.a.w tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan terus berlalu pergi. Nabi s.a.w menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah dalam surah al-Hud ayat 114;

“Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat”.

Kemudian ada seorang bertanya kepada rasulullah, “Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah?” Jawab Nabi saw, “Bahkan untuk manusia keseluruhannya”.

Jangan keliru atau terkeliru, Islam memang mengharamkan perbuatan yang mendekati kepada zina, lebih-lebih lagi zina. Tetapi Islam juga mengharamkan kita mendedahkan aib orang lain, iaitu perbuatan dosa yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi dan tidak mengancam kepada keselamatan awam disamping perlaku tersebut berusaha untuk menyembunyikannya.

Al-Imam Yusuf al-Qardhawi dalam kitabnya yang bertajuk ‘Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam’, m.s. 124, Kaherah: Dar al-Syuruq, ada menyatakan “Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Bagaimanapun, jika pelakunya melakukannya secara sembunyi-sembunyi dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintip atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemungkarannya. Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis “barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya….”

Dikaitkan kewajipan mengubah itu dengan melihat atau menyaksikan kemungkaran. Tidak dikaitkan dengan mendengar tentang kemungkaran dari orang lain. Ini kerana Islam tidak menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengerjakan kemungkaran secara bersembunyi dan tidak menampakkannya. Diserahkan hanya kepada Allah untuk menghisabnya pada hari kiamat. Hisab ini bukan menjadi kerja seseorang di dunia. Sehinggalah dia melakukannya secara terang-terangan dan menyingkap keaibannya. Bahkan hukuman Ilahi itu lebih ringan bagi orang menutupi kemungkarannya dengan menggunakan tabir Allah dan tidak menampakkan kederhakaannya.

Sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadith yang direkodkan oleh Imam Muslim dan Bukhari, “Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)”. Justeru, tiada seorang pun mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman terhadap kemungkaran- kemungkaran yang dilakukan secara sembunyi. Terutamanya maksiat hati seperti riyak, kemunafikan, kesombongan, dengki, kedekut dan lain-lainnya. Sekalipun agama menganggapnya sebagai dosa besar, namun tidak dibantah-selagi tidak zahir dalam bentuk amalan. Sebabnya ialah kita diperintahkan untuk menghakimi manusia apa yang kita nampak. Manakala hal-hal yang tersembunyi kita serahkan kepada Allah”.


PERINGATAN

Usahlah kita menilai dan menghukum seseorang itu berdasarkan kisah-kisah silam mereka. Usahlah kita bersangka buruk di atas kekhilafan yang pernah mereka lakukan. Usahlah menghina atau merendahkan darjat mereka di atas kehinaan yang pernah mereka lakukan. Tetapi nilailah kehidupan mereka pada masa kini, adililah mereka atas sikap dan perlakuan mereka pada hari ini, dan hukumilah mereka di atas apa yang mereka dipertanggungjawabk an pada masa kini. Pandanglah dengan pandangan segar, pandangan masa depan tanpa menoleh ke arah peristiwa atau titik-titik hitam di belakang hari.

Moga peringatan ini dititipkan kepada rakan-rakan kita yang lain, selain ia menjadi nasihat dan azimat kepada diri kita sendiri, kerana kehidupan itu ada fasa-fasanya.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha mengasihani” (al-Hujrat)





USAH MERUNGKAI PERIBADI
Yussamir Yusof
editOr : mawaryangtinggi

'gagahilah dirimu, teladanilah daku'





Saudara! Kau merdeka di alam yang baru,

Saudara! Kau merdeka dari belenggu itu,

Kalau betul kau berpegang pada tuhanmu,

Apa helah makhluk, tidak berbekas padamu.

 

Saudara! Kan musnah, tidak berbekas padamu.

Akan muincul di alam ini satu fajar baru,

Pancaran sinarnya akan memerdekakan ruhmu,

Lihat, nun fajar baru menari-nari menujumu,

Saudara! Darah badanku membeku mati,

Tidak mengalir kerana ikatan abadi,

Dia kan membawa sembahan ke lelangit tinggi,

Bertakhta medali di syurga nan abadi,

 

Saudara! Kau tangisi ats pemergianku,

Tersiram khusyuk dikuburanku,

Mereka nyalakan lilin dari reputanku,

Kejarlah dengannya kemenangan dan jaya,

Saudara! Jika ku tidur, jumpa kekasih,

Raudhah tuhanku telah tersedia dan isih,

Burung-burungnya berkepak silih,

Berada nian, berada di taman firdaus,

 

Saudara! Ikutilah kalian jejak langkahku,

Puak demi puak, angkatan baru susuli,

Meski pun ku mati, tapi mati suci,

Kaliankan lalu dengan kemenangan lagi,

Ku membela nama tuhan dan agama,

Dengan yakin atas sunnah, kujalan selama,

Entah demi kemenangan di merata dunia,

Entah untuk mendapat balasan dengan anbiya’.

