Pages
Jika tidak mampu ke situ, sekurang2 kita ke arah itu!
Thursday, October 15, 2009 1:34 AM
Posted by Mujahid Cakna
Assalamualaikum wbt
Ya Allah ,Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Engkau telah mentakdirkan hari ini aku menulis setelah sekian lama tidak menulis ke blog ni.
Alhamdulillah, lepas mengedit kiri dan kanan blog, sawang-sawang di blog makin berkurangan.
Tapi sawang di kepala, siapa yang tau. Macam2 ada...
Pertama, pada mulanya saya tak mau menulis, tapi entah macam mana sebab petang tadi sudah berjanji dengan seseorang untuk followup satu artikel/perkongsian, relakan jugak la jari ini menari atas keyboard... Betul jugak kata2 mutiara ini:
“ Perjalanan yang jauh bermula dari langkah pertama”
~Terkena batang hidung sendiri, astaghfirullah~
Baik, tamat sesi coretan kosong...Maka bermulalah, coretan yang tidak kosong ini (ayat orang sudah lame tidak menceburkan diri dalam posting)
“Saya tidak mampu la akhi”
“PMI kosong, xde ekor..pandai bercakap antara mereka sahaja tapi x pandai bertindak dan berdebat”
“Orang lain kan ade, saya tolong bawah2 da la”
“PMI,huh...berdakwah apa, bnyk bermain dengan masalah dalaman ja..syok sendiri ler tu”
“Jemaah PMI tu pandai komen ja, tapi x bertindak dan x pandai bg alternatif”
dan banyak lagi...
Jika melihat kenyataan2 di atas, pasti mereka2 yang pernah terlibat berkata ‘Aduh, pedihnya’..pasti ade yang merasa down...nk letak jawatan, nk lari, menangis, stress dan sebagainya...kerana apa?pasti sebab terkena batang hidung sendiri..
Ya, saya juga merasa begitu kerana aku juga tergolong dalam golongan2 ‘mereka2’ itu.tak tau la kalau anda tidak tergolong dalam golongan2 yang pernah dikeji,dihina dan dinasihat scara kasar...
Stress? Nk letak jawatan? Down ka?
Gejala biasa kerana fitrah manusia, bila smpai suatu tahap pasti akan tersentuh ke lubuk sanuri barinya... Biarkan, teruskn jika kau hendak rase down, stress dan rase nk letak jawatan..hatta rasa nk nangis pun gejala biasa, tiada orang boleh menafi menangis tu utk insane, bukan untuk robot kerana kita mempunyai satu ketul daging yang berharga yang tiada pada robot, kapal terbang dan kerete PM najib (xde kaitan)..itulah hati...
Tetapi biarlah ia sekadar hanya ‘rase’..rase nk down, rase nk letak jwtn, rase stress dll.
Hakikatnya, jiwa perjuangan masih berbuak2 di diri masing2...
Gejala itu hanya sementara jika masing2 memahami apa tujuan kita diciptakan di bumi ini.
Ayat 56 surah Adz Dzaariayaat ini cukup menjadi ‘power factor’ kepada semua pejuang2 agama Allah walau di mana skali pun die berada, tidak kire di bumi, marikh, rumah PM najib, hatta kalau pakai kasut jenis krokodile rm 50,000 pun engkau tidak dapat lari dari kenyataan ini, engkau aku dan dia adalah hamba Allah. Maka di sini perlu diingatkan, ‘the effectiveness of ibadah’ sangat dhaif bg diri kita yang bergelar hamba Allah.. sejauh mana sahaja kita mengingati Allah..ade 24 jam sehari? Mungkin yang membaca ya, tapi saya sesekali jauh..astaghfirullah...
Macam mane hendak meningkat ‘the effectiveness of ibadah’ adalah melalui mengaitkan setiap perbuatan kita atas dasar islam, kerana Allah... aku memancing kerana Allah, aku berucap di dpn rakyat kerana Allah hatta kalau nak bercouple pun kerana Allah tapi bersyarat, mesti da kawen la...
‘Ya Allah, jika aku beralih hati keranaMU, kau paling la semula hati aku ini ke jalanMU. Jgn biarkn aku melampaui batas dan lari dari jalan2MU Ya Allah.. amin ya rabbalalamin...’
Petang tadi saya berbual via ym dengan anak usrah sejemaah PMI di kmpus kejuteraan USM. Adikku meluahkan perasaan, terasa down dalam PMI, down kerana akademik, down kerana masalah dalaman, dan juga serangan2 dari luar (tohmahan2 dll)
Dalam perbincangan kami, saya mengingatkan dia kembali kepada hakikat pejuangan mahasiswa.
