Pages
Buat Masa Ini 2....
Wednesday, February 3, 2010 10:46 AM
Posted by Mujahid Cakna
Assalamualaikum....
dalam chemical engineering, setiap tindak balas yang baru berlaku (new reaction) pasti mempunyai time delay dan transpoting time (atau bahasa kimia dipanggil time constant).
bagi tindak balas yang panjang dan kompleks, time delay (masa yang tertangguh sebelum bermula tindak balas) dan time constant agak panjang sebelum mencapai tahap yang stabil @ dalam bahasa kimia dipanggil stable natural response.
Sepanjang masa semasa tindakbalas itu dalam keadaan tidak stabil, mcm2 perkara boleh berlaku, contoh seperti temperture turan dan naik dengan mendadak, pressure kejap 0, kejap 10 atm, flow kejap laju dan kadang2 perlahan...
Kesukaran itu akan terus berlaku sehinggalah ia mencapai tahap kestabilan di mana pada waktu itu, sebarang gangguan luar dan dalam seperti environment temperture, outside pressure dan sebagai tidak akan dapat mengganggu gugat proses tindakbalas tersebut..
Tindakbalas sudah stabil... parameter2 penting seperti temperature dan pressure tidak akan mudah berubah..datanglah apapun, insyaAllah dengan kestabilan yang tebal, ukhwah antara zarah2 tindakbalas yang mantap, wehdatul fikr dan wehdatul amal (kesatuan pemikiran dan amal) electron2 tindakbalas sudah utuh, nilai thabat reactant sudah kuat, pasti gangguan2 luar itu tidak dapat menggoyahkan i'tiqot proses tersebut...
sahabat2 yang dirahmati Allah,
begitulah insan yang lemah seperti kita ini,
setiap dari kita pasti akan menghadapi tahap tidak stabil....cuma yang membezakan panjang dan pendekkah masa tidak stabilnya?
lama @ sekejap?
tahap gangguan yang kuat atau biasa?
mcm mana nilai ukhwah antara insan2 yang bergelar shbat?kdg2 pasti akan tercalar...
sebelum mencapai tahap stabil/matang, setiap insan pasti memerlukan masa untuk menangani masalah2 tersebut...
saya ingin berkongsikan satu cerita dari sini yang boleh kita pelajari, dalam mana kita hendak mencapai tahap stabil/matang, apa langkah2 yang boleh kita ambil untuk dijadikan guidance selain yang pasti, tidak dilupakan amal2 islami dan keimanan kita pada Allah swt..
hayati lah:
www.iluvislam.com
dihantar oleh : Ukhti Izzah
editor : everjihad
Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa. Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka. Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat. Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.
Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda. Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya. Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang. Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati. Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif. Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna. Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.
Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai. Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita. Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.