(Sajak Sayyid Qutb sebelum syahid)

Buat sahabat yang dalam kegusaran




Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ?kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan

Buat Para Pejuang di Medan Baru

Perantau
Album : Secercah Pewarna
Munsyid : The Zikr

Perantau musafir perjuangan
Tabahkanlah hatimu
Berjuang di rantau orang
Sedih pilu hanya engaku yang tahu

Ingatlah anak dan isteri
Janganlah menghriris hatimu
Kerinduan desan nan permai
Janganlah melemahkan semangat juangmu

Di waktu ujian badai terus melanda
engkau tetap gigih berjuang
membenarkan sabda junjungan
Terus memburu menuntut janji
Pastilah Islam gemilang lagi

Tapi pejuang kembara perjuangan
Ujian bukan batu penghalang
Kerana itulah syarat dalam berjuang

Oh pejuangDi manapun ada ketenangan
Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal pada Tuhan
Kasih sayhang dan pembelaan-Nya
bagi insan yang menyerahkan
Jiwa dan raga, anak dan isteri
Kepada Allah

Lagi Perak 4. Mahasiswa marah atas ketidakadilan!!!

Bubar Dun Perak, beri peluang rakyat memilih

Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah sebuah parti yang sah berdaftar dan senantiasa mendukung prinsip rukunegara termasuklah prinsip kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.


Kami sepenuhnya percaya bahawa kedudukan kesemua prinsip-prinsip rukunegara ini haruslah dihormati oleh seluruh warga di dalam negara kita ini untuk memastikan keharmonian dan keadilan yang menyeluruh terus terpelihara. Oleh yang demikian, PAS berpendapat bahawa suasana kekalutan yang sedang berlaku di negeri Perak Darul Ridzuan pada masa kini boleh dielakkan dari menjadi lebih buruk sekiranya prinsip asas yang merujuk kepada undang-undang negeri dan perlembagaan persekutuan dijadikan rujukan.
PAS berpandangan bahawa Menteri Besar (MB) Perak pada masa ini, iaitu Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, hanyalah boleh diturunkan dari kedudukannya sebagai menteri besar menerusi undi tidak percaya yang dilakukan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa ianya bersidang.
PAS yakin bahawa sekiranya permohonan MB untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri diterima, maka suasana yang tegang dan boleh menuju kepada satu krisis perlembagaan boleh dielakkan.
Pembubaran Dun akan membuka ruang kepada rakyat untuk membuat pilihan mereka menerusi satu pilihan raya yang menyeluruh di negeri Perak.
Saya juga ingin meminta kepada seluruh rakyat di negeri Perak khususnya dan seluruh ahli dan penyokong kerajaan Pakatan Rakyat di seluruh negara secara amnya supaya bertenang dan tidak terjebak dalam perangkap provokasi yang mungkin ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu./wann _

Lagi Perak 3. Mahasiswa marah atas ketidakadilan!!!

Kerajaan baru Perak 'haram' - Nik Aziz

Mursyidul Am PAS menyifatkan kerajaan baru Perak yang bakal diketuai Dato' Dr Zambry Abdul Kadir (BN - Pangkor) sebagai sebuah kerajaan haram.

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apa yang dimaksudkan haram kerana Umno 'menculik' wakil rakyat Pakatan Rakyat sehingga mereka hilang beberapa hari tanpa dapat dikesan.
"Kemudian apabila keluar dari persembunyian tiba-tiba mereka menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional. Tentunya mereka diberi sesuatu sehingga sanggup meninggalkan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.
"Kemungkinan ada unsur rasuah bagi menarik Adun terbabit tidak dapat ditolak. Apabila kerajaan baru cuba dibentuk dengan cara seperti itu tidakkah ia wajar dinamakan sebagai sebuah kerajaan yang haram," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
ImagePetang ini Zambry dijangka mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak di hadapan Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Manakala barisan Exco kerajaan negeri yang baru pula dijadual dilantik 10 Feb ini.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, tindakan yang dilakukan Umno merampas kerajaan yang dipilih rakyat Perak jelas membelakangi tamadun manusia.
Oleh itu beliau mempertahankan tindakan Dato' Seri Nizar Jamaluddin memohon kepada sultan membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi memberi ruang rakyat menyelesaikan krisis yang berlaku sekarang.
"Saya menyokong penuh usaha yang dibuat kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Tidak ada jalan lain lagi untuk keluar daripada kemelut tersebut melainkan diadakan pilihan raya semula.
"Saya juga menafikan dakwaan sebuah stesen televisyen yang mengatakan saya menyokong tindakan istana Perak memecat Nizar. Kenyataan saya semalam sengaja diputar belit," ujarnya.
Ditanya tindakan Sultan Perak enggan membubarkan Dun dan tetap mahu melantik Menteri Besar baru daripada BN, katanya hak itu terpulang kepada pihak terbabit.
Bagaimanapun katanya, isu berkenaan tidak akan selesai dengan mudah tanpa diberi semula mandat kepada rakyat bagi menentukan kerajaan mana yang layak mentadbir.
Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat yakin kemelut yang melanda Perak sekarang tidak ada penghujungnya tanpa diserah semula mandat kepada rakyat.
Sementara itu, difahamkan tokoh agama ternama di Perak juga menyifatkan kerajaan baru yang diketuai Umno sebagai tidak sah dan haram. - mj _