Perjuangan mahasiswa di kampus tidak menginginkan PMI dikenali dengan sebagai badan2 ‘masjid shj’, dikenali sebagai proxy ‘parti pembangkang’ yang mempunyai agenda tersendiri dan dikenali sebagai penakut, hanya berani berkata2 belakang tanpa bertindak. Tidak!PMIUSMKKj bukan begitu, dulu kini dan selamanya...
Mengapa saya berani menyatakan sedemikian? Kerana selagi PMI berpegang pada asas2 islam, memahami tujuan PMI sebenarnya ditubuhkan, memahami hakikat perjuangan islam melalui wadah ini, insyaAllah PMI akan teruskn usaha dakwahnya di kampus.
Berkisar tentang kata2 / tohmahan2 yang dilontarkan pada PMI (spt di atas), bagi saya dlm satu skop ia baik untuk PMI. PMI sepatut nya memandang ia positif dan jadikan ia sebagai ‘factor to the turning point’..bawakan ‘new wave’ kepada PMI selepas ini..jadikan PMI sebagai satu pusat rujukan untuk mahasiswa2 islam, kalau mampu lagi, rujukan pada semua mahasiswa di kampus..
Saya mengambil contoh dari kampus2 lain pada adik seusrah saya. Jika di USMiNDUK, mereka hebat dengan pelbagai aktiviti2 bermasyarakat, jika ada perkara yang bertentangan dengan syariat islam dilakukan di USM, mereka bangkit membantah, tidak kira secara demostrasi atau penyerahan memorandum..sma juga di kampus2 lembah kelang, bahkan mereka lebih terkehadapan. Setiap bulan pasti ade pgrm2 dari PMI untuk disajikan pada mahasswa2 dan masyarakat sekitar. Ahli tidak la ramai, tekanan akademik? Ya, mungkin tekanan akademik mereka kurang, tapi kita tidak boleh jadikan akademik sebagai alasan kerana alasan itu sebenarnya ujian dari Allah, sejauh mane kita dapat ‘beribadah’ padaNYA dalam konteks berpersatuan. Terdetik dalam hati saya tadi ingin menyatakan pada adik seusrah, ‘tahniah’...tahniah sebab nta sedang ditarbiyah dari Allah, direct pad anta..jika nta Berjaya, maka nta bertuah kerana nta la hamba Allah. Elemen2 kejayaan tersebut mesti terdiri dari elemen kesabaran spt rasulullah saw tatkala di baling najis ke mukanya, ketabahan seperti bilal bin rabah tika dibaringkan di atas padang pasir yang panas dan keyakinan pada agama Allah spt saidina Ali semasa berbaring di katil rasulullah ketika hijrah.
Allah melihat usaha hambaNYA, bukan pada hasilnya. Hasil itu hanya la tahap kepada kejayaan kepada strategi hambaNYA. Contoh kesah nabi Nuh as, hidup selama 950 tahun tetapi mempunyai umat tidak sampai 100 orang.kadar setahun hanya 9 orang. Tetapi nyata, kekasih Allah itu ttp dijanjikan syurga kerana usahanya kerana Allah swt...
Jika tidak mampu ke situ, sekurang2nya ke arah itu..
Itulah ungkapan yang sering saya beri pada adik seusrah saya. Hakikat perjuangan mahasiswa mesti hidup dengan seminar2, ceramah agama, bengkel2, turun ke medan masyarakat, bedah buku, kem jati diri muslim, joint venture dengan semua persatuan2 yang ade di kmpus, program kebajikan, majlis2 ilmu, sukan, hiburan yang betul, motivasi2 dan sebagainya..perjuangan mahasiswa juga mesti jelas ke mana arah tujunya, tidak terlalu bergantung pada ‘senior’ yang da kluar dari kepompong ‘mahasiswa’...Walaubagaimanapun, Allah itu adil dan seadil2nya.Allah tidak akan membebankan sesuatu yang tidak mampu kepada hambaNYA spt firmanNYA:
1st posting selepas berbulan2 x menulis udah panjang merapu..
Tetapi begitulah hakikat perjuangan mahasiswa islam. Bergerak mengikut kemampuan. Jika tidak mampu semua, jangan tinggal semua. Kalau tidak mampu ke situ, sekurang2 ke arah itu sudah memadai. Dan juga kena ingat, PMI kena bergerak secara berjemaah. Berjemaah mesti memahami konsep 1malaysia..eh,slp2..satu mesia wat pa.fahamilah konsep:
WEHDATUL FIKR, WEHDATUL A’MAL
(kesatuan dalam pemikiran, kesatuan dalam amalan)
Satukan lah hati2 ahli jemaah islam. Jangan biar ia lari terlalu jauh, dan jgn biar ia leka terlalu lama kerana kita masih berpegang pada satu janji, janji kita pada Allah swt:
JANJIKU SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI INI...
Sekian dari hambaMU yang dhoif
Mujahid4869
Perutusan Hari Raya Mursyidul Am PAS
Monday, September 21, 2009 12:27 PM
Posted by Mujahid Cakna
Assalamu'alaikum wa Rahmatullah,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada Bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) kerana Allah berikan hidayah kepada kamu." (Surah Al Baqarah : 185)
Setelah kita berpuasa, bertarawikh, berqiyamullail, bertadarus, bersedekah, berzikir dan sebagainya sepanjang Ramadhan, Allah S.W.T menyuruh kita bertakbir dalam berhari raya.
Takbir ialah sebutan Allahu Akbar yang bermaksud "Allah Adalah Yang Terbesar". Manakala yang lainnya adalah yang paling kecil dan mesti dipinggirkan apabila bertembung dengan Kehendak Allah S.W.T.
Malangnya ramai orang yang menyebut Allahu Akbar sebagai satu tradisi sahaja. Inilah masalah besar yang berlaku di kalangan umat Islam sejak kebelakangan ini.
Hari Raya bukanlah tradisi ciptaan orang Arab, bukan juga tradisi ciptaan orang Melayu. Bahkan ia merupakan kehendak agama.
Antara nikmat berhari raya ialah kita boleh makan dan minum setelah sebulan penuh tak boleh makan harta sendiri. Nikmat ini tak dapat dirasai oleh orang yang tidak berpuasa. Orang yang perutnya kenyang sepanjang tahun, tak terasa sedikit pun kemanisan nikmat ini.
Apabila disebut hari raya, buka saja anak kecil bahkan orang tua dan orang sakit pun turut berseronok sama. Islam minta kita bersukaria dengan amalan ziarah dan bermaafan antara satu sama lain.
Pada hari raya kita tak dibenarkan berpuasa sekalipun puasa itu sendiri adalah ibadat. Tapi dalam persoalan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya, kita tak boleh buat pandai-pandai.
Apabila Allah Ta'ala minta kita mengerjakan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya mengikut cara dan masa yang telah ditentukan.
Begitu juga dalam kita berhari raya, tak boleh kita buat ikut pandai sendiri. Kita berseronok dalam lingkungan yang dikehendaki oleh Allah. Sebab itu kita tak boleh berhari raya dengan pakaian, pergaulan, makan minum dan hiburan yang terlarang dan berunsur maksiat.
Berapa ramai anak-anak mengalami putus jari tangan, buta mata, muka melecur dan sebagainya akibat bermain mercun tanpa kawalan pada setiap tahun.
Berapa ramai pula yang terlibat dengan kemalangan maut pada setiap musim perayaan akibat kelalaian dan tidak memperdulikan peraturan jalanraya sehingga mengorbankan ramai orang yang tidak bersalah.
Apabila hari raya, memang menjadi fitrah manusia suka berseronok. Tapi Islam mengajar kita mengikut peraturan tertentu supaya sambutan hari raya menjadi ibadat yang mendatangkan pahala. Antara jadual berhari raya, kita disunatkan mandi sebelum pergi ke masjid.
Kalau kita mandi biasa, tubuh kita saja yang bersih. Tapi apabila kita niat bahawa mandi sunat hari raya, bukan tubuh kita saja yang bersih dan berbau sedap bahkan kita dapat pahala.
Sesetengah orang tak berapa minat sangat nak cari pahala. Apa yang dia minat ialah cari duit dan harta saja. Kepada orang-orang sebegini, dia kena faham bahawa pahala adalah mata wang (currency) yang sangat berguna apabila kita masuk kubur. Apabila kita masuk kubur, kita tidak mati seratus peratus.
Yang mati dan hancur menjadi debu hanyalah jasad kita. Roh dan jasad kita akhirnya akan dibangkitkan kembali di akhirat nanti.
Sebagaimana jasad manusia di dunia ini berkehendak kepada makan minum. Untuk memenuhi keperluan fizikal di dunia ini, kita terpaksa gunakan wang untuk membeli makanan, minuman dan pelbagai keperluan lain.
Tapi apabila saja kita masuk ke dalam kubur, semua jenis mata wang dunia ini tidak laku lagi. Duit Amerika tak laku. Mas jongkong pun tak laku. Yang lakunya ialah pahala.
Pahala adalah aset dan mata wang yang kita sangat perlukan semasa berada di dalam kubur dan di Padang Mahsyar. Salah satu cara untuk kita mendapat pahala selain daripada berpuasa, bertadarus, bertarawikh ialah dengan kita berhari raya menurut cara yang telah ditunjukkan oleh Islam.
Kita diminta membayar zakat fitrah untuk membantu golongan fakir miskin. Tentunya oarng yang tidak berkemampuan tidak ramai.
Jadi, apabila semua orang yang berkemampuan membayar zakat fitrah, kita boleh fikir sendiri betapa banyaknya harta yang diberikan kepada fakir miskin yang membolehkan mereka tumpang berseronok sama.
Pada hari raya kita diminta memakai pakaian cantik, seboleh-bolehnya pakaian yang belum dipakai lagi. Kalau pakaian sudah dipakai pun tak apa, asalkan halal dan bersih. Kita tetap juga akan mendapat pahala.
Kita juga diminta membawa anak-anak ke masjid, ke surau, ke musalla untuk bertakbir mengagungkan Allah S.W.T dan seterusnya untuk mengerjakan sembahyang sunat hari raya demi untuk bersyukur di atas hidayah kurniaan Allah kepada kita dan juga untuk bertaqarrub kepada Allah 'Azza Wa Jalla.
Sembahyang sunat Aidilfitri ada bacaannya sepertimana yang dibacakan oleh Rasulullah S.A.W. Dalam sembahyang sunat Aidilfitri, Rasulullah S.A.W membaca Surah Qaaf dalam raka'at yang pertama dan Surah Al Qamar pada raka'at kedua. Kedua-dua Surah ini menyentuh tentang Kiamat.
Ketika umat Islam sedang berseronok, tiba-tiba Nabi kita membacakan Surah yang menceritakan tentang kedahsyatan huru-hara yang pasti akan berlaku pada Hari Kiamat nanti. Sekaligus ia bermaksud bahawa segala nikmat hidup di dunia ini pasti akan disoal dan akan dikenakan pembalasan.
Siapa pun yang hidupnya di dunia ini, apabila selaras dengan kehendak Al Quran akan dimasukkan ke dalam syurga. Apabila tak selaras dengan kehendak Al Quran, baik dalam masalah politik, ekonomi, kebudayaan, pendidikan, rumah tangga dan sebagainya dia akan masuk neraka. Wallahua'alam._
Perutusan Hari Raya Aidilfitri Oleh Presiden PAS
Friday, September 18, 2009 11:06 PM
Posted by Mujahid Cakna

ALLAHUAKBAR, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.
Ramadhan Al Mubarak telah pergi meninggalkan kita, setelah kita berpuasa sebulan dalam bulan yang diberkati ini. Moga-moga Ramadhan yang baru sahaja berlalu itu telah mendidik diri kita menjadi orang-orang yang bertaqwa sebagaimana natijah serta hikmat puasa itu sendiri.
Tanda orang bertaqwa pula ialah kita menjadikan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai panduan yang hakiki dalam kita melayari bahtera kehidupan yang penuh dengan cabaran ini. Ianya merangkumi pelbagai cabang kehidupan kita : bukan setakat makan-minum-pakaian yang halal semata-mata, tetapi juga cara untuk menguruskan rumahtangga, berhubung sesama manusia sebagai rumpun jiran tetangga dalam sebuah masyarakat, bahkan hinggalah kepada cara bernegara.
Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, marilah sama-sama kita membuktikan tarbiyah Ramadhan dengan kita terus istiqamah kepada panduan Al Quran dan Sunnah, marilah kita menguatkan persaudaraan di kalangan umat Islam, bermaafan dan berkasih sayang di antara satu sama lain, kunjung mengunjung dengan penuh tawadhuk dan berpandukan kepada akhlak Islam yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Dengan buah taqwa ini jugalah ianya mengajar kita untuk menyelesaikan semua masalah dan perkara yang menjadi perbalahan di kalangan umat Islam khususnya dalam perkara politik yang menentukan dasar dan halatuju negara dengan panduan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan “Eid Mubarak” kepada seluruh ahli dan penyokong serta saf kepimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS), dan juga seluruh rakyat beragama Islam di dalam negara kita ini tanpa mengira fahaman politik mereka. Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan dan menjadikan Syawal ini sebagai titik tolak kepada keyakinan kita bahawa Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. adalah panduan kita yang hakiki dalam kehidupan kita ini.
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.
Ikhlas,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang Presiden PAS
UMNO = Dalang kepala lembu berdarah semasa demonstrasi di Selangor
Thursday, September 3, 2009 2:32 PM
Posted by Mujahid Cakna
1) Berita selanjutnya boleh dirujuk kpd Harakahdaily. (analisa telah dibuat oleh wakil penduduk tempatan)
Menjejak dalang di sebalik kepala lembu berdarah
(sila klik pada link diatas)
2) Klip video semasa demonstrasi yg membawa kepala lembu berdarah di Selangor. (telah dirakam oleh wartawan Malaysiakini)
Temple: Residents march with cow's head
(Sila klik pada link diatas)



52 Tahun, Makna Merdeka -Perutusan Presiden PAS
Monday, August 31, 2009 10:48 PM
Posted by Mujahid Cakna
BERSEMPENA dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-52 Kemerdekaan Negara, bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) suka saya mengulangi bahawa pemimpin-pemimpin ulung PAS adalah golongan yang pertama melibatkan diri dengan perjuangan kemerdekaan negara ini.
Mereka menjadi mangsa kezaliman di zaman penjajah. Ketika itu, banyak di kalangan pemimpin negara kita (Umno) bersekongkol dengan penjajah menjadi pegawai-pegawai mereka.
Namun kita tidak menyerah kalah. Kita adalah yang pertama memperjuangkan kemerdekaan (yang) merupakan mata rantai perjuangan sejak kedatangan Islam yang membawa kemerdekaan sebenar.
Kemerdekaan yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW ialah pembebasan manusia daripada mengabdikan diri kepada makhluk kepada hanya mengabdikan diri kepada Allah SWT. Itulah makna kemerdekaan yang sebenar.
Oleh kerana itu, Nabi kita Muhamad SAW dalam perjuangannya yang pertama menentang jahiliah Arab. Bukan jahiliah bangsa lain sehingga berjihrah ke Madinah mendirikan Negara Islam.
Sebuah Negara yang berlandaskan kepada pengabdian diri kepada Allah Ta'ala yang membawa keadilan mutlak kepada seluruh manusia.
Bukan sahaja kepada penganut Islam bahkan, juga kepada penganut-penganut agama lain yang bernaung di bawah pemerintahan Islam. Selepas itu, Nabi kita Muhamad SAW datang ke Mekah untuk membebaskan Mekah daripada kuasa jahiliah.
Pembebasan Mekah bukan kerana dijajah oleh penjajah asing Rom dan Parsi. Tetapi dijajah oleh jahiliah Arab dari kalangan kaum keluarga Nabi SAW. Sehingga Mekah dibebaskan dan itulah kemerdekaan sebenar.
Dan 'obor' kemerdekaan inilah yang dibawa oleh Rubi'e bin Amer kepada Rostum iaitu panglima tentera Parsi dengan kenyataan Rub'ie yang terkenal.
Kata Rubi'e, "Kami mengajak sesiapa yang mahu kepada satu gagasan dasar dan konsep daripada mengabdikan diri kepada manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah. Daripada kezaliman ajaran pelbagai-bagai agama, teori dan pendekatan ciptaan manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah SWT. Daripada dunia yang sempit kepada wawasan dunia sehingga hari akhirat".
Itulah kemerdekaan yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW. Kemerdekaan inilah yang didokong oleh perjuangan Islam termasuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Kita menentang penjajah asing bukan kerana nama asingnya. Tetapi kerana mereka membawa satu fahaman yang mengabdikan diri kepada makhluk dan bukan mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kita halau mereka bukan kerana nama dia asing tetapi kerana mereka membawa suatu ajaran sesat yang menyeleweng dari petunjuk Allah SWT.
Walau pun, negara kita telah dikatakan mencapai kemerdekaan sejak 52 tahun tetapi warisan penjajah masih lagi wujud. Bertapak dan berakal umbi di dalam masyarakat kita.
Oleh kerana itu, kita menganggap isu perjuangan kemerdekaan belum lagi selesai.
PAS akan terus berjuang untuk membawa kemerdekaan yang sebenarnya. Iaitu membebaskan diri manusia dari mengabdikan diri sesama manusia, sama ada berbentuk ideologi, teori dan sebagainya atau pun kepimpinan yang berlagak mengadakan peraturan sendiri dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah SWT.
Untuk mengajak mereka membebaskan diri daripada itu semua kepada Islam yang membawa kepada kemerdekaan yang sebenar dan itulah dasar serta konsep kemerdekaan yang kita bawa selama ini.
Sekian, WassalamOleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Dalam perutusannya sempena Kemerdekaan.
WACANA PEMIKIRAN AS-SYAHID SAYYID QUTUB
Friday, August 28, 2009 10:51 AM
Posted by Mujahid Cakna

Pelbagai reaksi dan pandangan terhadap pemikiran as-Syahid Sayyid Qutub. Menariknya, berlaku perubahan pemikiran sebelum dan selepas beliau bersama Ikhwanul Muslimin walau tidak sempat bersama As-Syahid Imam Hassan al-Banna. Saya pasti, pelbagai pandangan dan tohmahan dilemparkan kepada beliau. Justeru, GAMIS meyeru mahasiswa-mahasiswi serta seluruh lapisan masyarakat untuk berwacana dan berdiskusi mengenainya, sempena ulangtahun kesyahidan beliau pada 29 Ogos 1966. Ayuh, mari kita meriahkannya.
Nasihat Tuan Presiden PAS : Jangan Gopoh Laksanakan Hukumuan Sebat
Thursday, August 27, 2009 7:32 AM
Posted by Mujahid Cakna
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno sehingga memberi gambaran salah terhadap syariat Islam.
"Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam.
"Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam," kata beliau dalam kenyataannya.
Dalam masa yang sama "kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun," kata beliau.
Abdul Hadi mengulas isu hukuman rotan enam kali ke atas Kartika, model sambilan yang didapati bersalah minum arak di sebuah hotel oleh Mahkamah Tinggi Shariah, Kuantan.
Ia kini menjadi perdebatan umum dan menarik perhatian termasuk wartawan dari luar negara.
"Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam," katanya.
ImageMengikut Islam sebatan ini, perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.
Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.
Sebatan juga, menurut beliau, tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.
"Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.
"Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ianya memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan," katanya.
Bagi beliau, hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.
Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.
"Apabila asasnya adalah nas, maka ianya adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya kerana ianya berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat," katanya.
Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 - 80 rotan jumlahnya, kata beliau.
Haramnya arak ini, katanya, adalah tidak mengira tempat samada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.
Bagi beliau juga, menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya adalah seumpama menghadapi nyamuk aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi! _Hrkh
Tahniah pada PR dan semua penyokong PR. Teruskan momentum kemenangan ini demi semua.TAKBIR
Wednesday, August 26, 2009 1:03 PM
Posted by Mujahid Cakna

Pesanan Tok Guru Kepada Pengundi Permatang Pasir
Tuesday, August 25, 2009 4:08 PM
Posted by Mujahid Cakna
Tuan/Puan bakal-bakal pengundi sekalian, Alhamdulillah. Menjelang 1 Ramadhan 1430, genaplah 8 warkah rayuan pengundi yang telah saya tulis dan tandatangani. Entah apalah rahsia yang tersimpan dalam lipatan perbendaharaan ilmu Allah yang Maha Luas itu sehingga berlaku 8 pilihan raya kecil sejak Pilihan Raya Umum Ke-12, tiada siapa jua yang mampu menekanya. Apa yang hanya boleh kita baca dari 7 pilihan raya kecil yang telah berlalu, parti yang bertanding dari Pakatan Rakyat (PR) telah menang sebanyak 6 kali berturut-turut. BN cuma menang 1 kali, itu pun di Batang Ai, Sarawak. Ini realiti dan ini kenyataan. Pada kali ini Kerusi Permatang Pasir menjemput kita sekali lagi untuk turun ke gelanggang. Walaupun dengan penuh berat, kita terpaksa melepaskan Allahyarham Dato’ Hamdan kita untuk kembali menemuiNya. Bagi kita yang hidup, tuntutan sambungan jihad demi sebuah tanggungjawab wajib diteruskan. Sudah 3 penggal calon kita bersusah payah untuk mengangkat Islam dan sudah 15 tahun rakyat di Permatang Pasir memperbaharui kepercayaan agar PAS terus menerajui kerusi Dewan Undangan di Permatang Pasir ini. Jika dibaca nilai istiqamah pengundi di sini di masa-masa lalu, ia jelas menunjukkan betapa tingginya iltizam, kenyakinan dan komitmen mereka. Walaupun mereka tentu boleh faham bahawa apalah sangat memberi kemenangan kepada PAS di kerusi ini dari segi memerintah negeri, namun pada saya, majoriti yang diraih Allahyarham pada 8 Mac 2008, melebihi 5,000 undi adalah teramat mahal. Bagi pengundi Islam tanpa mengira bangsa, mereka tentu ingin merakamkan sokongan mereka kepada sebuah gerakan Islam yang membawa perjuangan Islam syamil yang sebenar. Mereka tidak sanggup memangkah parti Umno yang mengamalkan Islam dari klon sekular, agama suku dan politik suku. Mana boleh diasingkan iman dengan Islam dan Islam dengan politik? Islam jenis sekular yang diperjuangkan oleh Umno inilah yang saya namakan sebagai Islam palsu. Sebagaimana adanya wang palsu, rambut palsu atau kad pengenalan palsu, begitu jugalah dengan Islam palsu. Benda palsu, nampak macam sebenar tetapi ia tetap tidak asli. Bagi yang ahli, dia akan tetap tahu membezakan antara bunga hidup dengan bunga plastik. Dengan keadaan tidak tulin itulah timbulnya keraguan. Soalnya bolehkah yang diragu-ragu (syak) itu dibawa untuk mendapatkan anugerah Syurga Allah di akhirat kelak? Saya bercakap dari sudut aqidah dan kaedah. Jika buat begini ia boleh jadi begini. Jika tidak sempurna wudhu’, amalan sembahyang tidak diterima. Jika tolak Islam dari Allah, maka dengan apa nak digantikan? Ini bukan soal saya mendahului Tuhan atau lebih tahu dari Tuhan. Ini soal kaedah. Saya percaya, para pengundi Islam di DUN Permatang Pasir boleh dengan mudah memahami persoalan ini. Manakala bagi pengundi bukan Islam pula pada umumnya, saya seakan boleh menyelami keresahan yang sedang bergolak di hati saudara saudari sekelian. Di sana ada tuduhan rasuah berjumlah RM10 juta yang katanya melibatkan pemimpin MCA. Di sana juga ada kes kematian misteri seorang anak muda bernama Teoh Beng Hock sewaktu berada di dalam siasatan (custody) SPRM. Di sana juga ada kes kematian Kugan sewaktu berada di dalam tahanan polis. Dengan insiden stadium runtuh dan gelanggang akuatik yang tidak selamat di Terengganu, keretakan yang berlaku di lebuh raya MRR2 serta LDP dan skandal di PKFZ Pelabuhan Klang yang bernilai berbilion ringgit, ramai pemimpin Umno yang kena gantung dan disabitkan kesalahan mengamalkan politik wang termasuklah Ketua Menteri Melaka yang masih ada sekarang, buruknya layanan ke atas rakyat yang berhimpun secara aman untuk mengangkat nota bantahan ISA kepada DYMM Yang Dipertuan Agung, cederanya Sdr. Wong dan Gobalakrishnan di tangan SPRM dan Polis – pengamal undang-undang, para pencinta demokrasi dan pejuang hak asasi tidak mempunyai lain-lain harapan pemulihan untuk negara kita. Apa yang ada hanya satu sahaja iaitu mengekalkan kerusi yang sudah dikuasai oleh PR dan dapatkan sebanyak mungkin kerusi-kerusi tambahan dari Umno/BN jika berlaku lagi pilihan raya kecil. Ini adalah langkah persiapan untuk mengambil alih kerusi, kemudi di Putrajaya tidak lama lagi. Hanya melalui cara ini sahaja Malaysia akan memperkukuhkan sistem dua parti yang boleh menyemak Institusi Kehakiman, pelaksanaan “rule of law” dan perjalanan demokrasi. Melalui laluan baru inilah, Malaysia akan menjalani proses tajdid, transformasi dan reformasinya yang sebenar. InsyaAllah, ini akan berlaku tidak lama lagi. Melihatkan trend sokongan non- muslim kepada calon Parti Islam SeMalaysia dan PR, khususnya di Parlimen Permatang Pauh yang telah memenangkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan di Parlimen Bukit Gantang yang telah memenangkan Dato’ Seri Nizar Jamaludin baru empat lima bulan yang lalu, saya cukup mempunyai keyakinan. Mari kita sama-sama perbesarkan majoriti kita di DUN N11 ini agar menjadi kekal, tidak kurang dari 5,000 undi, sekurang-kurangnya untuk ujian pada 25 Ogos 2009. Tinggalkan Umno dengan syurga politik wangnya. Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan Umno/BN yang sudah laih dan kehilangan stamina mulai sekarang. Jangan tertipu lagi untuk percayakan slogan-slogan baru yang dikitar semula. Dulu Islam Hadhari. Kini 1Malaysia pula. Esok entah apa pulalah. Umno ni nak jadi apa, entahlah. Nak kata udang pun tidak. Ikan pun bukan. Ingatlah pesan pepatah Melayu: Jika sudah kepalanya ular, mustahil ekornya belut. Akhir kata, gunakanlah kesempatan membuang undi pada kali ini dengan penuh cermat. Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan kita boleh jadi letih tetapi tidakkah Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan itu pernah membawa kemenangan yang besar? Tiada perbuatan yang lebih mulia pada hari mengundi di bulan Ramadhan pada kali ini melainkan memangkah parti yang boleh membela maaruf dan kebaikan; sekaligus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidak adilan. Undilah Sdr. Saleh bin Man. Undilah PAS dan PR demi keadilan Islam. “Ya Allah, saksikanlah. Hamba sesungguhnya sudah menyampaikan.”
RAMADHAN!Ambil kesempatan mengundi.Pesan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat
Monday, August 24, 2009 12:14 PM
Posted by Mujahid Cakna
Selain itu, Mursyidul Am juga berkata bahawa kerusi yang telah dikuasai oleh Pakatan Rakyat ini perlu dikekalkan sambil cuba untuk mendapatkan kerusi tambahan daripada UMNO-BN sekiranya berlaku pilihanraya kecil. Ini juga sebagai langkah untuk mengambil kemudi di Putrajaya tidak lama lagi dan seterusnya Malaysia akan mengalami proses tajdid, transformasi dan reformasinya yang sebenar. InsyaALLAH... Kemenangan pada pihak yg menegakkan agama Allah... Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menyatakan keyakinannya bahawa kemenangan akan memihak kepada calon PAS dalam pilihan raya kecil N11 ini.
"Tiada perbuatan yang lebih mulia pada hari mengundi di bulan Ramadhan pada kali ini melainkan memangkah parti yang boleh membela maaruf dan kebaikan; sekaligus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidak adilan," pesan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu teks pesanan beliau hari ini.
"Tinggalkan Umno dengan syurga politik wangnya. Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan Umno-BN yang sudah laih dan kehilangan stamina mulai sekarang," tambahan kata-kata Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.
"Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan kita boleh jadi letih tetapi tidakkah Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadan itu pernah membawa kemenangan yang besar? "..... Inilah kata hikmah dari Tuan Guru...
GAMIS Bakal Menjulang Ketokohan Tuan Guru Nik Aziz Dalam Konsert
Thursday, July 30, 2009 10:38 AM
Posted by Mujahid Cakna
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) sekali lagi bakal mencipta gelombang perubahan gerakan mahasiswa Islam dengan menganjurkan sebuah konsert Islamik yang bakal dirasmikan oleh Menteri Besar (MB) Kelantan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Konsert yang dinamakan Konsert Antara Dunia itu akan diadakan di Stadium Melawati pada 1 Ogos ini bermula jam lapan malam.
Konsert tersebut akan diserikan oleh tiga kumpulan nasyid besar di Malaysia iaitu Rabbani, Raihan dan Hijaz. Tambah menarik, konsert ini juga turut diserikan oleh dua kumpulan nasyid dari luar negara iaitu Kumpulan Shoutul Harakah dari Indonesia dan Nibraz dari Mesir.
Acara terpenting dalam konsert tersebut adalah gabungan mahasiswa Islam terbesar di Malaysia ini bakal mengiktiraf ketokohan Menteri Besar Kelantan menerusi Anugerah Tokoh Kepimpinan Islam Teladan Malaysia.
Menurut Presiden GAMIS, Saudara Mohd Dzul Khairi Mohd Noor, mereka bersetuju untuk memberikan anugerah khas tersebut kepada MB Kelantan berdasarkan tiga ciri. Ketiga-tiga ciri itu ialah, ketokohan Tuan Guru dalam memimpin sebuah kerajaan dengan penuh keadilan, semangat dakwah yang wujud dalam diri beliau dan sifat mesra beliau dengan artis-artis tanah air khususnya dan dunia hiburan umumnya.
”Kami tidak melihat faktor politik dalam soal pemilihan ini. Bukan soal beliau Mursyidul Am kepada sebuah parti pembangkang yang besar di Malaysia. Sebaliknya faktor pemilihan ini adalah berdasarkan tiga perkara yang terpenting. Pertama, kekuatan daya pimpinan Tuan Guru untuk memandu sebuah negeri yang ternyata jauh daripada unsur-unsur ketidakadilan seperti rasuah.
”Kami juga sebenarnya berasa amat kagum dengan toleransi beragama yang wujud dalam dirinya. Hal ini disorot melalui sosok Tuan Guru sendiri yang suka dan banyak bergaul dengan tokoh-tokoh agama lain. Selain daripada itu, beliau berdasarkan pemerhatian kami juga sangat mesra dengan artis-artis tanah air, malah beliau dikagumi,” ulas beliau yang merupakan penasihat kepada Konsert Antara Dunia itu.
Semua rakyat Malaysia dijemput beramai-ramai untuk menghadiri konsert yang julung-julung diadakan oleh gabungan mahasiswa yang selama ini dilihat sangat radikal dan kritisan terhadap soal-soal keadilan dan kebajikan rakyat.
JAYAkan Himpunan Mansuh ISA
Wednesday, July 22, 2009 11:29 AM
Posted by Mujahid Cakna
1. Tarikh 1 Ogos 2009 adalah tarikh yang mesti dipahat dalam sejarah . Tarikh yang memansuhkan akta drakonian negara dengan himpunan raksasa seluruh rakyat prihatin menentang kezaliman di ibu negara KL jam 2 pm [ Sogo , Masjid Jamek , KL Central ] .
(SUMBER)



